Isnin, 26 September 2011

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Jabatan Kehakiman anjur Hari Terbuka E-Filing <b>di Miri</b> esok <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 07:25 PM PDT

Posted on September 22, 2011, Thursday

MIRI: Lebih 50 peserta dijangka menghadiri Hari Terbuka E-Filing anjuran Jabatan Kehakiman Miri yang akan diadakan pada 23 September (Jumaat) ini.

Program itu yang bermula jam 2.30 petang akan diadakan di kamar Mahkamah Sesyen II yang terletak di aras dua Kompleks Mahkamah Miri di sini. Manakala peserta terbabit terdiri daripada para peguam bela serta kakitangan fi rma guaman di Miri dan Bintulu serta beberapa kakitangan bank di sini.

Menurut jurucakap penganjur, objektif utama program itu diadakan bertujuan untuk mempromosikan penggunaan sistem pengkomputeran di Mahkamah Sarawak dan Sabah.

"Menerusi Sistem E-Filing, pihak firma guaman boleh membuat pemfailan kes baru dan urusan pembayaran secara dalam talian (online). Justeru kita menggalakkan lebih ramai para peguam bela dan kakitangan masing-masing ikut serta dalam program ini nanti," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, pada peringkat percubaan kelak, hanya beberapa fi rma guaman sahaja yang akan dipilih sebagai peneraju dalam penggunaan sistem ini. Sementara itu menurut beliau, sempena program tersebut para peserta juga akan diberikan ceramah yang akan disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk David Wong Dak Wah serta pegawai dari Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS). "E-Filing membabitkan penggunaan tandatangan digital ataupun elektronik.

Justeru, kita turut menjemput wakil dari digicert iaitu syarikat yang menyediakan perkhidmatan tandatangan digital untuk ikut serta dalam program ini," katanya. Sehubungan itu katanya, untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung program ini bolehlah menghubungi Priscilla melalui talian 085-418118.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads