11 di samarahan sarawak - Google Blog Search |
<b>SARAWAK</b> KU: Bahagian <b>Samarahan</b> Posted: 21 Jun 2011 07:35 AM PDT SAMARAHAN Bahagian Samarahan merupakan salah satu dari sebelas bahagian di Sarawak. Ibu daerahnya ialah Kota Samarahan. Bahagian Samarahan mempunyai luas 4,967.4 km persegi. Jumlah penduduk pula adalah seramai 204,900 mengikut banci tahun 2000. Bahagian Samarahan mempunyai empat daerah pentadbiran: Kota Samarahan, Asajaya, Serian dan Simunjan. Kebanyakan pendudukan Samarahan adalah dari kaum Melayu, Iban, Bidayuh dan Cina.Samarahan dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tinggi di Sarawak.Kewujudan UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak), UiTM (Universiti Teknologi Mara), Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Sumber Sarawak, INTAN dan Giat Mara. Bahagian Samarahan dihubungkan oleh 2 batang sungai yang besar iaitu Batang Samarahan dan Batang Sadong. Penempatan kebanyakan penduduk asal Samarahan di tepi sungai dipengaruhi oleh kepentingan sungai sebagai sumber ekonomi dan perhubungan. Kampung-kampung yang terdapat di Samarahan dan Sadong dapat dihubungi melalui sungai-sungai. |
You are subscribed to email updates from di samarahan sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan