Selasa, 27 September 2011

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Hijaukan bandar dengan pokok | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2011 02:23 AM PDT

by Henrietta Liza. Posted on September 24, 2011, Saturday

Penanaman pokok besar, herba diperhebat bagi kurangkan pemanasan global

KUCHING:Kawasan bandar disaran memperhebatkan lagi penanaman pokok besar dan herba sebagai langkah menyokong pengurangan pemanasan global.

Cadangan terbabit diutarakan Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Keceriaan Landskap 2011 anjuran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di Kampung Gayu di sini semalam.

"Saya menyarankan setiap rumah di pusat bandar agar menanam sekurang-kurangnya tujuh batang pokok serta tanaman herba dan bukan pohon bunga yang bukan ejen penyerap gas karbon dioksida terbaik," katanya.

Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong berkata di pusat bandar, pokok-pokok yang menyerap gas karbon dioksida adalah sebanyak 1.5 peratus dan jumlah ini amat membimbangkan.

Sementara itu, kebergantungan terhadap pokok hutan tropika yang terdapat di Malaysia hanya mampu menyerap 18 peratus daripada gas terbabit, walhal setiap manusia menghasilkan 7.2 tan metrik karbon dioksida setahun.

"Kajian turut menunjukkan hasil pertanian akan menurunkan (karbon dioksida) dengan nisbah satu peratus, hasil padi 10 peratus dan kelapa sawit lima peratus.

"Perkara ini terjadi disebabkan 60 peratus daripada sinaran matahari jatuh ke permukaan bumi dan suhu dunia meningkat menyebabkan perubahan iklim turut berlaku," katanya.

Tambahnya, sejak tahun 1960-an suhu negara meningkat sehingga mencecah 33 darjah Celcius setakat ini sedangkan dahulu hanya 28 darjah Celcius.

"Lihat sahaja negara China, baru-baru ini dilanda banjir dan negara di atas pergunungan seperti Nepal turut mengalami banjir dan perubahan iklim global menyebabkan Jepun dilanda banjir kerana Taufan Kore," jelas Dawos.

Oleh itu, pertandingan landskap bukan sekadar menceriakan alam sekitar tetapi sebagai ejen penyerap karbon dioksida dan penghasilan oksigen yang lebih banyak.

Beliau turut menyatakan bahawa Malaysia menyasarkan pengurangan gas karbon dioksida dan gas metana sebanyak empat peratus menjelang 2020.

Pada masa yang sama beliau turut menyampaikan sijil, trofi, wang tunai RM1,500 dan projek landskap RM5,000 kepada johan 10 kategori iaitu sekolah kebangsaan, sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah menengah, kampung Melayu, kampung Dayak, masjid, gereja, gereja kecil (chapel) dan tokong semalam.

Manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM500 berserta sijil dan trofi.

Turut hadir Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, Pengerusi Pengelola Pertandingan Keceriaan Landskap MPP 2011 Kaunselor Edward Kurik, Setiausaha MPP Michael Saweng dan Naib Pengerusi MPP Hashim Yap.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads