Selasa, 19 November 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Oct 2013 03:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Advanture to Kampung Semban, <b>Padawan Sarawak</b>

Posted: 07 Sep 2013 04:54 AM PDT

Saya nie kalau disebut 'nak ikut tak pergi...' atau tak di ajak pun offer diri sendiri kalau bab jalan-jalan nie. Kebetulan kumpulan kawan ekin mengkaji budaya dan cara hidup masyarakat Bidayuh di kampung Semban,Padawan Sarawak.Apa lagi ekin pun nak join sama. Lagi pun bajet tak besar sebab kami pergi sana guna van dan makan minum tanggung sendiri. 

Sebelum pukul 8 pagi kami berkumpul di gate luar kampus timur Unimas. Semangat bukan main lagi,apatah cuaca sangat mendukung. Walaupun saya bukan kumpulan mereka tapi nak cari pengalaman di tempat masyarakat Bidayuh yang original atau masih mengekalkan keasliannya bukan selalu dapat peluang kan hehe


Newzen seorang lelaki berbangsa Bidayuh yang menjadi Jurubahasa Bidayuh yang membantu sepanjang perjalanan. 
Pemandangan sepanjang perjalanan menggunakan Van
Bengoh Dam tempat pertama kami lihat setelah sampai. Ketika itu belum Bengoh Dam belum berfungsi lagi.
Bagaikan pintu utama ke kehidupan masyarakat Bidayuh yang menyambut kedatangan kami dengan suasana yang damai sejuk penuh kehijauan.
Tentunya tujuan kami melihat budaya,kesenian dan cara hidup masyarakat Bidayuh yang menyatu dengan alam sekitar dalam menjalankan kehidupan mereka. Walaupun sedikit demi sedikit terhakis arus pemodenan semoga generasi muda membela nasib kaum mereka dan mengekalkan budaya yang menjadi identiti kepada masyarakt Bidayuh itu sendiri.
Namun perjalanan kami tidaklah mudah seperti yang disangkakan. Perjalanan sepanjang 30/40 km dengan ulang alik dalam satu hari memang kerja gila. Hal ini kerana biasanya pelancong akan bermalam di homestay di kampung Semban tetapi kami melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh orang lain. 
Berjalan kaki selama berjam-jam untuk sampai kampung Semban memang cukup berat apatah pelajar macam kami yang jarang bersenam atau aktif . Ekin pula satu satunya yang paling gemuk. Tidak tahu nak kata apa lagi kepala pening, kaki krem ,badan memang basah peluh . Rasa nak patah balik pun tak mampu. 
Sepanjang perjalanan memang tiada sebarang pengankutan hanya berjalan kaki sahaja naik turun bukit dan jambatan yang di perbuat daripada buluh untuk menyeberang sungai. Dapat dilihat masyarakat Bidayuh tidak hidup berdekatan sungai tetapi di atas banjaran atau bukit/gunung. Namun sejajaran arus pemodenan mereka juga menggunakan air paid yang disalurkan daripada Gunung. 
Sepanjang perjalanan kami melintas beberapa perkampungan. Di sini kami dapat melihat cara hidup mereka yang menanam padi huma, berkebun sayur dan menanam buah ,menanam tebu. Segalanya didapatkan daripada alam. Hanya bekalan elektrik yang memakai generetor. Makanan memang didapat daripada hasil tanaman dan ternakan. Ekin sempatlah bertanya kepada mak cik yang rumahnya tempat kami berehat menyatakan mereka pergi ke pasar lebih tertarik membeli ikan hasil dari laut kerena itu tiada di tempat mereka.
Siapa sanggup naik jambatan nie. Sepanjang perjalanan kami melintas beberapa jambatan seperti ini. Hanya 1 saja yang diperbuat daripada jambatan gantung. Sempat juga bertemu dengan penduduk kampung yang membawa beban berkilo-kilo iaitu membawakerperluan harian mereka. Ada juga penduduk kampung iaitu golongan lelaki yang mengambil upah daripada peruncit untuk membawa barang yang dijual.Waktu mereka pergi ke pekan adalah awal pagi dan sampai sebelum tengah hari. Mereka balik sebelum tengah hari dan sampai di rumah sebelum petang. Dapat dilihat kegigihan mereka dalam menjalani kehidupan.


Jambatan ini lah membuat satu pengalaman yang cukup menarik jika ke Kampung Semban. Ini lah yang menjadi Identiti budaya masyarakat Bidayuh. Mungkin anda terjumpa jambatan seperti ini di Kampung Budaya namun tidak setinggi  dan sepanjang ini. Ekin berteriak ketakutkan apatah lagi ada orang lain yang melintas pada waktu yang sama memang goyangan jambatan buluh ini melampaui imaginasi anda. 

Pemandangan seperti ini lah yang kami lihat. Udara segar dan damai. 
Antara penduduk kampung yang kami jumpa. Mereka sangat ramah. Apa yang pasti mereka sangat cergas dan kuat hehe. 
Ini adalah rumah tempat kami berehat sebelum melanjutkan perjalanan ke kampung Semban. Pemilik rumah yang sangat baik hati  dan ramah. Semasa sampai kami sisajikan dengan bubur ubi kayu. Dapat lah berehat seketika. Terima Kasih mak cik. 

Rumah mereka dibuat daripada kayu yang didapatkan dari Gunung . Rumah mak cik ini sangat luas dan selesa.
 Diana kawan baik saya. 
Sangat Indah bukan. Dikatakan terdapat beberapa Air terjun yang sangat indah yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk di sini. Rugi kami tak bermalam kalau tak dapat la pergi tempat tu. 
Kampung Semban tu bukan lagi di Bukit tapi di Gunung. Ketika melihat banjaran borneo ini dikirakan baru separuh perjalanan kami. Ketika ini sudah tengah hari. Terdapat tempat berehat sambil melihat pemandangan yang sangat Indah. 
terima kasih buat kawan-kawan yang banyak membantu. Ketika ini kaki ekin kronik sudah akibat krem. Kedua-dua tidak dapat bergerak. Tapi perjalanan tetap diteruskan dengan pelahan-lahan. 
Sambil berehat sempat Diana dan Kak Yah ambik gambar bersama pasangan yang tengah makan tengah hari .Ganggu je hehe..
Finally sampai juga di kampung Semban. Tapi ekin tak sampai ke sini. Rugix3.. kaki dah tak dapat berjalan . Anak mak cik yang menemankan ekin pulang ke rumah mak cik tempat kami singgah sebelum ini. Jadi mereka saja yang meneruskan Pejalanan dan sampai di kampung Semban. 
Ini pengalaman paling mencabar dalam hidup ekin. Bayangkan kedua-dua kaki krem tengah hutan bersama pemandu pelancong seorang kat tengah hutan .Tak dapat bergerak langsung,agaknya mcm tu lah org lumpuh separuh badan. Kalau perempuan lain tadi memang dah nangis.Krem tu dah sampai ke paha. Lebih 30 minit ekin duduk kat hutan buluh . Dah la tak ada air. Alhamdulillah sampai rumah mak cik tu ekin dapat lah berehat sementara tunggu kawan pulang dari kampung Semban. Walaupun ekin tak sampai kat kampung Semban best juga hehe.. di rumah tu ekin rehat minum air banyak dan disajikan makcik tu buah-buahan segar. 
Nie antara gambar yang kawan ekin ambik di kampung Semban.
Ini lah cara hidup mereka.
Nah ini lah yang kami cari sebenarnya .. last of the ring ladies..Unik bukan. tetapi hanya beberapa orang sahaja yang masih memakai gelang ini. 
 Lihat lah pakaian yang melambangkan identiti budaya mereka . Sangat disayangkan generasi mudah mungkin tidak dapat melihat kaum mereka memakai gelang seperti ini dalam kehidupan harian jika generasi tua yang masih memakai gelang sudah tiada. 
Ini lah pengalaman kami ke kampung Semban yang sangat mencabar. Belum banyak yang dapat kami teroka dalam kesempitan masa. Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang perjalanan ini..Terima kasih bagi yang banyak membantu dan sudi meluangkan masa bersama.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Perkhidmatan Awam <b>Negeri Sarawak</b> Oktober <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2013 02:27 AM PDT


Jawatan Kosong di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Oktober 2013 Terkini :

  • Pekerja Awam Khas (Operator Pam)
  • Juruteknik (Awam)
  • Pembantu Pertanian
  • Pegawai Khidmat Pelanggan
  • Pekerja Awam (Penarik Rantai)
  • Penolong Pegawai Penilaian
  • Penolong Pegawai Penguatkuasa
  • Pemandu Kenderaan Bermotor
  • Pembantu Am Rendah
  • Pekerja Awam Khas (Operator Enjin)
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  • Pekerja Awam Khas (Operator Loji)
Tags : jawatan kosong score sarawak 2013, khidmat pelangan di sarawak, jawatan kosong terkini di sarawak, JAWATAN KOSONG OCTOBER 2013 SARAWAK, jawatan kosong company sarawak oktober 2013, kerja kosong terkini sarawak, sarawak 13 oktober 2013, jawatan kosong terkini lembaga getah sarawak, jawatan kosong suruhanjaya perkhidmatan awam negeri sarawak oktober, jawatan kosong atenden kesihatan disarawak, jawatan kosong penolong pegawai jabatan pertanian oct 2013 sarawak, jawatan kosong pembantu awam, jawatan kosong pekerja am sarawak, jawatan kosong negeri sarawak terkini 2013, jawatan kosong kerajaan negeri sarawak terkini, jawatan kosong kerajaan negeri sarawak oktober 2013, sarawak oktober 2013
Jawatan Kosong di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Oktober 2013

Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Sarawak</b> 2013 Terkini

Posted: 18 Sep 2013 10:46 PM PDT


Logo-Sarawak

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sarawak 2013 Terkini :

  • Pemelihara Hutan
  • Pengajar Membalak
  • Pengawal Keselamatan
  • Pengawas Hutan
  • Penghantar Notis
  • Penolong Akauntan
  • Penolong Juruaudit
  • Penolong Jurutera
  • Penyelamat
  • Penyelia Asrama
  • Pereka B17
  • Pereka B27
  • Pustakawan
  • Renjer Hutan
  • Setiausaha Pejabat
  • Tukang K2
  • Tukang K3
  • Tukang K3 (Tukang Batu)
  • Tukang K3 (Tukang Cat/ Tukang Tulis)
  • Tukang K3 (Tukang Kayu)
  • Tukang K3 (Tukang Paip/Jurugegas Paip)
  • Tukang Masak
  • Ahli Fotografi B11
  • Ahli Fotografi B17
  • Ahli Muzik/Pegawai Kebudayaan B17
  • Ahli Muzik/Pegawai Kebudayaan B27
  • Ahli Muzik/Pegawai Kebudayaan B41
  • Akauntan
  • Arkitek
  • Arkitek Landskap
  • Drebar Injin
  • Juruanalisa Sistem
  • Juruaudit
  • Jurukartografi
  • Jurulatih Kawad
  • Jururawat
  • Jururawat Masyarakat
  • Jurusolek
  • Juruteknik
  • Juruteknik (Awam)
  • Juruteknik (Bangunan)
  • Juruteknik (Landskap)
  • Juruteknik (Letrik)
  • Juruteknik (Mekanikal)
  • Juruteknik (Perancang Bandar Dan Desa)
  • Juruteknik Komputer
  • Juruteknik Ukur
  • Jurutera
  • Jurutera (Awam)
  • Jurutera (Letrik)
  • Jurutera (Mekanikal)
  • Jurutera Pelabuhan
  • Pembantu Tadbir (Stor)
  • Pembantu Tadbir (Undang-Undang)
  • Pembantu Veterinar
Tags : jawatan kosong negeri sarawak, jawatan kosong kerajaan sarawak november 2013, jawatan kosong kerajaan oktober 2013 terkini -sibu sarawak, jawatan kosong kerajaan negeri sarawak, jawatan kosong terkini november 2013 sarawak, jawatan kosong kerajaan sarawak september 2013, jawatan kosong finas sarawak, Jawatan kosong sarawak 2013 oktober, Kerja kosong kerajaan negeri sarawak, jawatan kosong negeri sarawak 2013 terkini, spa 2013 jawatan juruteknik, pengajar jururawat 2013, jawatan kosong spa sarawak 2013, kerja kosong teknikal sarawak, keja kosong kerajaan sarawak, kerja kosong di sarawak terkini, kerja kosong juruteknik 2013, jawatan koson perancang bandar sarawak, jawatan kosong kerajaan terkini di sarawak 2013, jawatan kosong kerajaan terkini di sarawak, jawatan kosong dalam kerajaan sarawak, jawatan kosong di kerajaan negeri sarawak, Jawatan kosong di negeri sarawak, jawatan kosong juruteknik bangunan nov 2013, jawatan kosong juruteknik kerajaan 2013
Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sarawak 2013

Jawatan Kosong <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2013 02:43 AM PDT


logo-serawak

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Oktober 2013 Terkini :

  • JURUTEKNIK (MEKANIKAL)
  • JURUTEKNIK (PERANCANG BANDAR DAN DESA)
  • JURUTEKNIK KOMPUTER
  • JURUTEKNIK UKUR
  • JURUTERA
  • JURUTERA (AWAM)
  • JURUTERA (LETRIK)
  • JURUTERA (MEKANIKAL)
  • JURUTERA PELABUHAN
  • PEMBANTU TADBIR (STOR)
  • PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG)
  • PEMBANTU VETERINAR
  • PEMELIHARA HUTAN
  • PENGAJAR MEMBALAK
  • PENGAWAL KESELAMATAN
  • PENGAWAS HUTAN
  • PENGHANTAR NOTIS
  • PENOLONG AKAUNTAN
  • PENOLONG JURUAUDIT
  • PENOLONG JURUTERA
  • PENYELAMAT
  • PENYELIA ASRAMA
  • PEREKA B17
  • PEREKA B27
  • PUSTAKAWAN
  • RENJER HUTAN
  • SETIAUSAHA PEJABAT
  • TUKANG K2
  • TUKANG K3
  • TUKANG K3 (TUKANG BATU)
  • TUKANG K3 (TUKANG CAT/ TUKANG TULIS)
  • TUKANG K3 (TUKANG KAYU)
  • TUKANG K3 (TUKANG PAIP/JURUGEGAS PAIP)
  • TUKANG MASAK
  • AHLI FOTOGRAFI B11
  • AHLI FOTOGRAFI B17
  • AHLI MUZIK/PEGAWAI KEBUDAYAAN B17
  • AHLI MUZIK/PEGAWAI KEBUDAYAAN B27
  • AHLI MUZIK/PEGAWAI KEBUDAYAAN B41
  • AKAUNTAN
  • ARKITEK
  • ARKITEK LANDSKAP
  • DREBAR INJIN
  • JURUANALISA SISTEM
  • JURUAUDIT
  • JURUKARTOGRAFI
  • JURULATIH KAWAD
  • JURURAWAT
  • JURURAWAT MASYARAKAT
  • JURUSOLEK
  • JURUTEKNIK
  • JURUTEKNIK (AWAM)
  • JURUTEKNIK (BANGUNAN)
  • JURUTEKNIK (LANDSKAP)
  • JURUTEKNIK (LETRIK)
Tags : Jawatan kosong kerajaan sarawak oktober 2013, jawatan kosong sarawak oktober 2013, jawatan kosong terkini sarawak oktober 2013, jawatan kosong sarawak terkini, jawatan kosong oktober kerajaan sarawak 2013, jawatan kosong pemandu di jabatan suruhanjaya perkhidmatan awam negeri sarawak, jawatan kosong pemandu kenderaan oktober 2013, kerja kosong pengawal dimelaka 2013, jawatan kosong juruteknik mekanikal terkini, jawatan kosong oktober 2013 di sarawak, kerja kosong di sarawak oktober 2013, jawatan kosong pemandu di melaka 2013/2014, jawatan kosong november 2013 jurutera awam, jawatan kosong penolong pegawai perkhidmatan 2013, jawatan kosong kerajaan pembantu am n1 oktober 2013, suruhanjaya perkhidmatan awam negeri sarawak 2013, jawatan kosong di sarawak oktober 2013, jawatan kosong 2013 melaka fotografi, kekosongan pembantu jurutera awam november 2013, kekosongan kerja pengawal keselamatan, kekosongan jawatan kerajaan sarawak 2013, jurutera oktober 2013, kerja kosong di suruhanjaya perkhidmatan negeri sarawak, kerja kosong landskap 2013, kerja kosong landskap di melaka 2013
Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Oktober 2013

Isnin, 18 November 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


The Padangs Borneo Tour 2013 <b>Di</b> ST3 Shopping Mall, <b>Kuching</b> <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2013 05:58 PM PST


Pada17 November 2013, hari minggu di ST3 Shopping Mall 'The Padang' akan membinggitkan suasana Kuching; dengan julung kalinya The Padang akan menemui para peminat Sarawak untuk The Padangs Borneo Tour 2013.

The Padang merupakan band yang bergenre metal/experimental/hardcore band, so apa lagi jom layan mereka di basement ST3 shopping mall, Simpang Tiga di hadapan THESpring.

Buka The Padang akan berentap disana, band-band tempatan seperti Dance!On Your Grave, Search And Destroy,Wings Of Arelia, Let's Change The Inertia dan Knockxout akan memeriahkan lagi keadaan. Memang rawwwkk abisla.!

Tiket kini dijual pada harga RM20 - RM30 setiap satu. Untuk tiket dan maklumat lanjut  "The Padangs Borneo Tour 2013' korang boleh menghubungi Hanne Saran di talian: 013 565 0651, Cashley Mantador di talian: 011 1933 764, Abu Telley di talian: 016 808 8506, Karlos Tanon di talian: 016 857 6720, Maurice Kwat di talian: 010 9609 733, dan Ben Craig di talian: 013 810 1523.

Untuk menambahkan selera telinga anda, aku nak share salah satu lagu EP terbaru The Padang iaitu "RISE".

Video: The Padangs - Rise official lyric video

Lirik: The Padangs - Rise

Now, don't hold back now
Our time has come
To regroup
It's time to rise

We won't hold back
Get ready to brace yourself
We're coming back again

We will rise together
We're gonna bring them down

Raise your voices
The ground will shake and tremble
They will fear, they will fear, they will fear
Our shields and weapons

We are the beacons towards the sky
That will bring us back together
We will stand to our grounds

(Chorus)
We will rise together
And I don't think it's over
We're will rise one more time

Let's lighten up this world
They will be blinded by our torches
Do not fear, do not hesitate
We're giving them what we've got

We will rise one more time
We will rise, we will show no mercy
We will rise one last time
We will rise, there's no turning back now

Owwwhhhh yeah
They will fear us

We are the beacons towards the sky
That will bring us back together
We will stand to our grounds

We will rise together
And I don't think it's over
We're will rise

We've been waiting for a chance like this
Get ready to rise from the ground

They will fear our shields and weapons
They will fear us rise together

We will rise together

p/s: Jumpa korang disana coz aku nak rawwk bersama The Padangs Borneo Tour 2013. 

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


EkspresiKu: Kedai Rakyat 1 Malaysia kini dibuka <b>di Mukah, Sarawak</b>.

Posted: 16 Nov 2013 12:04 AM PST

Kalau dulu kalau ingin membeli barang-barang dapur, maka perlulah kami pergi ke Bandar Mukah untuk membeli belah di pasaraya yang ada disana seperto Glory atau Ngiukee. Tapi semenjak kedai 1 Malaysia dibuka, tak perlu lagi kami drive ke bandar, ini dah menjimatkan separuh perjalanan dan yang lebih menguntungkan harga barangan di kedai 1 Malaysia lebih murah jika berbanding dengan kedai-kedai runcit dan pasaraya sekitar Mukah...tapi jenama 1 Malaysia lah...

Terus terang aku dan isteri tiada masalah mengunakan barangan jenama 1 Malaysia, rasa dan kualitinya masih baik walaupun bukan sebaik jenama - jenama tersohor. Jika dari Politeknik Mukah, KR1M ini hanya dalam 5 minit perjalanan..depan sedikit dari Petronas. Baragan yang selalu kami beli adalah seperti Tepung Gandum 1M, Susu pekat 1M, Sardin 1M, bijiran sarapan 1M, pencuci pinggan 1M dan banyak lagi la...

Tak dinafikan, pembukaan KR1M ini banyak memberi kemudahan kepada aku dan isteri untuk membeli belah kerana ia adalah kedai keperluan terlengkap yang paling terdekat dengan PMU.


11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


<b>Sarikei</b> sedia berjuang pada karnival MAKSAK <b>di</b> Mukah <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2013 09:13 AM PDT

Posted on September 7, 2013, Saturday

SARIKEI: Residen Bahagian Sarikei, Micheal Dawi Alli menggesa ahli-ahli pasukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Bahagian Sarikei yang bakal bertanding pada Pertandingan Catur, Dart dan Karom di Mukah pada 7 dan 8 September ini agar mempersiapkan diri.

Katanya, setiap anggota pasukan harus mempunyai semangat berpasukan tinggi serta sedia bersaing dalam bentuk yang sihat pada bila-bila masa.

"Kita mahu pasukan kita bukan hanya menjadi sebuah pasukan yang sedia bersaing di gelanggang pertandingan, tetapi turut terkenal dengan imej yang positif.

"Kelakuan dan tingkah-laku kita berada di lokasi orang harus dijaga kerana kita bukan hanya mengalas tanggungjawab pasukan dalam memburu kejuaraan, tetapi turut membawa imej bahagian yang bakal memberikan gambaran secara keseluruhan semua pihak tentang kakitangan awam di Bahagian Sarikei," katanya.

Micheal melakukan penyerahan bendera MAKSAK kepada pasukan MAKSAK Bahagian Sarikei, di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sarikei, semalam.

Tambahnya, anggota pasukan terbabit juga seharusnya menggunakan peluang menambah seberapa banyak informasi dan pengetahuan untuk memantapkan jati diri.

"Peluang kita berkunjung ke bahagian lain wajarnya dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh setiap ahli pasukan.

"Gunakan peluang ini untuk bergaul dan mengeratkan hubungan dengan pasukan lain, sambil bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan berkaitan dalam memantapkan kualiti perkhidmatan awam yang menjadi teras utama pembangunan dan kemajuan negara," jelasnya.

Dalam aktiviti berkenaan, MAKSAK Sarikei menghantar sebanyak 13 orang ahli pasukan untuk bersaing dengan 12 pasukan MAKSAK dari lain-lain bahagian pada pertandingan berkenaan.

Pasukan MAKSAK Sarikei diketuai oleh pengurus pasukan, Ricky Patiew dari Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pasukan itu berangkat ke Mukah semalam (Jumaat) dan lokasi pertandingan akan dilangsungkan di Dewan Suarah Mesra Mukah.

Pertandingan ini adalah bagi memilih pemain mewakili MAKSAK Sarawak ke pertandingan serupa peringkat kebangsaan bakal berlangsung di Johor pada 4 hingga 6 Oktober depan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di saratok sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Oct 2013 07:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PDRM <b>Saratok</b> anjur ibadah korban bersama penduduk <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2013 10:05 AM PDT

Posted on October 20, 2013, Sunday

SARATOK: Sekitar 250 orang terdiri anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kakitangan awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok serta masyarakat setempat hadir pada aktiviti sosial pihak polis bersama masyarakat di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok DSP Lee Thai Lein berkata, hubungan di antara komuniti dengan PDRM akan lebih terjalin erat melalui pendekatan penganjuran sesuatu program yang melibatkan usaha bersama.

"Bagi pihak polis aktiviti dan pendekatan seperti ini adalah lebih efektif, dalam usaha membanteras aktiviti jenayah yang melibatkan pelbagai perspektif.

"Penganjuran majlis ini membawa masyarakat lebih dekat mengenali peranan polis, yang bukan hanya sebagai ejen pembanteras jenayah tetapi juga mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat," katanya pada Program Ibadah Korban IPD Saratok, kelmarin.

Program itu adalah anjuran Badan Amal Ibadah dan Kebajikan Islam (BAIKI) IPD Saratok dengan kerjasama warga IPD Saratok di pekarangan Kompleks Polis IPD Saratok.

Tambah Lee, melalui penganjuran aktiviti seperti ini mampu menjadi penghubung pihak polis dengan masyarakat.

"Program ini juga merupakan salah satu misi atau aktiviti yang dirancangkan dalam Program PDRM Bersama Masyarakat (NKRA)," jelasnya.

Terdahulu Ketua Cawangan Khas Saratok, ASP Zamrul Ahmad Tahil merangkap Pengerusi BAIKI berkata, program kali ini adalah acara kedua diadakan selepas tahun lalu.

"Kita merancang menjadikan aktiviti ini acara tahunan BAIKI khususnya menjelang perayaan Hari Raya Korban.

"Pada tahun ini, kita mengorbankan tiga ekor lembu. Hasil daging-daging korban tersebut diagihkan kepada masyarakat setempat serta warga IPD dan ahli-ahli BAIKI.

"Selain merapatkan hubungan, aktiviti ini juga memupuk semangat kekitaan serta menyemai amalan gotong-royong semua pihak," kata Zamrul.

Turut hadir Pegawai Daerah Saratok Mohd Ikmal, Penghulu Razali Bujang, Penghulu Ahmad Salleh serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Ahad, 17 November 2013

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Padang golf dirancang <b>di Sri Aman</b> – BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2013 10:19 AM PDT

Posted on October 20, 2013, Sunday

TANDA INGATAN: Harden (tiga kanan) menyampaikan cenderamata kepada Abang Johari pada perasmian Pesta Benak Sri Aman 2013, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) ialah Snowdan, Dr Rayong, Masir dan Johnathan.

SRI AMAN: Kementerian Pelancongan merancang untuk mewujudkan sebuah padang golf dan jeti apungan bagi memacu ekopelancongan di Sri Aman di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Menterinya Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan padang golf berkapasiti 18 lubang terbabit untuk kegunaan pelancong sebelum mereka menyusuri Sungai Batang Lupar.

Justeru, turut dirancang ialah jeti apungan untuk membolehkan pelancong meninjau habitat buaya di Sungai Batang Lupar dengan menggunakan bot, ujarnya.

"Dua pelan itu adalah usaha kerajaan untuk membolehkan para pelancong asing terutama dari China, Korea dan Jepun untuk memanfaatkan kemudahan ekopelancongan sebelum meninjau fenomena benak di sini," ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Perumahan berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Benak Sri Aman 2013 di sini, semalam.

Abang Johari berkata, kementerian menerusi pelan itu juga bercadang menghubungkan kawasan Batang Ai, Bakun dan Murum dengan pengangkutan feri udara.

"Tujuannya bagi membolehkan para pelancong melawat kesemua kawasan flora dan fauna di tiga kawasan terbabit menerusi feri udara," jelasnya.

Mengulas mengenai pesta tersebut, Abang Johari berkata fenomena benak di Sungai Batang Lupar merupakan ikon pelancongan yang mampu meningkatkan kedatangan pelancong.

"Ia perlu dipromosikan dan dipasarkan sebagai satu pakej pelancongan yang menarik di mata dunia," katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis dalam ucapannya berkata, usaha berterusan untuk mempromosikan benak di Sungai Batang Lupar diharap dapat mempopularkan Sri Aman sebagai Bandar Benak Malaysia.

"Ternyata benak Sungai Batang Lupar merupakan antara kejadian ajaib dunia.

Ia merupakan yang keempat terbesar di dunia dan semakin mendapat perhatian pelancong antarabangsa.

"Kehadiran peluncur antarabangsa ke pesta tahun ini juga satu cara untuk mempromosikan Pesta Benak Sri Aman melalui bahan cetakan, media massa dan laman sesawang," jelasnya.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie, Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan dan Residen Sri Aman Johnathan Lugoh.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Nelayan Tangkap Ikan Aneh <b>Di Miri</b>, <b>Sarawak</b> | MalaysiaSensasi.Net

Posted: 08 Nov 2013 03:30 PM PST

Admin | 11/09/2013 |

Seekor ikan aneh yang ditangkap di Tudan, Sarawak menimbulkan kehairanan tentang spesis sebenarnya.

Mempunyai mulut bertaring tajam dan badan tirus berduri, rata-rata nelayan mahu pun penduduk setempat tidak mampu mengecam apakah jenis sebenar ikan yang berukuran kira-kira sekaki panjang itu.

Justeru penduduk setempat menggelarkannya ikan todak buat masa ini kerana muncungnya yang tajam.

Ikan itu ditangkap oleh nelayan Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya di Laut China Selatan dekat Tudan, Sarawak.

Menurut Sapar kepada Borneo Post, ini merupakan kali pertama dia melihat ikan seperti ini.

Ia ditangkap selepas dia dan rakan memudik bot selama 2 jam dari Sungai Miri ke laut.

Mereka mula memancing sekitar 5 pagi dan tangkapan aneh itu diperolehnya kira-kira setengah jam kemudian.

Isteri Sapar, Siti Kadariah, 35, mengering dan mengawet ikan berkenaan bagi memastikan ia dapat disimpan lama kerana keunikannya.

Sementara itu Pemangku Pengurus Besar Divisyen Perlindungan dan Pemuliharaan, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Oswald Braken Tisen berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti spesis sebenar ikan berkenaan. 

Katogeri: , ,

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di saratok sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Nov 2013 07:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di saratok sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Oct 2013 07:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Persatuan golf bantu mangsa kebakaran <b>di</b> Sibu, <b>Saratok</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2013 12:55 PM PDT

Posted on July 21, 2013, Sunday

KUCHING: Persatuan Golf Cina Sarawak (SCGA) dan Persatuan Golf Dayak Sarawak (SDGA) berjaya mengumpul dana sebanyak RM30,000 untuk disumbangkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Datu/Hilir, Sibu dan Rumah Kupon Ingka, Saratok.

Kutipan itu dijalankan menerusi pertandingan golf amal di Kelab Golf Sarawak, Kuching, Sibu dan Miri yang dilaksanakan serentak semalam.

Kesemua hasil kutipan amal itu akan disalurkan kepada  mangsa kebakaran di Kampung Datu/Hilir, Sibu dan Rumah Kupon Ingka, Saratok, masing-masing RM20,000 dan RM10,000.

Majlis penyerahan replika cek sumbangan disempurnakan Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom yang disampaikan Presiden SDGA yang juga ADUN Batang Ai Malcom Mussen Lamoh dan Presiden SCGA Augustine Chin Lee Hin di Kelab Golf Sarawak, Kuching semalam.

"Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih atas inisiatif yang diambil oleh SDGA dan SCDA dalam bersama-sama membantu mangsa kebakaran dengan menganjurkan pertandingan amal ini.

"Walaupun ia tidak seberapa, namun usaha ini amat baik sebagai contoh dan diharapkan dapat diteruskan," kata Mawan ketika ditemui.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Saratok berkata, wang itu akan diagihkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Datu/Hilir Sibu dan Rumah Kupon Ingka, Saratok.

"Justeru, saya berharap lebih ramai lagi persatuan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif seperti ini dalam bersama-sama melakukan aktiviti amal untuk mereka yang memerlukan di negeri ini," katanya.

Tegasnya, usaha membantu golongan yang memerlukan bukan sahaja terletak di bahu kerajaan sahaja tetapi memerlukan penglibatan semua pihak termasuk NGO.

"Kesedaran masyarakat dalam bersama-sama melakukan aktiviti amal seperti ini amat diperlukan agar mereka yang memerlukan dapat dibantu," ujarnya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Sabtu, 16 November 2013

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Pendidikan madrasah <b>di Lawas</b> akan dipertingkat – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2013 02:03 PM PST

by Mastura Ismail. Posted on November 12, 2013, Tuesday

MODAL INSAN: Awang Tengah (duduk depan), Hussaini (depan dua kiri) dan yang lainnya bersama bergambar bersama pelajar Madrasah Darul Ulloom Lawas kelmarin.

Sejajar tuntutan agama, perkembangan zaman angkat pendidikan madrasah ke peringkat lebih tinggi

LAWAS: Pendidikan madrasah di daerah ini akan dipertingkatkan sejajar dengan tuntutan agama dan perkembangan zaman bagi mengangkat sistem pendidikan madrasah ke peringkat lebih tinggi seperti institusi pendidikan lain yang ada di negeri ini.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pelbagai penambahbaikan akan dilakukan terhadap program pendidikan di madrasah dalam menjadikan ia sebagai pilihan utama ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar.

Katanya bagi mencapai matlamat itu, perbincangan dengan Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS) akan diadakan selain penglibatan masyarakat untuk terus mempertahankan Madrasah Darul Ulloom Lawas.

"Ini kerana Madrasah Darul Ulloom merupakan institusi pengajian Islam pertama di daerah ini yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan syiar Islam dan pemerkasaan pendidikan al-Quran di daerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Khatamal Al-Quran Madrasah Darul Ulloom Ke- 44 di Lawas kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim dan pihak pengurusan Madrasah Darul Ulloom.

Awang Tengah berkata lagi madrasah perlu bersedia menghadapi perubahan sesuai dengan perubahan zaman dan persaingan yang dihadapi dengan institusi pendidikan lain yang turut memberi penekanan kepada pendidikan al-Quran dan agama Islam.

"Madrasah harus merangka program yang tidak ditawarkan atau disediakan oleh pihak sekolah kerajaan agar peranan madrasah terus relevan,"ujarnya.

Katanya pendidikan madrasah dan institusi pendidikan Islam lain adalah penting dan memain peranan dalam memastikan anak-anak muda dididik dengan baik untuk membentengkan diri daripada perkembangan gejala sosial yang semakin menular.

"Sekarang banyak masalah sosial seperti penagihan dadah, judi yang merosakkan sahsiah anak-anak muda hari ini yang memerlukan mereka untuk didekati dengan tujuan memantapkan keimanan pada diri mereka.

"Aspek penting yang perlu diberi penekanan ialah keimanan dan ilmu pengetahuan dalam membendung segala masalah sosial yang berlaku," katanya.

Terdahulu ketika merasmikan Khatamal Perdana KAFA (Kelas Fardhu Ain) Daerah Lawas untuk kali ketiga di Masjid Besar Darul Ma'mur, Awang Tengah mahu umat Islam berani melakukan hijrah untuk menjadi manusia yang terbaik.

"Dunia yang digerakkan oleh ilmu pengetahuan seperti hari ini tidak akan lengkap tanpa adanya panduan agama yang memastikan urusan kehidupan menjadi lebih bermakna tanpa ketinggalan dalam arus kemajuan sekarang," katanya.

Umat Islam katanya lagi perlu terus berpegang teguh kepada ajaran agama dan memberi penekanan kepada pendidikan al-Quran sebagai panduan hidup di dunia dan akhirat.

"Kita bersyukur kerana di daerah ini, masyarakatnya masih lagi berpegang teguh kepada ajaran agama dan terus memberi penekanan kepada pendidikan al-Quran sebagai panduan hidup seharian untuk kita berasa lebih selesa, selamat dan bahagia di dunia dan akhirat.

"Pada masa sama kita juga harus melihat aspek pengamalan ilmu al-Quran itu sendiri di kalangan generasi muda untuk diberi perhatian yang serius agar mereka terus menjadi umat yang selamat dan sejahtera," tambahnya.

"Al-Quran jelasnya mengandungi banyak ilmu untuk kita di dunia dan akhirat hingga terus menjadi kajian ilmuan daripada semua bangsa dan agama selain diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa antarabangsa yang utama," ujarnya.

Ini sewajarnya mengukuhkan keazaman masyarakat Islam sendiri untuk terus mempelajari al-Quran selain mendalami pengajarannya sebagai panduan kehidupan seharian.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan Pegawai Pelajaran Daerah Awang @ Ibrahim Ahmat.

Pada majlis berkenaan Awang Tengah turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM10,000 untuk KAFA Lawas dan Datuk Henry Sum Agong menyumbang sebanyak RM5,000.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Kembara-Pancing: LANDBASE <b>DI</b> PULAU SARI <b>LAWAS SARAWAK</b>

Posted: 12 Nov 2013 06:03 PM PST

Trip landbase bersama Din dan Jijul

ads