Isnin, 22 Ogos 2011

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


SME Buka Cawangan baru <b>Di Sarawak</b> — SarawakReview.com

Posted: 31 Jul 2011 10:49 PM PDT

Post image for SME Buka Cawangan baru Di Sarawak

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana, SME Corp akan sentiasa meningkatkan usahanya dalam membantu memperkembangkan industri kecil dan sederhana di negeri Sarawak.

Dalam usaha itu, SME Corp. akan membuka cawangan terbarunya di bahagian Bintulu Sarawak.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Sri Mustapa Muhammad, cawangan baru ini diwujudkan bagi memastikan pengusaha kecil dan sederhana di kawasan luar bandar sarawak turut mendapat bantuan yang mencukupi.

Terutamanya dari segi bimbingan bagi memastikan perusahaan di kawasan luar bandar itu turut boleh diperkembangkan.

"Pelan induk diharap akan membangunkan mekanisme tentang bagaimanakah kita boleh mengintegrasikan perusahaan sederhana kecil di negeri sarawak memandangkan terdapat banyak industri berat di negeri itu. jadi mereka perlu mengadakan kerjasama yang padu antara industri berat dengan perusahaan kecil dan sederhana di negeri ini", kata beliau kepada pemberita semalam.

Terdahulu, beliau hadir dalam majlis perasmian seminar pelaburan tempatan peringkat negeri sarawak di kuching.

Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

SME Corp. Malaysia dengan usahasama Bank Rakyat juga akan memperkenalkan program mempercepatkan perniagaan atau bap dan program memperkayakan dan memperluaskan perniagaan, E2.

Kedua-dua program ini diperkenalkan bukan sahaja bagi membantu dalam membangun serta memupuk kerjasama yang dinamik, berdaya saing dan berdaya tahan di antara pengusaha kecil dan sederhana di negeri itu.

Malah turut menyediakan satu bantuan bersepadu melalui nasihat dan sokongan teknikal, kapasiti dan keupayaan inisiatif, serta sokongan kewangan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads