11 di miri sarawak - Google Blog Search |
Pekerja gempar temui buaya <b>di</b> Taman Bulatan <b>Miri</b>, <b>Sarawak</b> | Posted: 12 Sep 2011 08:37 PM PDT No of View :1827 Beberapa pekerja am Taman Bulatan Miri semalam gempar dengan penemuan seekor reptilia dipercayai buaya yang sedang berjemur dan kadang kala timbul dalam kolam terbabit. Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cawangan Miri semalam memberitahu pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar jam 8 pagi semalam dan usaha mencari dan menangkap buaya itu sedang dijalankan. "Kita dimaklumkan mengenai buaya itu oleh pekerja am yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelengaraan taman yang terkejut kemunculan seekor buaya yang sedang berjemur di kolam itu," katanya kepada wartawan semalam. Beberapa anggota JPAM yang menerima laporan itu kemudiannya bergegas ke lokasi yang dilaporkan dan mendapati buaya berkenaan sering timbul dan berenang-renang di tengahtengah kolam terbabit. "Kita sedang mencari jalan terbaik untuk menangkap buaya terbabit sama ada menggunakan teknik pukat supaya kehadiran buaya terbabit tidak mengundang bahaya kepada pengunjung di taman itu," katanya. Ekoran penemuan buaya terbabit, semua pengunjung Taman Bulatan Miri yang menjalankan aktiviti bersenam dan sebagainya dinasihatkan tidak mendekati kolam atau melihat buaya itu secara dekat. Incoming search terms: |
You are subscribed to email updates from di miri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan