Isnin, 10 Oktober 2011

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Komuniti 1Malaysia pupuk nilai perpaduan | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 06:45 PM PDT

by Kelvin Lambai. Posted on October 4, 2011, Tuesday

TAHNIAH: Harden (empat kiri) menyampaikan hadiah kepada salah sebuah Komuniti 1Malaysia yang memenangi pertandingan futsal sambil diperhatikan oleh Fachrio (dua kanan), Ismawi (tiga kiri) serta yang lain semasa berlangsungnya majlis berkenaan.

Ia gerakan sukarela, dinamik, berwawasan berasaskan semangat 1Malaysia dalam kumpulan pelbagai kaum

SRI AMAN: Komuniti 1Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Komuniti Bestari merupakan satu gerakan yang bergerak secara sukarela, dinamik dan berwawasan berasaskan semangat gagasan 1Malaysia dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Ia ditubuhkan dan diselia oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi memupuk nilai-nilai perpaduan.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis berkata, dengan slogan 'Penggerak Tranformasi Rakyat', kewujudan Komuniti 1Malaysia sememangnya amat bertepatan dan bersesuaian dengan tujuan asal penubuhannya sebagai penyalur maklumat di peringkat akar umbi kepada rakyat di sekelilingnya dan memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

"Justeru, saya amat yakin Komuniti 1Malaysia dapat melaksanakan peranan dan fungsi mereka sebagai 'orang tengah' dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan telus mengenai dasar-dasar kerajaan masa kini untuk masyarakat di sekeliling mereka sama ada mereka tinggal di kawasan bandar mahupun luar bandar.

"Kita mahu melihat rakyat tidak terpinggir atau dipinggirkan dalam mencapai arus pembangunan yang dirancang oleh kerajaan selaras dengan kehendak gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Dutamakan," ujarnya.

Harden yang juga Menteri Muda Perumahan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam 1 Nada Sepakat Komuniti 1Malaysia dan Jasamu Dikenang anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Daerah Sri Aman dan Lubok Antu di Stadium Mini Sri Aman malam kelmarin.

Katanya, kerajaan amat komited untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dengan mewujudkan pelbagai agenda pembangunan seperti Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan sebagainya.

"Saya berharap rakyat dapat terlibat secara langsung dengan semua agenda pembangunan ini supaya mereka terus mengecap nikmat pembangunan dalam meningkatkan sosioekonomi dan taraf hidup mereka," tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak mendengar dakyah atau hasutan negatif daripada orang perseorangan mahupun pihak tertentu yang sengaja mencetuskan isu-isu yang tidak relevan untuk menjatuhkan kewibawaan kerajaan masa kini.

"Kehadiran mereka ini bukan sahaja meruntuhkan tembok perpaduan rakyat tetapi juga sengaja merosakkan dan memporak perandakan keharmonian kaum yang telah dikecapi oleh rakyat selama ini.

"Melihat kepada keputusan pilihan raya negeri yang lepas, kehadiran golongan yang tidak bertanggungjawab ini sengaja melahirkan fitnah dan memburukkan kerajaan sedangkan kerajaan sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Sri Aman Ismawi Salleh, Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman Saini Bojeng dan Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman Fachrio Ferdiansyah Abdillah.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Sukaneka Piala Pusingan Komuniti 1Malaysia dan Pertandingan Futsal Piala Pusingan Komuniti 1Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sri Aman.

Sebanyak 10 Komuniti 1Malaysia mengambil bahagian dalam kedua-dua program berkenaan dengan enam Komuniti 1Malaysia dari daerah Sri Aman manakala empat yang lain dari daerah Lubok Antu.

Terdahulu, kedua-dua pertandingan berkenaan berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Bahagian Sri Aman pada sebelah pagi kelmarin dan majlis penyampaian hadiah pertandingan pula berlangsung di Stadium Mini Sri Aman malam kelmarin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads