Ahad, 25 September 2011

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


.: PTPL <b>Sarawak</b> anjur Program Kem Bina Jati Diri <b>di Lundu</b>

Posted: 18 Sep 2011 09:13 PM PDT

Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta sedang bergambar kenangan bersama para tenaga kolej pengajar ketika berlangsungnya program itu.
SRI AMAN, Ahad  (18 Sept) – Seramai 30 orang pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Kuching, Sarawak mengikuti program Kem Bina Jati Diri yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Siar Beach Resort, Lundu baru-baru ini.
Pegawai Unit Perhubungan Pelajar Kolej PTPL Sarawak, Normah Jokepli menerusi siaran akhbar hari ini memberitahu program ini bertujuan untuk menyemai semangat jati diri dalam diri setiap pelajar terutama sekali golongan pelajar baru.
Katanya program yang disertai oleh pelajar jurusan Seni Grafik dan juga pelajar Short Course ini bertujuan untuk memupuk semangat berani menghadapi cabaran agar mereka lebih bersedia ketika mengatasi pelbagai halangan selepas ini.
"Pengisian program berteraskan latihan dalam kumpulan dan juga persembahan yang menuntut kerjasama seperti ini akan membantu para pelajar terbabit untuk membentuk jati diri yang lebih kental serta tahan cabaran.
"Semangat seperti ini akan membuatkan mereka lebih berjaya dalam dunia pendidikan IPT pada masa sekarang," jelas beliau sambil menambah bahawa program ini adalah anjuran Unit Pembangunan Pelajar (UPP).
Selain itu, aktiviti sukaneka yang berlangsung pada waktu petang tambah Normah membolehkan para para pelajar mempelajari cara-cara yang sesuai untuk menghilangkan tekanan ketika penat 'belajar'.
Sementara itu pelajar jurusan Diploma Teknologi Makmal Perubatan semester 1, Mohd Zaidi Adruce Arpan melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai program yang dianjurkan oleh Kolej PTPL Sarawak kali ini.
"Ini kerana program itu dapat membantu menghilangkan rasa malu dalam diri saya. Malah saya juga dapat mengenali rakan-rakan lain dan ini memudahkan kami untuk berkerjasama di masa akan datang," katanya.
Turut sama hadir bagi memeriahkan lagi penganjuran aktiviti Kem Bina Jati Diri ini ialah tenaga pengajar kolej iaitu Hazlin Suhaili dan Munirah Yahya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads