Isnin, 12 September 2011

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Isu Murtad <b>Di</b> Selangor, Motifnya <b>Di</b> Sabah <b>Sarawak</b>! | Selangor Daily

Posted: 30 Aug 2011 09:34 PM PDT

Isu demi isu dibangkitkan oleh DAP dengan bantuan para pemimpin PAS dan PKR. Isu terbesar yang dipermain-mainkan oleh DAP adalah isu murtad GMDU. Reaksi yang diterima, amat baik. Apatah lagi dengan campurtangan dan campur mulut cabul Ibrahim Ali yang sememangnya sangat-sangat diperlukan oleh DAP, objektif DAP hampir tercapai tetapi belum cukup kuat untuk membangkitkan satu gelombang secara besar-besaran yang boleh menjadikan DAP sebagai kuasa utama politik di negara ini.

Seawal PRU12 lagi, DAP sudah melihat isu yang paling berkesan untuk digunakan bagi menawan Sabah dan Sarawak adalah pertembungan Islam dan Kristian. DAP tidak boleh bermain secara langsung dengan isu ini kerana DAP akan dipersalahkan dan kemudian diharamkan kerana mencetuskan isu yang sangat sangat sensitif dan tidak menguntungkan perjuangan DAP dari tahun 1964 lagi.

Isu Bible berbahasa Melayu menjadi isu emas DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. Penggunaan kalimah Allah yang sebenarnya tidak harus timbul, berjaya menimbulkan satu persepsi serta gelombang sokongan kepada DAP di Sabah dan Sarawak. Kalimah Allah yang telah digunakan oleh para penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, terutama di kalangan Bumiputera, diusahakan agar menjadi pertembungan kepercayaan yang boleh menggugat kestabilan dengan DAP dilihat sebagai 'Knights Templar' di Sarawak, khususnya.

Isu kalimah Allah yang telah diterima penggunaannya di Sabah dan Sarawak, berjaya dipergunakan oleh DAP untuk menimbulkan suara-suara sumbang yang berfikir secara sehala dan gagal melihat serangan sebenar DAP.

Justeru ramai yang melihat isu murtad di Selangor, sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk membangkitkan kemarahan kaum Kristian di Sabah dan Sarawak memandangkan majoriti di negeri-negeri tersebut adalah penganut Kristian. Penguasaan Sabah dan Sarawak oleh DAP akan memudahkan mereka menguasai Putrajaya.

Dan apabila DAP (bukan Pakatan) berjaya menguasai Putrajaya, maka akan berlakulah satu lagi proses yang paling menarik iaitu PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PARLIMEN yang bakal menyaksikan Melayu dan Bumiputera akan kehilangan hak politik buat selama-lamanya.

Untuk mencapai tujuan tersebut, DAP perlu menggunakan 'kepakaran' PAS dan hantu-hantu UMNO yang telah tersingkir serta membentuk barisan PKR yang akan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mendapatkan kuasa.

Dek kerana itulah munculnya kisah larangan penggunaan pembesar suara untuk pembacaan al Quran pada waktu subuh di Pulau Pinang. Sebelum itu, pilihanraya masjid yang digagalkan oleh campurtangan KDYMM Yang Dipertuan Agong. Isu murtad dan kemelut JAIS-GMDU, Mat Sabu dengan kisah Mat Indera dan komunis, Mat Sabu dan rasuah cikai RM8000 dan beberapa usaha pengalihan isu yang lebih kecil tetapi bersifat efektif.

Pada masa yang sama, PAS menerusi Abdul Hadi Awang pula mengkisahkan tentang betapa anjingnya pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga ketenteraman negara ini. Serangan NGO terhadap badan dan institusi penting negara yang menjalankan dasar serta penguatkuasaan undang-undang. Bahkan ramai juga yang melihat, beberapa orang pemimpin di dalam UMNO-BN sendiri turut memberikan sumbangan kepada kisah DAP ingin menguasai Putrajaya.

Itu belum lagi pengangkatan dan penaiktarafan KONCO-KONCO ABDULLAH BADAWI seperti Omar Ong, budak-budak tingkat 4 JPM, penguasaan GLC olehsyarikat yang dibeli oleh GLC terbabit seperti kisah UEM-Sunrise, MAS-AirAsia dan sebagainya.

Isu murtad di Selangor sebenarnya isu 'kecil' yang dijadikan sebagai pemacu dan pemangkin untuk sesuatu yang lebih besar dalam rancangan DAP di Sabah dan Sarawak. Berjaya mengekalkan perpecahan di kalangan kaum Melayu-Bumiputera, bermakna matlamat Lim Guan Eng untuk menguasai DAP akan bertambah mudah dan lebih lancar!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads