Jumaat, 7 Oktober 2011

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Hampir semua premis pajak gadai <b>di Miri</b> beroperasi secara haram <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 05:31 PM PDT

Posted on September 22, 2011, Thursday

PERIKSA: Ng dan beberapa pegawainya memeriksa sebuah premis Pemberi Pinjam Wang di Miri, semalam.

MIRI: Hampir semua perniagaan pajak gadai yang terdapat di bahagian ini beroperasi secara haram dengan berselindungdi sebalik premis pemberi pinjaman wang dankedai emas.

Perkara itu didedahkan oleh Superintenden Ng Ah Lek dari Bahagian Pemberi Pinjam Wang (PPW) dan PemegangPajak Gadai (PPG) Kementerian Perumahan danKerajaan Tempatan (KPKT)ketika ditemui semasa melakukan operasi terhadap semua premis PPW dan kedaiemas di sini, semalam.

"Pun begitu, hasil operasi yang dilakukan sejak semalam(Selasa), kita dapati hanya sebuah premis pajak gadai dibandar raya ini yang beroperasi secara sah," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau,pihaknya tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis yang beroperasi secara haram termasuk mendakwa mereka di mahkamah mengikut peruntukan Seksyen 7 (1) Akta Pajak Gadai 1972.Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripadaRM20,000 dan tidak melebihiRM100,000.

Justeru, kata Ng, bagi pemilik kedai emas ataupun PPW yang ingin menjalankan perniagaan pajak gadai, mereka harus mendapatkan lesen pajak gadai sah dan bukannya menggunakan lesen perniagaan sedia ada.Sementara itu, menurut Ng,banyak permohonan untuk mendapatkan lesen paja kgadai telah pun diluluskan,namun belum dikeluarkan.

"Setakat ini, banyak permohonan untuk mendapatkan lesen pajak gadai telah diluluskan,namun belum dikeluarkan keranakita mahu mereka mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan sebelum lesen diberikan kepada mereka," jelasnya.

Pada masa sama, Ng memberikan amaran keras kepada semua syarikat PPW agar mendapatkan lesen sah dan sentiasamem perbaharui lesen yang telah tamat tempoh atau berdepan tindakan mahkamah.

"Dalam operasi yang bermulasemalam (Selasa), beberapapremis PPW didapati telahberoperasi tanpa lesen danlesen tamat tempoh.

Kita telah mengambil tindakan terhadap mereka dengan membawa kes ke mahkamah," katanya sambil memberitahu terdapat tidak kurang daripada 80 premis PPW di bahagian ini.

Bagi kesalahan itu, katanya,mereka boleh didakwa mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM250,000dan tidak melebihi RM1 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads