Sabtu, 10 Mac 2012

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


LAKU pasang paip baharu <b>di</b> kawasan bandar <b>Limbang</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2012 03:41 PM PST

Posted on March 8, 2012, Thursday

LIMBANG: LAKU Management  Sdn Bhd (LAKU) menjalankan kerja-kerja pemasangan saluran paip baharu di kawasan bandar Limbang bermula kelmarin.

Eksekutif Operasi, Ha Tung Ngie berkata, kerja pemasangan itu bersesuaian dengan keperluan populasi penduduk Limbang serta komitmen pihaknya dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

"Pihak LAKU sedang menggantikan saluran paip lama kepada paip baharu di sekitar bandar Limbang dan kawasan berhampiran. Kerja pemasangan ini akan mengambil masa sekitar dua bulan untuk disiapkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo kelmarin.

Sehubungan itu, Ha meminta agar penduduk memahami keadaan yang berlaku serta bersabar di atas kesulitan yang timbul sepanjang kerja penyelenggaraan dilakukan.

Pada masa sama, beliau mahu pengguna jalan mematuhi tanda keselamatan jalan yang diletakkan di kawasan tersebut.

"Kita memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan berusaha untuk menyiapkan kerja pemasangan tersebut lebih awal daripada jadual yang ditetapkan," katanya lagi.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi LAKU menerusi talian 085-215633.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads