Bagi yang tak dapat nengok siaran langsung Maharaja Lawak minggu ke-8 macam kami ni, ini ada video untuk kita layan. Kredit penuh kepada GuaTV Dot Com.
Nabil
Jambu
R2 – dimasukkan semula
Man
Jozan
Balas
Sepah
Peserta yang tersingkir pada minggu ke-8 ini adalah Man.
Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D
(Gambar) Majlis Pertunangan Khairul Fahmi & Elia Bertemakan Arab.
(Baca dengan lengok Arab P Ramlee) Semalam, Ana paparkan berita mengenai majlis pertunangan Khairul Fahmi & Elia lah! Hari ini, Ana dapat tahu'lah, itu Elia sudah upload di blog gambar-gambar pertunangan mereka. Ana happy'lah! Ana jamin, ramai yang masuk blog Ana, mahu tengok sama gambar Khairul Fahmi menyunting bunga di taman.
Walaupun Khairul Fahmi amat popular, Ana tabik sama dia sebab kekal setia bersama kekasih hati sejak zaman sekolah. Ana harap, Khairul Fahmi dapat menyegerakan majlis perkahwinannya bersama Elia. Syukur Alhamdullillah! Kredit gambar JejariRuncing.
(Video) Sham Kamikaze Bercerita Pengalaman Dapat Hidayah.
Sham Kamikaze, merupakan pemain gitar utama Kamikaze dan pernah menghasilkan sebuah album berjudul Kontroversi. Pada peringkat Anugerah Industri Muzik, Sham pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.
Sham kerap mengiringi persembahan artis artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan perembahan terbuka atau pun di stesen stesen TV. Dia juga mencurahkan pengalaman muziknya di Akademi Seni Kebangsaan. Antara tugasan yang pernah di pikulnya termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.
Satu kelainan yang ditonjolkan. Kali ini, Sham Kamikaze berceritakan pengalamannya mendapat hidayah dalam rakaman video berdurasi 12:42. Satu pendedahan yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca OHBULAN!
BUDAPEST: Sebuah firma insurans utama menghargai kakitangannya yang cemerlang dengan menghadiahkan mereka pelacur, lapor media semalam.
Menurut laporan akhbar, syarikat Munich Re melanggan 20 pelacur untuk menghiburkan kira-kira 100 jurujualnya yang mencatat kejayaan terbaik.
Munich Re adalah syarikat penanggung insurans bagi syarikat insurans lain dan berpangkalan di Munich, Jerman.
Media melaporkan, pelacur terbabit turut memakai gelang tangan berwarna sebagai kod bagi menyatakan sama ada mereka boleh dilanggan atau tidak dalam parti pada 2007 itu.
Selepas melayan mana-mana jurujual, lengan pelacur itu akan dicop bagi membolehkan tetamu mengetahui kekerapan mereka dilanggan.
Sumber berkata, pelacur terbabit rela melakukan "apa saja yang diminta" sepanjang pesta berkenaan berlangsung.
"Bagi ahli lembaga pengarah dan jurujual terbaik, mereka disediakan pelacur khas," katanya. - TS saya petik dari myMetro
YEOVIL, Britain - Seorang wanita berusia 36 tahun, Beth Wheeler memiliki berat 139.70 kilogram (kg) semasa bertunang tetapi beratnya cuma 53.50kg empat hari sebelum dia berkahwin pada 20 Februari lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Beth berjaya mencapai sasaran untuk mengurangkan berat badannya sebanyak 76.20kg empat hari sebelum dia berkahwin.
Dia mula menjalani diet dan senaman untuk mengurangkan berat badan pada 2009 dengan mengikuti amalan kumpulan Weight Watchers.
Kumpulan itu yang mengamalkan diet pemakanan menyebabkan berat Beth berkurangan dengan banyak apabila dia menahan memakan makanan yang boleh mengemukkan badannya.
Menceritakan kesukarannya untuk mengurangkan berat badan, Beth berkata: "Ia memang sesuatu yang menyukarkan kerana saya tidak suka bersenam dan saya tidak pernah menjadi peminat gimnasium.
"Saya melakukan (mengurangkan berat badan) dengan mengubah gaya hidup dan pemakanan saya."
Ketua kumpulan itu, Raelene Hope berkata, dia berasa bangga dengan kejayaan Beth mengurangkan berat badannya.- Agensi
SHEFFIELD, Britain - Seorang pemuda, Jon Ryder menyimpan sebuah kereta Ferrari F355 di dalam rumahnya sejak tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta buatan 1996 yang mempunyai kelajuan sehingga 294.50 kilometer sejam itu dibelinya lebih tiga tahun yang lalu.
Menurut Ryder, apabila berpindah rumah bersama isterinya pada tahun lalu, dia melihat terdapat ruang depan dalam rumahnya yang boleh diubahsuai untuk menjadi garaj menyimpan kereta idamannya itu.
Pintu 'garaj' yang menjadi laluan masuk kereta sport itu terlindung dengan kain langsir dan dia mengambil masa selama sebulan untuk melakukan pengubahsuaian.
Kereta itu berharga £83,000 (RM405,936) semasa dikeluarkan pada tahun 1990-an tetapi kini nilai kenderaan tersebut berkurangan kepada sekitar £35,000 (RM105,437).
"Saya masih tersenyum pada setiap hari kerana memiliki kereta idaman saya," kata Ryder. - Agensi
MELAKA: Seorang penyamun yang hanya berkain pelekat ketika memecah masuk kediaman dihuni lima gadis di Pangsapuri Peringgit Indah, Peringgit, di sini, dicekup polis ketika cuba melarikan diri, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi itu, penyamun terbabit menceroboh masuk dan mengugut mencederakan mangsa sekiranya gagal menyerahkan barangan berharga.
Selepas mendapatkan sejumlah wang dan barang kemas, penjenayah berlari ke rumahnya di tingkat atas pangsapuri berkenaan namun kelibatnya dilihat orang ramai selepas mangsa menjerit meminta tolong.
Penjenayah yang tinggal di tingkat dua pangsapuri berkenaan kemudian diberkas polis tidak lama selepas kejadian terbabit.
Mangsa, Hazreen Nur Mahfar, 26, berkata, dia yang sedang tidur terkejut selepas menyedari seseorang keluar dari bilik tidurnya.
TEMPO Interaktif, Rahsia susuk di balik lukisan Mona Lisa karya Leonardo da Vinci mulai terkuak. Sejumlah arkeologi mengatakan telah menemukan tengkorak yang diduga tengkorak Mona Lisa. Mereka menemukan tengkorak tersebut ketika menggali sebuah biara tua di Florence, Itali.
Para arkeologi menduga tengkorak dalam kubur di bawah biara St. Ursula itu adalah milik Lisa Gherardini Del Giocondo, susuk yang diduga Mona Lisa. Sejumlah ilmuwan yakin Lisa Gherardini adalah orang di balik senyum misteri lukisan da Vinci. Tengkorak itu memiliki ukuran tengkorak seorang perempuan. Ketika ini, para arkeologi tengah membandingkan DNA dengan dua tulang anaknya yang dikubur tak jauh dari kubur tersebut. Jika benar tengkorak tersebut milik Mona Lisa, seniman forensik akan melakukan rekonstruksi wajah untuk membandingkan dengan lukisan da Vinci yang telah berusia 500 tahun. Bila berhasil, teka-teki Mona Lisa boleh terpecahkan.
"Sekarang kami belum boleh memastikan tulang tersebut milik siapa," kata arkeologi yang menjadi pimpinan penggalian ini, Silvano Vinceti. "Tapi, penemuan ini membuktikan hipotesis kami bahawa ada tulang manusia di biara St. Ursula dan kami yakin di antara tulang itu milik Lisa Gherardini." Penemuan tengkorak ini tak mudah. Para arkeologi menggunakan bantuan radar, map kuno, serta beberapa dokumen. Tengkorak itu pun berada di bawah lapisan lantai setebal 90 sentimeter. "Temuan ini sungguh sebuah penemuan penting, kami sangat senang, riset kami terbukti," kata Vinceti.
Lisa Gherardini meninggal pada 1542. Dia adalah isteri dari saudagar sutra kaya raya Francesco de Giocondo. Di Italia, Mona Lisa dikenal sebagai La Gioconda. Beberapa sejarawan sepakat Mona Lisa adalah Lisa de Giocondo yang menjadi biarawati setelah suaminya wafat. Dia meninggal di biara pada 15 Julai 1542 di usia 63 tahun. Pasangan Giocondo ini menikah pada 1495, ketika itu Lisa berusia 16 tahun dan Fransesco berusia 35 tahun. Beberapa ilmuwan menduga lukisan da Vinci ini adalah sebuah potret untuk menandakan kehamilan Lisa. Lukisan tersebut mulai dibuat sekitar 1503 dan 1504, tapi lukisan ini baru selesai pada 1519 setelah da Vinci pindah ke Perancis. Lukisan Mona Lisa adalah milik pemerintah Perancis dan ini adalah lukisan paling terkenal di dunia.
SETH Priebatsch, sebuah nama yang memang belum terkenal seperti Mark Zuckerberg si pemilik Facebook. Namun di usia 12 tahun, Priebatsch telah mengembangkan kode perangkat lunak (software) di Russia.Dalam wawancara dengan CNN, Priebatsch telah mengembangkan aplikasi yang diberi nama SCVGNR, semacam kode geek untuk berburu pemulung. Lewat aplikasinya itu, dia ingin mengubah dunia nyata menjadi sebuah dunia permainan video. Lewat aplikasinya itu, Priebatsch mendorong masyarakat melakukan tantangan mobile lewat aplikasi tersebut. Dia pun menerangkan bagaimana sebuah permainan mekanik boleh membuat orang merasa lebih baik dalam menjalankan kehidupan.
Ketika hadir sebagai pembicara di acara teknologi tahunan di Austin, Texas, dia mengemukakan mengapa orang cenderung kurang dinamik dalam menjalankan aplikasi-aplikasi yang tersedia di perangkat.
"Sekarang kita sudah sangat dekat dengan website dan jejaring sosial seperti Facebook dan MySpace. Di masa mendatang, teknologi akan bekerja untuk membangun lapisan permainan di atas dunia nyata," kata Priebatsch memprediksi.
Pemuda yang kini genap 21 tahun ini menjelaskan tentangaplikasi SCVGNR. Aplikasi ini dibangun untuk menjadikan sebuah permainan game bersama. Dengan kata lain, dalam sebuah wilayah terbangun sebuah koneksi game memakai aplikasi SCVGNR, yang kemudian para pemain saling berinteraksi.
Inilah yang disebut sebagai lapisan permainan di atas dunia nyata. Pendiri perusahaan Postcard Tech yang khusus menjual CD-ROM tentang wisata, yakin teknologi akan menjadi lebih baik dalam melengkapi kehidupan manusia.
Sebagai pengusaha muda Priebatsch berpesan agar anak muda sudah harus dekat dengan teknologi saat duduk di bangku sekolah menengah. "Jangan sampai menyesal ketika di bangku sekolah menengah Anda tidak paham teknologi," ujar pegusaha muda ini.
SEBUAH perusahaan yang berkedudukan di Athens, Ohio, AS dan para mahasiswa di Ohio University telah meneliti cara untuk menghasilkan energi dari air kencing manusia, dan untuk membukktikan teknologi ini berfungsi, pasukan ini membuat kereta kecil yang digerakkan oleh air kencing manusia.
Teorinya, kandungan urea yang ada dalam air kencing mengandung banyak hidrogen. Dengan mengekstraknya maka akan tersaji banyak energi lewat gas hidrogen yang dihasilkan. Dan untuk itu, E-3 Technologies, perusahaan yang berbasis di Athens, Ohio, tengah mengembangkan teknologi pengolah urin sebagai intinya.
Soal bahan nanti, boleh didapati dengan berbagai cara. Mendapatkannya dari toilet awam dan pejabat-pejabat, atau menggunakan pengumpul yang lebih besar melalui kerjasama dengan perusahaan pengolahan air limbahan.
Liputan6.com, London: Banyak cara orang untuk mengekspresikan rasa cintanya pada sang kekasih. Seorang lelaki Inggris melamar kekasihnya dengan trailer filem. Lelaki unik dan kreatif itu tidak bekerja sendirian. Ia meminta bantuan calon adik ipar dan juga calon mertuanya. Alhasil, trailer berdurasi sekitar tiga minit itu pun meluluhkan hati sang kekasih.Lelaki yang romantis itu bernama Matt Still. Cara melamar kekasihnya Ginny Joiner, memang luar biasa. Waktu itu, calon adik iparnya Charlie mengajak Ginny menonton. Di celah-celah trailer filem lainnya itulah 'trailer spesial' karya Matt diputar.
'Trailer lamaran' itu dibuka dengan adegan Matt yang sedang bercakap dengan calon mertua. Latar belakangnya ruang keluarga Joiner. Dalam adegan tersebut, Matt tidak sekadar bercakap biasa tapi sekalian melamar meminta restu ayahanda Ginny dengan kata-kata indah yang dirangkainya sendiri.
Tentu saja, ketika itu Ginny tak pernah tahu rancangan tersebut. Apalagi mengetahui senario di balik trailer tersebut. Ginny hanya sekadar meneka-neka susuk yang sedang bercakapl.
"Apakah itu Matt dan ayah. Charlie, kelihatannya itu seperti Matt dan ayah ya? Hei, Charlie…itu benar-benar Matt." kata Ginny yang duduk di sebelah adiknya dengan ekspresi terkejut.
Setelah trailer istimewa itu selesai, barulah Matt datang dan langsung menghampiri Ginny. Tanpa membuang waktu lagi, Matt langsung mengungkapkan kata-kata indah itu.
"Ginny Joiner, kau sangat bererti bagiku dan aku benar-benar meyakininya. Mahukah kau menikahiku?"
Ginny yang tertegun dengan situasi itu pun langsung menganggukkan kepalanya tanda setuju. Setelah itu, Matt memasangkan cincin di jari manis Ginny. Tepuk tangan pun segera menggemuruh dari puluhan penonton yang ada di ruangan panggung wayang itu. Mereka ikut merasakan kebahagiaan pasangan Matt-Ginny. Romantis sekali.
Ingat filem populer "Transformers"? Mungkin anda berharap robot-robot itu menjadi nyata dalam kehidupan, dan boleh membantu aktiviti anda sehari-hari.
Di Taiwan, seorang anak guru pencen dan memiliki minat yang besar terhadap hal-hal yang berhubungan dengan kereta dan robot membuat salah satu robot tiruan Transformer di luar rumahnya.
Ukuran robot yang populer dengan nama "Optimus Prime" ini dibuat sama besarnya dengan yang ada di filem, termasuk semua detail sehingga terlihat seperti nyata.
Di antara semua pemain sepak bola di dunia hanya ada satu pemain paling "bersih", baik di peringkat kelab mahupun antarabangsa. Dia adalah Gery Lineker berasal dari England, selama 16 tahun menjadi pemain bolasepak professional, lelaki kelahiran Leicester, 30 November 1960 telah bermain 560 pertandingan.
Hebatnya, dia sama sekali tidak pernah menerima kad (baik kartu kuning mahupun kartu merah) dari pengadil. Kerana pencapaian tersebut pada tahun 1990 dia menerima penghargaan FIFA Fair Play Award. Di pasukan England Lineker melakukan debutnya pada tahun 1984 melawan Scotland. Dan pada tahun 1986 membawa England hingga peringkat semifinal Piala Dulnia dan berhasil menjadi Top Score dengan 5 gol. Selama bergabung dengan pasukan Three Lions, Lineker mempunyai 80 caps resmi dan menjaringkan 48 gol.
Sofa di sebuah perpustakaan ini dapat mengikuti kemanapun orang yang memerlukannya pergi asalkan tetap di dalam kawasan perpustakaan. Jika seseorang memerlukannya, dia cukup menempelkan sekilas sebuah kad chip di kerusi sofa tersebut dan sang sofa akan mengikutinya...
TEMPO Interaktif, Ramai orang berusaha keras untuk mendapatkan hidup lebih lama. Mulai dari hal yang biasa seperti hidup sihat dan berolahraga, hingga hal-hal aneh yang di luar akal sihat. Tapi tahukah Anda, resepi panjang umur dari manusia tertua di dunia? Ternyata tidak serumit yang kita bayangkan.
Dilansir dari laman Daily Mail, Khamis, 19 Mei 2011, Maria Gomes Valentim yang dinobatkan sebagai manusia tertua, menurut Guiness World Records mengatakan setiap pagi dia sarapan dengan roti dan buah-buahan dan sesekali ia minum wine.
Wanita asal Brazil ini tercatat berusia 114 tahun, 313 hari lebih tua 48 hari dari pemegang rekod sebelumnya, Besse Cooper dari Georgia, Amerika.
Cooper kini meraih sebagai manusia tertua di Amerika Utara.
Berdasarkan data Guiness, Valentim dilahirkan pada 9 Julai 1896 di Carangola, Wilayah Bahagian Tenggara Minas Gerais, tempatnya tinggal sepanjang hayat. Dikenal sebagai Nenek Quita, keluarga Valentim memiliki tabiat keras kepala. Mereka terbiasa menjalankan perniagaan sendiri. Ayahnya pun hidup hingga umur 100 tahun.
Cucunya, Jane Ribeiro Moraes, 63 tahun, berkata pada surat khabar tempatan "Nenek pernah berkata, ia boleh hidup lama kerana selalu menjaga diri sendiri, bukan 'meributkan' orang lain."
Selain itu, ia pun senang memakani makanan tradisional Brazil, Feijoada, yakni sup kacang hangat dengan potongan daging babi yang masin, lalu kuih yang terbuat dari olahan daging ayam dengan banyak saus pedas.
Craig Glenday, Kepala Editor Guinness World Records, Valentim merupakan kes yang jarang terjadi di Brazil. Mengetahui ada seseorang yang masih hidup, padahal ia terlahir ketika pemerintahan Ratu Victoria, atau sebelum perusahaan Ford Motor didirikan, atau bahkan sebelum George dan Ira Gershwin dilahirkan. Menjadi sangat luar biasa karena ia adalah orang Brazil.
Sebenarnya Guinness mendapatkan beberapa laporan mengenai calon-calon lainnya yang lebih tua, tapi hingga kini masih belum dapat dibuktikan dengan fakta dan dokumentasi.
Kesehariannya dihabiskan dengan duduk di kerusi roda. Pihak keluarga berharap dengan banyaknya perhatian mungkin dapat membantu keperluan kewangan Valentim untuk berubat.
Menurut pihak keluarga, ia mendapatkan pencen yang sedikit. Oleh sebab itu, untuk berubat mereka bergantung pada sistem kesihatan publik sebagai keluarga miskin yang tidak mampu membayar asuransi swasta.
Valentim menikah dengan suaminya, Joao, pada tahun 1913. Kemudian suaminya meninggal pada tahun 1946. Kini ia hidup dengan memiliki satu anak laki-laki, empat orang cucu, tujuh orang cicit, dan lima orang anaknya cicit.
Skala kejahatan pembunuhan dan pemerkosaan meningkat di Rusia. Untuk memantau pihak beruasa memasang kamera cctv di tempat yang selalu berlakunya kejahatan. Berikut ini video cctv yang menangkap aksi jahat seorang lelaki yang cuba memperkosa mangsanya. Video ini boleh menjadi pengalaman bagi kita untuk mencegah kejahatan tersebut...
TRIBUNNEWS.COM - Polis berhasil menemukan paip mariyuana dan identiti seorang perempuan dari tertuduh yang mereka tangkap bernama Ann Hernandez dan berusia 46 tahun.
Deputi dari Lee County Sheriff, Florida, Amerika Syarikat (AS) menangkap Hernandez setelah melakukan pembelanjaan sebanyak 5.000 dollar AS dengan menggunakan kad kredit curi. Ia juga mencuri pengenalan seorang perempuan dan menyimpan semuanya di dalam kemaluan.
Warga Pompano Beach ini dituduh mengakses akaun mangsa dan kemudian menggunakan banyak kad kredit atas nama perempuan itu dan kemudian menggunakan informasi tersebut untuk membuka akaun kad kredit Home Depor dan mengambil wang ribuan dollar AS.
Pihak polis menangkap Hernandez dalam kejahatan serupa namun tidak ada bukti pada 29 April lalu dan kendaraannya dipenuhi alat-alat yang dibelinya dari hasil pencurian kad kredit. Tersangka kemudian menunjukkan semua barang bukti yang diambil dari kemaluannya
Nenek Nekad Seludup 44 iPhone Dalam Stocking - Seorang wanita berusia 60 tahun ditangkap petugas lapangan terbang di Tel Aviv, Israel kerana nekad menyeludupkan 44 iPhone 4. Cerdiknya, wanita tua ini menyembunyikan 44 iPhone 4 itu di dalam di stocking-nya.
Si nenek memang berhasil lepas kektika penerbangannya dari London, Britain. Namun ketika tiba di lapangan terbang Ben-Gurion, Tel Aviv, petugas keamanan curiga kerana iPhone 4 yang diseludupkan di stocking membuat gerak gerik wanita itu terlihat janggal.
iPhone 4
"Dia nampak sulit ketika berjalan. Ketika ditanya, wanita itu mengatakan dirinya sedang merasa tidak enak badan," ujar salah satu petugas keamanan seperti dikutip detikINET dari The Register.
Petugas keamanan lantas menggiringnya ke tempat scan seluruh tubuh. Dan benar saja, mereka menemukan 44 buah iPhone 4 tersembunyi di dalam stocking di balik bajunya.
Para petugas keamanan tidak habis berfiikir, bagaimana mungkin nenek ini boleh dengan senang melelaui pemeriksaan di lapangan terbang keberangkatannya di London. Ketika ini nenek itu tengah menjalani proses tahanan untuk menentukan apakah akan dihukum penjara atau denda.
OHIO – Seorang pelajar perempuan dihukum berhenti belajar sekolah kerana tidak terus melaporkan terjadinya hubungan seks yang dilakukan temannya di bas sekolah. Selain itu, dia juga dihukum kerana berpindah tempat duduk selama di dalam bas.
Peristiwa ini terjadi ketika sekolah Dayton View Academy melakukan perjalanan perlancungan ke kampus di negara bahagian lain. Dalam perjalanan itu, pelajar perempuan yang berusia 14 tahun ini berpindah tempat duduk dengan seorang pelajar laki-laki. Pelajar laki-laki tersebut ingin duduk di sebelah teman perempuannya. Setelah pelajar laki-laki itu berpindah, dia melihat mereka melakukan hubungan terlarang.
Sepulang dari melancung, 22 April, pelajar perempuan ini mengadu kepada ibunya, Sandra Roundtree. Dia menjelaskan apa yang dia lihat ketika berada didalam bas sekolah, namun takut untuk melaporkannya ke pihak sekolah.
"Anak saya takut akan tindakan pelajar laki-laki itu. Dia khuatir lpelajar itu akan membalasnya," kata Roundtree seperti dikutip dari Associated Press, Jumaat (20/5/2011).
Roundtree pun melaporkan apa yang dilihat anaknya kepada pejabat sekolah. Mereka mengaku akan melakukan penyelidikan. Namun setelah melaporkan, pejabat sekolah menghukum anak Roundtre, dengan larangan menghadiri prom night kelas lapan serta cuti akhir tahun pada Jun ini.
Sang ibunda mempersoalkan hukuman tersebut. Menurutnya, hukuman terhadap anaknya salah kerana dia melakukan hal benar dengan menceritakan apa yang dilihatnya. "Tapi mereka tidak melakukan apa pun kepada lapan penjaga pelajar yang duduk di depan bas dan seharusnya memantau anak-anak. Kalau mereka tidak melakukan apa-apa kepada para penjaga, kenapa mereka menghukum anak saya?" tegasnya.
Menurut Roundtree, hukuman ini salah "Ini mengirimkan pesan bahawa dia seharusnya tidak mengatakan apa-apa," kata Roundtree.
Seperti dilaporkan WHIO-TV, dua pelajar ini terlihat berhubungan seks ketika bas berhenti. Pihak sekolah tidak menjelaskan hukuman apa yang akan dihadapi dua pelajar ini.
Setelah laporan ini, Roundtree mahukan anaknya di rumah. Dia cuba untuk mengikutkan anaknya belajar di rumah (home schooling) selama beberapa minggu hingga akhir tahun ini.
"Pelajar lain tahu dan kami takut akan aksi pembalasan," kata Roundtree, yang tidak menyebutkan nama anaknya. Dia telah menghubungi penasihat hukum untuk meminta sekolah agar memberhentikan hukuman anaknya.(rfa)
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
BARU-BARU ini S3 sempat mengikut Julia meluangkan waktu di pusat membeli-belah AEON Jusco, di AU2, Keramat, Kuala Lumpur.
Kata Julia, kalau tidak berlakon, beliau gemar mengemas rumah, membaca atau membeli-belah di KLCC, Pavillion dan Plaza Sungei Wang, Bukit Bintang di ibu negara.
"KLCC sering menjadi tempat lepak saya kerana ia berhampiran dengan rumah. Kalau ke situ, saya bukan sahaja suka window shopping tapi juga meluangkan waktu di kedai buku Kinokuniya.
"Kalau bab buku ni, saya sanggup menghabiskan ratusan ringgit. Paling banyak beli RM400. Buku terakhir yang saya baca ialah Ambition. Buku ini memberi motivasi kepada kita untuk mengatasi kelemahan diri," ceritanya.
Julia yang menyambut hari lahirnya hari ini berkata, beliau tidak pernah menetapkan bajet setiap kali membeli-belah kerana semua itu bergantung kepada keperluan.
Selain itu, beliau juga tidak menetapkan jenama terkenal menjadi pilihannya setiap kali membeli pakaian, kasut atau beg tangan kerana Julia lebih suka membeli berdasarkan kesesuaian.
"Saya seorang yang simple dalam bab membeli pakaian atau keperluan lain. Kalau saya sudah berkenan dengan satu-satu baju itu, tidak kiralah berjenama atau tidak, pasti saya ambil.
"Bagi saya, kita membeli kerana suka produk itu bukan kerana jenama. Tapi kalau membeli yang tidak berjenama, kita kenalah tanggung risikonya kerana kadang-kadang sekali basuh baju jadi mengecil," katanya yang baru selesai berlakon filem Tokak.
Menurut Julia, selain window shopping, beliau juga boleh menghabiskan masa berjam-jam di kedai perabot atau keperluan rumah kerana melihat barangan di situ hatinya terasa tenang.
Julia yang sempat menjenguk ke kedai peralatan sukan, Erke, untuk membeli bulu tangkis serta kasut sukan berkata, kalau tidak berlakon, beliau juga akan meluangkan masa bermain badminton dengan rakan-rakan artis.
"Semasa belajar di Sekolah Menengah Sri Garden, Kuala Lumpur dulu, saya memang aktif bersukan. Saya sertai acara balapan, bola keranjang, badminton dan bola jaring.
"Sekarang ini kalau ada waktu saya akan bermain badminton dengan rakan artis seperti Dynaz Mokhtar, Sherina atau sesiapa sahaja yang lapang.
"Selalunya saya tidak berjanji, main telefon dan tanya. Siapa free turunlah. Lokasi yang sering jadi tumpuan kami adalah di Ampang atau Bandar Sri Damansara," katanya yang pernah menuntut di Kolej Savannah, Amerika Syarikat.
Julia yang turut mengambil kesempatan membeli barangan dapur itu berkata, sejak menetap di Kampung Baru, beliau dan ibunya sering ke pasar Chow Kit untuk membeli barangan basah.
Beliau yang pakar memasak spaghetti bolognese untuk hidangan keluarga berkata, minat memasak bermula kerana sering melihat ibunya memasak.
"Saya suka memasak sebab ibu pun selalu memasak di rumah. Lagi pun masa sekolah ada mata pelajaran kemahiran hidup. Sebab itulah, kalau pergi pasar saya tahu mana barang murah atau mahal," katanya.
Julia yang bakal tampil dalam filem Man Sewel Datang KL berkata, sekarang ini beliau sedang menunggu kata putus untuk membawa watak bidan dalam sebuah telefilem.
PERISA... Biarpun mengambil resipi dari buku dan internet, Syanie tetap akan memasak mengikut seleranya sendiri.
KEINGINAN untuk mencuba resipi-resipi baru membuatkan Syanie bertambah galak untuk memaksimumkan penggunaan ruang dapur mahligai yang dihuni bersama ibu dan seorang adiknya itu.
Mula membiasakan diri dengan alam dapur seawal usia 10 tahun, Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham kini mampu untuk menyediakan pelbagai jenis resipi termasuklah makanan barat dan cina.
"Biasalah dulu, balik dari sekolah sahaja, Syanie kena sediakan makanan untuk adik-adik maklumlah anak sulung.
"Tetapi masa itu bahan-bahan semuanya telah disediakan oleh mami, Syanie tinggal masak sahaja," akui Syanie memulakan bicara ketika ditemui di terataknya baru-baru ini.
Baginya, memasak memberikan satu kepuasan kerana selain dapat menikmati hidangan hasil air tangan sendiri, dia juga boleh mencuba pelbagai resipi baru.
"Kadang-kadang apabila berdua dengan mami pada hujung minggu, Syanie pasti tanya mami hendak makan apa?
"Mami sebut sahaja apa yang dia inginkan, terus Syanie google untuk mendapatkan resipi," akur pelakon yang memulakan kariernya dengan drama bersiri Cili Padi itu.
Biarpun mengambil resipi melalui Internet, akui Syanie, dia tidak akan mengikut 100 peratus arahan resipi berkenaan.
Tambahnya, masakan yang ingin dihasilkan itu pasti diadun mengikut selera sendiri.
"Syanie memang suka try and error, jadi kalau dapat sesuatu resipi itu pasti Syanie akan buat mengikut selera sendiri," ujar Syanie yang menyimpan impian untuk membuka sebuah restoran.
Berkongsi keistimewaan ramuan tambahan yang sering digunakan, Syanie pantas tertawa dan menjawab tiada apa yang istimewa yang di campurkan dalam masakan.
"Tiada apa pun bahan istimewa yang Syanie campurkan. Semuanya adalah bahan-bahan biasa yang diperlukan.
"Apa yang penting masak dengan penuh kasih sayang," getus Syanie berseloroh.
Bagaimana pun, akui anak kepada pemilik Nizarman (M) Sdn. Bhd, Ruhani Abdul Rahman itu, kehebatannya adalah menyediakan masakan Melayu terutamanya asam pedas, kari dan masak lemak cili padi.
Baginya, cabaran untuk menyediakan masakan melayu lebih sukar berbanding dengan masakan lain.
"Masakan kita (Melayu) lebih remeh untuk disediakan kerana banyak bahan yang perlu digunakan tetapi kalau berjaya untuk menyediakannya, gembiranya bukan kepalang.
"Jangan ingat mudah untuk masak makanan Melayu ini. Semuanya kena cukup kalau tidak rasanya kuranglah," ujar Syanie yang turut gemar mengumpul koleksi barangan Hard Rock.
Siapa sangka bermula dengan menggoreng ayam dan ikan, kini Syanie mempunyai keyakinan untuk menyediakan masakan untuk 20 hingga 30 orang.
"Andai ada kenduri di rumah, insya-Allah, setakat 30 orang makan itu, Syanie masih lagi yakin untuk memasak.
"Tetapi kenalah ada yang membantu, kalau sorang-sorang, Syanie angkat bendera putihlah jawabnya," jelas Syanie yang turut mempunyai koleksi boneka di penjuru katilnya.
Bagaimanapun, ujar Syanie lagi, biarpun minatnya untuk memasak itu tinggi, proses mengemas selepas memasak adalah yang paling malas untuk dilakukan.
"Masak itu menyeronokkan tetapi bab kemas itu kadang-kadang malas," kata Syanie sambil ketawa.
Selain itu, ruang-ruang lapangnya turut dimanfaatkan untuk berkomunikasi dengan para peminat melalui laman sosial Facebook (FB).
Baginya, itu sahajalah masa yang ada untuk membalas komen-komen peminatnya selain berinteraksi bersama teman-teman.
"Tetapi awal-awal lagi Syanie sudah beritahu kepada peminat di FB, seandainya Syanie ada masa, barulah Syanie akan membalas semua komen mereka.
"Balas tetap balas cuma cepat atau lambat sahaja," akur Syanie yang kini mempunyai 4,087 rakan di FB.
Azhar, Terry simpan impian lagu duet tembusi pasaran kedua-dua negara
KEDUA-DUANYA masih baru dalam industri hiburan, namun Juara Bintang Idola Berita Harian (BIBH) 2010, Mohd Azhar Osman, dan penyanyi kelahiran Indonesia, Terryana Fatiah atau Terry mempunyai impian besar dalam karier yang diceburi.
Bukan populariti sebagai sandaran tetapi mengharapkan industri hiburan dapat membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk mengembangkan bakat nyanyian yang dimiliki.
Mengakui sukar menembusi industri seni, apatah untuk meletakkan nama mereka sebaris dengan penyanyi terkenal, namun dengan bakat dan kebolehan yang ada, mereka tetap berharap dapat menarik perhatian peminat. Badan kecil, bakat besar
MESKIPUN ramai bakat muda kini lahir daripada program TV realiti, Azhar tidak pernah menjadikan hakikat itu sebagai penghalang untuknya sama-sama bertapak dalam bidang nyanyian.
Persaingan dalam industri hiburan sememangnya sengit, namun ia tidak semestinya menjadi batu penghalang buat jejaka berusia 23 tahun ini untuk meneruskan usahanya menonjolkan bakat yang dicungkil daripada pertandingan nyanyian.
"Sama ada program realiti atau pertandingan nyanyian, ia sama saja kerana perkara paling penting ialah bakat. Orang ramai nak tengok penyanyi yang berbakat.
"Saya akui hari ini memang banyak program realiti nyanyian diadakan, tetapi tidak bermakna peserta pertandingan nyanyian lain tidak berbakat dan tidak boleh bertapak dalam industri ini," katanya.
Azhar bersyukur kerana bakat yang dimilikinya itu dipandang oleh KRU Records. Memang dia akur masih baru dan mentah, tetapi kekuatan vokal yang dimilikinya mampu menarik penonton, bahkan kini sedang giat mencari genre muzik yang bersesuaian dengan suaranya.
Meletakkan sandaran kepada Edry Abdul Halim sebagai komposer, Azhar yakin lagu yang akan dihasilkan mengikut rentak terkini dan mampu menarik perhatian pendengar.
"Ramai yang tidak menyangka saya mempunyai vokal tinggi sebab fizikal saya kecil. Saya pula cukup bersyukur dengan anugerah yang diberikan Tuhan, serta ruang untuk saya terbabit dalam dunia muzik," katanya.
Azhar kini masih melakukan rutin harian sebagai perunding pelaburan sebuah bank secara sambilan, selain menerima tawaran mengadakan persembahan di majlis korporat.
Meletakkan genre pop balada sebagai muzik pilihan bagi singlenya, Azhar turut menyimpan impian menyanyikan lagu berentak pop rock, yang dianggapnya sebagai antara muzik paling digemarinya.
"Saya suka pop balada, apatah lagi pasaran muzik kini lebih tertumpu kepada genre berkenaan. Tetapi kalau boleh saya nak cuba genre rock juga, kerana ia turut menjadi kesukaan saya sebenarnya," katanya.
Duet bersama Terry
KELUNAKAN dan kemerduan suara Azhar bukan saja menarik perhatian komposer tempatan, bahkan turut mencuri perhatian pihak Sony Music Indonesia untuk merakamkan single duet bersama Terry.
"Perkara ini masih pada peringkat perbincangan dan wakil Sony Music Indonesia sudah melihat sendiri persembahan saya bersama Terry di sebuah majlis, baru-baru ini," kata Azhar.
Baginya, single duet itu akan menjadi titik permulaan baginya untuk memasuki sama pasaran Indonesia. Ketika yang sama dia cukup sedar, amat sukar bagi penyanyi dari negara ini untuk menembusi pasaran negara jiran. Lebih-lebih lagi persaingan di negara itu sendiri cukup kuat. Namun dia akan berusaha supaya impiannya untuk melangkah ke sana tidak terhenti separuh jalan.
Kata-katanya itu diakui sendiri oleh Terry yang sudah lima tahun terbabit dalam industri hiburan di Indonesia.
"Memang sukar sebenarnya untuk muncul bersama album di sana. Saya sendiri sudah empat tahun tidak tampil bersama album baru, dan hanya baru kini dapat mengeluarkan album kedua.
"Azhar mempunyai vokal menarik dan sukar untuk mempercayai lelaki bertubuh kecil ini mempunyai vokal yang begitu tinggi," katanya yang pernah menyanyikan semula lagi Janji Manismu, dendangan asal Aishah.
Melihat persembahan Azhar membuatkan Terry tidak teragak-agak menerima tawaran berduet bersamanya, walaupun mereka berdua baru saja berkenalan.
Baginya, Azhar mempunyai vokal yang unik dan mampu pergi lebih jauh lagi dalam bidang seni, jika disertakan usaha berterusan.
"Genre balada lebih sesuai dengannya dan jika dia kerap ke Indonesia untuk mempromosikan singlenya nanti, tidak mustahil peminat di sana akan meminatinya," jelas gadis berusia 27 ini yang turut mencari tapak dalam pasaran muzik Malaysia.
Penantian empat tahun berakhir dengan kemunculan Bidadari
SETIAP kali bertemu, mereka sering berjanji ingin merakamkan lagu bersama-sama. Bagaimanapun kesibukan sering kali membantutkan hasrat itu. Bagi memastikan rancangan tidak terkubur begitu saja, Sasi The Don dan Jaclyn Victor sedaya upaya mencari ruang untuk memastikan hasrat itu terlaksana.
Akhirnya setelah empat tahun menunggu, impian bersatu dalam lagu tercapai juga. Devathai yang bermaksud Bidadari muncul kerjasama sulung dua penyanyi berkenaan.
Menurut Sasi, kemantapan vokal juara Malaysian Idol musim pertama itu menarik hatinya untuk berduet dengan penyanyi berkenaan. "Selepas dua minggu diputarkan di radio, Devathai mendapat maklum balas menggalakkan daripada pendengar THR Raaga. Sebelum menembusi stesen radio, saya memuat naik lagu itu terlebih dulu di laman sosial sebagai promosi awal, untuk tempoh 30 saat saja. Daripada maklum balas diterima, kebanyakan peminat menggemarinya. Ada juga rakan yang sudah mendengar lagu itu di radio memberikan pujian. Mereka berasa sangat positif selepas mendengarnya.
"Sudah lama saya ingin bekerja dengan Jaclyn, tetapi masing-masing sibuk dengan pelbagai kerja. Bagaimanapun, tahun ini saya berusaha juga untuk menyiapkan lagu terbabit, semata-mata mahu memastikan perancangan kami akhirnya menjadi.
"Saya hanya menggubah melodinya saja, manakala lirik ditulis oleh Master K kerana saya tidak begitu mahir menulis lirik dalam bahasa Tamil," kata Sasi mengenai lagu duet yang dimuatkan dalam album terbarunya.
Album berjudul Don't Panic! It's Just Music itu dihasilkan atas pembiayaan Sasi sendiri. Dia sanggup mengeluarkan bajet sebanyak RM120,000 daripada poket sendiri bukan saja untuk kepuasan dirinya, malahan juga demi peminat. Bagi Sasi, setelah berhabis ratusan ribu, biarlah album dihasilkan berbaloi serta mampu meninggalkan impak kepada peminat.
Selain Jaclyn, Sasi turut mengundang beberapa penyanyi lain seperti Anita Sarawak, penyanyi reggae era 80-an, Maxi Priest, serta penyanyi Tamil untuk berduet dalam album keempatnya yang dijangka dilancarkan Jun ini. Album berkenaan akan diedarkan di bawah label Universal Music untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Filipina, sementara sebuah syarikat berpangkalan di India, Virgin Record, dilantik untuk pengedaran di benua kecil itu, negara Arab serta London.
Menurut Sasi, dia sengaja memilih untuk berduet kerana menyanyi secara berdua dapat menampilkan sisi berbeza seorang artis sepertinya. Malah ia bukan kali pertama dia berduet kerana sebelum ini Sasi melakukan perkara serupa bersama Zainal Abidin dan Amy Search.
Mengenai pemilihan Anita pula Sasi memberitahu, dia bekerjasama bersama penghibur berkenaan atas saranan ibunya.
Terharu dirinya apabila panggilan telefon yang dibuat kepada penyanyi popular yang memiliki pengalaman luas dalam dunia nyanyian itu dilayan penuh mesra. Sesungguhnya dia tidak menyangka Anita seorang yang cukup merendah diri dan mudah mesra.
"Saya mendapat nombor telefon Kak Nita daripada Norman (Abdul Halim). Sebelum saya menelefon Kak Nita, Norman sudah terlebih dulu memaklumkan kepadanya mengenai hasrat saya. Saya cukup terkejut kerana Kak Nita sungguh mudah menjawab panggilan telefon, malah dia melayan saya dengan cukup mesra, seolah-olah kami sudah lama kenal.
"Sebaik menyatakan hasrat hati untuk berduet dengannya, Kak Nita terus bersetuju tanpa bertanya pun soal bayaran. Saya memang terharu dengan penyanyi yang saya undang untuk album ini. Kesemuanya jujur mencintai muzik, jadi mereka tidak berkira soal wang," kata Sasi.
Pernah kena kutuk
SIAPA kata Jaclyn Victor malu menyanyikan lagu dalam bahasa ibundanya? Bahkan penyanyi yang lebih popular di kalangan peminat Melayu itu tidak pernah berasakan demikian, sebaliknya peluang seperti itu yang jarang dapat digenggamnya.
Wanita berusia 33 tahun itu memahami syarikat rakaman yang menaunginya mempunyai perancangan mereka sendiri, yang meletakkan sasaran kepada pasaran komersial. Justeru, apabila mendapat tawaran daripada Sasi, pelawaan itu tidak mahu dilepaskannya.
Menyanyikan lagu Tamil ternyata tidak mudah. Jac berkata, dia terpaksa berulang alik beberapa kali ke studio untuk mentelaah lirik bagi memastikan sebutannya sempurna.
"Lirik lagu ini menggunakan bahasa baku dan bukannya bahasa pasar. Jadi ia perlu dinyanyikan dengan betul, kalau tidak peminat akan marah. Saya pernah lalui pengalaman di mana saya diejek dan dikutuk dengan teruk oleh peminat hanya kerana salah menyebut dua perkataan saja.
"Sebenarnya saya berhati-hati bukan untuk lagu Tamil saja, sebaliknya semua lagu akan saya nyanyikan dengan bersungguh-sungguh. Peluang berduet dengan Sasi pula umpama serampang dua mata kerana saya sudah lama teringin merakamkan lagu Tamil, tetapi saya tahu sasaran syarikat rakaman saya berbeza. Jadi undangan daripada Sasi memang tidak saya persia-siakan.
"Saya gembira kerana lagu kami mendapat maklum balas yang amat baik daripada peminat, terutamanya menerusi Twitter. Ramai yang menghantar komen mengatakan mereka sukakan lagu ini. Saya juga seronok bekerja dengan Sasi kerana dia tahu muzik apa yang sesuai untuk memikat peminat," kata Jaclyn.
Filem kongsi baru je mula di tayangkan di pawagam minggu lepas. Korang dah pergi tengok ke belum? Matkepoh plan nak pergi tengok hujung minggu ni.
Kalau korang dah tengok mesti korang kenal Yana Samsudin ni kan? Yana Samsudin memegang watak sebagai seorang anggota polis berpangkat detektif yang bernama Maya. Yana Samsudin atau nama sebenarnya Norliana Binti Samsudin berasal dari Johor dan pernah berlakon dalam filem Adnan Sempit.
Dalam diam-diam, rupanya Yassin Senario sudahpun bernikah dengan gadis pilihan hati dia.. Tak banyak info yang kami dapat mengenai perkahwinan Yassin ni.. Tapi ada gosip-gosip yang mengatakan, Gadis bertuah yang dikenali sebagai Farah ni adalah seorang janda.. Bagi MyGosip sendiri itu semua tidak penting.. yang penting Yassin dan Farrah sudah selamat mendirikan rumah tangga.. Jodoh pertemuan kan ditangan tuhan…
MyGosip ucapkan tahniah buat kedua-dua pengantin baru ni.. Apa-apa pun jom kita layan gambar semasa pernikahan yassin berlangsung dan gambar perkahwinan Yassin Senario dan Farrah ni.. memang gila-gila yassin ni kan..
KUALA LUMPUR: Biarpun rezeki dalam bidang lakonan semakin bertambah, pelakon Nazim Othman, 27, belum terdesak untuk muncul di layar lebar.
Bagi pelakon yang semakin dikenali selepas muncul dalam drama Begitukah Cinta ini, dia mahu memastikan dirinya betul-betul stabil dan berjaya sebagai pelakon drama terlebih dahulu sebelum terjun ke dunia perfileman.
"Saya ada menerima tawaran berlakon filem tetapi watak dan jalan cerita filem tersebut agak longgar.
"Saya tidak kisah sekiranya ditawarkan watak pembantu asalkan watak itu mempunyai karakter untuk membantu perjalanan cerita dan mampu dibawakan oleh saya," katanya ketika ditemui di Restoran Muhibbah, Sungai Penchala, di sini, Rabu lalu.
Nazim akui sejak memegang watak utama dalam drama Begitukah Cinta, namanya semakin melonjak naik dan tawaran berlakon tidak pernah putus.
"Alhamdulillah, bermula Oktober tahun lalu sehingga sekarang, rezeki saya tidak pernah putus. Selepas selesai sebuah drama, drama lain pula yang menyusul.
"Malah saya terpaksa menolak beberapa tawaran lain disebabkan pertembungan jadual kerja. Saya juga semakin mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah," ujarnya yang pernah bergelar seorang pramugara MAS pada tahun 2003 hingga 2008.
Menyentuh tentang drama terbarunya, pemuda berasal dari Skudai, Johor ini sedang sibuk dengan penggambaran drama Siapa Jem? yang bakal disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada setiap Isnin, bermula 6 Jun depan.
Untuk episod pertama, drama 13 episod ini akan ditayangkan pada pukul 9.30 malam manakala untuk episod yang seterusnya akan bermula pada jam 9 malam.
Drama arahan Samby Dinesh ini turut dilakonkan oleh Jazzy Rashid, Miera Liyana, Siti Elizad Saifuddin, Sherry Abdullah, Mazlan Mokhtar, Qazim Nor, Datin Noniswara Baharudin dan Radhi Khalid.
Dia melakonkan watak Amerizal iaitu seorang wartawan muda yang sedang mengintip sepasang selebriti yang dikatakan mempunyai skandal. Amerizal bertembung dengan Jem (Jazzy) sehingga menyebabkan tugasnya terbengkalai.
KUALA LUMPUR: Pelakon kacak berasal dari Singapura, Aaron Aziz dijadikan umpan untuk teater Badai Semalam yang akan dipentaskan pada 11 hingga 20 November depan di Istana Budaya ini dibawa ke Singapura.
Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, pihak Esplanade Singapura telah bertanyakan tentang teater tersebut untuk dipentaskan di sana.
"Ini kali pertama pihak Esplanade bertanya tentang teater untuk dipentaskan di negara itu. Jadi saya harap pemilihan Aaron sebagai pelakon utama dapat memancing khalayak di sana.
"Saya percaya dia mampu memegang watak Karim dengan baik kerana ini merupakan teater keduanya selepas Natrah lalu," katanya ketika ditemui pada sidang media Badai Semalam, di Istana Budaya, Khamis.
Majlis tersebut turut diserikan dengan barisan pelakon-pelakon Badai Semalam iaitu Erra Fazira, Umie Aida, Fizz Fairuz dan Ziela Jalil.
Sementara itu, Aaron berkata teater ini adalah cabaran paling besar buat dirinya sepanjang bergelar pelakon.
"Secara jujurnya, saya sangat takut kerana ini kali pertama saya bawa watak utama dalam teater, ketika Natrah, saya hanya memegang watak kecil sahaja.
"Selain itu saya dapat rasakan tekanan apabila akan membawa dua nama negara iaitu Malaysia dan Singapura, sudah tentu jangkaan penonton lebih tinggi," katanya.
Dalam pada itu, Aaron menganggap dirinya belum bersedia untuk berhadapan cabaran sebagai pelakon teater itu kerana jadual kerja yang padat.
"Saya terlalu banyak komitmen terhadap drama dan telefilem, pada bulan November nanti pula saya ada penggambaran drama dengan TV3.
"Jadual memang padat, siang saya ke lokasi penggambaran manakala malam teater. Saya tidak dapat bayangkan keadaannya nanti," ujarnya.
Selain itu, dia mengakui banyak perkara yang bermain di fikirannya tentang teater itu.
"Saya sangat risau, sebab saya masih banyak kelemahan dalam lakonan jika dibandingkan dengan pelakon teater yang lain.
"Saya juga tidak pandai menyanyi dan menari seperti mana yang dimahukan pada setiap teater. Tapi Insya-Allah dengan kepercayaan yang diberi, saya akan cuba buat yang terbaik," katanya.
Badai Semalam karya Khadijah Hashim pernah menjadi buku teks pelajar aliran sastera di sekolah menengah bermula pada tahun 1968.
KUALA LUMPUR: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman menjelaskan hubungan dia dengan suami, Jailani Sidek bertambah akrab selepas kontroversi membabitkannya dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim.
Kata Raja Azmi, suaminya yang selama ini serius bertukar menjadi lelaki romantik sering mengambil berat serta kerap kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kata-kata sayang.
"Saya rasa ada hikmahnya apabila melalui kes (tuduhan berkhalwat) ini kerana suami saya selalu ambil berat dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya setiap hari.
"Kadangkala saya rasa geli hati dan aneh apabila suami kerap menghantar SMS I love you dan I miss you," kata penerbit filem … Dalam Botol ini.
Raja Azmi menitiskan air mata apabila keputusan kes khalwatnya dengan Roslin ditangguhkan ke 20 Jun ini. Katanya lagi, insiden tersebut bukan sahaja mengeratkan lagi hubungannya dalam rumah tangga malah Raja Azmi menganggap ia sebagai balasan untuk membersihkan kesilapan silamnya.
"Saya rasa mungkin Allah mahu memberikan balasan atas setiap kesilapan yang saya lakukan sebelum ini.
"Saya akui saya banyak melakukan dosa kepada Allah dan berharap ujian ini mampu mengurangkan dosa lalu," katanya dalam nada tenang.
Pada Khamis, Raja Azmi menitiskan air mata gara-gara pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) menanggungkan keputusan pada 20 Jun depan bagi mengetahui sama ada dia benar-benar berkhalwat atau tidak dengan Roslin.
Dia agak kecewa apabila dimaklumkan, pegawai yang mengendalikan kes berkenaan bercuti ketika hadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jawi di sini untuk mengetahui keputusan itu..
Raja Azmi hadir bersama suaminya yang bertindak sebagai saksi dan Roslin bimbang jika keputusan itu masih tertangguh, ia akan menimbulkan banyak keaiban melibatkan ramai pihak.
Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pukul 8.30 malam.
Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.
KUALA LUMPUR: Pelakon Siti Elizad Saifuddin, 27, berjaya mengembalikan keceriaan hidupnya selepas berduka akibat kematian ibu tersayang, Nazariah Mohd Salleh, 62, sebulan lalu.
Ibunya meninggal dunia pada 4 April lalu akibat mengidap Parkinson serta komplikasi darah tinggi dan kencing manis.
Pelakon filem Berlari Ke Langit dan Gangster ini mengakui sepanjang dua tahun lalu dia menyepi seketika dari industri seni kerana memberi fokus untuk menjaga ibunya yang sedang sakit.
Bagaimanapun pada awal tahun ini, dia mula terbuka hati untuk berlakon atas galakan arwah ibunya dan muncul dalam drama Cinta Antara Kita yang telah disiarkan di TV3.
"Selepas mama meninggal dunia, timbullah rasa terkilan kerana tidak menjaganya dengan baik disebabkan sibuk dengan penggambaran.
"Bagaimanapun, apabila difikirkan semula dan sokongan abang-abang saya, saya tak perlu terlalu mengikut perasaan dan reda dengan takdir," katanya.
Dengan semangat baru, Elizad kembali aktif dalam bidang lakonan dan memulakan penggambaran drama Siapa Jem? pada 12 Mei lalu.
"Alhamdulillah, sekarang saya sudah boleh bergaul dengan orang lain dan memikirkan tentang masa depan.
"Kalau dulu saya selalu nampak murung sebab memikirkan penyakit mama. Tetapi sekarang badan pun dah naik sebab sudah berselera untuk makan. Saya juga merasakan setiap perkara yang dilakukan sentiasa diiringi oleh doa arwah mama," ujarnya lagi.
Biarpun dia gagal menunaikan hajat arwah ibunya untuk melihat dia mendirikan rumah tangga, Elizad yakin masanya akan tiba suatu hari nanti.
Dia pernah bercinta selama 11 tahun dengan seorang jejaka namun hasrat untuk berkahwin tidak kesampaian setelah hubungan itu putus, setelah dia lebih menumpukan kepada kesihatan arwah ibunya.
Kini, Elizad kembali solo dan mahu menumpukan kariernya dan tidak mungkin bercinta semula dengan bekas kekasihnya sebaliknya selesa menjadi kawan sahaja.
KUALA LUMPUR: Baru sahaja muncul dalam sebuah filem iaitu Ratu The Movie, Jazzy Rashid, 24, ditawar berlakon watak utama sebagai Jamilah atau Jem dalam drama Siapa Jem?.
Malah pihak Astro meletakkan harapan yang besar kepada Jazzy untuk berjaya seperti Scha Al-Yahya yang mula mencipta nama menerusi drama Awan Dania.
Drama tersebut akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) mulai 6 Jun ini, setiap Isnin, pukul 9.30 malam untuk episod pertama manakala bagi episod seterusnya akan bermula pukul 9 malam.
Drama bersiri 13 episod arahan Samby Dinesh ini turut dilakonkan oleh Nazim Othman, Miera Liyana, Siti Elizad Saifudin, Sherry Abdullah, Mazlan Mokhtar, Qazim Nor, Datin Noniswara Baharudin dan Radhi Khalid.
"Saya tidak menyangka terus diberi peluang melakonkan watak utama dalam drama pertama saya ini. Jadi, saya merasakan ia merupakan peluang yang baik sebagai pelakon baru untuk meneruskan cita-cita saya untuk ceburi bidang seni.
Barisan para pelakon Siapa Jem? "Apabila pengarah dan pihak produksi meletakkan harapan yang besar untuk menjadikan saya sebagai bintang, saya rasa ia seperti tanggungjawab yang besar kerana mereka telah meletakkan harapan yang tinggi," katanya semasa pelancaran Siapa Jem? di Restoran Muhibah, Sungai Penchala, di sini, Rabu.
Tambahnya yang turut berlakon dalam telefilem Panggilan Arwah: "Saya akan cuba merealisasikan tanggungjawab ini dengan baik. Lagipun, saya mempunyai impian sendiri untuk terus kekal dalam industri ini.
"Saya amat berterima kasih kepada pengarah filem Ratu The Movie, Prof Madya A. Razak Mohaideen dan Samby. Sepanjang 11 hari menjalani penggambaran drama Siapa Jem?, saya semakin selesa berlakon kerana Samby banyak menolong saya tentang selok-belok berlakon."
Sebelum itu, dia telah mempunyai asas tentang dunia lakonan setelah menyertai bengkel lakonan selama dua minggu yang dianjurkan oleh Razak sebelum berlakon Ratu The Movie.
Pelajar jurusan perakaunan di sebuah kolej di ibu kota ini akan cuba merealisasikan minatnya untuk mencuba pelbagai watak bersesuaian dengan karakternya serta menceburi bidang pengacaraan.
Anak kedua dari tiga beradik dari Pasir Gudang, Johor ini juga berharap penonton dapat menghargai bakat lakonannya dan dia percaya bakat seninya mampu diasah secara berperingkat.
PETALING JAYA: Selepas enam bulan berkenalan sejak bertemu di sebuah masjid, pengacara Malaysia Hari Ini dan penulis lirik Fedtri Yahya, 30, bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang guru, Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei ini.
Majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.
Kedua-dua bakal mempelai akan diraikan pada dua majlis sederhana bertemakan tradisional pada tarikh berkenaan di sebelah perempuan manakala pada 11 Jun depan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak.
"Majlis akan diadakan secara sederhana sahaja dengan tema Sekolah Pondok di Kelantan, manakala sebelah saya bertemakan Manisnya Ukhwah.
"Kedua-dua majlis akan dibantu oleh keluarga dan sahabat handai sahaja dan saya mahu mengekalkan identiti orang kampung dalam majlis tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Menurut Fedtri, mereka tidak melakukan acara pertunangan mengikut adat sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.
"Secara adat memang kami tidak melakukan sebarang acara pertunangan, tapi jika dihayati dengan betul pertunangan adalah ikatan perjanjian antara dua pihak," ujarnya.
Bercerita tentang perkenalan pasangan ini, Fedtri memberitahu dia terpikat dengan perwatakan dan ciri wanita solehah yang ada pada Nurul Anati.
"Saya sebenarnya tidak terfikir untuk berkahwin pada tahun ini tapi selepas berjumpa Nurul enam bulan lalu hati saya terus terbuka untuk berumah tangga.
"Saya mengenali dia di Masjid Taman Tun Dr Ismail ketika penggambaran program Dari Masjid ke Masjid. Dia antara peserta yang menyertai program yang kami anjurkan di masjid tersebut," katanya.
Tambah Fedtri, perjalanan proses perkahwinannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.
Katanya, Nurul merupakan wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihannya dan memahami kerjayanya dalam bidang ini.
"Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan persoalan yang remeh temeh," katanya.
SHAH ALAM: Penyanyi Faizal Tahir menganggap tawaran menjadi jurucakap kepada produk minyak wangi SG Men adalah satu penghargaan buat dirinya.
Kata Faizal, syarikat pengeluar barangan kosmetik tersebut telah menghasilkan dua jenis minyak wangi bersesuaian dengan imejnya sebagai penyanyi rock.
"Dua tahun lepas mereka sudah tawarkan saya untuk jadi jurucakap produk keluaran syarikat mereka tapi ketika itu saya menolak kerana tidak bersesuaian dengan imej saya dan tempat itu digantikan dengan Mawi.
"Dan kali ini mereka tawarkan lagi peluang dengan menghasilkan khas minyak wangi yang bersesuaian dengan imej saya. Saya rasa itu adalah penghargaan buat saya," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Silky Girl dan Silky Men, di sini, Rabu.
Selain Faizal Tahir, Stacy juga turut dilantik sebagai jurucakap produk berkenaan untuk wanita iaitu Silky Girl.
Tambah Faizal sebelum ini banyak tawaran sebagai jurucakap produk diterimanya namun terpaksa ditolak berikutan tiada kepentingan untuk diri dan kerjayanya sebagai artis.
"Saya memang memilih produk sesuai yang mana ia boleh membantu atau berkepentingan dengan imej saya.
"Seperti kempen minum susu bersama Dutch Lady yang saya sertai, saya setuju sebab saya dan keluarga memang kuat minum susu," katanya yang juga duta kepada produk pakaian jenama Superman.
Ketika ditanya kepentingan seorang selebriti menjadi jurucakap kepada sesebuah produk, kata Faizal ia adalah melambangkan kredibiliti seseorang artis tersebut.
"Bagi saya menjadi duta atau jurucakap produk adalah satu bonus kepada seorang artis.
"Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan sesebuah syarikat untuk meletakan kepercayaan mereka kepada kita," katanya.
Dalam perkembangan lain, Faizal memberitahu dia kini sedang sibuk menyiapkan dua album terbaru yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
"Saya dalam proses menyiapkan album ketiga yang mana ada dua album dengan 20 buah lagu. Ini merupakan hasil kerjasama dengan Audi Mok, tapi kelainannya adalah kedua-dua album itu adalah berlainan konsep," ujarnya.
KUALA LUMPUR: Penerbit filem …Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman menitiskan air mata gara-gara keputusan sama ada dia melakukan khalwat atau tidak dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim ditangguhkan pada 20 Jun depan.
Dia agak kecewa apabila dimaklumkan pegawai yang mengendalikan kes berkenaan bercuti ketika hadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, Khamis.
Raja Azmi yang hadir bersama suaminya Jailani Sidek yang bertindak sebagai saksi dan Roslin bimbang jika keputusan itu masih tertangguh, ia akan menimbulkan banyak keaiban melibatkan ramai pihak.
"Saya teruja untuk mengetahui keputusan pada hari ini (Khamis) kerana saya yakin (tidak berkhalwat) dan saya tahu Allah akan berpihak kepada orang yang teraniaya seperti saya. Saya sangat sedih dan betapa seksa dianiaya sebegini.
"Saya harap dapat bebas daripada prasangka buruk masyarakat dan fitnah ini tetapi akhirnya saya masih dirundung dengan bebanan," ujarnya lagi yang tidak dapat menahan sebaknya.
Raja Azmi juga terlalu berharap untuk menyelesaikan kes berkenaan seberapa segera untuk memudahkan dia mengambil tindakan dengan menyaman beberapa pihak termasuk bekas isteri Roslin iaitu Norhayati Othman (Yati).
"Saya rasa teraniaya selagi pihak Jawi tidak mengeluarkan surat hitam putih yang mengatakan kami tidak berkhalwat kerana perkara ini akan menimbulkan pelbagai prasangka orang ramai terhadap saya dan Roslin," kata Raja Azmi.
Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pukul 8.30 malam.
Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.
Pada 20 Ogos tahun yang sama, Raja Azmi ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini kerana kegagalannya untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah bernilai RM5.9 juta.
KUALA LUMPUR: Bantahan yang dikemukakan oleh penyanyi popular, Anuar Zain (gambar) terhadap bekas syarikat rakamannya, Synchrosound Records Label Music Sdn Bhd (Synchrosound) berhubung isu penolakan kos dalam kes tafsiran royalti akan diputuskan Isnin depan.
Tarikh tersebut ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi di sini, Nurul Nazdia Abdul Aziz selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak pada Khamis.
Pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar itu, penyanyi lagu Sedetik Lebih tersebut diwakili oleh peguam Aizul Rohan Anuar manakala peguam Max Yong mewakili Synchrosound.
Ketika ditemui, Aizul Rohan memberitahu, pihaknya membantah isu penolakan kos seperti kos produksi untuk menerbitkan album kerana perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan pada prosiding terdahulu.
Tambah beliau, isu berkenaan juga tidak terkandung di dalam kontrak perjanjian antara Anuar dan Synchrosound mahupun dinyatakan pada dokumen pembelaan syarikat berkenaan.
"Kami juga berpendapat isu penolakan kos sudah diambil kira terlebih dahulu oleh syarikat rakaman sebelum menentukan royalti yang patut diterima oleh seseorang artis," katanya.
Aizul Rohan juga memberitahu, sekiranya bantahan tersebut diterima oleh mahkamah, kes tersebut berkemungkinan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
"Saya tidak dimaklumkan mengenai saksi lain yang mahu dikemukakan oleh Synchrosound. Jika tiada isu penolakan, kes akan ditutup.
"Bagaimanapun, jika mahkamah menolak bantahan kami, penolakan kos akan dibicarakan dan Synchrosound akan memanggil akauntan syarikat sebagai saksi," katanya.
Anuar hadir di mahkamah pada hari ini bersama pengurusnya, Rohila Tahir.
Prosiding tafsiran ganti rugi royalti tertunggak diadakan selepas Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Annuar Zain, 41, berjaya dalam kes tuntutan saman balas bagi menuntut bayaran royalti daripada Synchrosound.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Dr Prasad Sandosham Abraham pada 14 Mei 2010 yang turut memerintahkan Synchrosound membayar kos dan faedah sebanyak lapan peratus ke atas jumlah royalti setahun bermula Jun 2006 kepada Anuar.
Penyanyi itu memfailkan tuntutan balas dan pembelaan pada 20 Jun 2006 setelah beliau di saman oleh Synchrosound pada 21 April tahun yang sama.
Synchrosound dalam samannya, mendakwa penyanyi itu memungkiri perjanjian apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga buah album lagi dengan syarikat tersebut.
Bagaimanapun, pada 27 Disember 2007, Penolong Kanan Pendaftar, Siti Aishah Ab. Rashid telah membatalkan tuntutan Synchrosound tersebut.
Dalam tuntutan balasnya, Anuar mendakwa, beliau dan Synchrosound seharusnya merakam dan mengeluarkan sebuah album sahaja tetapi syarikat itu telah melibatkannya dalam lebih daripada dua buah album.
Bagaimanapun, dakwanya, syarikat itu tidak pernah memberikan sebarang butiran atau penyata mengenai penjualan album-album tersebut seperti yang dikehendaki dalam perjanjian.
BERULANGKAH fenomena Nur Kasih? Inilah pertanyaan yang bermain di fikiran ramai mengenai nasib filem Nur Kasih The Movie (NKTM) yang mula menemui penonton di seluruh negara semalam.
Sebelum ini, drama bersiri Nur Kasih mencipta sejarah apabila ditonton 19 juta orang.
Pengumuman mengenai drama ini yang dipanjangkan dalam bentuk filem disambut dengan perasaan gembira oleh penggemar setianya kerana agak kecewa dengan penamat drama yang menimbulkan banyak persoalan dan dibiarkan tergantung.
Dorongan ini menyuntik semangat buat pengarahnya, Kabir Bhatia dan isteri, Mira Mustafa bekerja keras menghasilkan NKTM.
Akhirnya, penantian peminat yang tidak sabar melihat kesudahan hubungan Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah, Adam (Remy Ishak) dan Aidil (Fizz Fairuz) terlaksana apabila NKTM ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.
Kabir dan Mira sudah mengotakan janji menghasilkan filem yang sarat dengan warna-warni kehidupan.
Jika rantaian Nur Kasih berkisarkan tiga watak ini, acuan serupa turut dikekalkan dalam filem terbitan bersama Primeworks Studios, Film Scape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhd kerana inilah yang peminat mahukan.
Gabungan berkenaan yang menimbulkan kesan dramatik terhadap penonton sehingga spontan membuatkan mereka mengalirkan air mata tanpa dipaksa.
Komen diberikan media yang berkesempatan menonton sesi prebiu NKTM ada pro dan kontra.
Di sebalik pujian yang diberikan, ada yang melihat beberapa kelemahan boleh diperbaiki bagi memantapkan lagi filem ini. Namun, semuanya tidak menjadi kudis buat peminat kerana dikhabarkan tayangan di seluruh negara semalam mendapat sambutan hebat.
Malah, awal-awal lagi pencinta Nur Kasih sudah membuat tempahan tiket bagi memastikan menjadi individu terawal menonton NKTM.
Turut berbuat demikian ialah kelompok peminat setia pelakon NKTM yang menubuhkan Kelab Peminat Tiz Zaqyah Razak (TZR FC) dan Kelab Peminat Remy Ishak (RIFC) serta Kelab Peminat Fizz Fairuz yang mengadakan sesi tontonan beramai-ramai awal pagi semalam.
Remy dan Tiz yang hadir ke Balai Berita untuk sesi promosi NKTM mengakui sudah melakukan yang terbaik.
Kini segala keputusan diserahkan kepada peminat bagi menentukannya. "Alhamdulillah, syukur jika betul NKTM dapat sambutan peminat pada hari pertama.
"Sebenarnya kami ikhlas berlakon apabila Nur Kasih diterbitkan dalam bentuk filem. Kutipannya bukanlah menjadi isu sangat kerana yang penting kami dapat mengubati kerinduan peminat setia drama ini.
"Secara jujur, saya mengakui sangat puas hati dengan skrip cerita ini dan pelbagai aspek di dalamnya.
"Tak dinafikan perasaan saya berdebar-debar sebelum ini menunggu tarikh tayangan. Tambahan pula komen yang diberikan oleh media merangkumi pelbagai jenis.
"Bagaimanapun setiap orang mempunyai pendapat sendiri dalam perkara ini.
"Walaupun ada perbezaan jalan cerita dengan Nur Kasih di mana Nur Amina digambarkan tetap kukuh sebagai isteri yang taat dan sayangkan suaminya sepenuh hati.
"Cuma jika dalam drama, dia hanya berserah dengan apa yang terjadi, tetapi dalam versi filem, Nur Amina menjadi semakin matang berhadapan cabaran. Konfliknya lebih besar dan dia cuba mencari jawapan terhadap apa yang berlaku," katanya.
Pelakon berusia 23 tahun ini mengakui begitu teruja apabila drama berkenaan difilemkan.
Namun, perasaan ini berbaur takut kerana bimbang sentuhan Nur Amina hilang dari dalam dirinya. Dalam pada itu, ada yang beranggapan popularitinya semakin pudar kerana gagal mengekalkan gelaran Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang dimenangi pada tahun sebelumnya.
"Dari segi populariti, saya masih ada peminat. Cuma mungkin saya tak bernasib baik kali ini.
"Sebenarnya kekalahan ini diterima dengan hati terbuka kerana saya banyak belajar dari watak Nur Amina bahawa kita tak boleh lawan ketentuan Allah.
"Menerusi Nur Kasih, kemenangan saya dinilai peminat yang nampak pencapaian saya. Ia adalah bonus ketika itu.
"Bagaimanapun, menang atau kalah tiada dalam kamus hidup saya kerana yang penting saya sudah diterima dalam bidang seni. Banyak perkara yang saya belajar dari skrip tulisan Mira yang bukan kosong.
"Terima kasih kepada peminat yang sentiasa beri galakan dan kepercayaan serta terima kasih juga buat bapa saya yang berpesan supaya serius dalam bidang yang diceburi," katanya yang turut berduet dengan Yasin menyanyikan lagu tema NKTM.
Berbeza dengan Tiz, Remy berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2010, buat kali kedua seperti tahun sebelumnya.
Pelakon berusia 29 tahun ini menganggap NKTM lebih menarik kerana terdapat banyak konflik di dalamnya.
Ia adalah penamat kesudahan cerita Nur Kasih yang tiada sambungannya lagi selepas ini.
"Saya rasa seronok bercampur terharu dengan kejayaan rantaian Nur Kasih dan sambutan hebat peminat. Tak susah untuk saya gilap semula watak Adam kerana karakter ini sudah ada dalam jiwa saya. Cuma dari segi kerja produksi memang berlainan kerana lebih besar. Setiap watak dalam NKTM adalah matang.
"Adam masih berdepan konflik dalam diri dalam mencari erti kehidupan yang sebenar. Elemen emosi yang dikekalkan serta beberapa adegan mencemaskan turut mewujudkan kesan dramatik NKTM.
"Saya sendiri tak sangka ada elemen aksi disuntik dalam NKTM. Saya percaya NKTM hebat dan harap penonton puas apabila menyaksikannya di pawagam.
"Mesej yang ditampilkan cukup padat iaitu kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Penonton akan dibawa melihat apakah yang terjadi dan pengalaman hidup yang ditempuhi Adam.
"Ceritanya sangat dekat dengan semua orang kerana berlaku dalam kehidupan seharian," katanya yang begitu teruja dengan sinematografi yang ditampilkan.
Beralih keluar ke dunia realiti, gandingan dua hati 'pasangan suami isteri' ini bukan saja disatukan dalam Nur Kasih dan NKTM, sebaliknya hubungan mesra ini dikatakan terbawa-bawa hingga keluar filem.
Bahkan ada gosip yang mengatakan mereka sudah berani berjalan berdua-duaan di khalayak umum.
Namun ada juga yang mengatakan hubungan ini hanya sebahagian gimik promosi NKTM. "Bagi saya itu hanyalah cakap-cakap orang untuk wujudkan cerita dan warna dalam bidang seni.
"Saya tak boleh terima gosip yang keluar melainkan ada bukti bergambar. Gosip ini bukan keluar dari kami sendiri. Sebenarnya, saya lebih suka bekerja dengan artis wanita termasuk Tiz atas dasar profesional.
"Tunggulah hingga sampai masanya. Kalau boleh, soal cinta dan peribadi saya lebih suka simpan sendiri. Namun jika ada benda baik saya akan umumkan nanti. Buat apa nak sorok benda sebegini. Sama ada kami bercinta atau tak, semua kena menonton NKTM kerana ia jawapannya sama seperti filem ini iaitu segala yang berlaku adalah kehendak Illahi," kata Remy penuh bermakna.
PROFIL
NAMA: Mohammad Zalimei Ishak NAMA PANGGILAN: Remy Ishak TARIKH LAHIR: 11 April 1982 USIA: 29 tahun TEMPAT LAHIR: Negeri Sembilan MULA BERLAKON: 2006 FILEM: Anak Halal, Duhai Si Pari Pari, Cun, Nur Kasih The Movie, Aku Kau Dan Dia DRAMA: Sindarella, Obsesi, Awan Dania, Arjuna, Suraya TELEFILEM: Iktikaf, Jalan Pintas Ke Neraka, Takbiratul Ihram, Sesuci Kasih LAIN-LAIN: Model iklan Kopi Radix, KL Tourism, 5M, Dashing, klip video Alyah, Kisah Hati PENCAPAIAN: Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 dan 2010
PROFIL
NAMA: Tiz Zaqyah Abdul Razak PANGGILAN KOMERSIAL: Tiz TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988 USIA: 23 tahun ASAL: Kuala Lumpur KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik STATUS: Bujang PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana, Nur Kasih, Asmaradana, Spa Qistina, Gemilang TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur, Puaka Topeng Putih, Keabadian Cinta, 7 Lagu FILEM: Nur Kasih The Movie, Cinta Kura-Kura PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 09), Top 5 kategori Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010)
MERENTASI lima tahun pertama perjalanannya, stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad, TV9 tidak pernah berhenti dalam menyediakan kandungan terbaik buat penonton setianya.
Meskipun masih baru dalam lapangan operasi penyiaran, stesen televisyen yang mengangkat tagline Dekat Di Hati ini belum pernah gagal membariskan pelbagai program berkualiti baik drama tempatan hingga ke material realiti yang boleh dibanggakan.
Lihat saja Akademi Al-Quran, Cari Menantu dan Gadis Melayu yang begitu kuat jenamanya dan mendapat jumlah penonton yang melangkaui imaginasi pihak produksi sendiri.
Belum lagi dengan kejayaan dan reaksi luar biasa penonton terhadap rancangan realiti kanak-kanak, Idola Kecil yang jauh melepasi sasaran.
Letak ke tepi segala persepsi yang sekian lama bersarang di minda ramai penonton televisyen yang melihat TV9 sebagai sebuah saluran yang jauh ketinggalan, jarang menjadi pilihan serta kandungan yang longgar kerana mungkin ada mata yang terlepas pandang.
Menyangkal sekeras-kerasnya andaian itu, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV9, Sherina Nordin menyifatkan persepsi itu hanya dilakukan kerana membandingkan senarai kandungannya dengan stesen televisyen yang lain tanpa memikirkan sambutan penonton lain.
"Persepsi dan andaian adalah subjektif dan terpulang pada individu untuk meletakkan pandangan masing-masing. Mungkin perlu saya akui akan tanggapan kononnya TV9 bagai tersisih dan jauh tersasar popularitinya berbanding stesen lain tapi perlu juga dilihat, konsep dan penjenamaan kami berbeza.
"Bukan kandungan program kami tidak baik, kurang kualiti atau tiada elemen popular, sebaliknya semua susun atur intisari rancangan yang kami sediakan mengikut piawaian asal dan mencapai objektif kami. Malah penonton sasaran kami juga berbeza kerana kebanyakan program yang kami sediakan lebih cenderung untuk tontonan keluarga dan kanak-kanak.
"Bagaimanapun, suka ingin saya jelaskan, TV9 berjaya menghimpunkan jumlah penonton yang ramai hingga tersenarai sebagai stesen televisyen kedua selepas TV3 dengan 8.9 peratus terutama pada waktu puncak. Malah, kandungan kartun untuk kanak-kanak juga adalah yang terbaik hingga mencapai sasaran ditetapkan.
"Justeru, saya tidak melihat andaian atau persepsi itu sebagai satu masalah kerana kayu pengukurnya adalah jumlah penonton, tarikan pihak pengiklan dan sambutan yang diberikan. Itu sudah cukup menggambarkan TV9 bukan sembarangan saluran," katanya ketika ditemui dalam satu sesi ramah mesra bersama media, baru-baru ini.
Puas meneroka perjalanan lima tahun awal bagi mencari identiti terbaik, ramuan paling berkesan serta hala tuju yang mampu membawa saluran ini ke fasa seterusnya, TV9 bersedia bagi menampilkan satu lagi dimensi lain yang ada pada konsep keseluruhannya.
Masih mengekalkan corak kandungan yang sama, kali ini sempena menyambut ulang tahun kelimanya, TV9 ingin mengalih sedikit haluan untuk tidak hanya meletak fokus pada golongan keluarga dan kanak-kanak, sebaliknya kini mereka ingin menakluk selera remaja pula.
"Sebelum ini kita tidak pernah meletak sepenuh fokus pada kandungan muda buat golongan remaja memandangkan stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad lain sudah mengangkat tema sebegitu. Namun selepas bertahun-tahun kekal dengan formula sama, kami sepakat untuk memberi nafas baru buat stesen dengan menghidangkan kandungan buat remaja pula.
"Umpamanya sebagai permulaan, kami memperkenalkan program Ekspresi Remaja bertempat di Management & Science University (MSU) di Shah Alam dengan membuka gelanggang kepada remaja menunjukkan bakat masing-masing menerusi muzik. Memang menyeronokkan kerana mereka berpeluang mengekspresikan diri dengan pelbagai idea kreatif dan gaya yang bersahaja.
"Malah sempena sambutan kelima TV9 ini juga, kami menganjurkan konsert istimewa dalam konsep 'jamming' yang akan diadakan pada Jumaat di Pavilion Kuala Lumpur. Bayangkan, kami memilih dua ikon muda yang juga anak seni yang punya pengaruh kuat kepada golongan muda iaitu Aizat dan kumpulan Hujan bagi menggambarkan keseluruhan idea penganjuran.
"Mereka akan berada di Pavilion bagi menghiburkan peminat, sekali gus mengajak remaja untuk memberanikan diri mencapai impian masing-masing. Selain mereka berdua, kami turut menghimpunkan beberapa kumpulan muda lain termasuk Pesawat, AwanBand, Gabba Gabba dan Grey Sky Morning.
"Kemudian kami akan menganjurkan sebuah lagi konsert gigi pada 9 dan 10 Julai depan yang turut memberi peluang kepada golongan remaja untuk yang mempunyai kumpulan muzik sendiri untuk hadir dan menyertai pertandingan nyanyian yang kami anjurkan.
"Ini satu lagi alternatif dan usaha yang kami lakukan bagi menarik penonton remaja pula berasak mengikuti kandungan rancangan kami," katanya.
Yakin dan percaya akan usaha yang dilakukan kali ini, Sherina hanya mengharapkan remaja dan penonton muda pula memberi perhatian kepada TV9.
"Percaturan strategi ini juga akan kami susun hingga ke masa depan dengan pelbagai lagi aktiviti yang mula diatur. Kemungkinan besar kami akan besarkan lagi program yang mendapat sambutan serta memperkenalkan lagi program baru yang jauh lebih berkualiti.
"Jika sebelum ini kami berjaya dengan karnival Upin & Ipin, lantas kami merancang untuk mencari fenomena baru pula untuk golongan remaja yang mungkin akan membantu meningkatkan lagi peratusan tontonan TV9," katanya.
PESERTA Imam Muda 2 disarankan mampu menguasai Bahasa Inggeris dan Arab dengan baik.
BUKAN mudah untuk mengekalkan nama dan standard yang ditinggalkan selepas Imam Muda musim pertama mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Malah, program terbitan Astro Oasis itu juga mendapat perhatian masyarakat luar yang tertarik dengan intipati serta kandungan program berunsur keagamaan itu.
Apabila memasuki musim kedua, sudah pasti ramai yang mengharapkan Imam Muda 2 lebih baik daripada yang pertama. Ketika mengikuti rakaman program itu baru-baru ini, Mudir Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz atau Ustaz Hassan memberitahu, Imam Muda 2 lebih baik jika peserta boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Arab dengan baik.
Jelasnya, program yang mendapat perhatian di peringkat global itu seharusnya mengambil kesempatan yang ada untuk meluaskan lagi dakwah, jika diperingkat global sudah tentu Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama.
"Kalau menyebut tentang penambah baikkan, rasanya perlunya ada kelas Bahasa Inggeris dan Arab kerana bagi saya masih ramai peserta yang lemah dua bahasa ini sedangkan, jika mahu meluaskan lagi dakwah dan ilmu, dua bahasa ini sangat penting.
"Jika mereka boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik saya yakin, mereka boleh mendekatkan diri dengan pelbagai peringkat usia dan bangsa dengan lebih baik lagi," ujarnya.
Setiap minggu peserta akan diberikan satu tema dan mereka harus turun padang untuk melakukan latihan praktikal serta menjalani ujian bertulis serta berhujah. Markah akan dikumpulkan dan tiga peserta terendah akan dipanggil, salah seorang daripada tiga peserta akan disingkirkan dengan kuasa Mudir.
Tema yang dipilih adalah masalah serta gejala yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Setiap tema yang dipilih merupakan tema baru yang tidak pernah dilakukan ketika musim pertama.
"Setakat ini apa yang saya lihat, semua peserta melakukan latihan praktikal dengan baik, cuma apa yang kita harapkan bukan sekadar mencari juara Imam Muda tetapi pengisian yang ada harap diterima juga oleh penonton kerana tujuan utama program ini diadakan untuk menyebarkan dakwah," balasnya.
Nazrul timba ilmu
Kosmo! sempat mengikuti mereka turun padang di sekitar Chow Kit untuk tema Krisis Identiti yang akan disiarkan malam ini dan pelbagai perkara dikongsikan bersama dengan tiga peserta Imam Muda iaitu Hassan, Nazrul dan Najdi.
Imam Muda Nazrul atau nama sebenarnya Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, menjelaskan tujuan utama dia menyertai program ini adalah untuk menambah ilmu di dada kerana proses pembelajaran selama tiga bulan dalam Imam Muda sama seperti mengikuti pengajian di pusat pengajian tinggi.
"Kami semua bertuah kerana terpilih, bukan untuk menjadi juara sebaliknya menimba ilmu. Jika di pusat pengajian tinggi latihan praktikal seperti ini bukan selalu diperolehi, tetapi di sini setiap minggu kami bertemu dengan kelompok yang mempunyai masalah yang berbeza.
"Satu cabaran, bagaimana kami ingin mendekati mereka sambil mendengar masalah serta membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tambahan di sini, kami turut dibantu oleh Mursyid yang sentiasa bersama kami," ujar Nazrul yang bertugas sebagai seorang guru di Perak sebelum ini.
Sambung Nazrul, tema minggu keempat iaitu Krisis Identiti dirasakan paling sukar kerana pada padangannya dia akan bertemu dengan mereka yang hidup di lorong-lorong tetapi tidak sangka pula akan bertemu dengan mak nyah yang berpendidikan tinggi.
"Mereka semua terpelajar dan bijak menyampaikan hujah dengan fakta. Jadi, bagaimana untuk kami menyampaikan hujah kepada mereka. Memang agak sukar tetapi Alhamdulillah, saya rasakan semua Imam Muda telah lakukan yang terbaik," katanya tentang tema yang akan disiarkan malam ini.
Menyentuh tentang penyakit sosial yang melanda masyarakat Malaysia hari ini terutama mereka yang beragama Islam, kata Nazrul masalah itu berlaku apabila seseorang Islam tidak mengamalkan kehidupan Islam sepenuhnya.
"Jika seseorang itu beriman, dia tidak akan lakukan sesuatu yang tidak elok. Berbeza dengan mereka yang tidak mengamalkan kehidupan Islam sepenuhnya, apabila hubungan dengan Allah tidak kuat, maka pelbagai perkara tidak elok boleh dilakukan tanpa mengira dosa," balasnya.
Hassan sedia hadapi populariti
CABARAN minggu keempat yang disiarkan pada malam ini, Imam Muda mendekati golongan individu yang mengalami krisis identiti di sekitar Kuala Lumpur.
Jika peserta lain kekok di hadapan kamera tetapi tidak bagi Imam Muda Mohd. Hassan Adli Yahaya atau Hassan kerana sebelum ini pernah menyertai sebuah lagi program realiti Islamik iaitu Akademi al-Quran musim ke-4 di TV9.
Bagaimanapun dia merupakan antara peserta yang tersingkir awal, sungguhpun begitu pengalaman yang diperolehi mematang dirinya berhadapan dengan kamera dan orang ramai.
"Saya menyertai program ini kerana ingin menimba ilmu. Walaupun saya pernah masuk program realiti yang lain, tetapi Imam Muda sebuah program yang berbeza kerana ia menyeluruh dan kami diberi pelbagai kelas untuk menambah ilmu.
"Tetapi secara tidak langsung, pengalaman yang saya ada memudahkan lagi perjalanan saya di sini. Saya masuk Imam Muda bukan ingin popular, ya, saya akui memang ramai orang yang akan kenal kami kerana program ini disiarkan di televsiyen tetapi yang penting itu niat berada di sini," ujar pemegang Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran dan Hadith) Universiti Islam Antarabangsa.
Meskipun Imam Muda sebuah program berbentuk keagamaan tetapi ia masih berorientasikan pertandingan kerana hanya seorang sahaja yang akan bergelar juara Imam Muda. Tegas Hassan, dia tidak terlalu memikirkan soal pertandingan kerana itu akan melemahkannya.
"Jangan sesekali ada niat bertanding, saya sentiasa memperbaharui niat saya berada di sini adalah untuk menuntut ilmu dan menyebarkan dakwah. Saya gunakan peluang ini untuk menyebarkan ilmu yang saya ada dan sentiasa meminta pertolongan daripada Allah," katanya yang merupakan seorang pensyarah.
Najdi paling muda
Menjadi salah seorang peserta paling muda dalam Imam Muda bukanlah penghalang buat peserta asal Selangor, Wan Najdi Wan Mohd Noh, 19, untuk bersaing dengan peserta yang lebuh berusia daripadanya.
Meskipun begitu, disebabkan faktor usia, Najdi sering dilayan seperti adik bongsu oleh peserta-peserta yang lain, malah, pertuturannya yang tidak berlapik juga membezakannya dengan peserta yang lain.
"Saya rasa umur yang muda bukan satu masalah yang besar kerana saya cuba belajar sebaik mungkin di kelas dan daripada abang-abang dalam Imam Muda ini. Saya akui saya masih muda dan tidak mempunyai pengalaman luas seperti mereka, mungkin saya yang paling banyak kekurangan berbanding 10 orang Imam Muda, tetapi saya sentiasa cuba yang terbaik," tegasnya.
Cabaran utama yang dihadapi sepanjang berada dalam program tersebut akui Najdi adalah dirinya sendiri selain mengaku dirinya yang paling lemah.
"Saya sudah set minda saya supaya jangan terlalu fikirkan benda yang lain tetapi bila kita sendiri rasa diri paling tercorot, automatik, mood itu hilang menyebabkan fokus untuk belajar juga hilang. Apa pun saya akan cuba yang terbaik," balasnya.
Mengakui penat dek jadual yang padat, Najdi bersyukur kerana dikelilingi oleh mereka yang mengambil berat akan dirinya. Jelasnya seluruh tenaga produksi serta peserta Imam Muda ibarat keluarganya kini.
"Saya mempunyai masa yang seronok dalam Imam Muda walaupun penat, itu saya tidak boleh tipu kerana sering terkejar-kejar dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Kamu tinggal bersama sudah seperti keluarga.
"Kalau bercakap soal glamor, itu perkara nombor dua. Saya pasti semua orang akan cakap perkara yang sama iaitu masuk Imam Muda untuk tuntut ilmu, saya begitu juga selain itu, saya rasa Imam Muda adalah lapangan terbaik untuk saya tingkatkan diri ketika berhadapan dengan orang ramai," luahnya.
Najdi yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan itu berharap selepas program Imam Muda tamat, dia akan menyambung pelajarannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya mahupun Universiti Kebangsaan Malaysia.
"Saya ingin sambung belajar lagi selepas ini, walaupun saya tahu kami akan semakin sibuk selepas program ini tamat, pelajaran tetap diutamakan," kata anak keempat daripada tujuh adik beradik itu lagi.
Program Imam Muda bersiaran setiap Jumaat di saluran Astro Oasis, bermula 29 April 2011 dan malam ini, Imam Muda akan mendekati golongan mak nyah dalam tema Krisis Identiti.
KISAH panas foto dan video aksi lucah selebriti tanah air bukan lagi isu baharu untuk diperdebatkan. Malah setiap kali ia tersebar, sekelip mata sahaja ia menjadi sensasi dan mencetuskan kekecohan dalam kancah seni tempatan.
Lihat sahaja kesan negatif yang menimpa wajah-wajah ternama yang tidak berfikir panjang dengan merakamkan aksi ranjang mereka buat koleksi peribadi.
Contoh ketara ialah apabila vokalis grup Peter Pan, Ariel dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana terbabit mengedar dan merakam video hubungan seksnya bersama Cut Tari dan Luna Maya.
Jelas ia bukan tindakan bijak malah akhirnya memakan diri apabila tanpa disedari bahan-bahan itu didedahkan di internet dan di dada-dada akhbar meragut maruah mereka sebagai insan yang disanjung peminat-peminat setia selama ini.
Begitu jua dengan anak seni bernama Zizan Nin. Walaupun telah mendirikan rumah tangga awal tahun lalu, ia bukan satu imuniti buat lelaki berusia 38 tahun itu untuk tidak dihimpit kontroversi serupa.
Berdesing telinga suami kepada penyampai berita Edisi 7, Fazilah Hani Harun itu apabila diutarakan persoalan yang merentap emosinya sebagai seorang aktor yang selama ini memegang imej bersih tanpa gosip liar.
Khabar angin tentang kewujudan sebuah video yang memaparkan aksi mesranya bersama seorang lelaki kini hebat diperkatakan malah turut dikaitkan sebagai punca goyangnya mahligai perkahwinan yang baru sahaja dibina.
Sebagai seorang profesional, Zizan tidak memilih untuk berdiam diri dan mengelak daripada diburu media bahkan menyambut baik soalan-soalan berkait isu panas itu agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya melabelkan dirinya sebagai lelaki songsang.
Kosmo!(K): Bilakah kali pertama Zizan diberitahu tentang kewujudan video tersebut?
Zizan(Z): Saya diajukan soalan berhubung video tersebut ketika saya hadir di majlis bersama peminat 14 Mei lalu.
Apakah reaksi Zizan ketika itu?
Saya tidak mengambil serius kerana mungkin ia sekadar usikan dan tidak bermakna apa-apa.
Tetapi setelah isu ini mendapat liputan meluas oleh media, adakah Zizan akan berdiam diri sahaja?
Saya terkejut apabila perkara ini tiba-tiba keluar di radio dan blog-blog hiburan tetapi saya tidak cepat melenting dan akan menunggu sehingga keadaan benar-benar memaksa saya untuk mengambil tindakan.
Adakah Zizan akan membuat laporan polis?
Tidak untuk ketika ini kerana saya tidak mengetahui kebenaran di sebalik kewujudan video tersebut dan mungkin video tersebut tidak pernah ada.
Adakah Zizan mengesyaki mana-mana individu yang cuba menimbulkan spekulasi sebegini bagi menjatuhkan karier Zizan?
Tidak tahu pula dan saya tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menyebut nama-nama tertentu. Mungkin ada segelintir yang tidak suka kepada saya tetapi apa boleh saya buat kalau orang memilih untuk tidak menyukai saya.
Pandangan Zizan sekiranya video itu benar-benar ada dan pelaku di dalam video itu mirip Zizan?
Dalam zaman berteknologi tinggi sekarang macam-macam orang boleh buat, terutamanya foto yang dipalsukan, sukar untuk kita membezakan mana satu yang betul dan yang tidak. Tetapi dalam situasi saya ia melibatkan video jadi agak sukar untuk memalsukan wajah seseorang di dalam rakaman video namun saya tidak mengatakan ia mustahil untuk dilakukan.
Kesan berita ini terhadap rumah tangga Zizan?
Sudah tentu isteri saya bertanya macam-macam dan mempersoalkan bagaimana berita sebegini boleh timbul tetapi kami masih lagi tenang dan menunggu apa yang akan terjadi selepas ini.
AMIR yakin dia akan kembali diundi masuk kembali ke dalam Maharaja Lawak pada minggu hadapan.
SELEPAS selamat sehingga minggu ketujuh dalam program Maharaja Lawak, akhirnya peserta yang berasal dari Kelantan, Amir yang popular dengan tag line I'm Sorry itu tersingkir.
Penyingkiran Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23, memang sudah dijangka apabila lawak yang ditampilkan dalam tema komedi senyap tidak difahami oleh penonton mahupun pihak juri, malahan dia turut memperoleh markah terendah iaitu 26 markah.
Tambahan pula, kelainan pada minggu ketujuh adalah peserta turut diberi peluang untuk mengundi keluar peserta yang mereka kehendaki. Kesemua peserta mendapat satu undi keluar, kecuali Nabil yang tidak diundi oleh sesiapapun manakala Amir dan Man masing-masing mendapat dua undi.
Meskipun menampilkan persembahan yang kurang memberangsangkan, Amir yang tidak menyangka dirinya akan tersingkir pada minggu ketujuh, bagaimanapun sudah menjangka undi masuk akan diadakan.
"Walaupun persembahan saya dianggap tidak kelakar, saya percaya orang ramai masih terhibur dengan persembahan saya. Saya membuat persediaan dan cuba memberi yang terbaik.
"Lagipun saya rasa, penonton suka dengan persembahan saya kerana mereka ketawa. Apa-apa pun, saya akur dengan keputusan ini," katanya yang ditemui selesai program tersebut yang disiarkan secara langsung dari Studio Finas, Ulu Kelang.
Tidak berada di atas pentas Maharaja Lawak bukan pengakhiran buat Amir kerana beritahunya dia telah mendapat beberapa tawaran berlakon.
"Saya mendapat panggilan yang menawarkan saya untuk berlakon, saya ingatkan tidak boleh kerana masih terikat dengan Maharaja Lawak. Sekarang sudah tersingkir, jadi bolehlah saya berlakon.
"Walaupun orang kata saya tidak kelakar dan macam-macam lagi, saya memang suka berada di atas pentas, di hadapan kamera, jadi saya akan terus menghiburkan orang walaupun bukan bersama Maharaja Lawak lagi," tuturnya dalam nada sedikit kecewa.
Pada minggu ketujuh, kumpulan Jambu telah membuat kejutan apabila mendapat markah tertinggi sebanyak 60 markah, kumpulan Jozan (58), kumpulan Sepah (54), Nabil (52), kumpulan Balas (42) dan Man mendapat (40).
Tema komedi senyap dirasakan sukar buat peserta solo berbanding peserta berkumpulan kerana rata-rata peserta solo menghadapi kesukaran untuk membuat penonton ketawa dengan persembahan mereka termasuk Nabil.
"Memang susah, saya rasa saya yang akan tersingkir minggu ini sebab persembahan agak teruk. Walaupun semasa latihan semuanya okey, tetapi semasa berada di atas pentas saya menghadapi masalah teknikal.
"Apa yang dirancang sewaktu di atas pentas tidak menjadi, ikan jerung saya lari dan bermacam-macam lagi. Saya tidak salahkan sesiapa tetapi diri saya sendiri, saya sendiri memang sudah putus asa semasa akhir persembahan," kata Nabil.
Bagaimanapun, itu tidak mematahkan semangatnya untuk bersaing pada minggu kelapan kerana merasakan program Maharaja Lawak sebagai platform terbaik untuknya memulihkan imej yang pernah tercalar sebelum ini dek kontroversi.
"Memang saya akui, program ini banyak membantu memulihkan imej saya. Bukan saya seorang tetapi medan untuk orang kenali bakat, macam Jambu, pada peringkat permulaan orang tidak kenal mereka, tetapi lihatlah sekarang mereka berada di mana. Jambu sekarang berada di kedudukan tertinggi dan saya sendiri mereka tergelak besar dengan lawak mereka," ulas Nabil lagi.
Menariknya pada minggu kelapan yang berlangsung malam ini, salah seorang peserta yang tersingkir sebelum ini iaitu Amir, Wai, Jihan, Alex, XN3 dan R2, berpeluang untuk kembali bertarung di gelanggang Maharaja Lawak menerusi undian masuk.
Undian masuk yang dibuat menerusi laman sosial Facebook Maharaja Lawak bermula sejak Jumaat lalu dan berakhir pada pukul 12 tengah hari, Rabu lalu.
Mahligai $27 Juta Sambut Kelahiran Anak Perempuan David Beckham & Victoria.
Ini bukan cerita artis yang sekadar menerima kunjungan (baru kunjungan) helikopter atau disambut dengan Bumblebee. Ini cerita mengenai A-list superstar yang sanggup berhabisan sewa $60 000 sebulan demi menyambut kelahiran anak perempuan David Beckham & Victoria! Dan, nilai semasa mahligai ini ialah $27 Juta!
Mahligai yang berada di Malibu ini mempunyai 7 bilik tidur, 9 bilik mandi, tingkap daripada lantai ke bumbung, dinding marmar, gim, kolam renang & sebuah taman tropikal. Difahamkan, Beckham & Victoria amat teruja untuk menyambut kelahiran anak perempuan pertama setelah dikurniakan 3 anak lelaki iaitu, Brooklyn (11), Romeo (8), dan Cruz (5).
Victoria dijangka akan melahirkan anaknya pada bulan Julai ini. Pasangan selebriti ini turut mempunyai rumah mewah di Beverly Hills yang bernilai $23 juta. Kredit berita & gambar Dailymail.
Puteri Indonesia 2006, Agni Pratistha Bergambar Topless.
Makin galak nampaknya industri hiburan Indonesia apabila sekali lagi dihidangkan dengan foto-foto berunsur lucah, dan kali ini Agni Pratistha, Puteri Indonesia 2006 menerima nasibnya.
Foto topless ini sebenarnya sudah lama dimuatkan dalam koleksi majalah Elle, beberapa tahun lalu. Cuma, baru-baru ini sahaja aksi panas Agni mendapat perhatian orang ramai. Itulah harga yang perlu dibayar oleh Agni apabila populariti makin meningkat.
Gaya sensual yang dipertontonkan kepada khayalak menimbulkan rasa tidak senang terhadap segelintir golongan. Namun, tak kurang juga yang memuji bentuk badan Agni yang cantik dalam majalah tersebut.
Haih, macam-macam hal dunia ni. Contoh terdekat, walaupun Indonesia mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia, namun keruntuhan akhlak mereka lagi hebat daripada Hollywood.
Tahniah kami ucapkan kepada Radio Sinar FM kerana terus teguh mempertahankan kedudukan sebagai stesen radio berbahasa Melayu nombor satu buat kali kedua berturut-turut dengan catatan purata 4.22 juta pendengar.
Tambah menarik, kedudukan Sinar FM dilihat semakin kukuh apabila jumlah pendengarnya bertambah sebanyak 120,000 musim ini berbanding musim lalu yang hanya mengumpul 4.1 juta pendengar.
Berikut pula kedudukan secara ringkas stesen radio yang tewas ditangan Sinar FM:
Ke-2: ERA dengan 4.15 juta pendengar.
Ke-3: Hot FM dengan 3.55 juta pendengar.
Ke-4: Suria FM dengan 1.88 juta pendengar.
Bagi slot pagi pula, Sinar Pagi kelolaan Khairil Rashid atau Krill bersama-sama Raja Azura dan Salih Yaccob juga terus unggul apabila sekali lagi berjaya mempertahankan kedudukan mereka sebagai program paling menjadi pilihan utama di waktu pagi dengan catatan 2.2 juta pendengar. Ini sekaligus menewaskan slot pagi ERA yang dikendalikan oleh Aznil, Ray dan Hanif.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Sinar FM kerana kami juga layan Sinar FM.
Setelah membandingkan beberapa opsi, akhirnya saya memilih satu jasa desain rumah yang harganya terjangkau dan didukung dengan portofolio yang memuaskan. Dalam proses pembangunan, jasa tersebut juga memberikan pelayanan yang maksimal dan mengarahkan agar rumah yang dibangun sesuai dengan ekspektasi saya. Saya puas dengan hasil akhirnya dan tidak menyesal memilih jasa desain rumah murah tersebut.
"Konten yang sangat bagus! Saya juga punya artikel menarik di website saya, yuk kunjungi untuk mendapatkan perspektif yang lebih luas." jasa rab bangunan jasa hitung rab jasa rab rumah
Setelah membandingkan beberapa opsi, akhirnya saya memilih satu jasa desain rumah yang harganya terjangkau dan didukung dengan portofolio yang memuaskan. Dalam proses pembangunan, jasa tersebut juga memberikan pelayanan yang maksimal dan mengarahkan agar rumah yang dibangun sesuai dengan ekspektasi saya. Saya puas dengan hasil akhirnya dan tidak menyesal memilih jasa desain rumah murah tersebut.
BalasPadamdesain rumah cantik
desain rumah cafe
desain rumah cat putih
desain rumah cantik sederhana
desain rumah cantik minimalis
"Konten yang sangat bagus! Saya juga punya artikel menarik di website saya, yuk kunjungi untuk mendapatkan perspektif yang lebih luas." jasa rab bangunan
BalasPadamjasa hitung rab
jasa rab rumah