11 di sri aman sarawak - Google Blog Search |
Hospital <b>Sri Aman</b> baru mula dibina awal tahun depan | <b>Sarawak</b> Post <b>...</b> Posted: 09 Aug 2011 01:13 AM PDT Projek RM200 juta itu dijangka siap dalam tempoh 24 bulan SRI AMAN: Kerja pembinaan Hospital Sri Aman yang baru, bernilai RM200 juta dijangka bermula pada awal tahun depan. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata, kerja pembinaan hospital seluas 51 ekar itu akan mengambil masa 24 bulan untuk siap sepenuhnya. Menurutnya, hospital baru berdekatan pejabat Wisma Persekutuan, Jalan Kejatau itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 51 ekar dengan kos ambil balik tanah RM7.13 juta. Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengeluarkan tender terbuka untuk tujuan pembinaan hospital itu pada September ini, jelas beliau. "Tender terbuka dikeluarkan setelah penilaian pengurusan dan kerja penyiasatan tanah oleh Geoteknikal dan Siasatan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) selesai dilakukan Jun lepas," katanya. Uggah berkata demikian ketika sidang media di bilik mesyuarat Hospital Sri Aman sebaik sahaja selesai melakukan lawatan ke tapak pembinaan hospital baru tersebut di sini, semalam. "Hospital Sri Aman yang baru ini nanti akan dilengkapi dengan kepakaran asas, alatan perubatan terkini, 108 katil pesakit, dua bilik bedah, enam bilik persalinan dan 20 unit mesin kemudahan haemodialisis," jelas beliau. Dalam sidang akhbar itu Uggah turut mengumumkan dua doktor pakar pertama ditempatkan buat kali pertama di Hospital Sri Aman. Dua pakar itu Dr Ling Hii Ming (pakar perubatan) dan Dr Marlini Mat Naphis (pakar sakit puan) dan telah memulakan tugas mereka berkuat kuasa semalam, jelas beliau. Sehubungan itu beliau berharap agar masalah kekurangan doktor pakar dan pembinaan Hospital Bahagian Sri Aman yang baru tidak menjadi isu lagi di kalangan penduduk Sri Aman terutama daripada parti pembangkang. Turut hadir dalam majlis itu Menteri Muda Kemajuan Tanah Datuk Francis Harden Hollis, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Zulkifli Jantan, Residen Sri Aman Jonathan Lugoh, Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman Luat, Pengarah Hospital Sri Aman Dr Hayati Jaafar, para pegawai kerajaan dan ketua kaum sekitar Sri Aman. Copy the code below to your web site. |
You are subscribed to email updates from di sri aman sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan