Sabtu, 17 November 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search

FbMetro!: 4 beranak ditemui mati berulat

Posted: 16 Nov 2012 10:08 PM PST

4 beranak ditemui mati berulat

Maut selepas dipercayai terhidu gas karbon asap generator.
BETONG - Empat sekeluarga yang ditemui dalam keadaan sudah berulat dan masing-masing mulut berair di sebuah rumah di Jalan Kolam, Lubuk Chepung, Pusa dekat sini kelmarin dipercayai mati akibat terhidu asap generator yang membekal tenaga elektrik di rumah tersebut.
Mereka yang terkorban ialah Zaidi Pandi, 62; isteri, Tiah Sauti, 53, dan dua anak mereka iaitu Atikah, 27, serta Kazil, 20. Semasa ditemui, keempat-empat mangsa itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih daripada 48 jam.
Atikah dan Kazil merupakan orang kelainan upaya (OKU) iaitu lembam. Penemuan mayat empat beranak itu terbongkar apabila adik kepada Zaidi, Omar, 39, pergi ke rumah itu pukul 5 petang dan terhidu bau busuk dari arah rumah kayu tersebut
Keadaan keempat-empat mayat itu amat memilukan dengan Zaidi ditemui dalam keadaan memakai baju Melayu, kain pelekat serta berkopiah terlentang atas sejadah di ruang tamu.
Di sisi mayat pengusaha kantin itu pula, mayat Atikah. Atikah yang memakai baju-T semasa dijumpai dalam keadaan terbaring dengan kepala di atas bantal. Bersebelahan mayat Atikah ditemui sehelai telekung berwarna putih.
Mayat Kazil yang memakai baju-T dan seluar panjang turut ditemui di ruang tamu dan dalam keadaan terlentang di atas tilam.
Sementara itu, isteri Zaidi, Tiah dijumpai di dalam bilik tidur dengan keadaan terlentang di atas tilam. Tiah semasa itu memakai baju kuning dan berkain batik.
Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Saifuddin Mustafa berkata, polis percaya kematian keempat-empat mangsa dipercayai berpunca daripada gas karbon monoksida daripada asap generator Motoyama model MPG3800 yang menggunakan minyak tanah.
Menurut beliau, polis menemui generator itu di dapur rumah dan sudah kehabisan minyak. "Semasa mayat ditemui, pintu dan tingkap rumah mangsa dalam keadaan bertutup rapat. Polis terpaksa memecah pintu dapur untuk masuk ke dalam rumah," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.
Menurut beliau, seluruh badan mayat empat beranak itu semasa ditemui berwarna hijau kehitaman, mulut berair dengan lidah terjelir.
Selain itu, terdapat beberapa tompokan darah dan air berwarna kekuningan berhampiran keempat-empat mayat mangsa.
"Punca sebenar kematian akan diketahui hujung minggu ini selepas keputusan bedah siasat yang dilakukan oleh doktor pakar Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching bermula pagi esok (hari ini) diketahui," katanya.
Difahamkan generator tersebut kebiasaannya akan diangkat ke belakang rumah menjelang waktu malam namun pada hari kejadian generator itu ditemui masih berada di dalam dapur.
Keluarga itu menggunakan generator itu kerana masih menunggu kelulusan mendapat bekalan elektrik.
Zaidi dikenali dalam kalangan penduduk setempat sebagai seorang yang kuat agama dan disenangi oleh masyarakat tempatan.
Sedih hilang orang tersayang serentak
BETONG - "Saya tunggu bapa dari pagi sampai malam untuk punggah barang-barang dari kantin sekolah untuk dibawa pulang namun kelibat bapa tidak muncul. Jadi saya cuba menghubungi bapa berkali-kali tetapi langsung tidak dijawab menyebabkan saya fikir ayah marah saya."
Demikian luahan Razif Zaidi, anak pengusaha kantin, Zaidi Pandi yang ditemui mati bersama isteri dan dua lagi anak mereka di sebuah rumah di Jalan Kolam, Lubuk Chepung, Pusa dekat sini kelmarin.
Razif, 30, anak keempat daripada enam beradik itu berkata, kali terakhir diaberbual melalui telefon dengan bapanya pada pukul 11 malam, Selasa lalu dan mereka berjanji untuk berjumpa di Saratok pada hari Rabu bagi membawa barang-barang perniagaan di sebuah kantin sekolah pulang ke Pusa selepas tamak kontrak.
Bagaimanapun, menurut Razif, pada hari tersebut bapanya gagal dihubungi malah panggilannya juga tidak dijawab oleh ibu tirinya dan dua adiknya yang tinggal di rumah sama.Panggilan telefon Razif berterusan tidak dijawab sehingga pada hari Khamis.
"Saya kemudian fikir bapa merajuk menyebabkan saya minta kakak yang tinggal di Kuala Lumpur menghubungi mereka namun usaha kakak juga gagal.
"Saya kemudian rasa tidak sedap hati dan meminta seorang saudara yang tinggal di kampung berhampiran pergi ke rumah bapa," katanya ketika ditemui di Hospital Betong di sini.
Zaidi baru tamat kontrak sebagai pengusaha kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (A) Sri Aman, Saratok dan bercadang untuk membuka sebuah gerai di Gerai Komersil Pusa.
Razif memberitahu, dia sangat sedih dengan pemergian bapa, ibu dan dua adiknya serentak lebih-lebih lagi dia baru merancang untuk meminang seorang gadis untuk dikahwini.
Razif serta lima adik-beradiknya yang lain merupakan anak hasil perkahwinan pertama Zaidi dengan arwah isterinya, Siti Rajemah Husain yang meninggal dunia sejak 18 tahun lalu. Zaidi berkahwin dengan Tiah pada 1996 namun tidak dikurniakan anak.
KUALA LUMPUR - Gas karbon monoksida yang dihidu dalam tempoh lama di lokasi yang tertutup boleh melumpuhkan sistem otak manusia dan akhirnya menyebabkan kematian.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penydamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, seseorang yang terdedah dengan gas tersebut akan mengganggu fungsi darah yang membawa oksigen ke dalam tisu badan termasuk ke dalam organ penting seperti jantung dan otak. la berikutan darah dalam badan manusia lebih cepat menyerap gas beracun itu berbanding oksigen sehingga menyebabkan otak dan jantung manusia akan menjadi lemah dan secara perlahan-lahan terus terhenti.
Bagaimanapun, kata beliau, berapa lama tempoh sistem otak seseorang itu boleh lumpuh jika terhidu gas karbon monoksida itu bergantung kepada keadaan sesebuah premis itu.
Jika sesebuah premis itu tertutup rapat, individu yang menghidu gas itu boleh maut dalam tempoh setengah jam.
Menurut beliau, orang ramai yang menggunakan generator sepatutnya tahu cara untuk mengendalikan alat tersebut bagi mengelakkan berlaku kemalangan terhidu gas karbon monoksida beracun yang dihasilkan.
"Sekiranya generator tersebut diletakkan di dalam rumah, mereka perlu memastikan rumah tersebut mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
"Generator yang menggunakan bahan api seperti diesel, petrol minyak tanah sudah tentu melepaskan asap beracun dikenali gas karbon monoksida, jadi lebih elok jika generator itu diletakkan di luar rumah," ujarnya kepada Kosmo! semalam sebagai mengulas kejadian empat beranak maut disyaki terhidu gas karbon monoksida di Betong, Sarawak, kelmarin.

11 di serian sarawak - Google Blog Search

Unit khas dibentuk tangani perjudian atas talian | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 02:02 PM PST

KUCHING: Sepasukan unit khas telah dibentuk untuk menyiasat kegiatan judi atas talian yang berselindung di sebalik pembukaan kafe siber di seluruh negeri.

Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, usaha tersebut penting ekoran kegiatan tersebut yang dilihat semakin berleluasa di negeri ini dan lebih membimbangkan apabila ia melibatkan pelajar sekolah dan kanak-kanak.

"Kami melihat perkara ini dengan serius, disebabkan itu kami telah me-latih beberapa pegawai untuk menyiasat perkara ini terutamanya apabila ia melibatkan budak sekolah kerana kita tidak mahu mereka terjebak de- ngan kegiatan perjudian seperti ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan wujud kesukaran untuk pihaknya dalam membanteras kegiatan perjudian tersebut.

"Disebabkan itu, kita mahu semua pengusaha kafe siber lebih bertanggungjawab terutama untuk memastikan tidak berlaku aktiviti perjudian atas talian di premis masing-masing.

"Selain itu, kita juga mengharapkan agar pengusaha tidak membenarkan budak-budak sekolah me- masuki premis mereka kerana kita semua faham, sebut sahaja Internet, pelbagai barang dapat dilakukan," ujarnya.

Terdahulu, Acryl merasmikan Program Jom Sihat di Kompleks Perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tabuan Jaya semalam.

Sementara itu, seorang remaja ber-usia 15 tahun telah ditahan bersama sembilan pelanggan serta pekerja dari dua premis perjudian atas talian di Serian, kelmarin.

Kesemua yang ditahan adalah hasil operasi oleh Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang diketuai oleh ASP Mohd Zulkarnian Abdullah di Pekan Serian sekitar jam 6.15 petang.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di subis sarawak - Google Blog Search

MOLOTOV COCKTAILZ: Pantai Bungai Bekenu : Tempat Yang <b>...</b>

Posted: 16 Nov 2012 11:30 PM PST

Pada bulan Oktober lepas, aku dan beberapa rakan sepejabat pergi ke kenduri perkahwinan rakan sekerja kami di kawasan Bekenu, sebuah kawasan majoriti penduduknya berbangsa Kedayan yang terletak di daerah Subis, Miri. Selepas majlis tersebut, aku sempat juga singgah ke Pantai Bungai, boleh dikatakan sebagai tourist attraction jugak la di sini. Pantainya cantik dan tidak terhakis seperti kebanyakan pantai di tempat aku, Bintulu (hampeh). Di sini juga ada disediakan perkhidmatan homestay yang terletak di tepi pantai sahaja dengan kadar harga yang berpatutan. Jika ada di antara kalian yang pergi melancong ke Miri dan meminati keindahan di tepian pantai, jangan lupa singgah ke sini ya!

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search

Catatan Perjalanan : Mencari Aidiladha <b>Di Daro</b> - indah rasa j.malim

Posted: 16 Nov 2012 11:38 PM PST

Kami berhenti dan meletakkan kereta berhadapan dengan deretan rumah kedai kayu tua yang menjadi nadi utama pekan Matu. Deretan kedai kayu ini terletak di persisir sebatang sungai yang gelap airnya. Matu kelihatan sunyi.Kedai- kedai yang terdapat disini kelihatan lengang. Hanya sesekali ada beberapa motosikal melewati kami. Saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan diri saya jika ditempatkan mengajar disini.Sudah pasti hanya kesunyian yang bermain dihati.

Walaupun pekan Matu agak kecil namun saya yakin ia adalah begitu lengkap bagi memenuhi keperluan penduduknya. Di pekan ini juga terdapat dua buah stesyen minyak yang agak klasik. Kemudahan asas lain seperti jalan raya dan elektrik juga baik namun masih ada juga penduduk yang masih menggunakan sungai sebagai pengangkutan utama. Ketika kami sedang enak-enak menenangkan fikiran di tebingan sungainya yang sepi kami dikejutkan dengan deruan enjin perahu penduduk yang mencari keperluan hariannya di pekan Matu ini.Terdapat sebuah jeti kecil yang menjadi tempat perahu untuk berlabuh.

Saya berjalan kaki sendirian melewati deretan kedai kayu tua pekan ini. Beberapa papan tanda lama benar-benar menarik minat saya.Sukar lagi rasanya menjumpai papan tanda lama jenama SINGER di tanah semenanjung. Tetapi disini ia masih lagi digunakan. Terasa aura klasik masih kuat dan tebal di Matu. Sebuah dewan lama juga menarik minat saya. Namun saya merasa agak takut-takut juga untuk mengambil gambar. Lumrahlah bagi orang musafir seperti saya ini. Kadangkala kehadiran kita akan menimbulkan pandangan negatif bagi penduduk setempat.

Hampir setengah jam kami melepak di pekan Matu. Memang hati saya merasa tenang disini. Ketika melewati jalan utama pekan ini dapat saya rasakan deru pembangunan semakin deras melanda Matu. Pembangunan adalah sesuatu yang tidak dapat kita tolak. Lama-kelamaan sudah pasti nilai klasik pekan Matu seperti yang terlihat pada hari ini akan lenyap dengan sendirinya dan sudah pasti penduduk Matu akan sentiasa merinduinya.

Cikgu Shukri seterusnya membawa kami melihat kawasan sekolah tempat isterinya mengajar. Kami melalui sebuah kampung yang sangat indah.Kampung ini dinamakan kampung Jamoreng. Lanskap kampung itu yang berpaya menjadikannya unik kerana seolah-olah rumah penduduknya dibina di atas sebuah tasik. Binaan rumah penduduknya juga besar dan cantik. Dapat saya lihat ada kesepakatan antara penduduknya dalam menjayakan projek mengindahkan kampung ini.

Usai sahaja melewati Kampung Jemoreng yang indah, kami meneruskan perjalanan kami ke Mukah. Seperti tadi mata kami dijamu dengan pemandangan yang hampir serupa. Apa yang menarik perhatian saya sepanjang perjalanan ini ialah kewujudan kawasan bulatan jalan raya yang agak banyak walaupun untuk persimpangan yang kecil dan kurang sesak. Namun saya sentiasa positif dengan perkara ini. Pada saya bulatan jalan raya ini memainkan peranan penting bagi mengelakkan kemalangan jalan raya.Ia juga memudahkan pengguna jalan raya memilih simpang yang ingin dimasuki.

Naik Feri Menyeberangi Batang Igan

Hampir sahaja kami ke pekan Igan saya sudah mula merasa seronok. Beberapa kilometer di hadapan, kami akan menyeberangi Batang Igan dengan menggunakn feri. Inilah yang saya idamkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Rasa bagaikan tidak lengkap kehidupan saya di Sarawak ini jika tidak dapat merasai pengalaman menggunakan feri menyeberangi sungai Igan ini.

Kami berhenti sebentar di tepi sungai sementara menunggu feri sampai. Apabila feri sampai, kereta yang kami naiki bergerak menaiki feri melalui laluan yang disediakan. Bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan menyeberangi Batang Igan ini ialah RM 1 bagi perjalanan sehala. Apabila kereta sudah diparkir, saya terus meluru keluar dan bebas bergerak melihat keadaaan feri.

Bergerak memasuki feri

Sungai Igan

Satu perkara yang melegakan hati saya ialah diatas feri ini terdapat jualan makanan ringan yang dihasilkan oleh penduduk setempat. Kami tidak melepaskan peluang membeli makanan ringan seperti kerepek dan keropok bagi mengisi perut. Saya pula membedal dua bungkus nasi lemak yang berharga RM1 sebungkus. Pada mulanya terasa was-was juga untuk memakannya. Namun setelah dijelaskan oleh seorang lelaki yang kebetulan bersama saya bahawa yang membuat nasi lemak itu ialah saudara maranya maka segala keraguan itu terus hilang dan berganti dengan rasa kenyang.

Di atas feri menyeberangi Batang Igan

Suasana di atas feri

Kami menuju ke seberang sana

Perjalanan menggunakan feri menyeberangi Batang Igan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Seronok saya mendengar bunyi enjin feri yang gagah ini. Sampai sahaja ke seberang, kami singgah sebentar di tandas awam yang memang disediakan di tepi jalan bagi melepaskan hajat yang tertunda. 

Perjalanan diteruskan menuju ke pekan Igan namun kami tidak pula singgah untuk mengambil gambar disini. Kami menetapkan untuk terus menuju ke Mukah bagi mengisi perut dahulu. Sewaktu perjalanan pulang nanti barulah kami akan singgah di Igan dan Oya.Selepas melepasi Igan pemandangan mata kami mula berubah. Di kiri dan kanan jalan kelihatan rumah penduduk - penduduk kampung yang cantik dan tersusun. Tidak ada lagi pemandangan hutan, paya dan ladang. Sesekali kami berselisih dengan gadis-gadis Melanau yang manis. Ada juga senyuman yang dilempar ... ah .. mujur juga saya berkaca mata hitam. hehehehe

50 KM lagi ke Mukah

Kami sampai ke Mukah ketika jam sudah menunjukkan angka 3. Saya sudah dua kali sampai ke Mukah dan banyak dari jalan-jalan di bandar Mukah ini telah saya hafal. Kami menikmati makan tengah hari di restoran Sugar Bun. Hairan juga pekerja restoran berkenaan melihat kami menikmati hidangan makanan segera di hari raya Aidiladha ini. Ah... pedulikan lah dengan pandangan mereka, yang penting perut kami perlu diisi dahulu. Hahahaha

Di Restoran Sugar Bun Mukah

Kami bertiga tidak berlama-lama di Mukah. Sempat juga kami membungkus makanan untuk makan malam kami. Memandangkan hari hampir lewat petang, kami memutuskan untuk bergerak pulang lebih awal. Tambahan pula kami perlu singgah ke Igan dan Oya nanti untuk mengambil gambar.Saya mencadangkan kepada Cikgu Shukri untuk singgah di mana-mana masjid di tepi jalan nanti untuk bersolat jamak. Cadangan saya ini diterima dengan sebaiknya.

Masjid Yang Mendamaikan Jiwa

Kami singgah bersolat di Masjid At-Taqwa Oya. Masjid moden ini sangat mendamaikan saya. Hati terasa tenang bersolat disini. Suasana masjid ini amat nyaman. Saya dapat bersolat dengan kusyuk disini. Tidak tahu pula kenapa saya berperasaan demikian. Mungkin suasana petang yang sepi membuatkan saya merasa tenteram di masjid ini. Saya tertarik dengan kawasan perkuburan yang terdapat di hadapan masjid ini. Kebanyakan dari batu nisan perkuburan ini agak condong. Tertanya-tanya saya sendiri kenapa hal ini terjadi namun segalanya saya pendamkan di dalam hati. Tidak jauh dari masjid kelihatan beberapa individu sedang bergotong royong melapah daging lembu korban. Tersenyum mereka dari jauh apabila melihat saya mengambil gambar mereka dari jauh dan saya membalas senyuman mereka dengan satu senyuman yang ikhlas.

Pintu masuk ke masjid At-Taqwa Oya

Ruang solat yang mendamaikan saya

Papan tanda keterangan pembinaan masjid

Mimbar masjid At-Taqwa Oya

Kawasan perkuburan dihadapan

masjid At-Taqwa Oya yang unik 

dimana kebanyakan

batu nisan nya condong

Bergotong royong melapah daging korban

Melihat Klasiknya Pekan Oya

Perjalanan diteruskan ke pekan Oya. Pekan Oya merupakan sebuah pekan yang tua namun ia begitu sibuk dengan aktiviti penduduknya yang pelbagai. Katika kami singgah ke pekan Oya ini hari sudah mula beransur petang. Sambutan Aidiladha yang dirayakan pada hari ini bagaikan tidak terasa apabila melihat suasana sibuk pekan ini. Dengan deretan bangunan kedai kayu tua yang mendominasi suasana menjadikan keadaan petang ini amat klasik. Cikgu Shukri dan Cikgu Kumaresan tidak turut serta bersama saya melilau mengambil gambar suasana pekan Oya ini. Faktor keletihan menjadikan mereka berdua lebih selesa memerap sahaja di dalam kereta. Saya pula seperti biasalah bersama kamera kesayangan meneroka indahnya petang di pekan Oya.

 Bersedia untuk masuk ke pekan Oya

Pekan Oya sibuk dengan aktiviti penduduknya

Rumah kedai kayu lama yang klasik

Saya meronda bersendirian di pekan Oya ini. Saya melalui deretan kedai kayu tua yang begitu klasik namun masih utuh. Pekan Oya hanyalah merupakan sebuah pekan yang kecil namun ianya adalah begitu lengkap bagi memenuhi keperluan penduduknya. Di pasar terbukanya, kelihatan begitu ramai peniaga yang menjual makanan. Ada peniga yang menegur saya supaya singgah membeli makanan jualan mereka sayangnya ketika itu perut saya masih kenyang. Ketawa besar mereka apabila saya memberitahu mereka bahawa saya sukakan suasana petang di pekan Oya. Tidak mengapalah kerana saya memang tidak berbohong untuk menyatakan apa yang terlintas di fikiran dan hati saya.

Ramai penjaja makanan di pasar terbuka Oya

Tidak jauh dari pasar terbuka Oya terdapat sebuah terminal penumpang kecil. Saya tidak pasti sama ada terminal atau jeti ini masih digunakan atau tidak kerana kemudahan jalan darat yang baik telah dapat menghubungkan pekan Oya dengan bandar-bandar besar yang lain seperti Mukah dan Sibu.Ini secara tidak langsung mengurangkan penggantungan penduduk Oya dengan perkhidamtan pengangkutan air. Namun kawasan tebingan sungai berdekatan dengan jeti ini telah diperindahkan bagi kemudahan rekreasi penduduk Oya. Secara tidak langsung ia memberikan satu kemudahan awam yang berguna kepada penduduk Oya untuk beriadah.

Sebuah jeti kecil di pekan Oya

Saya terus merayau melihat suasana petang pekan Oya. Tidak tahu lagi bila saya akan menjejakkan kaki ke sini semula. Bila memandang ke bangunan kedai lamanya, dapat saya rasakan masa seakan-akan begitu cemburu untuk membunuhnya. Kemodenan adalah suatu perkara yang tidak ditolak. Lambat laun pasti deretan rumah kedai lama ini akan tinggal kenangan sahaja bagi generasi yang pernah melihatnya.

Sebahagian dari pekan Oya

 Sebuah rumah kedai lama yang masih utuh

Setelah puas merayap di pekan Oya, kami meneruskan perjalanan ke Igan. Sempat juga saya mengambil gambar beberapa kemudahan asas yang terdapat di pekan Oya dari dalam kereta. Ketika di Igan, kami tidak pula berhenti sebaliknya hanya meninjau-ninjau sahaja suasananya dari dalam kereta. Saya sendiri agak kurang berminat untuk mengambil gambar pekan ini. Tambahan pula bateri kamera saya sudah mula tinggal sedikit. Saya mahu menjimatkan kuasa bateri kamera saya untuk mengambil gambar di atas feri menyeberangi Batang Igan nanti. Itulah keutamaan saya....

Pejabat Daerah Kecil Oya

 Balai Polis Oya

Sebuah masjid dengan bentuk yang unik.

Lagi Sekali Menaiki Feri

Kami sekali lagi menaiki feri menyeberangi Batang Igan. Kali ini ia terasa begitu asyik dan menyeronokkan. Pancaran mentari petang membuatkan suasana menjadi begitu indah. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan saya ketika itu. Inilah indahnya Sarawak bumi Kenyalang. Empat tahun perkhidmatan saya disini benar-benar membuatkan saya menjadi manusia yang tahu erti bersyukur. Kekuatan dan perpaduan penduduk Sarawak dalam mendepani setiap cabaran itulah yang menjadikan Sarawak unik dan terus kekal sebagai sebuah negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Sesungguhnya saya sangat berbangga menjadi pendidik di Bumi Kenyalang ini dan sememangnya Sarawak adalah negeri kedua saya dan saya sangat menyayangi negeri ini!

Bersama Cikgu Kumaresan

Berselisih dengan feri dari arah bertentangan

Indahnya petang di Bantang Igan

Kami tiba di Daro pada jam lapan malam. Suasana di pekan Daro sudah mulai sunyi. Saya sendiri sudah keletihan. Setelah membersihkan diri sempat juga kami keluar minum malam di medan selera malam Daro. Mujur juga ada yang berniaga pada malam ini. Pulang sahaja ke hotel mata saya sudah mula mohon untuk berehat. Tidak sedar jam berapa saya terlelap. Namun yang pastinya saya tidur berdengkur malam itu. Hahahahaha.

Meneroka Pekan Daro

Hari ini merupakan hari terakhir kami di pekan Daro. Saya bangun agak awal pagi ini. Tidak sabar rasanya hati untuk turun dari hotel bagi meneroka keunikan pekan Daro. Mujur juga saya sempat mengecas bateri kamera malam tadi. Jika tidak mahu menangis saya dibuatnya jika gagal mengambil gambar suasana pekan Daro ini.

Kami mengambil keputusan untuk bersarapan dahulu sebelum bersiar-siar. Kami lebih selesa berjalan kaki. Mujur juga sudah banyak kedai makan yang dibuka hari ini. Kami menyelusuri kaki lima deretan kedai kayu tua dan masuk ke sebuah restoran yang kelihatan begitu ramai pelanggan.Saya dan Cikgu Shukri memesan mee goreng dan Cikgu Kumaresan memesan mee jawa. Apa yang dapat saya katakan ialah memang mee goreng di restoran ini amat enak. Belum sempat kami menghabiskan makanan datang seorang lelaki meletakkan beberapa bungkus nasi lemak diatas meja makan kami. Saya dan Cikgu Kumaresan berpandangan sendiri. Tidak lama selepas itu, dua bungkus nasi lemak masuk ke perut kami. 

Ketika mahu membayar harga makanan, kami dikejutkan dengan kenyataan pekerja restoran berkenaan yang menyatakan bahawa hidangan kami tadi telah dibayar. Terkejut kami sendiri mendengar kenyataanya itu. Kami bertanya juga kepada beliau siapakah hamba Allah yang begitu mulia itu dan jawapan dari pekerja kedai itu begitu menghampakan kami kerana beliau tidak mengenali individu tersebut. Saya menggelengkan kepala dan berdoa didalam hati semoga hamba Allah yang baik hati itu mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

Menyelusi kaki lima kedai kayu tua

untuk bersarapan pagi

Enak menikmati juadah sarapan pagi

Berniaga rambutan di kaki lima kedai kayu tua

Selepas bersarapan kami meneruskan sesi rondaan di pekan Daro. Uniknya pekan Daro ialah ia dilatari oleh bangunan lama dan bangunan baru. Ini menjadikan pekan Daro kelihatan moden namun masih mengekalkan suasana lama. Kemudahan asas di pekan ini juga agak lengkap. Beberapa buah stsyen minyak lama masih beroperasi disini. Walaupun tidak mempunyai kemudahan balai bomba, namun pekan Daro masih boleh berbangga kerana mempunyai unit bomba sukarelanya yang tersendiri. Sebuah pasar awam yang besar juga menjadi akses penting kepada penduduk Daro untuk mendapatkan barangan makanan harian. Saya tertarik dengan kewujudan sebuah klinik swasta yang kecil di pekan ini. Menurut Cikgu Shukri, klinik berkenaan hanya dibuka beberapa hari sahaja seminggu. Benar atau tidak kenyataanya tidak pula saya ketahui. Namun memang saya tidak menjumpai klinik swasta lain disini melainkan hanya klinik itu sahaja.

Bangunan kedai baru di Daro

Bangunan kedai kayu lama Daro

Sebuah kedai yang klasik

Bangunan pasukan bomba sukarela Daro

Pekan Daro juga turut dilengkapi dengan

kemudahan perbankan

Stesyen minyak Petronas yang klasik

di pekan Daro

Pasar rakyat Daro

Klinik swasta di pekan Daro

Ketika melalui kawasan terminal penumpang Daro, kami tertarik dengan sebuah tugu berbentuk ikan yang menjadi mercu tanda pekan Daro. Tidak pula saya ketahui jenis ikan yang menjadi ilham kepada tugu ini. Namun pada saya ia begitu unik dan berseni.

Cikgu Shukri dan Cikgu Kumaresan

bergambar kenangan di mercu tanda ikan pekan Daro

Sempat juga kami meninjau-ninjau suasana pasar rakyat Daro selepas itu. Namun masih kurang yang berniaga hari ini. Pasar basah dua tingkat itu menempatkan beberapa buah kedai makan dan kedai barangan am di ruang atasnya. Ramai juga peniaga bumiputra yang mencuba nasib berniaga di pasar ini. Di luar pasar terdapat beberapa raga yang diisi dengan ayam hidup. Rasanya ayam-ayam itu untuk dijual namun Cikgu Shukri menyatakan ayam-ayam tersebut dibela dan bukannya untuk dijual. Lucu saya sendiri mendengar kata-katanya.

Suasana di Pasar Rakyat Daro

Untuk dijual atau diternak?

Kami terus bergerak ke hotel penginapan kami selepas itu. Tepat jam 10 pagi kami bergerak menuju ke terminal penumpang Daro untuk menaiki bot ekspres ke Sibu. Tiada kesesakan di terminal ini dan jumlah penumpang juga agak kurang. Kami bebas memilih tempat duduk di dalam bot ekspres. Tempat duduk didalam bot ekspres ini juga agak selesa dan tidak dibahagikan mengikut kelas. 

Bergerak meinggalkan Daro

Bot ekspres yang membawa kami pulang ke Sibu

Harga tiket ialah RM 17 bagi perjalanan sehala. Sepanjang jalan saya hanya mengelamun sahaja. Sesekali saya menonton tayangan filem yang disediakan oleh pengusaha bot ekspres. Namun hati saya bagaikan tidak terhibur. Bagaikan ada sesuatu yang menggangu hati dan fikiran saya sepanjang perjalanan. Saya terfikir adakah saya akan menikmati lagi perjalanan di bumi Sarawak ini pada masa hadapan ? ... menjelang ke penghujung tahun 2012 ini saya mula dihimpit perasaan cemas dan berbelah bahagi. Keseronokan hidup di Sarawak dicabar oleh kewajipan saya sebagai ketua keluarga di Semenanjung. Saya bagaikan dapat merasakan inilah perjalanan kembara terakhir saya di Sarawak ini. Mahu sahaja saya menangis ketika ini.

Tiket bot ekspres dari Daro ke Sibu

Akhirnya saya terlelap sendiri didalam bot ekspres. Menjelang jam 2 petang bot ekspres kami semakin menghampiri terminal penumpang lama Kapit di Sibu. Ketika menjejakkan kaki ke jeti Sibu saya mengerti inilah pengakhiran kembara saya di bumi Kenyalang dan saya akan sentiasa merinduinya. TAMAT

Sibu

Satu Catatan Tambahan

Saya menulis artikel ini dengan perasaan yang sebak. Benar tekaan hati saya ketika itu bahawa inilah kembara terakhir saya di Bumi Kenyalang tercinta ini. Permohonan pertukaran saya ke Johor telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran pada 3 November 2012 yang lalu. Ini bermakna jodoh perkhidmatan saya di SMK Kapit telah tamat dengan sendirinya pada tarikh berkenaan.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua individu yang pernah membantu sepanjang perkhidmatan saya di Sarawak ini. Saya juga memohon sejuta keampunan andai ada salah dan silap saya sepanjang berada di Sarawak ini.

Saya akan sentiasa mengenang Sarawak sebagai negeri yang berbudi kepada diri saya. Penduduknya menerima kehadiran saya dengan hati yang terbuka malahan membantu saya menjadi lebih dekat dengan istilah perpaduan. Di Sarawak saya menjadi cikgu yang luas makna dan ertinya. Inilah uniknya Sarawak. InsyaAllah disuatu hari dan masa yang mendatang pasti saya akan ke Sarawak semula bagi membeli budi dan kasih yang pernah diberikan Sarawak kepada diri saya.

Tanggal 7 November 2012 saya bergerak meninggalkan Sarawak. Jumpa lagi Sarawak !

Terima kasih Sarawak .... saya akan sentiasa mencintaimu Ibu Pertiwiku !

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search

Catatan Perjalanan : Mencari Aidiladha <b>Di</b> Daro - indah rasa j.malim

Jumaat, 16 November 2012

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search

__Never Be Replaced__: PDK <b>BAU</b>, <b>SARAWAK</b>

Posted: 16 Nov 2012 06:11 PM PST

PDK BAU adalah Pusat Dalam Komuniti yang paling tua di Daerah Bau. Ianya ditubuhkan pada 18 Jun 2003. Tapak pertama PDK BAU adalah di Flat Majlis Daerah Bau, Jalan Bangalow, dan berpindah ke tapak sekarang pada April 2008. Pada tahun 2012, PDK Bau mempunyai seramai 13 orang petugas ( staf ) dan seorang penyelia. Jumlah pelajar dibawah PDK Bau untuk tahun 2012 adalah seramai 74 orang , dan kesemua mereka terdiri daripada pelbagai agama,bangsa dan keturunan. Malahan mereka juga dari peringkat usia seawal 3 bulan. Dalam bilangan 74 orang tersebut, seramai 15 orang daripada mereka mendapat rawatan dirumah sahaja, di mana petugas akan pergi melawat dan memberi pemulihan dan rawatan di rumah.

Objektif PDK Bau, Sarawak :
1.     Menggalakkan sikap perihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya ( OKU )
2.    Mengeksploitasikan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
3.    Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
4.    Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
5.    Mengambil kira sumber ekonomi Negara dan membolehkan untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search

Pendekar Buluh <b>Betong</b>: Am : Kes Cerai <b>Di Sarawak</b> Meningkat 2.8 <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2012 01:15 AM PDT

KUCHING, 29 Okt (Bernama) -- Bilangan kes perceraian di Sarawak meningkat 2.8 peratus tahun lepas apabila sebanyak 2,631 kes direkodkan berbanding 2,559 kes dalam tahun 2010.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

Mencari Rumah Sewa <b>Di</b> Kota <b>Samarahan Sarawak</b>

Posted: 12 Nov 2012 09:50 AM PST

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera,

Adakah anda bakal melanjutkan pelajaran di UiTM Kota Samarahan atau Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tidak mendapat kemudahan kolej kediaman universiti dan sekarang anda tengah mencari2 rumah sewa?

Usah gusar dan usah bingung2...kalau anda tengah carik rumah untuk disewa secara berkumpulan mahupun individu, anda boleh cuba tanya kat Applecross Student Village, sebuah perkampungan/kediaman KHAS untuk pelajar2 UiTM dan UNIMAS. ASV juga menawarkan deposit dan sewa bulanan yang berpatutan. 

MAKLUMAT LANJUT KLIK DIBAWAH:

APPLECROSS WEBSITE

APPLECROSS FACEBOOK

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search

SUPP perkenalkan sistem status BRIM yang terbaik <b>di Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2012 02:10 AM PST

Sebastian (tengah) bersama para pemimpin masyarakat di Miri, wakil LHDN bergambar kenangan selepas mesyuarat BR1M 2.0 di Pejabat Daerah petang tadi.

MIRI, 9 November– Sistem yang diperkenalkan oleh SUPP untuk memudahkan pemohon mengetahui status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) di Miri merupakan yang terbaik di Sarawak.

Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Sebastian Ting memberitahu, perkhidmatan itu menjadikan SUPP begitu popular sekali dari segi jumlah pengunjung web.

Laman web itu dibuka khas untuk pemohon BR1M 1.0 di kawasan Ahli Parlimen Miri yang juga Pengerusi SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

"Sejak dibuka, kita menerima sebanyak 50,000 hits, bertambah kepada 100,000 hits dan mencecah sehingga 700,000 hits."

"Sistem akan diteruskan untuk BR1M 2.0 sebagai memudahkan pemohon memperoleh maklumat tentang status bantuan mereka," katanya kepada media selepas sesi bertemu ketua-ketua masyarakat dan ketua kaum di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Miri yang turut dihadiri oleh wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hari ini.

Sebastian yang juga Pengerusi SUPP Piasau berkata, SUPP menawarkan khidmat berkenaan di laman web mereka dimana pemohon boleh mengetahui status permohonan dengan hanya mengemukakan nombor kad pengenalan.

"Melihat kepada populariti ini, kita (SUPP) akan terus menawarkan khidmat ini kepada pemohon BRIM2.0," katanya sambil menambah pengagihan BR1M yang mendapat sambutan menggalakkan oleh rakyat adalah tanda keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kebajikan rakyat.

Selain itu, sumbangan bantuan RM250 untuk golongan bujang berusia 21 tahun ke atas dalam BR1M 2.0 juga tanda sokongan kerajaan membantu golongan muda.

Beliau turut berterima kasih kepada media di sini kerana membantu memaklumkan kepada penduduk tentang perkembangan BR1M.

Pegawai Daerah Miri, Boniface Intang Apat memberitahu, ketua masyarakat dan ketua kaum memainkan peranan penting dalam menerangkan kepada penduduk tentang pemohonan bantuan itu.

Sebarang maklumat tentang BR1M 2.0 boleh menghubungi talian hotline 1800-222-500 dan 1800-882-716

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search

Suara Pemikir ...: Banjir : Penduduk Sini Tak Pernah Merungut (7 <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 04:40 PM PST

2. Apa yang menariknya ialah mereka ini tidak pernah merungut akan kehadiran banjir malah mereka kelihatan gembira dengan Banjir. Kenapa ya.? Mereka juga tidak pernah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir dan tidak pernah menyusahkan kerajaan untuk menyediakan bantuan makanan ketika banjir. Agak pelik kan? 

3. Baiklah. Pemikir akan terus bercerita di mana dan kenapakah perkara seperti yang diterangkan d atas berlaku. Kampung yang Pemikir maksudkan adalah beberapa kampung yang berada di Pulau Bruit, Sarawak seperti Kampung Penipah, Tekajong, Bruit, Salah Kechil, Betanak, Penibong dan Penuai. Inilah kampung yang Pemikir maksudkan. Kampung kampung yang indah dan menarik tetapi tidak terkenal dimata Penduduk Malaysia mahupun dunia. Lihat sahaja gambar ini.
4. Perkampungan yang mengadap Laut China Selatan ini akan mengalami banjir pada setiap musim tengkujuh setiap tahun. Apabila air pasang dan air hujan bertemu. Pasti akan berlaku banjir. Oleh kerana itu penduduk di sini telah membina rumah yang kalis banjir iaitu rumah yang tinggi dari permukaan tanah sejak turun temurun. Lihat sahaja suasana banjir yang dipaparkan dalam gambar di bawah dan ini tidak sedikit pun menggugat aktiviti dan kehidupan harian para penduduk di sini walaupun terpaksa menggunakan sampan untuk menjemput kenduri, menghadiri kenduri malah untuk ke masjid. Gambar gambar di bawah dan di atas adalah dari Kampung Penipah, Daro, Mukah, Sarawak.

5. Semoga tindakan dan kesabaran penduduk di sini menjadi ikutan oleh beberapa tempat yang sering menghadapi banjir setiap tahun. Mencegah lebih baik dari merawat.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search

Warga tua merempat rupanya bekas guru besar – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 03:09 PM PST

Posted on November 16, 2012, Friday

SIBU: Seorang lelaki warga tua yang ditemui merempat di kaki lima Pasar Sentral tengah malam kelmarin rupa-rupanya seorang bekas guru besar.

Kehadiran pesara kerajaan yang berumur 70 tersebut disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang terdengar bunyi orang meraung kesakitan.

Apabila didekati, pengawal keselamatan itu mendapati warga emas tersebut seolah-olah sukar bernafas, manakala badannya menggeletar.

Ditanya asalnya, warga tua itu memberitahu dia orang Samarahanan dan mendakwa dia telah dihalau oleh keluarganya dan tinggal di merata-rata tempat sejak seminggu lalu.

Warga tua itu juga memberitahu, dia pernah menjadi guru besar dan mempunyai seorang isteri berasal dari Matu Daro.

Namun, keadaan warga tua itu semakin tenat sehingga memaksa pengawal keselamatan itu menghubungi nombor kecemasan.

Ambulans dan kakitangan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) tiba di situ tidak lama kemudian dan membawanya ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Warga tua itu turut membawa sebuah beg pakaian yang mengandungi dokumen-dokumen penting seperti buku akaun bank.

Dia dikatakan tidak sedarkan diri sehingga sekarang setelah dimasukkan ke wad hospital.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

ads