11 di lundu sarawak - Google Blog Search |
Lelaki patah tangan ditimpa buah durian | BorneoPost Online <b>...</b> Posted: 21 Sep 2011 05:44 PM PDT Posted on September 22, 2011, Thursday KUCHING: Seorang lelaki dari Lundu mengalami patah tangan selepas ditimpa buah durian Selasa lepas. Mangsa yang berusia 52 tahun dari Kampung Sebako itu dalam perjalanan pulang selepas memancing ikan di sungai apabila dia ternampak seorang rakannya di pondok tepi jalan sekitar jam 5 petang dan singgah untuk berbual. Menurut mangsa, dia menyandar tangan kanannya pada tiang kayu ketika berbual dengan kawannya apabila buah berduri itu jatuh dari atas pokok dan terkena tangannya lalu patah. Mangsa pada mulanya menerima rawatan di Hospital Lundu sebelum dirujuk di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini untuk rawatan lanjut. Dalam satu insiden berasingan, seorang lelaki berusia 58 tahun patah tulang belakang apabila dia terjatuh dari pokok buah-buahan dekat kampungnya di Betong. Insiden berlaku sekitar jam 4 petang pada Selasa lepas apabila mangsa memanjat pokok setinggi 15 kaki itu untuk mendapatkan sejenis buah hutan tempatan apabila dia tergelincir dan terjatuh ke tanah. Mangsa dihantar ke HUS dan dimasukkan untuk rawatan lanjut. |
You are subscribed to email updates from di lundu sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan