11 di samarahan sarawak - Google Blog Search |
BLOG SARAWAK: 11 <b>di samarahan sarawak</b> - Google Blog Search Posted: 16 Jun 2011 12:00 AM PDT URL Sumber Asal :-
| |||||||
<b>Sarawak</b> sasar sukat 250,00 hektar tanah NCR hujung tahun 2011 <b>...</b> Posted: 18 Aug 2011 10:09 PM PDT Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan berkata, bagi memastikan sasaran tersebut dicapai, kerajaan negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta. "Tahun lepas, sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk menyukat 28 kawasan melibatkan tanah berkeluasan kira-kira 50,000 hektar dan ia berjaya dilaksanakan. "Pada tahun ini, lebih 100 kawasan baru dengan keluasan tanah lebih 200,000 hektar akan disukat. Jika dicampur, jumlah keluasan yang akan disukat sehingga hujung tahun ini adalah kira-kira 250,000 hektar," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian cek pampasan dan penyerahan sijil Rizab Gunasama Bumiputera melibatkan 86 penerima, di sini semalam. Penerima cek pampasan tersebut merupakan pemilik tanah yang terlibat dengan projek menaik taraf Jalan Mambong-Sejingkat membabitkan bayaran berjumlah RM3.75 juta manakala bagi Rizab Gunasama Bumiputera pula, sebanyak 14 kampung sekitar Muara Tuang menerima sijil tersebut. Dalam pada itu, Awang Tengah memberi jaminan bahawa setiap projek pembangunan melibatkan tanah rakyat akan dibuat mengikut prosedur dan tidak akan menjejaskan hidup mereka. "Kita ambil tanah mengikut prosedur betul manakala pampasan dibayar berdasarkan harga semasa dan projek yang dilaksanakan pula dinikmati penduduk itu sendiri. "Kita harap masyarakat tidak akan dipengaruhi pembangkang bahawa kita merampas tanah rakyat dan mengabaikan kebajikan mereka," katanya. - Utusan |
You are subscribed to email updates from di samarahan sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan