Rabu, 10 Ogos 2011

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di simunjan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di simunjan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2011 12:00 AM PDT

Julai ini menjadi medan Kelab Misi untuk melabuhkan lagi sauh mereka di kedua-dua buah negeri yang terpisah dengan semenanjung. Negeri Sabah dan sarawak juga merupakan negeri yang bernaung di bawah nama negara Malaysia. Negeri-negeri ini juga merupakan negeri kelahiran rata-rata ahli kelab Misi UIAM.

Sauh bahtera kelab ini akan mendarat di dua kawasan iaitu Sandakan, Sabah dan Bau, Sarawak. Bermula dengan program Educational Hearten Camp yang dahulunya dikenali sebagai English & Dakwah Camp iaitu dari 8 Julai sehingga 10 Julai bertempat di Sandakan, Sabah. Lebih spesifiknya adalah di Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Sandakan.

Menurut Presiden kelab Misi, saudara Usman bin Suardi, pertukaran nama program ini bukan kerana suka-suka. Ini adalah kerana nama sebelum ini membuatkan ramai orang konfius dengan perjalanan program. Maka namanya diubah bagi menampakkan konsep dakwah yang dibawa lebih luas dan universal.

Cecep di sebelah kiri Penulis dalam satu program yang dianjurkan kelab Misi

"Program kali ini memerlukan tenaga yang ramai. Maka, sebab itulah kami membawa 40 orang mahasiswa UIAM khususnya ahli kelab kami terbang ke sana untuk mengendalikan program yang melibatkan seramai 250 orang. Pelajar-pelajar ini datangnya dari tingkatan 3 hinggalah tingkatan 5," jelas Usman yang lebih dikenali sebagai Cecep.

Usman juga menerangkan bahawa program ini memang betul-betul menekankan unsur dakwah dalam setiap modul yang diperkenalkan. Maka, program kali ini telah membawa beberapa konsep di antaranya, konsep motivasi, kekuatan spiritual (dalaman), meneroka keyakinan diri, dan ski kepimpinan.

Lain pula halnya dengan satu lagi program yang juga dijalankan oleh kelab yang sama, di bawah pimpinan presiden yang sama, Usman bin Suardi. Program yang dikenali sebagai DESA atau Dakwah Exploration at Sarawak ini akan membuka tirai pada 20-26 Julai ini. Program DESA 2011 ini akan mengambil tempat yang berbeza, tidak seperti sebelum ini iaitu di Simunjan, Sarawak. Tempat yang dianjurkan oleh Unit Saudara Kita (USK) ialah Kampung Kendie dan Kampung Tembawang.

"Kedua-dua kampung ini merupakan kampung yang dipilih oleh USK. Ini kerana merekalah yang kami selalu berhubung untuk mendapatkan informasi mengenai kampung-kampung di Sarawak  yang memerlukan perhatian mahasiswa UIAM. Di dalam maklumat yang kami dapat, Kampung Tembawang mempunyai sedikit masalah dengan politik kampung mereka. Ini kerana di kampung tersebut turut didiami oleh lebih 10 keluarga Muslim iaitu saudara baru," terang Usman lagi.

Menurut Usman lagi, kedua-dua kampung berkenaan didiami oleh 100% penganut kristian. Namun kini, minoriti penduduknya sudah pun memeluk Islam.

"Maka, kerana itulah USK memilih kampung ini untuk kami jalankan program DESA kami. Kami harap orang kampung terutamanya minoriti muslim di sana terus bersemangat untuk menjalani ibadah sebagai seorang muslim."

Harapan Usman juga, agar setiap program yang dianjurkan oleh MISI terutamanya program Education Hearten Camp akhirnya menjadi satu projek yang berjangka panjang untuk Kelab Misi seperti projek mentoring yang dianjurakn oleh kelab-kelab lain.

Usaha-usaha untuk menjalankan kedua-dua program ini berjalan dengan lancar. Semua mesyuarat sudah pun dibuat, gerakan komiti juga sangat mengagumkan Usman sebagai ex-officio kepada kedua-dua program tersebut. Katanya lagi, kini kelab MISI sedang rancak mencari dana tambahan untuk membuat persiapan sepenuhnya bagi kedua-dua program di Sandakan dan juga di Bau.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang bantuan dari segi kewanagn atau material lain, silalah ajukan pertanyaan kepada presiden Kelab MISI, Usman Suardi di talian 014-8754579.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jamal Rafaie » Blog Archive » KEMBARA HPA KE <b>SIMUNJAN SARAWAK</b>

Posted: 15 Apr 2011 12:41 AM PDT

Tiada apa yang ingin dikatakan semasa menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak pada 19 Mac 2011 yang lalu. Cuma hati terasa jauh mengenangkan kali terakhir ke Kuching iaitu sekitar tahun 1998 dahulu.

Jika dahulu, kedatangan ke Sarawak hanya untuk makan angin dan berlibur, tetapi kedatangan pada kali ini membawa satu misi kepada penduduk negeri Sarawak.

Bukan untuk  memancing undi memandangkan pilihanraya Sarawak semakin hampir! Tetapi membawa misi DAKWAH, EKONOMI DAN PENDIDIKAN kepada rakyat kawasan Simunjan, Sarawak.

Kembara pada kali ini hanya menumpang rombongan HPA, khususnya rombongan Pengarah Urusan 1 HPA Industries Sdn. Bhd (Tuan Haji Ismail Bin Ahmad) untuk melawat projek Padi Huma HPA di sana.

1 ) LAWATAN PADI HUMA HPA DI SIMUNJAN

Projek penanaman padi huma ini diusahakan sendiri oleh penduduk-penduduk kawasan Simunjan.

Seluas kira-kira 10 ekar tanah ditanam dengan padi huma itu. Proses penuaian pula menggunakan kaedah tradisional (tuai guna tangan) dan mengambil masa yang lama untuk menuai keseluruhan kawasan padi huma itu.

Padi Huma ini adalah dari spesis padi hitam yang dikatakan mempunyai serat yang tinggi jika dibandingkan dari padi putih. Tetapi masa yang diambil untuk menunggu padi ini matang terlalu lama iaitu kira-kira setahun.

IKTIBAR ORANG YANG BERSEDEKAH

Jika anda menuai padi menggunakan kaedah tradisional, nescaya anda akan mengeluh, "Bilalah padi ni nak habis ni?! Dari tadi potong tak habis-habis!".

Sesungguhnya itulah rezeki yang Allah turunkan kepada makhluk-Nya. Setiap hari manusia makan nasi, tapi nasi tak pernah habis di muka bumi. Subhanallah.

Satu lagi iktibar yang boleh diambil sewaktu menuai padi ialah tentang fadhilat bersedekah ke jalan Allah. Allah menjanjikan ganjaran ibarat sawah padi itu. Lihat, fikir dan zikirlah!

Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Surah Al-Baqarah, ayat 261)

2) PERASMIAN PROJEK PADI HUMA

Selepas menuai, kami terus ke kawasan perkampungan Semelatong untuk menghadiri majlis perasmian Projek Padi Huma. Tuan Haji Ismail Ahmad merasmikan majlis tersebut.

Tuan Haji Ismail Ahmad sedang melihat proses menampi beras

.

Kami diberi taklimat tentang cara-cara memproses padi kepada beras. Juga dapat mencuba sendiri kaedah tersebut.

3) LAWATAN KE PROJEK TERNAKAN AYAM ORGANIK HPA BORNEO

Selepas perasmian, kami terus bergegas untuk melawat projek ternakan ayam organik HPA yang diuruskan oleh HPA Borneo.

Ayam Organik HPA

.

Projek ternakan ayam di kawasan Borneo masih berskala kecil, iaitu kira-kira 1000 ekor sekali ternak. 1000 ekor untuk Sabah dan Sarawak? Ya. Belum sembelih sudah habis dijual! (permintaan besar)

Projek ini masih di peringkat percubaan, jika projek ini berjaya, Insya-Allah projek ini akan bertambah besar dan tidak mustahil Zon Borneo mempunyai sebuah Restoran RFC! Amin…

4) MANDI DI SUNGAI KAMPUNG BUNAN GEGA

Selepas letih berprogram, jom kita mandi sungai!

Sungai di sana sungguh cantik. Maha Suci Allah yang menciptakan sungai secantik itu. Moga-moga kita dapat melihat sungai di syurga yang tidak dapat digambarkan bagaimanakah rupanya.

PENGAJARAN SIMUNJAN

Simunjan adalah sebuah tempat pedalaman di Sarawak. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam dari Kota Kuching. Perjalanan amat mencabar dengan jalan yang teruk dan merbahaya.

Namun, di sana tersimpan pelbagai khazanah alam yang menunjukkan kekayaan Allah Subhanahu Wa Taa'la. Dari kekayaan herba yang tumbuh di sana, sehinggalah kecantikan alam semulajadi ciptaan Allah, sangat menakjubkan.

Terima kasih kepada Tuan Haji Ismail Bin Ahmad dan rombongannya di atas jemputan bersama mengembara di bumi Simunjan. Semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah dan dikira sebagai ibadah kepada-Nya. Insya-Allah.

SAYANG SARAWAK!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
53000 Kuala Lumpur.

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Kembara Amal UNIC Ke Utara
  2. KEMBARA UNIQUE UTARA SELATAN
  3. KEMBARA : Rekreasi Di Sg. Sedim.. Tenangkan Fikiran Sebelum Berjuang..
  4. Kembara : Lawatan Industri (DanCast Sdn Bhd)

Related Posts Pluginfrom Make Money Online.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads