Isnin, 3 Oktober 2011

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Ziarah Sumbangan Raya <b>di</b> SK Abang Aing, <b>Sri Aman</b>, <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 08:16 PM PDT


Lokasi: Sekolah Kebangsaan Abang Aing, Sri Aman, Sarawak
Tarikh: 23 September 2011
Program: Sumbangan raya Fast 2 Feed

Alhamdulillah, Muslim Aid telah melebarkan sayapnya ke Borneo bermula di SK Abang Aing di Sri Aman, Sarawak. Program kali ini meraikan 50 orang pelajar keluarga miskin serta 5 buah keluarga di sekitar Sri Aman. Lawatan kali ini lebih kepada assessment untuk mengetahui keadaan di daerah Sri Aman dan program serta bantuan yang dapat dilaksanakan di sana.

Melalui info yang diterima, lebih separuh daripada murid-murid di SK Abang Aing menerima bantuan asas dan ini bermakna lebih separuh dari pelajar sekolah merupakan dari keluarga pendapatan rendah. Kebanyakan kawasan di Sarawak ini masih ada lagi yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti air dan elektrik. Kebanyakan ibu bapa mereka bekerja kais pagi kais petang dimana setiap pendapatan yang diperoleh hanya dapat cukup untuk digunakan pada hari yang sama.









Faktor kemiskinan ini menyebabkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan juga amat kurang dan ramai juga murid-murid yang tidak hadir ke sekolah semata-mata untuk membantu ibu bapa mereka bekerja bercucuk tanam atau di ladang.

Pihak Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK Abang Aing, Cikgu Wan Ismail serta sukarelawan Muslim Aid ustazah Shuhada atas kerjasama yang diberikan bagi mendapatkan info di Sri Aman.

InsyaAllah program susulan akan dirancang bagi membantu masyarakat di Sri Aman meningkatkan taraf hidup mereka. Mind setting, pemikiran positif dan anjakan paradigma akan menjadi cabaran utama dalam perancangan program di sana. Kepada sukarelawan atau dermawan yang ingin menyumbang untuk program di Sarawak, boleh hubungi pejabat Muslim Aid untuk maklumat lanjut.


Muhammad bin Kamarulazizi

CuteCarry menjadi Juri Ratu Tradisional dan Kebaya Rumah <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2011 08:34 PM PDT

CuteCarry telah berada di Sarawak untuk bersama-sama dengan program yang telah dianjurkan. Ini adalah pertama kali CuteCarry berada di sini and I am having so much fun!

Posing kalahkan contestants kannnn….kau mampu?

Misi utama di sini ialah menjadi Ketua Pengadil  untuk Pertandingan Ratu Tradisional dan Ratu Kebaya di Rumah Panjang di sini.Kepada yang tidak pernah ke rumah panjang, CuteCarry nak bagitau yang rumah-rumah panjang disini bukanlah seperti sangat daif ataupun tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas. Rumah panjang yang dilawati ialah moden. Semua ada, ASTRO, TV, segala-galanya. Ia adalah sama seperti yang kita lihat rumah-rumah kampung di Malaysia tetapi ia dalam bentuk rumah panjang.


CuteCarry bersama dengan para juri yang lain.

Ratu Tradisional bukanlah hanya melihat rupa paras tetapi pakaian yang digayakan. Masyarakat Iban amat berbangga dengan tradisi mereka dan pakaian adalah menjadi salah satu daripada aspek utama budaya Iban. CuteCarry telah dibantu oleh pengadil yang lain untuk belajar serba sedikit mengenai pakaian tradisional masyarakat Iban. Peserta yang memakai pakaian yang paling lengkap dan menarik mendapat markah tertinggi.

Bersama dengan pememang kedua dan ketiga.


Ratu Kebaya adalah lebih kepada seronok-seronok. Peserta terdiri daripada mereka yang sudah berkahwin dan memang happening betullah mereka ni. Selamba je catwalk dengan kebaya akak-akak dan makcik-makcik ni. Kelakar betul tetapi seriously memang best. Semasa menjawab soalan pun memang selamba dan kelakar. Girls just wanna have fun!!!

Salah seorang peserta ditemuramah oleh stesen televisyen. Cantik kan dia? Muka cutting-cutting pelakon!!

She is like 14 to 16. Kalau groom lagi ni boleh jadi model. One of the potentials.Tunggu setakat mana dia boleh tinggi lagi.

CuteCarry bersama dengan kanak-kanak Iban. Bila CuteCarry nak posing dengan diaorang,terus tunjuk sign "SATU MALAYSIA".So sweet.Kids are our future. I love kids (tiba-tiba ayat tukar jadi ayat macam jawapan ratu cantik nih!)

Well.. CuteCarry ingat nak snap banyak gambar lagi tetapi sibuk la pulak mengadili pertandingan. Ini lah sahaja antara gambar-gambar yang sempat diambil…

Thank you Sarawak especially penghuni Rumah Panjang nih!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads