Jumaat, 17 Jun 2011

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Bila Harga Ketam <b>Di Limbang</b> Semakin Mahal « Di Halaman Limbang….

Posted: 19 May 2011 01:16 AM PDT

KETAM bakau mungkin mudah terdapat di Limbang, sebab tu banyak dijual di Limbang dengan harga yang "berpatutan" di pasar basah Limbang. Dulu, dalam tahun 1990-an harga ketam bakau dalam lingkungan RM4-5 sekilo sahaja samada yang bersaiz kecil atau besar sebab permintaan atas ketam pada masa itu masih kurang ataupun orang Limbang masa tu kurang berminat untuk makan ketam. Tapi sekarang harganya telah meningkat naik dalam lingkungan RM8-10 sekilo, mungkin orang Limbang dah suka makan ketam jadi hargapun dah meningkat.

Di tempat lain di Sarawak harga ketam agak mahal tidak seperti di Limbang, jadi banyak juga kawan-kawan yang berpesan untuk "mengirim" untuk belikan ketam di Limbang. Di Limbang, ketamnya masih banyak dan besar-besar lagi, jadi masih boleh diperolehi dengan mudah jika bakau-bakau yang ada di tebing-tebing sungai terpelihara, Insya-Allah ketam-ketam masih boleh untuk kita jamah.

Biasanya di Limbang, penangkap ketam ni, menangkap ketam dengan bubu ataupun "binto" atau "membinto" yang akan ditinggalkan di tebingan sungai yang ditumbuhi pokok-pokok bakau kerana tempat tersebut merupakan tempat lubuknya ketam-ketam. Biasanya, penangkap ketam jarang untuk tidak membawa tangkapan yang kosong, pasti ada sahaja ketam yang tersangkut di bubu dan "binto" yang ditinggalkan. Biasanya umpan yang sesuai untuk menangkap ketam ni, kepala ayam ( yang aku dengar tapi tak pasti juga mungkin ada lagi umpan yang lain yang lebih eksotik).

Pelbagai menu yang sesuai untuk dibuat masakan bagi ketam ni, terpulang pada tukang masak bagaimana nak masakan. Biasanya aku sukakan ketam masak kicap, ermmm…nyaman…

Cuma, sekarang ni aku jarang untuk makan ketam itupun bila balik ke Limbang sahaja tapi masa aku di Tawau 2 minggu lepas harga ketam di situ lebih murah dari Limbang, cuma RM5 sekilo sahaja. Murahkan!

Aku terfikir juga, mengapa mesti harga ketam di Limbang naik begitu tinggi? Adakah penangkap ketam di Limbang banyak mengeluarkan kos yang tinggi dan besar untuk menangkap ketam? Aku rasa hanya perlu mengeluarkan  modal untuk belanja minyak bot sangkut sahaja, yang lain hanyalah seperti alatan untuk menangkap seperti bubu dan "binto" dan umpan ketam tu. Jadi, aku rasa tak memerlukan kos yang tinggi sangat dan bubu dan "binto" akan ditinggalkan disitu sahaja untuk semalaman. Keesokan paginnya akan "diangkat" untuk memperolehi hasilnya. Mengapa mesti ketam yang ada di Limbang dijual dengan mahal? Mungkin ada rasionalnya bagi pihak penangkap ketam dan orang tengah?

Tapi ia merugikan dari sudut "kekonsistenan" untuk orang membeli ketam tersebut, mungkin hidangan ketam akan hanya dirasai sebulan sekali atau sebulan dua kali. Tapi rasa ketam tetap sedap bila harganya murah..berkat!

This entry was posted on May 19, 2011. It was filed under Makanan and was tagged with .

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads