11 di kuching sarawak - Google Blog Search |
Tertunailah Hasrat <b>Di</b> Hati: Best Gak Pullman Hotel <b>Kuching</b>, <b>Sarawak</b> Posted: 06 Aug 2011 06:17 PM PDT Bertolak dari rumah pukul 4.30 pagi ke rumah adik di Shah Alam sebab hb tak boleh hantar, adik hantar ke KLIA dulu sebab Firdaus naik flight pukul 7.45 pagi sementara akak dan Imran naik di LCTT , adik lelaki akak bawa balik kereta ke rumah beliau. Sepatutnya Yana yang pergi ke Kuching bersama Firdaus tapi dek kerana Yana kena balik awal ke India terpaksalah akak menggantikan belau . Kena bawa Imran sebab tak ada orang nak uruskan dia kat umah. Oleh sebab tiket firefly dah mahal , terpaksalah kami naik Air Asia, kiranya percutian ni tak di rancang. Nasib baiklah penerbangan ikut jadual dan akhirnya sampai ke Airport Kuching dekat pukul 10.30 pagi.Bila naik Air Asia kenalah naik dan turun tangga termasuklah di Airport Kuching, sape yang bawa hand carry sampai 2 beg dan berat giler, memanglah payah terutama yang dah berusia. Seksa akak tenguk dia orang angkat beg sebab malas nak bayar lebih. Nasib baik beg pakaian akak Firdaus yang bawa, kalau idak payahlah juga. Masuk ke Sarawak rupanya cam kita masuk ke negara lain ek. Kena bagi ic/passport dan dapat pass lawatan sosial yang kena simpan dan dipulangkan semula bila hendak kembali ke Kuala Lumpur. Alhamdulliah Ummiross dan suami dah sedia menunggu kami dan menghantar kami ke hotel. Terima kasih buat mereka suami isteri. Kalau naik teksi selalunya dalam RM25-30 sebab dekat. Selepas tu beliau pulang dan alhamdulliah sebab dapat check in awal dalam pukul 12.00 tengahari dan kami di berikan bilik deluxe. Bestnya... Imran memang happy sebab boleh berendam kat dalam bath tub. Dia tak sabar nak gi mandi kat kolam renang tapi akak tak kasi sebab tengahari mana boleh mandi manda kat situ. Orang tua kata banyak setan time sebegitu.. Dah memang jadi tabiat Imran semua nak di sentuh. Ingatkan bolehlah layan internet dalam bilik sepanjang masa, rupanya untuk 1 jam sahaja, lepas tu kena bayar RM50.00 untuk 24 jam. Bila tenguk katil terus lepak sebab mengantuk dan letih sebab keluar dari rumah awal pagi. Perut masih kenyang sebab makan dalam flight. Dalam pukul 3.00 petang baru terjaga..kami jalan-jalan cari makan sebab perut dah lapar. Pullman Hotel dekat ajer dengan Hotel Hilton dan Tune Hotel.. tenguk kat Water Front cam tak ada kedai makan masa tu. Dekat dengan tune hotel kami jumpa shopping complex dan kami makan makanan segera kat situ. Beli jajan di sebuah supermarket dan pulang semula ke bilik. Imran dah bising nak mandi manda..layankan ajerlah budak kecik ni...orang tak ramai sebab weekday, yang ada cuma pelancung asing..tapi seksalah mata tenguk pempuan omputih pakai seksi Mereka ashik menjemurkan diri sementara akak cari tempat teduh sambil baca novel Ada gak gim di sini.. Oleh sebab hotel ni best, kami tak ke mana-mana pun pada hari pertama sampai, Firdaus gi beli nasi penyet yang sodap, sementara akak lepak kat lobby update blog. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di kuching sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan