Sabtu, 13 Ogos 2011

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Penduduk <b>Sri Aman</b> diminta manfaatkan penubuhan <b>...</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 26 Jul 2011 06:43 PM PDT

Posted on 27 July 2011.

SRI AMAN: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kini sudah pun mempunyai lebih 40 cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk Rohani Abdul Karim memberitahu, dalam tahun ini sahaja sebanyak sepuluh cawangan baru TTPM telah dibuka iaitu di Batu Pahat, Johor, Muar, Johor, Port Dickson, Negeri Sembilan, Taiping, Perak, Manjung, Perak, Kulim, Kedah, Gombak, Selangor, Kuala Lubu, Selangor, Keningau, Sabah dan Sri Aman di Sarawak.

"Buat masa kini di negeri Sarawak sahaja, TTPM telah mempunyai cawangan di Ku-ching, Miri, Sibu dan Bintulu. Dengan pembukaan cawangan Sri Aman ini, selain penduduk di sini, pengguna di Lubuk Antu, Sebuyau, Betong dan Saratok juga boleh terus datang ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Sri Aman bagi mendapatkan khidmat nasihat, memfailkan tuntutan sete-rusnya menghadiri pendengaran tanpa perlu datang ke Kuching atau Sibu," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Pembukaan Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Cawangan Sri Aman anjuran PPDNKK Negeri Sarawak bertempat di Dewan Suarah Sri Aman, kelmarin.

Tambahnya, bagi memasti-kan TTPM secara berterusan melindungi pengguna, satu lagi pendekatan diambil iaitu menjalinkan kerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Bela Sabah dan Sarawak serta Bank Rakyat untuk Program Bantuan Guaman Percuma kepada pengguna.

"Dengan termeterainya MoU tersebut, bantuan guaman akan disalurkan kepada pengguna apabila terdapat permohonan untuk semakan kehakiman dibuat oleh peniaga yang tidak berpuas hati dengan keputusan TTPM.

"Ia akan meringankan beban pengguna terutamanya mereka yang tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk berhadapan dengan permohonan tersebut," ujarnya lanjut.

Sehubungan itu, Rohani berharap dan menyeru penduduk di sini dan sekitar Sri Aman supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh TTPM Cawangan Sri Aman bagi menentukan pengguna di kawasan ini memperolehi hak-hak mereka untuk mendapat pampasan atau ganti rugi terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengerusi TTPM Pretam Singh, Ketua Seksyen Perdagangan Dalam Negeri, Mohammed Arfazheel Amsir, Ketua Cawangan KPDNKPP Cawangan Sri Aman, Wan Roslan Esmanto Wan Johari serta Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Felicia Tan Ya Hua.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads