11 di miri sarawak - Google Blog Search |
BUAYA DALAM TAMAN BULATAN <b>MIRI SARAWAK</b> | Posted: 12 Sep 2011 09:33 PM PDT Number of view1186 You can leave a response, or trackback from your own site. MIRI: Beberapa pekerja am Taman Bulatan Miri semalam gempar dengan penemuan seekor reptilia dipercayai buaya yang sedang berjemur dan kadang kala timbul dalam kolam terbabit. Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cawangan Miri semalam memberitahu pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar jam 8 pagi semalam dan usaha mencari dan menangkap buaya itu sedang dijalankan. "Kita dimaklumkan mengenai buaya itu oleh pekerja am yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelengaraan taman yang terkejut kemunculan seekor buaya yang sedang berjemur di kolam itu," katanya. Beberapa anggota JPAM yang menerima laporan itu kemudiannya bergegas ke lokasi yang dilaporkan dan mendapati buaya berkenaan sering timbul dan berenang-renang di tengah tengah kolam terbabit. "Kita sedang mencari jalan terbaik untuk menangkap buaya terbabit sama ada menggunakan teknik pukat supaya kehadiran buaya terbabit tidak mengundang bahaya kepada pengunjung di taman itu," katanya. Ekoran penemuan buaya terbabit, semua pengunjung Taman Bulatan Miri yang menjalankan aktiviti bersenam dan sebagainya dinasihatkan tidak mendekati kolam atau melihat buaya itu secara dekat. KATA ULAN ; uikss uLan selalu lepak kat taman bulatan Miri ni hujung minggu,sememangnya ada kolam besar ditengah tengah Taman tersebut,tetapi yang hairanya dari mana ya buaya itu datang? sedangkan kawasan itu bukanlah dekat dengan kawasan sungai,dan kolam itu adalah kolam takungan dan bukannya kolam aliran sungai… The Hot Keywords: |
You are subscribed to email updates from di miri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan