di negeri sarawak - Google Blog Search |
Temenggong Jugah 'hero teragung' | Free Malaysia Today Posted: 05 Oct 2011 06:56 PM PDT Beliau menjadi salah seorang wakil Sarawak yang menandatangani Perjanjian Penubuhan Malaysia di London pada 9 Julai 1963. KUCHING: Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah anak Barieng yang banyak memainkan peranan dalam membantu usaha pembentukan Malaysia disifatkan sebagai 'hero teragung' bagi masyarakat Bumiputera di Sarawak. Ketua Menteri Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata, satu keunikan Tun Jugah yang sangat dikaguminya ialah beliau mempunyai pandangan yang amat tajam dan realistik walaupun tidak pernah mengikuti pendidikan secara formal. Menurutnya, ketua pemimpin masyarakat Iban yang dilahirkan pada 1903 itu merupakan seorang pemimpin yang berwawasan jauh untuk merubah nasib kaum Bumiputera daripada terus ketinggalan, berbanding pemimpin-pemimpin Iban ketika zamannya. "Setiap cadangan dan idea Tun Jugah sentiasa mengutamakan rakyat dan bermatlamat supaya rakyat negeri ini turut merasai denyut pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan pada ketika itu. "Tun Jugah juga sentiasa mengingatkan penduduk Sarawak akan pentingnya kita bersatu tanpa mengira kaum demi keutuhan dan kemajuan negeri dan negara ini," katanya sambil menambah, peranan pemimpin hebat itu berjaya merealisasikan pembentukan Malaysia walaupun keadaan Asia Tenggara ketika itu huru-hara. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Barieng anjuran Arkib Negara, Yayasan Tun Jugah dan Pustaka Negeri Sarawak di Pustaka Negeri Sarawak. Turut hadir Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu; Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dato Sri Dr James Jemut Masing; Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Tun Jugah; Dato Sri Empiang Jabu; Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara Hajah Daeresah Haji Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pusaka Negeri Sarawak Japri Bujang Masli. Taib menambah, mendiang Tun Jugah adalah seorang pemimpin yang berani dan berpengaruh apabila berjaya meyakinkan rakyat khasnya Bumiputera untuk sama-sama memajukan negeri ini dalam Malaysia. Tun Jugah bergiat cergas dalam memastikan usaha pembentukan Malaysia menjadi kenyataan pada 15 Februari 1962. Tun Jugah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan 51 penghulu dan Pegawai Daerah di Kapit setelah beberapa pertemuan sebelumnya, buntu. Selepas pertemuan itu, baru kata sepakat dapat diambil di mana mereka mempersetujui untuk menyertai Tanah Melayu, Sabah dan Singapura untuk membentuk Malaysia, lalu menjadi salah seorang wakil Sarawak yang menandatangani Perjanjian Penubuhan Malaysia di London pada 9 Julai 1963. Tokoh negarawan itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 8 Julai 1981 ketika berumur 78 tahun. Sementara itu, Taib mengakui perpaduan erat antara kaum Bumiputera yang menjadi kekuatan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini, merupakan antara kesinambungan perjuangan Tun Jugah yang juga pengasas kepada Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka). "Justeru, menjadi tanggungjawab ahli parti (PBB) hari ini untuk mengekalkan keadaan perpaduan erat ini menjadi lebih baik untuk masa-masa akan datang," kata Taib. |
You are subscribed to email updates from di negeri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan