Rabu, 8 Februari 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Bidayuh Culture: Masyarakat Bidayuh <b>Padawan</b> (Biatah)

Posted: 08 Feb 2012 12:47 AM PST

Masyarakat Bidayuh Padawan adalah sekelompok masyarakat pribumi Sarawak yang tinggal disebalik pergunungan Borneo. Penempatan masyarakat ini dipercayai telah wujud sejak lebih dari dua ratus tahun dahulu yang pada mulanya masyarakat ini mendiami pinggiran sempadan antara Sarawak dan Indonesia (Kalimantan). Masyarakat yang tinggal di kawasan ini mempunyai banyak dialek utama yang kebiasaan digunakan dalam pertuturan seharian mereka. Masyarakat bidayuh ini juga tidak mudah untuk melupakan bahasa ibunda mereka walaupun dipengaruhi oleh pelbagai bahasa di dunia. Sebagai contohnya, ramai masyarahat bidayuh ini yang menetap di luar negara atau bekahwin dengan warga luar Sarawak atau negara akan tetapi apabila mereka pulang ke Padawan mereka masih fasih bertutur dalam bahasa Bidayuh dengan bunyi dan intonasi yang betul dan tepat. Kegiatan utama bagi masyarakat ini adalah menjalankan aktiviti pertanian tradisional disebabkan bentuk muka bumi mereka yang dikelilingi pergunungan serta tanah yang subur mendorong mereka untuk menjalankan aktiviti pertanian. Masyarakat yang tinggal di kawasan ini sangat mementingkan sifat berjimat dalam perbelanjaan disebabkan punca pendapatan kewangan mereka yang terhad telah banyak mengajar mereka untuk berjimat. Pada zaman dahulu iaitu pada zaman pemerintahan Jepun dan British masyarakat di kawasan ini gemar dalam meneroka kawasan tanah sebagai tempat pertanian atau kediaman. Kegiatan tersebut telah menampakkan kepada generasi baru kini sejarah dalam penerokaan masyarakat Bidayuh Padawan. Mereka juga dilihat mempunyai pengetahuan yang luas (melalui pengalaman) berkaitan dengan struktur tanah yang sesuai bagi sesuatu tanaman yang bakal diusahakan mengikut musim yang sesuai....(ikuti sambungan seterusnya)...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads