Ahad, 4 Mac 2012

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Ema Blog: Corat-Coret Percutian <b>di Kuching Sarawak</b>

Posted: 03 Mar 2012 10:00 PM PST

Sepanjang percutian kami ke Kuching, Sarawak banyak perkara yang berlaku dan belum lagi keluar mana-mana entri. Antaranya:

1) Malam sebelum bertolak aqeel syafiq demam panas. Masa ambil aqeel di rumah pengasuh dia dalam keadaan tak bermaya. Balik rumah terus bagi ubat demam. Bila pagi keesokkannya, on the spot aqeel sihat. Ubat perangsang apabila mr.ery cakap " adik kena sihat, esok nak naik kapalterbang" .

2) 5 jenis pengangkutan digunakan dalam masa sehari iaitu kereta, motor (mr. ery seorang), komuter, bas, kapal terbang dan van.

3) Kami 4 beranak berat baggage hanya 9KG (booked untuk 20KG). Keluarga mertua (abah dan ma) berat baggage cecah 14.9 KG (booked 15KG). Keluarga SIL berat baggage 17KG (booked 15 KG)..so, tukar dengan kami punya.

4) Cuak bila check-in flight. Ema dengan SIL berlainan jenis boarding pass. Terus pergi tanya pekerja AA "Dah betul puan, mesin lain-lain".

5) Berpisah seat jauh dengan mr.ery. mr. ery, FIL dan SIL dapat nun di belakang sekali. Ema 3 beranak dapat seat no 14. Tapi kena tukar ke seat lagi depan no 4 (hot seat) sebab seat 14 sebelah pintu kecemasan. Tak sesuai anak-anak berada di sebelah sana.

6) Azwa dan Aqeel duduk diam sahaja bila kapal terbang nak berlepas...pengalaman pertama bagi mereka berdua.

7) Azwa menangis bila duduk jauh dengan mr.ery. Mr. ery bawa azwa ke seat belakang sebab banyak yang kosong. lagipun sepupu-sepupu azwa pun duduk di belakang juga.

8) Azwa dan mr. ery sempat order makanan dalam kapal terbang. kena bayarlah sendiri.

9) MIL risau dan takut tidak lepas untuk bawa masuk ketupat ke dalam kapal terbang. Nak makan pun tak berani.. tak pasti boleh atau tak boleh makan makanan luar dalam kapal terbang?

10) Tiba di Airport Kuching, jumpa dengan pemandu van terus dibawa berjalan-jalan tanpa sempat untuk berehat. nak kejar masa punya hal...

11) Tempat-tempat yang orang selalu katakan seperti Kampung Budaya, Rumah Panjang, Jong Crocodile Farm kami tak pergi atas sebab bawa baby dan bayaran mahal..hehehe...

12) Last day nak pergi tengok orang utan tak kesampaian sebab orang utan tak keluar gara-gara hujan hari sebelumnya.

13) 'Cap' (penutup lens) jatuh di dalam sungai tapi nasib baik ia timbul. selamat dulu..akhirnya hilang juga.

14) Kami semua tidak bermalam di mana-mana hotel. Tumpang bermalam di rumah menantu anak saudara MIL di Kampung Batu Kawa.

15) Setiap keluarga bergilir-gilir keluarkan duit untuk belanja makan.

16) Pergi Kuching sama balik KL berasingan. Kami punya flight jam 1.55 pm dan MIL serta SIL jam 4.15pm...punyalah susah nak rebut tiket murah..

17) Saat getir bila cuaca tak elok ketika penerbangan balik ke Kuala Lumpur. Hampir satu jam tak boleh bangun dari tempat duduk. Kapal terbang pun rasa gegar langgar awan..

18) FIL kena bayar xtra baggage RM 40.00 sebab terlebih muatan lagi.

19) Kami pun terlebih 0.5KG dari 20KG..Alhamdullillah tak kena extra baggagge..kalau kena sanggup kami sandang saja.

20) Balik rumah pun kena naik 5 jenis pengangkutan..nak tahu kenapa 5 jenis pengangkutan tak? Bermula dari rumah naik kereta ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hantar ema, anak-anak dan FIL...pastu mr.ery hantar kereta ke rumah dan bawa motor untuk park di TBS...Dari TBS ke KL Sentral naik komuter...Dari KL Sentral ke LCCT naik bas...Dari LCCT ke Kuching of cozlah naik kapal terbang...Dari Kuching ronda-ronda naik van..dan begitulah sebaliknya bila tiba time balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads