Rabu, 5 Oktober 2011

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Pencuri gagal pecah masuk pejabat Bernama <b>di Sibu</b> | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 05:37 PM PDT

Posted on September 22, 2011, Thursday

SIBU: Cubaan pencuri untuk memecah masukpejabat Berita NasionalMalaysia (Bernama) yang terletak di Jalan Tuanku Osman pada malam Selasalepas, gagal.

Ketua Biro Bernama Sibu Edward Subeng berkata pencuri tidak berjaya mengambil apa-apa dari pejabatnya walaupun mereka berjaya membuka mangga dan tombol pintu.

"Meskipun mereka(pencuri) sudah berjaya membuka mangga dan tombol pintu, namun engsel besi tersangkut,"katanya.Beliau dimaklumkan mengenai insiden tersebut oleh seorang kakitangan yang datang ke pejabat pada jam 7.30 pagi semalam.

Menurut Edward cubaan pecah masuk ituadalah kali kedua sejakia mula berlaku 20 tahunlalu.

"Kali itu mereka berjaya memasuki premis namun tiada barang hilang,"katanya.

Beliau telah membuat laporan polis mengenai kes tersebut dan kemudiannya menghubungi tukang kunci untuk membuka pintu pejabat yang tidak dapat dibuka itu.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads