Jumaat, 9 September 2011

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Bangunan Baru Giatmara <b>Lubok Antu</b> Hampir Siap | <b>Sarawak</b> Update

Posted: 04 May 2011 06:10 AM PDT

LUBOK ANTU – Projek pembinaan bangunan baru Giatmara di Lubok Antu dijangka bakal mengubah halatuju pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi di kawasan ini pada masa depan.

Anggota Parlimen P.203 Lubok Antu, William Nyalau ak Badak berkata bangunan baru Giatmara sekarang sedang dibina di kawasan Rumah Panjang Unah, Sukong dan dijangka siap tidak lama lagi.

"Kini pihak Giatmara sedang melaksanakan operasi mereka di bangunan bekas gedung padi dalam Pasar Lubok Antu sementara menunggu bangunan baru itu siap dalam jangka masa terdekat ini.

"Apabila bangunan baru itu sudah siap maka pihak Giatmara akan mampu melaksanakan peranan mereka dengan lebih berkesan demi melahirkan lebih ramai pelajar cerdik di masa akan datang," ujar beliau.

Kata Nyalau masyarakat di kawasan Lubok Antu tidak perlu menghantar anak mereka untuk menuntut di Giatmara Kuching lagi jikalau bangunan baru Giatmara di sini sudah siap kelak.

Anak-anak yang gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi boleh memilih untuk menguasai bidang kemahiran di Giatmara Lubok Antu agar dapat menambah kapasiti tenaga kerja pada zaman depan.

Dalam perkembangan berkaitan Nyalau telah merasmikan Majlis Makan Tengahari di SK Batang Ai, Lubok Antu dan mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 ribu untuk PIBG sekolah itu.

Short URL: http://sarawakupdate.com/home/?p=23393

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads