E.ntah apa yang akan saya merapu disini... saya minta maaf.. hahah... yang pasti saya mahu berkongsi cerita tentang perjalanan barang yang saya pos ke Sarikei Sarawak. Beginilah peniaga online agaknya..
Semalam saya sms seorang pelanggan saya untuk memastikan beliau terima barang saya dengan selamat. Barang tersebut bernilai rm90 dan kos pos rm13, haruslah saya risau. Jika rm10 sekalipun harga barang saya, saya tetap risau, ini soal amanah bagi saya sebagai peniaga online.
Sayangnya cik penerima memberitahu beliau belum terima barang tersebut. Ini amat mengejutkan saya.
22/03/11 tarikh penghantaran sehingga 07/04/11 haribulan tak mungkin bagi saya barang tersebut belum sampai. Sudah lebih dari 2 minggu!!
okey. Saya semak online. semak sini dengan no rujukan yang saya simpan. Apa yang saya lihat, perjalanan yang sangat menarik untuk parcel tersebut.. anda mahu tahu??
yang keluar lebih kurang macam ni:
proses time post office status
1. 22 march 2011 11:33:43am GPO JB Pengeposan di kaunter GPO JB
2. 22 march 2011 04:15:42pm PDC JB Terima pengeposan
3. 22 march 2011 07:54:42 pm PDC JB send item to Sarikei
4. 25 march 2011 04:20:50am PDC sibu send item to PDC sibu
5. 26 march 2011 09:40:38am sarikei out for delivery
6. 26 march 2011 11:27:26am sarikei Delivered
7. 04 april 2011 12:15:17pm pos laju alor setar Send item to JB
8. 06 april 2011 01:22:06pm PDC JB call card send to customer
9. 07 april 2011 09:30:21am PDC JB out for delivery
10. 7 april 2011 10:35:13 am PDC JB delivered
Apa yang saya faham pada awalnya ialah barang tersebut sudah sampai ke Sarikei post office. Mungkinkah barang tersebut berpatah balik ke JB??? Ada tulis DELIVERED pada 26 mac bermakna penerima sepatutnya sudah terima barang tersebut.
Untuk menjawab persoalan ini, saya google alamat pejabat pos sarikei. Saya masuk ke sini dan saya call no yang ada 083-411212. En. Ajis Sapari yang menjawab panggilan menyatakan beliau di pejabat pos Kabong Sarawak, bukan sarikei... huhu. En. Ajis sangat bersopan santun dan beliau akui parcel tersebut telah dihantar ke Sarikei. Katanya beliau ada terima parcel tersebut di kabong, dan beliau telah menghantarnya ke sarikei. Owh, begitu perjalanan parcel saya.. Sudah tu... En.Ajis bagi pula no telefon pejabat pos sarikei 084-656122.
Okeyh... ini cerita musti bagi selesai.... saya terus call no yang en.ajis bagi tu... Yap, pejabat pos sarikei... kali ini En. Faris pula menjawab panggilan. Bila di semak.... Barang tersebut telah selamat sampai ke rumah penerima pada 26 mac 2011. Owh, benarlah seperti dalam jadual diatas. En. Faris ni siap bagi nama penerima lagi... huhuhu.... harus~ dimanakah kesilapan disini sehingga pelanggan saya kata masih belum terima lagi barang tersebut??
Apa kisah parcel itu ya?? atau penerima saja bagi saya wisau... huhu... nakal ya... owh... risau.... saya akan update kisah parcel ini pada komen dibawah setelah saya dapat jawapan terbaru dari customer saya.. InsyaAllah.. buat panduan peniaga-peniaga online seperti saya.. :)
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan