Khamis, 28 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 28 Apr 2011 01:03 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Yadimri jaringan baru dakwah

Posted:

Yadimri jaringan baru dakwah

Yadimri jaringan baru dakwah

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan MOHD. RAFIE AZIMI


Bersemangat... Aziz Jamaludin Mhd. Tahir (empat dari kanan) bersama rombongan Yadim di atas feri dalam perjalanan dari Melaka ke Dumai, Indonesia baru-baru ini.


PETIKAN ayat di atas membuktikan betapa kerja-kerja dakwah mempunyai makna yang besar dalam perjuangan memperkasakan Islam. Namun, tugas itu bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.

Malah, terbukti sejak lama dahulu di mana ada di antara pendakwah sanggup menggadai nyawa demi menegakkan syiar Islam.Apa pun, tugas dakwah itu tidak boleh langsung terhenti. Sebagai khalifah yang menumpang di bumi Allah, menjadi kewajipan untuk setiap umat Islam berbuat demikian sejajar dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: Sampaikanlah (dariku) walaupun satu ayat. (riwayat Muslim)

Sedar akan kewajipan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengambil inisiatif membuka cawangan di Riau, Indonesia yang dikenali dengan nama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia-Riau (Yadimri) dalam 'Jelajah Samudera Yadim-Riau', baru-baru ini.

Biarpun sudah memiliki beberapa cawangan di luar negara termasuk Manchester (England), Ireland, Kemboja dan India, namun pembukaan cawangan di Riau nyata mempunyai 'nilai' tersendiri.

Sebabnya, wilayah yang terkenal dengan jolokan 'Bumi Melayu' itu dihuni oleh lebih 90 peratus umat Islam daripada kira-kira 5.5 juta penduduknya, kata Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir.

Katanya, Riau dipilih sebagai destinasi seterusnya bagi mengembangkan kerjasama dua negara yang dianggap serumpun selain mempunyai persamaan dari segi adat, budaya dan sosio-linguistik.

"Bantuan kita adalah daripada segi material kepada mereka. Ia seakan-akan modal untuk Yadim berdakwah kerana ramai individu di sini mempunyai kepakaran dalam Islam di samping kaedah berdakwah yang mampu menarik golongan sasar," katanya kepada Utusan Malaysia yang menyertai rombongan Yadim ke majlis perasmian cawangan tersebut di pejabat Gabenor Riau, Pekan Baru, Indonesia pada 23 April lalu.

Tema jelajah adalah 'Membangun Jaringan Dakwah Islam di Negeri Melayu Serantau'.

Majlis itu disempurnakan oleh Gabenor Riau, Dr. H. M Rusli Zainal. Turut hadir, Ketua Yadimri, Dr. H. Suryan A. Jamrah, Timbalan Yang Dipertua Yadim, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin serta rombongan 90 kakitangan Yadim.

Sementara itu, Rusli yang ceria pada majlis tersebut berbesar hati menerima kewujudan Yadimri di wilayahnya.

Bukan setakat berdakwah, malah Yadimri diyakini mampu membantu memperkasakan masyarakat Islam di Riau dalam sudut pendidikan dan ekonomi.

"Program ini sejajar dengan visi dan misi 2020 Riau iaitu ingin menjadikan 'Bumi Melayu' ini sebagai pusat ekonomi serta kebudayaan Melayu dalam masyarakat yang berpegang teguh kepada agama.

"Tentunya kami akan terus menyokong program dijalankan Yadim dan Yadimri. Pada saya, ia seakan pelengkap kepada hubungan persaudaraan serumpun yang sudah terjalin sekian lama," ujarnya.

Dalam pada itu, Suryan berkata, beberapa strategi dirancang bagi memastikan usaha dakwah itu berjaya termasuk menempatkan 20 pendakwah di kawasan pedalaman selama dua tahun secara kontrak.

"Kos gaji kira-kira 2.5 juta rupiah (RM863) sebulan akan dibayar Yadimri.

"Kaedah dakwah kini perlu dipelbagaikan mengikut peredaran zaman. Jika dulu pendakwah perlu ada ilmu silat untuk mengembangkan ilmu solat kepada masyarakat umum, kini kita yang mencari jalan dakwah juga perlu kreatif mengembangkannya," kata beliau.

Beliau turut berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta seluruh warga Yadim kerana menjadikan pembukaan Yadimri sebagai kenyataan.

"Insya-Allah kami akan membalas usaha itu dengan menjadikan Yadimri badan dakwah unggul.

"Malah sejak penubuhannya diuar-uarkan di media di sini, ketua-ketua pertubuhan bukan kerajaan dakwah dan Islam yang menyatakan persetujuan untuk bergabung," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kek cawan Fariza pilihan ramai

Posted:

Kek cawan Fariza pilihan ramai

Kek cawan Fariza pilihan ramai

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN


Nur Fariza Razali (kanan) bersama kakaknya Nur Elynda Razali mengusahakan kek cawan sepenuh masa.


MEMILIH kerjaya yang jauh menyimpang daripada bidang yang yang dipelajari di universiti tidak dianggap sesuatu yang merugikan.

Sebaliknya, bagi Nur Fariza Razali, 25, ia sebahagian daripada proses untuk menambah ilmu yang merupakan harta paling berharga.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Perhubungan Awam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu nekad memilih bidang perniagaan kek cawan sebagai karier sepenuh masa.

Hari ini, perniagaan yang diusahakan bersama kakaknya, Nur Elynda Razali, 27, itu bukan sahaja terkenal di kalangan penggemar dan peminat kek cawan tetapi juga berkembang maju dan mampu menjana pendapatan lumayan.

"Saya bukan sahaja memiliki ilmu yang dipelajari ketika pengajian kerana apabila menceburi kerjaya ini, saya memperoleh pengetahuan berganda iaitu tahu mengenai selok-belok dunia perniagaan.

"Lagipun, saya masih mempratikkan ilmu perhubungan awam ketika berurusan dan berbual dengan pelanggan yang mana ia banyak membantu jualan.

"Selain minat, ia membolehkan saya menentukan waktu kerja sendiri dan memberi pulangan pendapatan lumayan, mungkin lebih daripada jika bekerja di pejabat," katanya ketika ditemui di kediamannya di Ampang, baru-baru ini.

Nur Fariza berkata, dia mempelajari cara membuat kek cawan bersama Nur Elynda kerana tertarik dengan proses, corak dan hiasannya.

Lama-kelamaan, jelasnya, timbul minat dalam jiwa untuk membantu Nur Elynda sebelum dia bersetuju menjadi rakan kongsi dalam perniagaan itu yang bermula 2008 apabila dipelawa kakaknya.

Sejak itu, dia kerap menyertai pelbagai kursus perniagaan termasuk kaedah pembungkusan, perakaunan dan penjenamaan semula yang dianjurkan agensi kerajaan serta swasta bagi menambahkan pengetahuan berhubung perniagaan.

Menurut Nur Fariza, dalam menyiapkan setiap tempahan pelanggan, kakaknya akan memfokuskan tugas kepada menyusun bunga-bunga hiasan. Manakala dirinya lebih kepada melukis aising.

Setiap bulan, katanya, mereka mampu menghasilkan kira-kira 1,500 biji kek cawan dan jumlah tempahan yang diterimanya adalah antara 16 biji hingga 1,000 biji.

Bagaimanapun, mereka yang berminat membeli kek cawan dalam jumlah yang banyak perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya sebulan lebih awal.

Sehingga kini tambahnya, dia memiliki hampir 200 corak dan rekaan kek cawan untuk dipilih selain menerima hiasan mengikut idea pelanggan.

"Harga pula mengikut saiz sama ada mini, S atau M, corak, rekaan, hiasan dan jumlah kek cawan yang ditempah.

"Pada masa sama, kami menawarkan servis penghantaran kek cawan ke lokasi diminta pelanggan terutama bagi pelanggan yang ingin membuat kejutan atau menghadiahkannya kepada seseorang," ujarnya.

"Bagi yang berminat menempahnya, boleh menghubungi kami di talian 012-3506342 selain melalui e-mail cuppyluscious@gmail.com dan laman web, http://cuppyluscious.blogspot.com," ujarnya.

Sementara itu, Nur Fariza dan Nur Elynda turut menganjurkan kelas mempelajari teknik pembuatan kek cawan kepada mana-mana individu yang berminat.

"Kami mengadakan kelas ini untuk menggalakkan lebih ramai individu terutama golongan muda supaya berminat membuka dan bijak menguruskan perniagaan sendiri kerana ia amat menguntungkan.

"Yuran dikenakan adalah RM180 seorang dan ia merangkumi bahan serta tunjuk ajar kaedah yang betul membuat kek cawan, bermula dari proses membancuh adunan sehingga menghiasnya.

"Mereka yang berminat mengikuti kelas selama empat jam itu boleh menghubungi kami untuk pendaftaran dan mendapatkan maklumat lanjut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 28 Apr 2011 09:35 AM PDT

Utusan Online - Johor


RCW lonjak industri binaan

Posted:

RCW lonjak industri binaan

RCW lonjak industri binaan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
editjohor@utusangroup.com.my


pelatih mengambil bahagian membina kerangka dinding logam pada Minggu Hari Pembinaan Wilayah Selatan CIDB di Johor Bahru, baru-baru ini. - utusan/Baazlan Ibrahim


JOHOR BAHRU 27 April - Minggu Pembinaan Wilayah Selatan Johor 2011 (RCW 2011) anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) merupakan program utama industri pembinaan di negeri ini dan ia amat dinanti-nantikan oleh penggiat industri.

Penganjuran RCW 2011 yang bermula pada Selasa hingga Jumaat ini menjadi medan bagi semua penggiat industri untuk meluaskan jaringan perniagaan di samping mencari maklumat terkini mengenai industri pembinaan di negeri ini.

Pengarah CIDB negeri, Zaini Jalil berkata, penganjuran RCW kali kelima itu bertujuan berkongsi maklumat di samping mencari pendekatan terbaik untuk membaiki kualiti perkhidmatan dalam kalangan penggiat industri.

RCW juga memberi pendedahan kepada penggiat industri mengenai teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam industri pembinaan pada masa akan datang.

"RCW 2011 ini merupakan platform terbaik untuk meluaskan jaringan perniagaan di samping menjadi lokasi bertukar pandangan untuk menambah baik kualiti industri. Program ini juga merupakan medan bagi mewujudkan business pairing kerana pelbagai pihak dengan pelbagai kemahiran akan hadir.

"Matlamat utama penganjuran program ini untuk melahirkan penggiat industri yang berkemahiran tinggi dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

RCW pernah dianjurkan di beberapa kawasan lain sebelum ini merangkumi Zon Selatan iaitu di Melaka, diikuti Zon Utara di Pulau Pinang, Zon Timur di Kota Bharu, Kelantan dan RCW di Kuching, Sarawak. Ia akan menjengah ke Kota Kinabalu, Sabah selepas ini.

Zaini berkata, RCW berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai sektor termasuk agensi kerajaan, swasta, penggiat profesional dan penglibatan kontraktor serta personel binaan.

Beliau berkata, pelbagai acara menarik disediakan kepada mereka yang terlibat termasuk pameran produk terbaru, Hari Bertemu Pelanggan bersama CIDB dan penyebaran maklumat mengenai agensi serta jabatan kerajaan yang terlibat dalam sektor pembinaan di negara ini.

"Penggiat industri pembinaan berpeluang mendapatkan informasi terkini mengenai bidang tersebut daripada agensi serta jabatan kerajaan kerana pada program ini mereka diberi peluang berinteraksi secara terus mengenai sebarang permasalahan yang dihadapi mereka," katanya.

Selain pameran dan interaksi bersama agensi kerajaan, beliau memberitahu, beberapa siri seminar berkaitan hala tuju industri binaan negara turut diadakan termasuk pembentangan kertas kerja oleh wakil beberapa agensi termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), UEM Land Holdings Bhd., Jabatan Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Beliau berkata, melalui seminar itu penggiat industri akan diberikan pendedahan mengenai pembangunan berasaskan teknologi hijau dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang semakin mendapat tempat dalam bidang industri.

"Sekiranya matlamat itu berjaya dicapai, mereka ini akan dapat mencipta lebih banyak lebihan pendapatan pada masa akan datang. Lebihan pendapatan yang dihasilkan itu dapat menyumbang kepada peningkatan gaji pekerja dalam bidang ini.

"Apabila pendapatan dapat ditingkatkan, maka lebih ramai anak tempatan akan tertarik untuk menyertai bidang ini seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ABM tempat belia dalami kemahiran

Posted:

ABM tempat belia dalami kemahiran

ABM tempat belia dalami kemahiran


PARA peserta mengambil bahagian memasang paip air.


JOHOR BAHRU 27 April - Akademi Binaan Malaysia (ABM) iaitu sebuah pusat latihan di bawah kendalian Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) merupakan institusi yang menjadi tumpuan terutamanya golongan belia untuk mendalami kemahiran dalam industri binaan.

Institusi kemahiran dengan dua jenis modul latihan iaitu Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah dan Latihan Kemahiran Pekerja Binaan Tempatan menawarkan 49 jenis kursus kemahiran dalam bidang pembinaan.

Seorang pelatih Kursus Perpaipan Sanitari dan Retikulasi, Kisman Bahtiar, 19, berkata, program yang ditawarkan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABMWS) amat bersesuaian dengan keperluan dalam bidang pembinaan semasa.

"Kursus yang saya ikuti ini hanya memakan masa tiga bulan dan modul pembelajaran yang dikhususkan kepada pelatih amat praktikal dan selari dengan keperluan industri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Matlamat utama ABM untuk melahirkan lebih ramai personel binaan berkemahiran tinggi dan separa mahir bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing di samping menyediakan peluang untuk meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa.

Bagi pelatih Kursus Penghawa Dingin dan Udara, Muhammad Syafiq Johari, 20, modul latihan di ABM lebih berkonsepkan latihan praktikal berbanding teori dan menjadikan lulusannya lebih berkemahiran dan memahami kehendak dalam bidang pekerjaan.

"Latihan yang diberikan di sini mengikut keperluan industri dan apabila tamat pembelajaran kami akan menjadi benar-benar mahir," katanya.

Seorang lagi pelatih Kursus Penerapan Bata, Pelepaan dan Penjubinan, Muhammad Syafiee Rosli, 18, berkata, dia memilih untuk menjalani latihan kemahiran di ABM kerana tertarik dengan modul latihan yang ditawarkan yang lebih menekankan konsep latihan praktikal.

Katanya, modul latihan seperti itu baik untuk golongan sepertinya yang ingin mendalami sesuatu kemahiran khusus dalam industri pembinaan dan tidak dibebani dengan teori.

"Apabila melakukan latihan setiap hari, kami akan menjadi lebih jelas dengan sesuatu kemahiran berbanding hanya diberi penerangan mengenai teori tanpa dapat melihat perkara sebenar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 28 Apr 2011 03:47 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Sihat mulut, sihat badan

Posted:

Sihat mulut, sihat badan

Sihat mulut, sihat badan


Pemeriksaan secara berkala penting untuk kesihatan gigi. - Gambar hiasan


PEPATAH Cina ada menyebut, mulut itu pintu masuk kepada kesihatan tubuh badan kerana semua penyakit datangnya dari mulut. Manakala semua masalah datangnya daripada pertuturan.

Bagaimanapun, mulut didiami ribuan bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit periodontal atau gusi, kata Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Datuk Dr. How Kim Chuan.

Penyakit periodontal ialah jangkitan bakteria yang merosakkan tulang sekeliling akar gigi menyebabkan gigi menjadi longgar.

Ia disebabkan plak bakteria, selaput kekuningan melekit yang sentiasa terbentuk di gigi.

Antara simptom sakit periodontal ialah gusi merah, bengkak dan berdarah, kemunculan poket-poket periodontal, gigi longgar dan nafas berbau.

Walaupun begitu, tidak ramai pesakit sedar akan kehadiran penyakit itu kerana simptom-simptom biasanya tidak disertai kesakitan, kata Dr. Kim Chuan.

Mujurlah tanda-tanda keradangan itu dapat dirawat sepenuhnya jika disertai dengan langkah pencegahan, motivasi serta kerjasama daripada pesakit, katanya.

Ujarnya, terdapat banyak kajian yang menyelidik kemungkinan berkaitnya penyakit oral (mulut) dengan kesihatan sistemik tubuh badan.

"Para penyelidik mendapati periodontitis (keradangan gusi), peringkat mendalam penyakit periodontal, mempunyai kaitan dengan penyakit sistemik seperti penyakit kardiovaskular, strok, kencing manis dan pneumonia bakteria.

" Kajian juga menunjukkan bakteria dan keradangan memainkan peranan lebih bahaya dalam penyakit sistemik seperti kencing manis kerana mengurangkan ketahanan tubuh terhadap risiko jangkitan dan membuatkan penyakit periodontal semakin teruk.

"Jadi mereka yang menghidap kencing manis selalunya juga mempunyai penyakit periodontal. Malah ada kajian yang mengatakan periodontitis memberi kesan ke atas kawalan gula dalam tubuh badan," terang Dr. Kim Chuan.

Beberapa kajian turut mengaitkan bengkak yang kronik dari periodontitis dengan masalah kardiovaskular, arteri tersumbat dan strok.

Beliau menerangkan, plak gigi mungkin berkaitan dengan plak yang melekat pada lapisan dalam pembuluh darah iaitu arteri. Ini menyebabkan arteri mengeras dan mengehadkan aliran darah.

Penghasilan arteriosklerosis itu diburukkan lagi dengan mendakan lemak dan kolesterol. Ini boleh berlaku di mana-mana arteri, terutama arteri jantung yang menyebabkan sakit jantung dan arteri otak yang menyebabkan strok.

Beliau menerangkan, penyelidik juga mendapati penjagaan oral yang kurang baik boleh meningkatkan risiko mendapat pneumonia jenis aspirasi.

Pneumonia jenis ini berlaku apabila seseorang tersedut bendasing seperti makanan atau cecair yang menyebabkan iritasi kepada paru-paru. Ini seterusnya menyebabkan jangkitan bernanah, keradangan dan sakit pneumonia.

Bakteria di mulut ekoran kaviti dan penjagaan oral yang tidak sempurna juga boleh tersedut ke dalam paru-paru dan menyebabkan pneumonia jenis itu, kata Dr. Kim Chuan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 28 Apr 2011 01:04 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Strok bukan 'penamat' hidup

Posted: 27 Apr 2011 06:27 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah keadaan bagi individu yang diserang strok, terpaksa melalui kepayahan dan cabaran bagi meneruskan kehidupan. Untuk pemulihan dan mendapatkan kehidupan kembali, ada yang terpaksa bermula belajar dari bawah seperti bayi sedang membesar.

Tawan gunung

Posted: 27 Apr 2011 06:20 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]HUJUNG minggu adalah masa yang dinantikan kebanyakan warga kota kerana pada waktu inilah peluang untuk beristirehat di rumah selepas kepenatan akibat sibuk bekerja di pejabat. Ada yang memilih untuk berjalan-jalan bersama keluarga, sama ada di kompleks beli-belah atau di taman berdekatan, tak kurang yang melepaskan dendam di atas katil, tidur seharian bertemankan bantal.

Utusan Online - Pemotoran

Posted: 27 Apr 2011 11:33 PM PDT

Utusan Online - Pemotoran


Prestasi Exora mengagumkan

Posted:

Prestasi Exora mengagumkan

Prestasi Exora mengagumkan


Salah seorang peserta pandu uji memasukkan beg golf bersama bagasi lain ke dalam ruang Exora yang besar.


SEBAIK sahaja mendaftar untuk sesi pandu uji eksklusif Exora di Full House, Sunway Giza, baru-baru ini, pelbagai persoalan bermain di fikiran.

Ini kerana, sesi pandu uji sering dilakukan oleh syarikat-syarikat automotif dan apa yang istimewanya tentang sesi pandu uji Exora pula?

Melalui pemerhatian dan temu bual yang dilakukan, jelas para peserta yang hadir ingin mengetahui apa yang diberikan dalam sesi pandu uji eksklusif itu.

Rata-rata pasangan suami isteri yang hadir masih buntu dalam memilih kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk memenuhi gaya hidup mereka.

Atur cara pada hari tersebut dimulakan dengan taklimat, tip dan cara membawa kanak-kanak dalam kenderaan bersama pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Kartini Illias.

Pelbagai aktiviti telah disusun dan yang paling ditunggu-tunggu oleh peserta ialah sesi pandu uji Exora di medan pandu uji di Desa Park City, Kuala Lumpur.

Setelah memandu uji Exora di medan pandu uji di Desa Park City bersama Penyelia Sesi Pandu Uji Eksklusif Exora, Ivan Khong, ternyata persepsi yang hadir telah berubah.

Exora sememangnya sebuah kenderaan yang mudah dikendalikan walaupun saiznya besar.

Ini sesuatu yang mengejutkan. Pengalaman dipandu oleh Ivan sewaktu ujian kestabilan Exora melalui aktiviti drift dan mengambil pusingan agak mengejut memang mendebarkan.

Tetapi dengan ciri keselamatan seperti sistem brek ABS, EBD dan sistem tali pinggang keledar 'pretensioner penumpang merasa selamat kerana tahap kestabilan yang dipamerkan Exora amat mengagumkan.

Setiap sesi yang dilakukan adalah berkaitan dengan ciri utama Exora iaitu S.P.A.C.E - Safety (Keselamatan), Performance (prestasi), Advanced Styling (gaya), Comfort (keselesaan) dan Economical (jimat).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Mohamad Shukor Ibrahim, Proton ingin mengorak langkah pertama dalam mengadakan sesi pandu uji seumpama itu kerana menyedari bahawa mereka yang berkeluarga besar bukan sekadar memerlukan kenderaan yang boleh memuatkan penumpang yang ramai.

''Apabila memilih sebuah kenderaan pelbagai guna, perkara-perkara lain yang harus diutamakan termasuk ciri-ciri keselamatan sewaktu membawa penumpang yang ramai. Juga keupayaan sebuah kenderaan membawa bagasi berat tanpa merasa sesak, tahap kestabilan dan prestasi kenderaan tersebut dan juga kos penyelenggaran serta gaya.

''Ini merupakan apa yang ingin kami persembahkan melalui sesi pandu uji eksklusif ini supaya peserta sendiri dapat melihat kelebihan yang ada pada Exora," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Horizon

Posted: 27 Apr 2011 09:23 PM PDT

Kosmo Online - Horizon


Tanjung Tuan persinggahan sebelum ke hemisfera utara

Posted:

Tanjung Tuan persinggahan sebelum ke hemisfera utara

Tanjung Tuan persinggahan sebelum ke hemisfera utara

Oleh ZAMRI RAMBLI
zamri.rambli@kosmo.com.my



AKU mengepak sekuat mungkin sayap agar segera sampai ke destinasi itu. Satu lokasi yang sememangnya wajib menjadi persinggahan tahunan aku dan rakan-rakan.

Selepas beberapa hari terbang dari kepulauan Sumatera merentasi lautan Selat Melaka yang membiru, perut yang lapar perlu diisi. Sayapku juga sudah keletihan untuk terus terbang.

Kehijauan sebuah kawasan tanjung yang sudah kelihatan membuatkan hatiku rasa berbunga. Ya, di situlah persinggahan kami untuk mendapatkan makanan dan juga melepaskan lelah. Tanjung Tuan yang terletak di sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka ialah hutan pinggir pantai terakhir di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Sampai sahaja di langit Tanjung Tuan, aku hanya perlu mendepakan sayap seluas mungkin untuk mengapungkan diri. Lama jua aku terbang di sekitar kawasan itu untuk mencari makanan seperti tikus, kumbang, cengkerik atau tupai.

Aku juga perlu mencari tempat berteduh untuk beberapa hari ini. Aku perlukan tenaga untuk terus terbang lagi melalui Thailand, Vietnam dan China sebelum berlabuh di Siberia berdekatan Laut Bering untuk bersarang.

Namun, mataku sesekali mencuri pandang kepada keramaian sekelompok manusia di padang sebuah resort, PNB Ilham Resort. Ada yang memegang kamera dengan lensa yang panjang, ada juga yang sedang tertunduk-tunduk asyik menggunakan binokular.

Apa yang pasti, pandangan mereka mengarah kepada aku dan rakan-rakan di udara. Rupa-rupanya migrasi aku, seekor burung pemangsa daripada spesies oriental honey-buzzard dari bahagian selatan ke hemisfera utara disebabkan musim sejuk menjadi perhatian mereka.


BEBERAPA pencatat rekod kehadiran burung asyik membuat kiraan di Rumah Api Tanjung Tuan baru-baru ini.


Mereka berkumpul dalam acara yang dinamakan Raptor Watch atau Memerhati Burung-Burung Pemangsa.

Ia merupakan acara yang masuk tahun ke-12 anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

"Kita menganggarkan lebih daripada 12 jenis burung pemangsa singgah di Tanjung Tuan dalam perjalanan pulang mereka ke utara hemisfera. Mereka bermigrasi dari negara seperti Jepun, Rusia, China dan Mongolia kerana musim sejuk.

"Kita berjaya mengenal pasti tujuh jenis burung pemangsa itu yang yang antaranya oriental honey-buzzard, black baza, Japanese sparrowhawk, Chinese goshawk dan grey faced buzzard," demikian ujar salah seorang orang kuat Raptor Watch, Clifford Clement.

Katanya, dalam perjalanan migrasi ke utara itu, burung-burung pemangsa tersebut akan singgah di beberapa tempat untuk berteduh.

"Tanjung Tuan yang masih terpelihara daripada sebarang bentuk pembangunan dan penebangan hutan menyediakan satu lokasi perlindungan terbaik untuk burung-burung ini. Sebab itu sehingga ke hari ini, burung-burung pemangsa tidak pernah gagal menjadikan Tanjung Tuan lokasi persinggahan dalam laluan mereka," katanya.

Arus udara panas

Kongsi Clifford, burung-burung itu akan berehat beberapa hari di hutan Tanjung Tuan sebelum meneruskan perjalanan. Bagaimanapun tidak ada satu jangka masa tepat boleh dinyatakan.


MAYA KARIN membuktikan kecintaannya terhadap alam sekitar apabila terus menjadi duta program Raptor Watch.


"Sukar untuk menentukan berapa lama seekor burung itu akan berada di hutan Tanjung Tuan. Ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti keadaan fizikal burung, sumber makanan dan cuaca," ujar Clifford yang juga Pengarah Eksekutif MNS.

Menyentuh mengenai cuaca, ungkap beliau lagi burung-burung pemangsa ini biasanya hanya akan keluar dari hutan memulakan pengembaraan ketika cuaca panas.

Ini kerana dalam cuaca itu, burung-burung tersebut akan terbang tinggi sebelum meluncur mencari arus udara panas.

"Arus udara panas mengelakkan burung pemangsa ini daripada keletihan kerana ia membantu burung pemangsa mengapungkan diri dan meluncur di udara tanpa perlu banyak mengepakkan sayap," katanya.

Dengan tema Mari Bersama, Hutan untuk Manusia dan Burung, edisi ke-12 Raptor Watch tahun ini menyaksikan lokasi memerhatikan burung iaitu PNB Ilham Resort bertambah meriah.

Masih mengekalkan selebriti terkenal, Maya Karin sebagai duta Raptor Watch, program Raptor Watch 2011 yang berlangsung pada Mac lalu turut menyaksikan penglibatan persatuan-persatuan burung luar negara.

Ini termasuklah kehadiran ahli persatuan burung dari Singapura, Taiwan dan Thailand yang bukan sahaja tidak melepaskan sesi memerhati burung bahkan, turut membuka gerai pameran.

Aktiviti lain yang disediakan sepanjang dua hari program Raptor Watch 2011 itu termasuklah sukaneka, kitar semula surat khabar, kuiz alam sekitar dan berjalan di paya bakau.

Memasuki tahun ke-12 ternyata MNS tidak hanya menjalankan program tersebut secara suka-suka. Selain, elemen pendidikan dan kempen kesedaran mencintai alam, MNS juga menjalankan penyelidikan mengenai burung pemangsa itu.


FORMASI burung-burung pemangsa ini di udara menyajikan satu pemandangan memukau.


Ini termasuklah membuat kiraan terhadap jumlah burung pemangsa yang singgah di Tanjung Tuan selama sekitar 43 hari tempoh masa migrasi burung tersebut.

Ujar Clifford tahun lalu, sebanyak 73,152 ekor burung pemangsa berjaya direkodkan di Tanjung Tuan.

Mendekati beberapa sukarelawan MNS yang mengambil tanggungjawab membuat kiraan kehadiran burung pemangsa, ternyata ia bukanlah satu tugas mudah.

Dalam satu-satu sesi lima hingga enam orang pengira akan berada di atas rumah api Tanjung Tuan selama beberapa hari untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.

Sempat bertemu dengan sekumpulan sukarelawan Johd Steed, Sekhar Chakrabarty, T.C. Lim, Chris Sheperd dan Dave Bakewell masing-masing mengakui ia bukan satu tugas mudah.

"Anda memerlukan penglihatan yang tajam," demikian seloroh Steed, 36, ketika ditanya pengalamannya menjadi seorang pencatat rekod burung pemangsa atau raptor counter.

Oleh kerana ia sebuah proses migrasi yang besar, seseorang pencatat itu perlu mempunyai pengalaman dan boleh bertugas dalam ketahanan mental yang kuat.

Beliau sendiri mempunyai pengalaman lima hingga enam tahun dalam tugas tersebut.

Ini kerana dalam satu-satu masa, burung yang tiba akan datang secara segerombolan. Seseorang pencatat perlu pantas membuat kiraan agar tidak ada burung yang terlepas daripada kiraan atau dikira dua kali.

"Ia memang satu kerja yang memerlukan stamina tinggi dan mencabar fizikal," kongsi Steed sambil matanya melekat di sebuah teleskop dengan jari-jemarinya pantas menekan sebuah alat pengira.

Bakewell yang biasa menjadi pencatat rekod burung di Perak dan Kedah memberitahu, ini merupakan pengalaman pertamanya di Tanjung Tuan.

"Ia pengalaman yang menyeronokkan untuk melihat dan menjadi sebahagian daripada penghijrahan burung pemangsa ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jelajah 17 jam Amsterdam

Posted:

Jelajah 17 jam Amsterdam

Jelajah 17 jam Amsterdam


DERETAN basikal yang disediakan untuk disewa orang ramai.


SELEPAS merentasi benua dari Detroit, Amerika Syarikat ke Amsterdam, Belanda, penulis dan rakan-rakan tidak dapat menyembunyikan keletihan yang jelas kelihatan di wajah masing-masing. Melihatkan jadual penerbangan, transit jadual penerbangan ke Kuala Lumpur masih mempunyai masa 17 jam sebelum berlepas.

Suasana di Lapangan Terbang Schiphol itu sesak dengan orang ramai dan keputusan untuk sekadar bersantai di terminal menunggu ditolak mentah-mentah penulis yang mencadangkan memenuhi masa terluang itu dengan melawat kota Amsterdam.

Persetujuan daripada semua orang menggirangkan hati penulis, kami akhirnya menyimpan kesemua beg di dalam loker yang disediakan.

Melewati Lapangan Terbang Schiphol itu mengingatkan penulis kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mempunyai rangkaian pengangkutan hampir serupa seperti tren domestik, teksi dan bas bagi membawa orang ramai ke destinasi yang ingin dituju.

Memandangkan perjalanan menerusi tren lebih menjimatkan, penulis membeli tiket pergi-balik pada harga 3 euro (RM13.10). Fungsi tren berkelajuan tinggi itu sama seperti KLIA Express yang membawa penumpang ke destinasi tertentu di luar kawasan Schiphol.

Destinasi ke stesen Amsterdam Central memakan masa selama 20 minit dan setibanya di stesen, penulis terus memeluk tubuh dan menggigil menahan kesejukan.

Bulan April di Amsterdam mencatatkan suhu serendah 4 darjah Celsius dengan suhu tertinggi pun sekadar 14 darjah Celsius sahaja.

Menjejakkan kaki buat pertama kali di Belanda, segala keletihan sebelum ini hilang begitu sahaja kerana teruja untuk menjelajah bandar raya itu. Pada mulanya penulis ingin berbasikal mengelilingi kota itu apabila melihatkan orang ramai berbasikal namun, cadangan itu disangkal teman penulis yang ingin berjalan kaki.

Kami pun berjalan dan berdasarkan pemerhatian penulis, Amsterdam merupakan tempat paling sesuai untuk berbasikal memandangkan fasiliti untuk penunggang basikal amat lengkap.

Di mana-mana penulis dapat melihat parkir khas untuk basikal beserta dengan kuncinya. Penunggang basikal juga tidak perlu risau keselamatan di jalan raya kerana terdapat laluan khas disediakan buat mereka.

Kafe marijuana

Cuaca sejuk dan mendung pagi itu membuatkan penulis dan rakan-rakan lain berasa lapar lebih-lebih lagi bau kopi di deretan kafe-kafe di sepanjang jalan Amsterdam Centre itu membuatkan penulis yang menggemari kopi berasa amat tertarik untuk berehat sebentar.


Keindahan dan kebersihan terusan di Amsterdam sering dijadikan contoh kepada negara luar.


Ketika melihat-lihat kafe mana yang sesuai untuk dimasuki, pandangan penulis sedikit terganggu dengan kepulan-kepulan asap marijuana beberapa pelanggan di satu kafe.

Sebagai satu-satunya negara yang membenarkan penggunaan marijuana secara berlesen di kafe-kafe sejak 1976, suasana itu bukan lagi luar biasa buat masyarakat mereka namun, itulah kali pertama penulis melihat sendiri orang ramai menghisap barang terlarang itu secara terbuka.

Bandar raya terbesar Belanda itu memang tidak lekang daripada dibanjiri orang ramai serata dunia. Walaupun hari masih pagi ketika itu, rata-rata kafe dan restoran sudah pun dipenuhi orang dan ia memaksa penulis dan rakan-rakan lain bersarapan di McDonald's.

Menariknya ialah peraturan yang ditetapkan ketika berada dalam restoran itu begitu ketat yang tidak pernah ditemui di McDonald's Malaysia. Orang ramai juga perlu membersihkan sisa makanan sendiri dan membuangkan ke dalam tong sampah serta meletakkan kembali dulang ke tempat yang disediakan.

Teksi air

Selepas mengisi perut, penulis menyambung perjalanan dengan menaiki teksi air Holland International Canal Cruises di Amsterdam Centre.

Dengan bayaran 13 euro (RM56.80), kami dapat menyusuri terusan-terusan di kota Amsterdam yang sememangnya terkenal dengan rangkaian pengangkutan airnya.

Durasi satu jam dalam teksi air itu memberi peluang kepada penulis dan penumpang lain melintasi beberapa terusan terkemuka Amsterdam seperti Terusan Leitsegracht, Princessgracht dan lain-lain.

Pemandangan turut diserikan dengan rumah-rumah yang dibina dalam air dengan pelbagai bentuk yang direka sendiri oleh pemilik rumah-rumah tersebut.

Hingga kini terdapat 3,000 unit rumah dalam air dan kerajaan Belanda tidak lagi membenarkan pembinaan rumah tersebut bagi mengelakkan kesempitan ruang di sepanjang terusan.

Antara lain yang dapat dilihat penulis ialah bangunan-bangunan bercirikan reka bentuk kuno yang dibina sejak abad ke-12 lagi.

Pemandu pelancong turut memberitahu penumpang bahawa terdapat lebih kurang 8,000 bangunan lama di Amsterdam yang berada di bawah perlindungan monumen dan kota tua.

Kawasan lampu merah

Selesai menyusuri terusan-terusan tersebut, penulis dan rakan-rakan lain menyambung perjalanan menuju ke kawasan menjadi tumpuan ramai, Red-light District (kawasan lampu merah).

Walaupun pada mulanya ada antara kami yang enggan memandangkan kawasan tersebut terkenal dengan aktiviti pelacuran secara terbuka, namun kami akhirnya sepakat untuk ke kawasan itu.


Aksi seorang lelaki berbasikal roda satu mencuri perhatian orang ramai di Dataran Dam.


Memasuki kawasan tersebut membuatkan penulis berasa janggal kerana lorong-lorong itu dipenuhi dengan pekerja-pekerja seks wanita yang hanya memakai pakaian dalam mempamerkan kecantikan masing-masing di dalam bilik-bilik kecil berdindingkan cermin.

Pengunjung bagaimanapun tidak dibenarkan mengambil gambar mereka dan penulis menyaksikan sendiri apabila seorang pelancong wanita dikejar seorang pelacur di situ kerana mengambil gambarnya.

Deretan kedai-kedai erotik menjual pelbagai barangan seks menjadi tarikan pelancong terutama golongan lelaki. Penulis menolak pelawaan beberapa jurujual di situ yang mempelawa untuk masuk ke dalam kedai mereka.

Dataran Dam menjadi tempat terakhir penulis dan rakan-rakan memandangkan masa yang suntuk. Kumpulan besar burung merpati di situ menarik perhatian pengunjung yang turut memberi makan kepada kawanan burung itu.

Kemeriahan dataran itu ditambah dengan persembahan seorang lelaki berbasikal roda satu diiringi dengan aksi bahaya menggunakan api. Pengunjung yang berkerumun di kawasan itu nyata terhibur dengan persembahan tersebut.

Tempoh 17 jam itu dirasakan begitu pantas berlalu. Bagaimanapun pengalaman singkat itu cukup memuaskan hati penulis dan berharap untuk kembali lagi pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menghargai seni bina lampau

Posted:

Menghargai seni bina lampau

Menghargai seni bina lampau


CITADEL Aleppo ini tersergam sejak ribuan tahun dan kini diwarisi generasi muda Syria.


MEMANDU kereta di sekitar Kuala Lumpur pada hari kelepasan kerja adalah antara cara mencari keseronokan paling mudah. Melewati gedung-gedung komersial dan deretan pencakar langit yang memberi bayang redup di sepanjang jalan raya secara tidak langsung menyuntik 'roh' urban kepada saya - walaupun adakalanya kesabaran diri dicabar kesesakan lalu lintas.

Begitu juga dirasakan apabila saya menyaksikan keindahan beberapa bangunan bersejarah seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Abdul Samad mahupun Pasar Seni. Secara peribadi, semua bangunan itu menambah karakter dalam pola serakan landskap konkrit ibu negara.

Kebanyakan bangunan bersejarah tersebut mempunyai pengaruh kolonial, tradisi Asia dan inspirasi Melayu-Islam. Tidak dinafikan, ramai pelancong yang kagum melihat sinergi seni bina Moor, Tudor, neo-gotik atau Greko-Sepanyol pada bangunan-bangunan tersebut.

Setiap elemen seni bina itu telah melalui proses jalinan dan transformasi bagi memenuhi tujuan pembinaan serta adaptasi terhadap iklim tempatan. Namun, dalam pada kita berbangga dengan kehadiran bangunan bersejarah di negara ini, adakah kita sudah menjalankan usaha memulihara yang sewajarnya?

Saya teringat pada kata-kata seorang pegawai pengiring dari Lembaga Pelancongan Syria, Salma Albouchi, ketika saya mengikuti lawatan media ke negara tersebut.

"Negara anda amat kaya dengan anugerah alam semula jadi. Malaysia memiliki hutan belantara, pulau-pulau tropika indah, gua-gua hebat dan gunung serta lembah tadahan hujan yang menghijau. Itu kelebihan Malaysia.

"Namun, dari aspek sejarah, kami (Syria) jauh menandingi anda dari aspek aset sejarah ketamadunan," ujarnya yang pernah beberapa kali mengunjungi negara ini. Pandangannya itu saya rasakan jujur tanpa disertai niat untuk merendah-rendahkan warisan negara saya.


RAMAI berharap agar gerbang Penjara Pudu ini kekal di lokasinya.


Memang ada benarnya kata-kata Salma itu. Ketika perbincangan tersebut berlangsung, kami berdua sedang mendaki Citadel Aleppo iaitu sebuah istana kubu yang sangat besar dan kompleks dari aspek binaan serta fungsinya.

Nilai ketamadunan

Berbanding Citadel Aleppo yang tersergam sejak pertengahan milenium ketiga iaitu pada peralihan ketamadunan Greek, Byzantin, Ayyubi dan Mamluk, saya menyedari bahawa sejarah seni bina kolonial di negara saya rata-ratanya hanya bermula pada kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20.

Meskipun bilangannya terhad dan tidak seunggul binaan istana mega, tidak bermakna kita memandang sebelah mata usaha mempertahankan saki-baki bangunan sejarah yang ada.

Sentimen itu paling terkesan dalam diri saya tatkala memandu melewati gerbang Penjara Pudu yang sebahagian besar kompleksnya sudah diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan masa depan.

Saya mungkin berkongsi rasa dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia, Datuk Dr. Adi Taha. Beliau juga secara peribadi kurang bersetuju apabila melihat kompleks nostalgik itu diruntuhkan.

Baginya, Penjara Pudu juga boleh dianggap satu warisan yang melambangkan ketamadunan negara dalam sistem pentadbiran dan keselamatan yang berusaha membanteras jenayah suatu masa dahulu.

"Projek pembangunan itu sekali gus menyebabkan satu lagi bangunan khazanah warisan negara bakal hilang. Memang dari segi hartanah ia mempunyai nilai yang tinggi tetapi dari aspek warisan, harganya tidak ternilai," luah beliau yang kini Felo Utama Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Begitupun, para pencinta seni bina bersejarah di negara ini berasa lega apabila Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Profesor Dr. A. Ghafar Ahmad, memberitahu, pihaknya telah membuat dokumentasi lengkap sebelum kompleks Penjara Pudu itu dirobohkan.

Tambah beliau, Jabatan Warisan sudah meminta agar pintu gerbang Penjara Pudu dan dua lukisan mural di bahagian kiri dan kanan pintu utama dikekalkan sebagai kesan tinggalan sejarah yang boleh dilihat oleh generasi akan datang.

Penyatuan unsur

Gabungan unsur lama dan moden itu adalah satu konsep yang mampu dilaksana. Contohnya, peluang mengembara ke Macau tidak lama dahulu menemukan saya dengan pelbagai nilai seni bina usang yang masih dipelihara dengan baik. Antaranya ialah struktur bangunan Banco Nacional Ultramarino de Macau yang unik.


STRUKTUR bangunan Banco Nacional Ultramarino de Macau menunjukkan sinergi seni bina moden dan tinggalan sejarah.


Bangunan perbankan yang tinggi itu tidak sedikitpun kelihatan janggal apabila binaan konkrit, keluli dan kaca yang menongkat langit di terasnya berkesinambungan dengan bahagian facade dan aras bawah sebuah bangunan lama.

Demi mempertahankan kekayaan warisan seni bina di wilayah yang dahulunya menjadi koloni Portugis itu, pihak pemerintah Macau telah mewartakan undang-undang pelestarian bangunan bersejarah.

Jika tapak sesebuah bangunan lama hendak dibangunkan dengan infrastruktur baru, rangka luar bangunan asal yang tinggi nilai sejarahnya perlu kekal dan tidak boleh diruntuhkan.

Negara kita mungkin tidak mempunyai banyak istana diraja atau rumah agam bangsawan lama seperti yang ditemui di negara-negara Eropah. Kita juga tidak mampu menandingi kehebatan tarikan pelancongan sejarah ketamadunan Syria seperti yang terbukti melalui kewujudan puluhan citadelnya.

Pada masa yang sama, kita perlu sepenuh jiwa menghargai dan mempertahankan aset sebegitu di negara ini.

Tidak kira ia sebuah kompleks besar seperti Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak mahupun sekecil-kecil kediaman tradisional seperti Rumah Penghulu Abdul Ghani di Merlimau, Melaka.

Atas nama memperkaya aset pelancongan dan rujukan generasi akan datang, kita perlu hidup dalam dua dimensi waktu - lampau dan semasa. Kedua-duanya sama penting dalam menuju masa depan.

Dalam pada kita agresif mengejar arus pembangunan futuristik, jangan sesekali nilai imbasan lampau identiti bangsa serta kepentingan mempertahankan warisan sejarah itu terhakis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 27 Apr 2011 03:38 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Mukhriz lawat projek ternakan ikan kelisa

Posted:

Mukhriz lawat projek ternakan ikan kelisa

Mukhriz lawat projek ternakan ikan kelisa


MUKHRIZ (lima dari kiri) melihat ikan kelisa yang diternak di Kampung Desa Teruna, Kulim baru-baru ini.


TINJAU. Projek ternakan ikan kelisa di Kampung Desa Teruna, Kulim, Kedah menarik perhatian Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang melawat tapak projek itu baru-baru ini.

Kunjungan Mukhriz disambut Pengarah Simons Niaga Sdn. Bhd., Rosli Rashid yang mengusahakan ternakan itu. Beliau turut memberi taklimat operasi syarikat tersebut yang kini telah meneroka pasaran luar negara.

Projek yang bermula awal Februari tahun lepas melibatkan pelaburan kira-kira RM1.5 juta dengan 20 buah kolam ternakan.

Ikan kelisa yang diternak di situ ialah dari spesies Malaysia Gold, Super Red, High Back dan Banjard Red.

Selain dipasarkan ke China dan Timur Tengah, ikan kelisa syarikat itu turut dipasarkan ke Taiwan, Hong Kong dan Singapura.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tanam pokok sempena Hari Bumi

Posted:

Tanam pokok sempena Hari Bumi

Tanam pokok sempena Hari Bumi


ROSSILLI (tengah) menanam pokok sempena sambutan Hari Bumi di Taman Eco, Hotel Thistle Port Dickson baru-baru ini.


HIJAU. Sebagai menyokong kempen Hari Bumi, Hotel Thistle di Port Dickson, Negeri Sembilan menganjurkan program menanam beberapa jenis pokok buah-buahan di Taman Eco, hotel berkenaan baru-baru ini.

Pengarah Urusan Serantau Hotel Thistle, Dean Rossilli berkata, antara pokok buah-buahan yang ditanam dalam acara itu ialah longan, duku, rambutan, cempedak, pisang, limau dan kelapa.

Menurutnya, taman berkeluasan kira-kira lapan hektar itu dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok.

"Acara ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menjaga alam sekitar dan juga memulihara hutan yang kini semakin hilang.

"Sebagai sektor swasta, kami juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk memastikan generasi akan datang akan menghargai dan menjaga bumi kita," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sukan Tadika Cahaya Nurani

Posted:

Sukan Tadika Cahaya Nurani

Sukan Tadika Cahaya Nurani


SEBAHAGIAN daripada murid Tadika Cahaya Nurani membaca ikrar sebelum memulakan acara sukan tahunan tadika tersebut di padang permainan Desa Pinggiran Bayu, Mantin baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 88 murid Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Cahaya Nurani, Mantin, Negeri Sembilan menyertai sukan tahunan kali kesembilan tadika itu di padang permainan Desa Pinggiran Bayu, Mantin baru-baru ini.

Acara yang dirasmikan oleh pengetuanya, Misliza Mohni membabitkan penyertaan murid berumur di antara empat hingga enam tahun dari tiga cawangan tadika tersebut.

Antara acara yang dipertandingkan ialah bawa pundi kacang di atas kepala, lompat kanggaru, lari baton dan bawa gelung berhalangan.

Misliza berkata, acara sukan itu bertujuan menanam semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan serta kemesraan di kalangan kanak-kanak tadika tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads