Selasa, 14 Ogos 2012

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Patients at <b>Marudi</b> Hospital receive 1 Malaysia Sympathy Gifts : my <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2012 03:13 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]MARUDI: Telang Usan assemblyman Dennis Ngau Jok presented hampers and gifts to patients at Marudi Hospital here yesterday morning.The 1 ... my Sarawak – News coverage around Sarawak, Sabah and Malaysia ...

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Lelaki dari <b>Sibu</b>, <b>Sarawak</b> Ditembak Mati <b>di</b> Sg Buloh Country Resort <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2012 01:11 AM PDT

MATI: Anggota Polis Forensik mengangkat mayat seorang lelaki yang dipercayai ditembak di Country Resort Saujana Utama, Sungai Buloh di Kuala Selangor, semalam
KUALA SELANGOR: Seorang lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala di Jalan Anggerik, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu oleh orang awam dalam  keadaan tertiarap di tepi jalan itu pada jam 7.30 pagi.
Beliau berkata, polis mengenal pasti lelaki itu sebagai Wong Teck Sern, 42, dengan kad pengenalannya beralamat Jalan Teng Kung Sui, Upper Lanang, Sibu Sarawak.
Mayat lelaki itu telah dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. — Bernama

Betulkah Ular Raksaksa Muncul <b>Di Sarawak</b> ? | Sikit Info

Posted: 01 Aug 2012 07:16 PM PDT

Betulkah Ular Raksaksa Muncul Di Sarawak ?

Seekor ular raksasa berenang di Sungai Baleh, Sibu, Sarawak. Sebuah gambar ular raksaksa dilihat berenang melenggak-lenggok di sebuah sungai tropis yang dikelilingi oleh hutan gambut. Ular berwarna hitam itu sangat besar, hampir memenuhi sungai yang terletak di tengah-tengah hutan rawa yang rimbun. Air berombak di kiri kanannya. Foto itu dipercayai diambil dari sebuah helikopter.

Kalimantan memang memiliki ular-ular raksasa.  Namun, ular besar yang baru ditemukan itu adalah sejenis sanca atau python atau masyarakat Kalimantan menyebutnya ular sawa, yang panjangnya belasan meter.

Namun ular yang terpampang pada gambar  jauh lebih panjang dan besar dibandingkan dengan  penemuan python selama ini. Dikatakan panjangnya lebih 100 kaki atau sekitar 33 meter.

Gambar tersebut diambil oleh anggota wilayah bencana banjir yang kemudian diterbitkan olehUtusan Sarawak, sebuah akhbar tempatan. New Straits Times di Kuala Lumpur juga memuat gambar tersebut yang kemudian diikuti oleh The Telegraph, Inggeris.

Ada juga yang tidak memercayai gambar itu dan menganggapnya rekaan semata-mata. Hal ini karana terlalu jauhnya pengambilan gambar ular tersebut. Benar atau tidak,  gambar itu sudah membuat masyarakat di sekitar Serawak, khususnya Sibu, ketakutan kerana sungai itu merupakan nadi pengangkutan masyarakat selama ini.

Berdasarkan legenda yang di kalangan masyarakat setempat, memang dipercaya adanya anaconda di kawasan tersebut yang bernama Nabau. Menurut kepercayaan, Nabau merupakan ular dengan panjang 80 meter dengan kepala naga dan tujuh lubang hidung. Masyarakat desa yang tinggal di Sungai Baleh Borneo memercayai makhluk mistik tersebut. Selain itu, masyarakat memang sering melihat ular-ular besar di kawasan itu.

Persoalannya, adakah gambar tersebut asli, apakah ular yang dilihat itu sejenis python atau anaconda? Hingga kini masih belum ditemui anaconda di Kalimantan, kecuali dalam film Anaconda: The Hunt For The Blood Orchid yang laris itu.

Rekor ular terpanjang saat ini memang anaconda (eunectes) dari Amazone. Anaconda merupakan keluarga boa. Panjang anaconda yang baru ditemukan adalah 50 kaki, namun para ilmuwan percaya ada anaconda yang panjangnya 80 kaki, bahkan 100 kaki dari penemuan kulit ular tersebut oleh sekumpulan ekspedisi Inggris pada tahun 1992. Dalam keluarga anaconda, menurut sejarah lingkungan Mongabay, yang terbesar adalah anaconda hijau (Eunectes murinus). Panjangnya mencapai 43 meter.

Python Asia adalah ular terpanjang kedua. Ilmuwan menyebutnya Asiatic Reticulated Python (Python reticulatus). Python terpanjang yang ditemukan di kawasan Kalimantan panjangnya 33 kaki, dan merupakan rekor dunia sanca terpanjang saat ini. Para ilmuwan percaya panjang python boleh mencapai 50 kaki atau sekitar 15 meter.

Bezanya, anaconda lebih langsing dan pakar berenang. Sementara python lebih gemuk dan hanya suka kelembapan, bukan di air. Anaconda menggigit mangsanya sehingga mati sebelum menelan, sementara python menggunakan kekuatannya dengan membalut mangsa sehingga tulang-belulangnya hancur atau tak bergerak lagi, kemudian ditelan .

Awal Februari lalu, para ilmuwan menemui fosil ular seberat sebuah kereta. Ular itu dikatakan boleh menelan binatang sebesar lembu. Raksaksa sepanjang 45 kaki bernama Titanoboa sangat besar dan hidup dengan memakan buaya dan kura-kura raksasa. Beratnya mencapai 1,25 tan. Ia biasa merayap di sekitar hutan-hutan tropika Amerika Selatan 60 tahun lal

Isnin, 13 Ogos 2012

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Hanya bermodalkan RM1,000 sahaja semasa promosi Dealership <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 02:23 AM PDT

KELEBIHAN MENYERTAI GSR : MENJADI TOKEY EMAS PERAK

Bayaran RM1000 anda akan perolehi seperti dibawah :

Yuran Seumur Hidup ( Boleh diwariskan)

Stock EMAS – Harga Murah Di Pasaran

PERCUMA – Kos Penghantaran

PERCUMA – Website Marketing Percuma

PERCUMA – Kos Penghantaran 1kg Percuma – Silver

PERCUMA – 1 Buku Resit Pembayaran

PERCUMA – Flayer GSR 200 pcs

PERCUMA – Card Member GSR

PERCUMA – Jaket GSR

PERCUMA – Bussines Card 300 pcs

PERCUMA – Seminar Anjuran Dealer & Syarikat

PERCUMA – Kursus Marketing Power (RM500)

Khairat Kematian : RM500 ( 2 Tahun Pertama)

JAMINAN – Belian Semula Harga Tinggi.

PERCUMA – 3 Dirham sebagai token dari Mohamad Talip

Samsung Tablet 7 Plus    * T&C

KEISTIMEWAAN SEBAGAI DEALER

  1. Syarikat Milik Bumiputera 100%
  2. Komisen yang tertinggi ditawarkan oleh syarikat Emas & Perak di Malaysia. Komisen Emas RM15/g manakala Perak 2-3%.
  3. Komisen Buyback yang tertinggi oleh syarikat Emas & Perak di Malaysia.Komisen BuybackEmas RM4/g dan Perak 0.5%.
  4. Spread produk Emas yang terendah 5% bagi khas untuk dealer sahaja.
  5. Keluaran produk Emas & Perak yang menggunakan pendekatan yang lain dari yang lain.
  6. Produk Bullion Emas & Perak menggunakan pendekatan mirip Perth Mint, Australia di mana keluaran yang terhad bagi setiap produk. Menjadikannya unik kerana limited mintage.
  7. Produk disertakan dengan sijil ketulenan yang ditauliahkan ketulenan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang mana merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam Berharga.
  8. Pertama di Malaysia! Setiap Sijil Ketulenan dilekatkan dengan sticker Hologram yang mustahil untuk diklon (password encrypted)
  9. Pertama di Malaysia! Setiap Sijil Ketulenan adalah unik bagi setiap produk dengan Tema Khas
  10. Pertama di Malaysia! Setiap Bullion Bar Perak & Emas tersebut serta Sijil Ketulenanditandatangi oleh Assayer By Hand, bukan dicetak. Sangat unik.
  11. Produk bukan sahaja sebagai instrumen pelaburan bahkan sebagai "Collectors Item" kerana kuantiti yang terhad.
  12. Pelbagai design akan dikeluarkan hampir setiap 2 bulan.
  13. Mampu dibeli oleh semua golongan sasaran & mudah dijual semula
  14. Jaminan beli balik / "Buy Back" oleh syarikat
  15. Sistem Pendaftaran Dealer menggunakan pendekatan "Affiliate" yang tercanggih secara automatik
  16. Belian (Order boleh dibuat secar online – barang terus dihantar kepada anda tanpa orang tengah.
  17. Harga produk yang dikemaskini secara automatik mengikut harga emas dunia Order juga boleh dibuat secara SMS atau telefon.
  18. Mudah untuk menjadi dealer dengan hanya RM1,000 bagi masa yang terhad – Rebutlah peluang sekarang!!

Sabtu, 11 Ogos 2012

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


MaT KeDaH » Boarding Pass terakhir dari <b>Kuching</b>, <b>Sarawak</b>.

Posted: 02 Aug 2012 11:33 PM PDT

2012
08.03

Nampaknya impian untuk bertukar ke Semenanjung telah menjadi kenyataan. InsyaAllah aku akan mula menjalankan tugas di tempat baru di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan meninggalkan kenangan indah di Politeknik Kuching Sarawak. Usaha permohonan pertukaran yang aku buat sejak mendapat first posting tidak pernah terhenti. Rasanya hampir 7 kali aku memohon pertukaran dan kali ini usaha aku tidak sia-sia. Mungkin berkat doa dari EMAK, ISTERI dan semua rakan-rakan kot. Syukur Alhamdulillah.

Masih di ingatan aku 3 tahun setengah yg lalu aku datang ke Kuching dengan harapan untuk menjadi seorang pendidik dan ketika itu aku terpaksa meninggalkan isteri seorang diri di semenanjung.

Gambar yang diambil di Penang International Airport ketika saat mula-mula nak ke Sarawak meninggalkan isteri seorang diri. Aku nampak happy (tapi sebenarnya AKU SEDIH sebab masa tu aku tak tahu apa yg akan aku hadapi di Kuching.. Kesian isteriku dan alhamdulillah beliau cekal dan tabah..) Cerita kat sini 

He he he he, masa ni pi layan free show kat Gazebo Waterfornt, Kuching, Perasaan sedih keseorangan di Kuching pun boleh hilang kalau selalu macam ni..

Bila dah dok Kuching (seberang laut katakan), banyak benda juga aku dah explore:-

Akhir kata, banyaklah sudah tiket aku yang tidak akan digunakan.. Adakah Encik Tony Fernandez akan menerima semula tiket aku tu..

Dan juga selamat tinggal kepada awek-awek AirAsia flight AK6505 dan AK6506 yang kerap aku gunakan. Aku naiki laaaa… bukan guna depa.. guna kapal terbang jer tau.. Terima kasih kerana d\sudi bergambar.. he he he he

Tak lupa juga kepada rakan-rakan pensyarah, staf-staf sokongan, ketua-ketua unit dan ketua jabatan dan tak lupa kepada bekas Pengarah dan Pengarah Politeknik Kuching Sarawak.. Saya nak ucapkan selamat MAJU JAYA kepada PKS dan MOHON MAAF dari SAYA sekiranya ada…

Anda mungkin berminat post ini juga:

Terima Kasih Adiharriman!!!!

Saham Felda Global Venture (FGV) melonjak 19% pada hari pertama penyenaraian

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


IZZ HUZNIE IDRAQIE: SMK BELADIN,PUSA <b>BETONG SARAWAK</b>

Posted: 04 Aug 2012 03:56 PM PDT

23 may, mula mendaftarkan diri di Pearl Hotel, KL semua guru guru baharu berkumpul 2day1nite, diberi taklimat dan pembahagian daerah di sarawak
24 may, having breakfast before fly to KCH
thanks to abg nash my officer masa keje mas dulu sbb dia lepas bagasi saya seberat 38.5kg
 all my friends, we heading to gate for tkeoff

 meet my love bro arixx..he will b at smk(Agama)igan, Mukah area
 we r stayed 1nite at bhg teknologi pendidikan,kota samarahan before continue our journey to BETONG area ,25 may 2012
journey dari kota samarahan,kuching to BEtong mengambil masa selama 5jam untuk sampai.
kuching-samarahan-serian-sri aman-betong-pusa-beladin
byk daerah daerah kecil kami melepasi untuk nak smpai
 kc..shinobi..adik stopa..soiee lupe nama. we r same area tp lain lain skolah
 suprised!!!! to reach my schoolkena menyeberangi sungai. sungai ni batang saribas.kena naik ferry
 sungai yerrrk..bukan laut.hati hati ada crocodile

 25may 2012,  alhamdulillah, ptg kami selamat sampai ke destinasi.kami seramai 11org ditempatkan di SMK Beladin,Pusa Betong


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELADIN,PUSA,
demi mendidik anak bangsa
pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah
alhamdulillah sudah tiga bulan di bumi kenyalang dan dapt menyesuaikan diri disini
banyak cabaran dan dugaan di tempat baharu ini
terima kasih kepada lovely keluarga yang byk memberi kekuatan dan semngat disini 
kawan kawan seperjuangan 
..................................................

Jumaat, 10 Ogos 2012

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Masyarakat <b>di</b> Telang Usan diingat beri sokongan padu kepada <b>...</b>

Posted: 09 Aug 2012 04:07 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]MARUDI: ADUN Telang Usan Dennis Ngau Jok mengingatkan kepada masyarakat di Telang Usan supaya sentiasa memberi sokonga ... ... my Sarawak – News coverage around Sarawak, Sabah and Malaysia. Sarawak ...

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Lebih 20 kes denggi dikesan <b>di Subis</b> : my <b>Sarawak</b> – News <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2009 01:05 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]MIRI: Majlis Daerah Subis (MDS) semalam melaporkan lebih 20 kes demam denggi telah dikesan di beberapa rumah-rumah panjang dan kampung sekitar Niah dekat sini.Pembantu Kesihatan MDS, Kunsil Deria ketika ...

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

Rabu, 8 Ogos 2012

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Jurugambar Perkahwinan/ Wedding Photographer [<b>SAMARAHAN</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2012 10:38 PM PDT

Assalamualaikum & Hello readers...
Hari ni nak cerita mengenai bidang fotografi. Bukan apa, mana tau ada orang Sarawak baca blog Eza ni.. Boleh lah Eza menyenangkan pencarian jurugambar perkahwinan di area Samarahan mahupun Kuching. Hai kitak, kitak dan kitak! :D Al-maklumlah, musim kahwin di mana-mana, musim tunang tak kira masa. Jadi, kalau ada saudara mara masih tercari-cari photographer untuk majlis-majlis istimewa, Eza ada jawapannya :D.
Korang boleh singgah ke Blog Ejulz | Fotografi milik abang ipar Eza. Pakej yang ditawarkan pelbagai mengikut bajet customers. So, negatiation boleh dilaksanakan. Bidang fotografi ini tidak hanya terbatas untuk majlis perkahwinan dan pertunangan sahaja, malahan juga menyediakan fotografi untuk gambar keluarga, aktiviti luar, pra perkahwinan, majlis hari jadi dan potrait. 
Sentuhan berbeza dalam setiap pakej yang ditawarkan menyerlahkan impak yang memuaskan hati pelanggan. InsyaAllah. So, apa tunggu lagi.. Jom usha! :D

Selasa, 7 Ogos 2012

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Lelaki Cuba Terjun Pesawat Air Asia <b>Di Miri Sarawak</b> | melvister.com

Posted: 04 Aug 2012 09:06 PM PDT

Seorang penumpang lelaki cuba terjun dari pesawat Air Asia ketika pesawat tersebut cuba memecut laju untuk memulakan penerbangan dari Miri Sarawak. Lebih mengejutkan lagi lelaki itu adalah pramugara pesawat berkenaan. Menurut sumber, pramugara ini ternampak lembaga aneh sebelum membuka pintu kecemasan.

cuba terjun pesawat air asia

Petikan Akhbar

Kira-kira 200 penumpang sebuah pesawat AirAsia berdepan saat menakutkan apabila pintu kecemasannya tiba-tiba dibuka oleh seorang lelaki sewaktu pesawat itu memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri malam tadi. Lebih mengerikan, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki berketurunan Cina yang dikenali sebagai Chong dipercayai berusia 24 tahun bertindak nekad terjun ke landasan sebelum pesawat dihentikan serta merta oleh juruterbang yang dimaklumkan tentang kejadian berkenaan.

Chong bersama teman wanitanya menaiki pesawat tersebut untuk ke Kuala Lumpur. Berikutan kejadian itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Miri dihentikan seketika bermula 9 malam. Berdasarkan laporan tidak rasmi, Chong dilaporkan dalam keadaan kritikal. Walau bagaimanapun punca beliau bertindak demikian belum diketahui dan masih dalam siasatan polis

Incoming search terms:

  • airasia miri penumpang
  • kejadian aneh di airport miri
  • lelaki terjun pesawat airasia
  • pesawat air asia terhempas 2012
  • pramugara air asia terjun
  • pramugara terjun pesawat 2012
  • terjun pesawat
  • terjun pesawat airasia di miri

Teruskan Membaca:

  1. Bapa Lee Chong Wei Cuba Bunuh Diri Terjun Jambatan
  2. Pesawat Air Asia Terhempas Di Kuching
  3. Video Gadis Vietnam Serang Penumpang Dalam Pesawat
  4. Gambar Pesawat Air Asia Terbabas Di Kuching
  5. Gambar Ruangan Dalam Pesawat Airbus A380 Malaysia
  6. Gempar Penemuan Buaya Tembaga Di Miri Sarawak

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Hasrat Larry bertanding <b>di Lubok Antu</b> ditolak | Malaysian Daily News

Posted: 11 Jul 2012 04:58 PM PDT

Posted by ladowanie123 on July 11th, 2012

LUBOK ANTU: Hasrat Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng yang berminat bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) William Nyalau Badak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti umpama mencurah air ke daun keladi. Ini berikutan pengundi di Parlimen Lubok Antu bukan sahaja enggan memberi sokongan kepada calon dari luar Lubok Antu malah menolak sama sekali kaum lain mewakili mereka. Larry dikhabarkan akan bertanding di Lubok Antu bagi berhadapan dengan Nyalau dan Andy Jackson menentang Masir Kujat di Sri Aman. Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Engkilili Kaunselor Bangkong Maweng berkata, rakyat di Parlimen Lubok Antu sudah masak dalam politik dan hasrat Larry hendak bertanding di kawasan yang dihuni majoriti kaum Iban itu adalah ditolak sama sekali. Menurutnya, pengundi Parlimen Lubok Antu ingin sekali melihat anak jati dari Lubok Antu yang menjadi wakil rakyat BN mewakili mereka. Tambahan pula Larry mewakili parti SWP yang menentang kerajaan BN dan sudah pasti Larry tidak akan diterima sama sekali oleh mereka nanti, ujarnya. "Kami di sini fobia sama sekali apabila melihat calon luar bertanding di kawasan kami, tambahan pula Larry orang luar dan pembangkang pula dan sudah pasti kami akan menolaknya," katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam. Sehubungan itu Bangkong mengajak pengundi di Parlimen Lubok Antu agar tidak memberi undi sama sekali kepada anak Datuk Sng Chee Hua itu sekiranya hasratnya hendak menentang Nyalau menjadi kenyataan kelak. 'SWP ini bukan parti mesra BN seperti mana yang pemimpin mereka uar-uarkan tetapi ia adalah parti pembangkang yang bertujuan memesongkan fikiran kaum Dayak terutama Iban di kawasan pedalaman," ujarnya. Larry yang berketurunan Cina dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus adalah berasal dari Kapit. Sebelum ini Larry berhasrat hendak bertanding menentang Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun di Selangau. Tetapi hari ini sudah tidak kedengaran lagi apabila dikhabarkan mendapat sambutan dingin daripada kalangan pengundi di Selangau. Sementara itu Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Engkilili Kaunselor Sibat Krutap menasihati pengundi di kawasan Lubok Antu terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili agar bersatu menentang Larry sekiranya dia hendak mencuba nasib bertanding menentang Nyalau di Parlimen Lubok Antu. Menurutnya, pengundi di sini harus menolak Larry yang bukan asal orang Lubok Antu. "Kami bukan takut dengan Larry tetapi enggan orang luar menjadi wakil rakyat kami di sini. "Cukuplah yang kami alami di DUN Engkilili yang menyokong bekas wakil rakyat Toh Heng San dari Song sebelum ini.

See original article:
Hasrat Larry bertanding di Lubok Antu ditolak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Ahad, 5 Ogos 2012

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


CT120. HIDANGAN RAMADHANKU « LAMAN MENULIS GAYA <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2012 08:20 PM PDT

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Posting kali ini adalah untuk merehatkan sedikit minda dan fikir buat sementara waktu sebelum melanjutkan lagi Travelog Hajjah di Bumi Haramain.

Hari ini  15 Ramadhan kita berpuasa. Sungguh cepat masa berlalu dan tinggal separuh bulan lagi untuk bersedia mengiringi kepergian Ramadhan yang ditunggu setahun yang lalu. Menjelma pula Syawal, hari kemenangan. Hati ini bagai mengharap biarlah seluruh bulan dalam tahun ini adalah bulan Ramadhan. Tentu sekali mustahil berlaku kerana ketentuannya sudah demikian sejak azali lagi. Setiap bulan Islam mempunyai keistimewaan masing-masing dan tidak ada yang memudharatkan.

Direbut bulan Ramadhan kerana hebatnya ganjaran yang Allah kurniakan kepada hamba-NYA yang beriman, mematuhi perintah dan larangan-NYA. Ditangisi kepergiannya kerana bimbang tidak akan bertemu lagi untuk menjadi tetamu Ramadhan di tahun mendatang. Dirindui kehadirannya kerana tidak ada lagi gandaan amal ibadah yang dikhususkan kepadanya yang tidak ditemui dalam bulan-bulan yang lain. Subhanallah.

Hargailah Ramadhan tahun ini kerana mungkin inilah Ramadhan Terakhir kita.

GORENG PISANG RANGUP menjadi menu wajib setiap hari berbuka. Sebabnya ? Ini buah pisang kapok dari tanaman sendiri. Anak-anak  tidak jemu makan goreng pisang yang saya hiris nipis dan digoreng rangup. Kadang kala kami hanya bersahur dengan goreng pisang sahaja. :D

Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, biasanya saya akan membeli lauk pauk, kuih muih dan minuman di Bazaar Ramadhan di bandar Sarikei hampir setiap hari kerana letih untuk memasak sebaik pulang dari kerja. Pelbagai juadah dijual untuk memudahkan orang ramai berbuka puasa di rumah masing-masing. Hati bagai dipanggil untuk menikmati hidangan yang membuka selera tetapi belum tentu berkhasiat dan tidak diketahui apakah nutrimennya membantu meningkatkan kesihatan yang berkesan. Yang kita tahu, hanya membeli sahaja.

Tahun 2012, hanya baru sekali saya mengunjungi Bazaar Ramadhan. Itupun kerana saya ingin makan ayam panggang dan minum air tebu. :D Saya mengambil langkah berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan. Bukan kerana bakhil, kedekut atau lokek. Tetapi saya  membuat keputusan, dipersetujui oleh SPH dan anak-anak untuk menyedia dan memasak sendiri segala juadah berbuka. Lagipun saya masih mempunyai masa lapang untuk mengatur menu simple bagi juadah berbuka.

Anak-anak sudah biasa dengan makan sederhana. Mereka diajar untuk tidak membazir. Setiap makanan yang dihidang mesti habis dimakan supaya "tidak berkawan dengan syaitan." Mereka tidak berkeluh kesah apabila hidangan saya hanya satu atau dua menu sahaja. Namun saya akan pastikan menu masakan saya adalah yang TERBAIK hari itu. Anak-anak juga tidak menggalakkan saya membeli di Bazaar Ramadhan kerana mereka kata membazir. Baik masak sendiri lagi banyak berkatnya. Alhamdulillah.

Berikut adalah beberapa menu hidangan berbuka puasa yang telah saya masak untuk keluarga bagi menyambut riang kehadiran waktu berbuka yang selalu ditunggu-tunggu dengan tidak sabarnya oleh anak-anak. Waktu berbuka puasa bagi Sarikei dan kawasan yang sewaktu dengannya adalah jam 6.48 petang.

SPECIAL (1) SAMBAL TEMPOYAK GORENG

Tempoyak adalah terhasil dari isi durian yang sudah dipisahkan dari bijinya. Kemudian digaul sebati dengan garam secukup rasa mengikut kehendak sendiri. Biarkan masin sedikit agar lebih tahan lama. Dimasukkan ke dalam balang dan ditaburi sedikit gula pasir di atasnya untuk mengekalkan aroma. Kemudian tutup ketat. dan simpan di dalam peti sejuk.

Selain dimakan mentah bersama nasi, tempoyak boleh juga dimasak secara goreng atau berkuah (asam pedas). Namun begitu, saya lebih suka menggorengkannya bersama udang dan daun kunyit.  Aroma baunya yang harum manis menyebabkan tidak sabar untuk menikmatinya ketika panas-panas.

Sayur taugeh adalah antara sayur kegemaran saya. Biasanya digoreng kering dan dicampur udang serta pelbagai sayuran lain seperti kacang pendek, lobak dan anak jagung muda.

Cucur udang bersalut tepung gandum sahaja dengan "corn kernel" bersama daum saderi dan cili merah adalah hidangan kegemaran seisi keluarga. Semakin enak dan lazat dimakan apabila dicecah dengan sos chili Thai yang diperah dengan sedikit limau kasturi untuk meyeimbangkan rasa masam dan manis sos.

Ayam Masak Tomato atau di Sarawak dikenali sebagai Ayam Masak Merah adalah kegemaran anak-anak. Cuma saya modifed sedikit rasanya dengan mencampurkan daun limau purut agar lebih wangi dan menimbulkan selera. kadang kala saya campurkan daun kunyit untuk menambah aromanya.

SPECIAL (2) BUBUR PEDAS

BUBUR PEDAS sangat terkenal di Sarawak. Zaman saya kecil-kecil dulu, Bubur Pedas hanya dapat dirasai pada bulan Ramadhan sahaja. Bulan-bulan lain sangat sukar untuk ditemui bumbu Bubur Pedas ini. Tetapi sekarang, makanan tradisional Sarawak ini sudah dijual di luar musim bulan Ramadhan. Kita boleh makan Bubur Pedas bila-bila masa sahaja tanpa menunggu hadirnya bulan Ramadhan.

Tidak semua orang mahir membuat BUMBU Bubur Pedas. Hanya yang telah mewarisi resipi dari emak, nenek dan keturunan mereka sahaja yang dapat menghasilkan BUMBU Bubur Pedas yang lazat. Harga Bumbunya sudah meningkat RM25.00 untuk sekilo disebabkan harga bahan-bahan bumbu semakin meningkat terutama kelapa parut.

Bubur Pedas adalah makanan kesukaan nombor satu saya. Jika memasak Bubur Pedas, tidak ada makanan lain bersamanya kerana Bubur Pedas sudah cukup mengenyangkan. Rujuk foto Bubur Pedas di atas, yang siap saya masak dengan pelbagai campuran sayuran yang berwarna warni, daun kunyit dan ayam. Selalunya saya juga akan menambah, tauhu kering (fucuk) dan udang bagi keseragaman cita rasa. Sangat enak dimakan panas-panas.

SPECIAL (3) UDANG MENTEGA CHEESE

Resipi Butter Prawn yang sangat sedap ini telah diubahsuai oleh adik saya, Ros. Namun diubahsuai lagi oleh saya yang suka menambah kelainan dalam sesuatu masakan. :D Keenakan menu ini adalah daun kari yang digoreng garing sehingga menyemarak bauan yang menggigit tangkai hati.

Selain itu bawang besar digoreng rangup bersama udang putih besar (RM18, sekilo) bersalut tepung jagung, tepung gandum dan telur. Rasanya manis masin kerana diadun bersama roti cheese dan tepung susu. Hmmm… masakan yang menawan hati. sangat menggugah selera. Alhamdulillah. Terima kasih adikku sayang untuk resepi idaman ini. :D

Dadih adalah kegemaran anak-anak. Paling mereka sukai adalah dadih berperisa coklat, mangga, cappucino dan jagung. Anak-anak suka membantu saya menyiapkan hidangan pemanis mulut ini. Maka, kerja saya semakin ringan dan dapat istirehat panjang. :D

Foto diambil ketika sedang menikmati juadah makan tengah hari di Restoran EH Delight.

MILO CINCAU mula saya minum ketika makan di Restoran EH Delight, Sarikei. Menyiapkan resipi ini sangat mudah. Milo dimasukkan ke dalam gelas mengikut jumlah yang disukai. Tambahkan sedikit gula pasir dan beberapa sudu susu krimer manis mengikut rasa kepekatan sendiri. Campurkan cincau manis yang sudah dicincang halus. Kemudian masukkan air putih bersama ketulan ais. Siap untuk diminum. Sangat sedap diminum sejuk. Anak-anak selalu memuji minuman MILO CINCAU buatan saya. Lebih sedap dari Restoran EH Delight. :D  

Selain Milo Cincau, saya juga menyiapkan minuman Lobak Susu yang di 'blend' buahnya untuk mendapat pati air lobak. Kemudian dicampurkan dengan susu krimer manis dan gula pasir sebelum dicampurkan dengan air putih dan ais. Minumlah dengan senyuman yang menawan. Isi buangan lobak pula, tidak disia-siakan kerana saya akan 'modified' menjadi Cucur Lobak Manis. Tidak membazir kan ? – Fotonya akan kemudian disiarkan kerana cadangnya esok hendak buat air lobak. :D

SPECIAL (4) LAKSA SARAWAK

Laksa kegemaran yang menjadi pilihan saya dan keluarga. Semalam saya hidangkan untuk berbuka dan bersahur. Hanya Laksa Sarawak. :D Jika makan di mana-mana kedai makan, pilihan pertama saya akan jatuh pada menu Laksa Sarawak kerana setiap kali makan, rasanya berbeza. Dalam banyak-banyak rasa Laksa Sarawak, pilihan utama saya adalah Bumbu Liza's Laksa Sarawak. Sangat sedap, pedas dan memenuhi cita rasa saya. :D

Roti Sanwich Tuna Pedas adalah makanan saya kerana saya kurang makan nasi. Anak-anak akan menyantap sama walaupun pedas. Semakin enak apabila ditambah dengan Cheese dan dibakar sehingga Cheesenya mencair.

Ringgggg…ringgggg, alarm dari Blackberry Torch sudah disetkan pada jam 4.00 pagi. Dengan setianya, jam itu membangunkan saya untuk memberi ingatan waktu sahur sudah tiba. Jam 4.30 pagi kami sekeluarga mula menghadap hidangan sahur yang disiapkan dengan rasa syukur yang tinggi kepada Allah swt.

Hidangan yang sangat ringkas iaitu minuman panas segera mengikut cita rasa masing-masing dan roti sanwich berintikan ikan tuna pedas dengan cheese yang kemudiannya dibakar. Kemudian akhir sekali meneguk air putih untuk mengakhiri makan sahur. Jarang sekali kami sekeluarga makan  dari lebihan waktu berbuka.

Kebiasaan makan sahur yang ringkas adalah hasil dari kebiasaan makan sahur untuk puasa sunat Isnin dan Khamis yang menjadi amalan kami sekeluarga sebelum tiba bulan Ramadhan. Anak-anak tidak pernah merungut dengan makan sahur yang disediakan. Alhamdulillah. Waktu Imsak bagi Sarikei adalah jam 5.05 pagi. manakala waktu Subuh pula, jam 5.15 pagi.

Apakah menu berbuka puasa dan makan sahur sahabat sekalian? Lain tempat, lain makanan dan lain seleranya.  :D

 4 Ogos 2012 (Sabtu)/ 15  Syawal 1433H/ 10.44 pagi - Sarikei, Sarawak

AKU…. dan apapun yang pernah aku berikan padamu sewaktu – waktu dulu, simpanlah di dasar hatimu yang terdalam. Dan sewaktu-waktu itu, ada kenangan yang boleh diingati saat kaki ini akan melangkah pergi untuk salam terakhir. Aku…. malu dengan seada-adanya, menatap keunggulan cintamu yang selalu sedia menerimaku dengan seada-adanya. Di sisimu, ada sekeping hati yang lembut di sebalik ketegasanmu. Yang paling aku rindu adalah SENYUM dan PENDIRIANMU.

- SITI FATIMAH AHMAD -

Tags: , , , , , , , ,

ads