11 di kanowit sarawak - Google Blog Search |
Penerima harap JKM beri pertimbangan wajar | BorneoPost Online <b>...</b> Posted: 06 Sep 2011 06:30 PM PDT by Michael Ubam. Posted on September 7, 2011, Wednesday Surat sokongan doktor gagal diserah, pegawai bertugas tidak ambil endah, kata Ajek KANOWIT: Ajek Anak Mapang, seorang balu yang berusia 83 tahun berharap Jabatan Kebajikan Masya-rakat (JKM) dapat membantunya untuk menukar skim Bantuan Am (BA) yang diterima selama ini kepada skim Bantuan Orang Tua (BOT). Ajek yang berasal dari Rumah Sawang, Simpang Machan dekat sini dan turut mengidap sakit buah pinggang berkata, bantuan kewangan melalui skim BA yang diterimanya selama ini tidak mencukupi untuk menanggung kos perbelanjaan ha-rian, lebih-lebih lagi dia perlu menjalani pembersihan buah pinggang tiga kali seminggu di Hospital Sarikei. Malah lebih membeban-kan beliau apabila terpaksa menyara dan menjaga anak bongsunya, Michael Bangau, 29, yang mengalami Sindrom Down. Di bawah skim BA, Ajek hanya layak menerima bantuan sebanyak RM130 sebulan yang ternyata terlalu kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung. "Sejak suami saya meninggal dunia kira-kira 16 tahun yang lalu, hanya saya yang menjaga Michael di rumah," kata ibu kepada tujuh orang anak tersebut ketika ditemui di Hospital Daerah Kanowit, semalam. Ajek mempunyai empat orang anak perempuan dan tiga lelaki termasuk seorang anak perempuan yang sudah meninggal dunia. Katanya, anak-anaknya yang lain sudah mendirikan rumah tangga sendiri dan berjauhan dengannya. Hanya anak lelakinya nombor empat, Emperang Bangau yang bekerja sendiri sebagai petani kerap menghantarnya ke Hospital Sarikei untuk menjalankan pembersihan buah pinggang. Sebelum ini, seorang doktor yang bersimpati terhadap apa yang dihadapi oleh Ajek kemudian membantu beliau menulis surat sokongan kepada JKM Kanowit. Surat tersebut menyatakan bahawa Michael mengalami Sindrom Down dan tidak be-kerja, bergantung sepenuhnya kepada ibunya untuk aktiviti sosial, penjagaan diri dan sokongan kewangan selain datang daripada ke-luarga yang miskin dan perlu diberi bantuan kewangan. "Saya cuba untuk me-nyampaikan surat sokongan tersebut kepada pegawai yang bertugas di JKM Kanowit namun tidak diendahkan oleh mereka," kata Ajek. Beliau mendakwa bahawa dia datang ke pejabat JKM yang terletak di tingkat bawah Pejabat Daerah Kanowit pada pagi Isnin lepas untuk menghantar surat sokongan doktor tersebut dengan harapan untuk memohon agar bantuan kewangannya dapat ditambah. Katanya,Michael sudah didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) pada 3 April 2003. "Sejak dia mendapat kad kenal diri OKU bagi jenis ketidakupayaan akal sejak itu, saya tidak tahu sama ada anak saya ada menerima bantuan," ujarnya. Walau bagaimanapun, Ajek yang kecewa terus beredar dari situ dan kembali ke hos-pital setelah gagal menyerah-kan surat sokongan doktor terseut kepada pihak JKM. Seorang kakitangan JKM di Kanowit yang enggan namanya disiarkan ketika diminta penjelasan berkata, seseorang penerima BA perlu menamatkan tempoh bayaran setahun sebelum dia layak untuk memohon atau menukar skim BA kepada BOT. Katanya, Ajek perlu menunggu tempoh bayaran skim BA tamat terlebih dahulu sebelum dia boleh memohon untuk bertukar kepada skim BOT di mana kelulusan permohonan akan bergantung kepada keputusan ulang kaji kes selain perlu melaporkan diri di pejabat JKM yang berkenaan setiap tiga bulan kali. "Ini perlu kerana kegagalan untuk melaporkan diri di pejabat JKM yang berkenaan akan mengakibatkan bantuan si penerima dihentikan," katanya. Mengenai kes Ajek, katanya,dia hanya mendapat bantuan kewangan sebanyak RM60 sebagai balu atau ketua ahli keluarga dan memandangkan seorang daripada anaknya mengalami kecacatan Simdrom Down dia akan mendapat tambahan sebanyak RM70 iaitu keseluruhan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM130 sebulan. "Jika boleh Ajek boleh cuba merujuk kesnya di JKM Sibu untuk mendapat pengecualian kes atau menunggu tempoh bayaran skim BA tamat kelak," tambahnya. |
You are subscribed to email updates from di kanowit sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan