Khamis, 21 Jun 2012

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Gua Angin <b>Bau</b>, <b>Sarawak</b> - Destinasi Menarik

Posted: 17 Jun 2012 11:53 PM PDT

Gua Angin Bau, Sarawak

Hai. Hari ini kami ingin kongsikan satu lagi tempat menarik di Bau, Sarawak iaitu Gua Angin.

 Gua Angin terletak di daerah Bau, Kuching, dengan jarak daripada bandar utama Kuching adalah kira-kira 45 minit perjalanan selain bersebelahan dengan Sungai Sarawak.Kawasan Bau yang sememangnya kaya dengan sumber batu kapur asli mengakibatkan banyak gua yang wujud.Kawasan lingkaran gua tersebut dinamakan Bau Formation.Keunikan gua ini adalah gua di kawasan tersebut pada zaman dahulu dihuni oleh manusia zaman dula kala ketika sumber aliran air boleh dijumpai di dalam gua tersebut.

Apa yang menarik tentang gua ini? Haa! Gua ini amat menarik kerana pernah dihuni oleh manusia pada zaman dahulu kala. Kita akan menemui sumber saliran air boleh ditemui dalam gua ini. 

Jika hendak masuk ke dalam gua ini, jangan lupa untuk membawa lampu suluh kerana di dalam amat gelap, sama ada lampu suluh sendiri atau boleh disewa dengan kadar RM3. Bayaran masuk pula ialah RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak kanak. Anda juga boleh datang dalam kumpulan 5 orang dimana bayaran untuk satu kumpulan ialah RM10 (RM2 seorang). Sesiapa yang datang seorang atau berdua kena berani kerana jika tidak anda tidak akan berani masuk.

Di sepanjang laluan tersebut, anda akan terdengar bunyi dicitan dan terbangan kelawar yang menghuni gua tersebut x)

Okey, itu saja untuk kali ini. Kami berharap anda menyukai dan tertarik untuk berkunjung ke Gua Angin ini.


11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


New spoiler for electoral tussles in <b>Sarawak</b> « Hornbill Unleashed

Posted: 20 Jun 2012 09:42 AM PDT

The newly-registered Sarawak Workers Party (SWP) is something of an anomaly. This self-proclaimed "BN-friendly" political party is led by a rich man's son, Larry Sng (and is widely understood to be supported by his father, business tycoon Sng Chee Hua). It is hardly a likely contender to represent workers in the state.

Oddly for a "workers' party", SWP is interested only in rural constituencies, having declared an intention to stand in six parliamentary seats in the coming elections, out of Sarawak's total of 31.

These are Selangau, Julau, Lubok Antu, Sri Aman, Hulu Rejang and Kanowit, nearly all in the Iban heartland. The rural voters there are mainly farmers rather than workers, and have not seen much in the way of political awakening or class consciousness.

The Industrial Revolution has yet to hold sway over most of these areas. Workers' rights are somewhat less important than feudal attachments to wealthy political kingpins like Sng and his son.

james masing and parti rakyat sarawak prs logo launch 160107These rural seats targeted by SWP are the only six constituencies held by Parti Rakyat Sarawak (PRS), led by James Masing of "Jangan Lawan Towkay" fame.

Sng and his son were once leading figures in PRS, but were turfed out by party president Masing during a leadership struggle in 2009. The bad blood between the Sng mini-dynasty and Masing appears to have boiled over.

Larry became the youngest ever state assembly representative in 2001, when he won the Pelagus seat at the age of 22. His father, a Chinese businessman who made his fortune trading up the mighty Rejang river in Kapit, had vacated the seat for him.

Chief Minister Abdul Taib Mahmud embraced the younger Sng, making him an assistant minister in his cabinet, and protecting him even after Masing expelled him from the PRS.

Taib has a venerable track record of playing crafty divide-and-rule games. Throughout his 30 years in power, he has encouraged so-called "Dayakism" among the leaders of parties like Snap and PBDS, and later, PRS and the SPDP.

He then engineered divisions within these parties, cutting them down to size and ensuring no Dayak-majority party could ever challenge his dominance.

azlanTaib has applied this tactic most fervently when the Dayak majority in Sarawak appears to be uniting against his minority Melanau dynastic rule. This dynasty was established in 1970 by his uncle Abdul Rahman Ya'kub, his predecessor as chief minister.

Throughout the years of "Dayakism" – failed attempts to forge ethnic Dayak unity – Taib has built up various Dayak supremacist parties, and then demolished them.

Taib prodded Snap – a beacon of multi-ethnic politics in the 1970s – into a "Dayakist" split and left it moribund. He then accepted the SPDP, a weakened splinter party from Snap, into the state BN.

Taib also engineered schisms in PBDS, a party that surprised him and nearly toppled him from power in 1987. He buried the Dayak party in 2004.

PRS, the ragged remnant of PBDS, is now a junior "Dayak majority" component, together with the SPDP, in Taib's BN coalition. PRS, it seems, is becoming the new cuckold in the state BN.

Taib is making a clear point to the PRS and Masing that they, too, are dispensible, if they do not toe the line.

'Dayakism' fading fast

The SWP is part of the intricate pattern of racial politics woven by the wily Taib.

It is unsurprising that, according to the Borneo Post, Taib replied to questions about the registration of the SWP by saying: "Well, it is part of the political scene of Sarawak. We have embraced democracy. One more party joins in, why not?"

Even after premier Najib Abdul Razak observed that the SWP ought not to contest against the BN in the upcoming election if it claims to be BN-friendly, Larry appeared unfazed, texting" "I am not surprised by PM's comments. That is for public consumption."

The SWP appears bent on supplanting the PRS in Taib's affections in Sarawak BN. Will it succeed?

In several of the six seats it wants, the SWP may indeed split part of the anti-BN vote, because it may be seen as an alternative to less popular PRS candidates. This would certainly endear the Sngs to Taib.

But in one or two of these seats, such as Hulu Rejang and Kanowit, PKR, the main opposition party in rural areas, may be the beneficiary from a split in the vote for the PRS.

azlanIn all these seats, it is unlikely that the SWP will make leave much of a footprint. A similar 'mosquito party', the much diminished Snap, resurrected for the state polls in April 2011, failed to retain its deposit in 26 of the 27 seats it contested.

In the long term, what are the prospects of a new, multi-ethnic, homegrown political party campaigning on policy and ideology, instead of racial supremacy or a blatant attempt to replace a rival in the state ruling coalition? This remains a distant speck on Sarawak's political horizon.

By comparison, established Pakatan Rakyat parties may have limited constituencies, but at least hold certain fundamental principles.

The DAP grew from a position of socialism, the PKR advocated natural justice and multiculturalism, while PAS has championed both Islamic jurisprudence and a welfare state.

What does the SWP stand for? As of now, it appears, its main raison d'ĂȘtre is simple: being BN-friendly.


KERUAH USIT is a human rights activist - 'anak Sarawak, bangsa Malaysia'. This weekly column is an effort to provide a voice for marginalised Malaysians. Keruah Usit can be contacted at keruah_usit@yahoo.com

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Bung Brunggu dikenal pasti sebagai destinasi <b>...</b> - <b>Sarawak</b> Kini

Posted: 16 Jun 2012 07:06 PM PDT

KUCHING: Penempatan lama suku kaum Bisapug di Bung Brunggu, Kota Padawan dekat sini dikenal pasti sebagai destinasi biopelan-congan yang berpotensi tinggi.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit memberitahu, tapak penempatan Bisapug yang dibuka lebih 300 tahun lalu itu mempunyai enam produk yang boleh dijadikan tarikan untuk menggalakkan ke- datangan pelancong asing ke Sarawak.

"Setiap produk tersebut amat istimewa kerana mempunyai kisah dan sejarah di sebaliknya. Malahan, pengunjung juga berpeluang melihat sendiri kawasan penempatan Bisapug serta kesan peninggalannya yang berusia ratusan tahun.

"Untuk keselesaan pengunjung, kita akan membina laluan jalan kaki yang lebih baik dan juga sebuah muzium yang diperbuat dari buluh untuk menyimpan artifak-artifak lama yang dijumpai di tapak tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Mendaki Bung Brunggu di Kampung Sarig, Kota Padawan dekat sini, semalam.

Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong memberitahu, produk pertama adalah sistem pertahanan kaum Bisa-pug suatu ketika dahulu iaitu longgokan kayu yang diikat di kawasan cerun, kira-kira securam 40 darjah.

Menurutnya, ia boleh membunuh pihak musuh sebelum sempat tiba di kawasan pe-nempatan Bisapug.

Selain itu, katanya, pengunjung juga berpeluang untuk melihat tempat menuai madu iaitu di pokok tapang, yang turut dilengkapi dengan tangga diperbuat daripada buluh.

Bung Brunggo juga, kata-nya, mempunyai kawasan mata air terbersih dan air terjun yang cantik.

"Pengunjung juga berpe-luang melawat tapak perku-buran lama yang dipenuhi dengan pokok manggis, yang dipercayai dapat melindungi roh si mati," katanya.

Beliau berkata, ia adalah lebih sesuai untuk menerima pakai dan membangunkan biopelancongan kerana apabila pelancong datang, mereka bercuti dan tidak mahu mang-hadapi masalah apabila ber-jalan di dalam hutan dara.

"Mereka mahu keselesaan dan mahu berjalan di laluan pejalan kaki dan apabila kemudahan ini disediakan, ia bukan ekopelancongan tetapi biopelancongan," jelasnya.

Beliau menambah, hanya tiga peratus daripada pelancong asing memilih untuk ke lokasi ekopelancongan tahun lepas.

Dawos turut memberitahu, sebuah tempat penginapan berasaskan eko akan dibina di kawasan tersebut.

"Ia akan dikendalikan oleh Persatuan Bisapug Sarawak. Kita akan meminta mereka menghantar kertas cadangan dan kemudian kita dapat menjangka berapa peruntukan diperlukan," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bisapug Sarawak Paul Kawin Pipo memberitahu, mereka juga akan mengemukakan cadangan untuk menukar kawasan sekitar 250 ekar itu kepada tapak warisan sejarah.

Menurutnya, penempatan yang dibuka sebelum era pemerintahan James Brooke itu suatu ketika dahulu mempunyai 200 pintu, namun dibakar oleh lanun dan hanya 15 keluarga yang masih hi-dup dari insiden tragik ter-sebut.

"Kita merupakan keturunan 15 keluarga yang hidup tersebut. Hari ini, perkampungan Bisapug dibahagikan kepada Simpok, Sarig, Mundai, Pesa yang mempunyai 650 kesemuanya, dengan jumlah populasi seramai 7,000 orang," katanya.

Sebagai tambahan kepada nilai sejarah di Bung Brunggu yang setinggi 600 meter itu, ia turut mempunyai pelbagai flora dan fauna yang unik.

Semasa lawatan tapak pada 15 Mei lalu, persatuan itu yang ditemani seorang perunding dan pakar alam sekitar Dr Alexander Sayok, menjumpai banyak artifak termasuk pasu dan duit siling yang sekali gus membuktikan wujud aktiviti perdagangan antara orang kampung dan pedagang Cina 300 tahun lalu.

Pelbagai jenis herba dan tumbuhan juga dapat ditemui, termasuk pokok buluh yang besar, selain spesies ketam darat yang amat kecil.

Paul memberitahu, mereka juga akan mengemukakan cadangan untuk menaik taraf infrastruktur, seperti mem-bina pusat maklumat pelancong.

Bung Brunggu terletak kira-kira 40 minit menaiki kereta dari Kuching dan perjalanan ke puncak mengambil masa 35 minit, bergantung kepada individu.

Kredit : Utusan Borneo

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Hanya bermodalkan RM1,000 sahaja semasa promosi Dealership <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 02:23 AM PDT

KELEBIHAN MENYERTAI GSR : MENJADI TOKEY EMAS PERAK

Bayaran RM1000 anda akan perolehi seperti dibawah :

Yuran Seumur Hidup ( Boleh diwariskan)

Stock EMAS – Harga Murah Di Pasaran

PERCUMA – Kos Penghantaran

PERCUMA – Website Marketing Percuma

PERCUMA – Kos Penghantaran 1kg Percuma – Silver

PERCUMA – 1 Buku Resit Pembayaran

PERCUMA – Flayer GSR 200 pcs

PERCUMA – Card Member GSR

PERCUMA – Jaket GSR

PERCUMA – Bussines Card 300 pcs

PERCUMA – Seminar Anjuran Dealer & Syarikat

PERCUMA – Kursus Marketing Power (RM500)

Khairat Kematian : RM500 ( 2 Tahun Pertama)

JAMINAN – Belian Semula Harga Tinggi.

PERCUMA – 3 Dirham sebagai token dari Mohamad Talip

Samsung Tablet 7 Plus    * T&C

KEISTIMEWAAN SEBAGAI DEALER

  1. Syarikat Milik Bumiputera 100%
  2. Komisen yang tertinggi ditawarkan oleh syarikat Emas & Perak di Malaysia. Komisen Emas RM15/g manakala Perak 2-3%.
  3. Komisen Buyback yang tertinggi oleh syarikat Emas & Perak di Malaysia.Komisen BuybackEmas RM4/g dan Perak 0.5%.
  4. Spread produk Emas yang terendah 5% bagi khas untuk dealer sahaja.
  5. Keluaran produk Emas & Perak yang menggunakan pendekatan yang lain dari yang lain.
  6. Produk Bullion Emas & Perak menggunakan pendekatan mirip Perth Mint, Australia di mana keluaran yang terhad bagi setiap produk. Menjadikannya unik kerana limited mintage.
  7. Produk disertakan dengan sijil ketulenan yang ditauliahkan ketulenan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang mana merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam Berharga.
  8. Pertama di Malaysia! Setiap Sijil Ketulenan dilekatkan dengan sticker Hologram yang mustahil untuk diklon (password encrypted)
  9. Pertama di Malaysia! Setiap Sijil Ketulenan adalah unik bagi setiap produk dengan Tema Khas
  10. Pertama di Malaysia! Setiap Bullion Bar Perak & Emas tersebut serta Sijil Ketulenanditandatangi oleh Assayer By Hand, bukan dicetak. Sangat unik.
  11. Produk bukan sahaja sebagai instrumen pelaburan bahkan sebagai "Collectors Item" kerana kuantiti yang terhad.
  12. Pelbagai design akan dikeluarkan hampir setiap 2 bulan.
  13. Mampu dibeli oleh semua golongan sasaran & mudah dijual semula
  14. Jaminan beli balik / "Buy Back" oleh syarikat
  15. Sistem Pendaftaran Dealer menggunakan pendekatan "Affiliate" yang tercanggih secara automatik
  16. Belian (Order boleh dibuat secar online – barang terus dihantar kepada anda tanpa orang tengah.
  17. Harga produk yang dikemaskini secara automatik mengikut harga emas dunia Order juga boleh dibuat secara SMS atau telefon.
  18. Mudah untuk menjadi dealer dengan hanya RM1,000 bagi masa yang terhad – Rebutlah peluang sekarang!!

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 15 May 2012 01:03 AM PDT

Tarikh Tutup Permohonan: 20 Mei 2012

Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan adalah dipelawa untuk memohon pelbagai jawatan di pelbagai jabatan dan kementerian dalam Kumpulan Sokongan seperti berikut:

1. Tukang K2 (Tukang Letrik), Gred R11
2. Tukang K3 (Tukang Paip), Gred R9
3. Tukang K3 (Tukang Kayu), Gred R9
4. Pekerja Awam Khas (Operator Pam),Gred R3
5. Pekerja Awam Khas (Operator Loji), Gred R3
6. Pekerja Awam Khas (Operator Enjin), Gred R3
7. Pekerja Awam Khas (Operator Jentera), Gred R3

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Advertisment

Incoming search terms:

  • jawatan kosong operator di sarawak
  • jawatan kosong suruhanjaya perkhidmatan awam sarawak 2012

Rabu, 20 Jun 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


New spoiler for electoral tussles in <b>Sarawak</b> | MoCS

Posted: 20 Jun 2012 08:56 AM PDT

By Keruah Usit

ANTIDOTE The newly-registered Sarawak Workers Party (SWP) is something of an anomaly. This self-proclaimed "BN-friendly" political party is led by a rich man's son, Larry Sng (and is widely understood to be supported by his father, business tycoon Sng Chee Hua). It is hardly a likely contender to represent workers in the state.

Oddly for a "workers' party", SWP is interested only in rural constituencies, having declared an intention to stand in six parliamentary seats in the coming elections, out of Sarawak's total of 31.

These are Selangau, Julau, Lubok Antu, Sri Aman, Hulu Rejang and Kanowit, nearly all in the Iban heartland. The rural voters there are mainly farmers rather than workers, and have not seen much in the way of political awakening or class consciousness.

The Industrial Revolution has yet to hold sway over most of these areas. Workers' rights are somewhat less important than feudal attachments to wealthy political kingpins like Sng and his son.

james masing and parti rakyat sarawak prs logo launch 160107These rural seats targeted by SWP are the only six constituencies held by Parti Rakyat Sarawak (PRS), led by James Masing of "Jangan Lawan Towkay" fame.

Sng and his son were once leading figures in PRS, but were turfed out by party president Masing during a leadership struggle in 2009. The bad blood between the Sng mini-dynasty and Masing appears to have boiled over.

Larry became the youngest ever state assembly representative in 2001, when he won the Pelagus seat at the age of 22. His father, a Chinese businessman who made his fortune trading up the mighty Rejang river in Kapit, had vacated the seat for him.

Chief Minister Abdul Taib Mahmud embraced the younger Sng, making him an assistant minister in his cabinet, and protecting him even after Masing expelled him from the PRS.

Taib has a venerable track record of playing crafty divide-and-rule games. Throughout his 30 years in power, he has encouraged so-called "Dayakism" among the leaders of parties like Snap and PBDS, and later, PRS and the SPDP.

He then engineered divisions within these parties, cutting them down to size and ensuring no Dayak-majority party could ever challenge his dominance.

azlanTaib has applied this tactic most fervently when the Dayak majority in Sarawak appears to be uniting against his minority Melanau dynastic rule. This dynasty was established in 1970 by his uncle Abdul Rahman Ya'kub, his predecessor as chief minister.

Throughout the years of "Dayakism" – failed attempts to forge ethnic Dayak unity – Taib has built up various Dayak supremacist parties, and then demolished them.

Taib prodded Snap – a beacon of multi-ethnic politics in the 1970s – into a "Dayakist" split and left it moribund. He then accepted the SPDP, a weakened splinter party from Snap, into the state BN.

Taib also engineered schisms in PBDS, a party that surprised him and nearly toppled him from power in 1987. He buried the Dayak party in 2004.

PRS, the ragged remnant of PBDS, is now a junior "Dayak majority" component, together with the SPDP, in Taib's BN coalition. PRS, it seems, is becoming the new cuckold in the state BN.

Taib is making a clear point to the PRS and Masing that they, too, are dispensible, if they do not toe the line.

'Dayakism' fading fast

The SWP is part of the intricate pattern of racial politics woven by the wily Taib.

It is unsurprising that, according to the Borneo Post, Taib replied to questions about the registration of the SWP by saying: "Well, it is part of the political scene of Sarawak. We have embraced democracy. One more party joins in, why not?"

Even after premier Najib Abdul Razak observed that the SWP ought not to contest against the BN in the upcoming election if it claims to be BN-friendly, Larry appeared unfazed, texting" "I am not surprised by PM's comments. That is for public consumption."

The SWP appears bent on supplanting the PRS in Taib's affections in Sarawak BN. Will it succeed?

In several of the six seats it wants, the SWP may indeed split part of the anti-BN vote, because it may be seen as an alternative to less popular PRS candidates. This would certainly endear the Sngs to Taib.

But in one or two of these seats, such as Hulu Rejang and Kanowit, PKR, the main opposition party in rural areas, may be the beneficiary from a split in the vote for the PRS.

azlanIn all these seats, it is unlikely that the SWP will make leave much of a footprint. A similar 'mosquito party', the much diminished Snap, resurrected for the state polls in April 2011, failed to retain its deposit in 26 of the 27 seats it contested.

In the long term, what are the prospects of a new, multi-ethnic, homegrown political party campaigning on policy and ideology, instead of racial supremacy or a blatant attempt to replace a rival in the state ruling coalition? This remains a distant speck on Sarawak's political horizon.

By comparison, established Pakatan Rakyat parties may have limited constituencies, but at least hold certain fundamental principles.

The DAP grew from a position of socialism, the PKR advocated natural justice and multiculturalism, while PAS has championed both Islamic jurisprudence and a welfare state.

What does the SWP stand for? As of now, it appears, its main raison d'ĂȘtre is simple: being BN-friendly. – Mkini


KERUAH USIT is a human rights activist – 'anak Sarawak, bangsa Malaysia'. This weekly column is an effort to provide a voice for marginalised Malaysians. Keruah Usit can be contacted at keruah_usit@yahoo.com

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Perjalananku |

Posted: 19 Jun 2012 10:21 AM PDT

Tiada kejayaan datang bergolek, tanpa usaha dan pengorbanan. Sesetengah manusia lebih suka menilai lantas menghukumi orang lain tanpa belas kasihan, tanpa mengetahui betapa sukar hidup yang pernah dilalui individu itu pada masa lalu.

Saya bersyukur dengan kehidupan kini, bukan kerana material semata-mata, namun kerana orang-orang di sekeliling saya yang begitu setia dalam susah dalam senang. Saya tidak pernah membandingkan kehidupan dengan mereka yang miskin atau kaya.

Saya tahu, ada pihak yang selalu menilai dan menghukum saya, justeru saya kira adalah lebih baik jika berkongsi pengalaman lalu, bukan untuk menunjuk-nunjuk namun sebagai renungan. Mungkin ada insan lemah yang kini berada dalam percubaan, saya berdoa semoga kalian tabah, berani dan jangan putus asa.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang sangat miskin. Kedua-dua ibu bapa saya menetap di kawasan ulu di Selangau dan bekerja sebagai petani yang tidak tentu pendapatan. Kedua-dua abang saya dilahirkan di sana, sebelum ibu saya mengambil keputusan nekad untuk berpindah ke kawasan lain untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pengalaman berjalan berjam-jam ke huma, perahu karam dan bertembung dengan buaya, tidak cukup makanan dan duit, menyebabkan jiwa ibu saya 'memberontak' untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

Sekitar 1975, keluarga saya berpindah ke Batu Niah, kira-kira 100km dari Miri dan setahun kemudian saya dilahirkan. Kehidupan masih tidak berubah, cuma sedikit baik kerana tidak perlu berjalan berjam-jam dalam hutan ataupun bertembung dengan buaya ketika mencari ikan di sungai. Saya lahir dalam suasana yang serba daif. Bertahun-tahun ibu bapa saya membanting tulang di kebun dan sawah padi, namun makanan dan perbelanjaan tetap tidak mencukupi. Badan saya kurus kering seperti cicak kubin, rambut panjang keras dan berkerak kerana mandi air sungai yang kotor dan bercampur tanah. Kulit badan saya bersisik kerana kurang zat. Kepala saya juga banyak kutu, kulit berkudis dan zaman kanak-kanak saya penuh dengan situasi kelaparan.

Kerana tidak tahan dengan perut yang sentiasa berkeroncong, saya sering mencuri telur ayam dalam reban di bawah rumah, sehingga saya terjatuh tersungkur beberapa kali dikejar ibu ayam. Jika telur ayam habis dibantai, saya ambil kail dan memancing ikan puyu atau ikan keli, dapat seekor dua saya pulang goreng. Ada masa tiada rezeki, saya makan nasi  berlauk garam  ataupun  makan buah pisang liar atau apa-apa sahaja daun ulam yang tumbuh liar di tepi jalan. Saya tidak akan lupa, pernah menyelongkar tong sampah di kantin sekolah untuk mencari tin Sri Kaya yang masih bersisa yang baru dibuang. Ada masa saya mencari tin itu sehingga ke tempat pembuangan sampah, semata untuk mencolek sisa-sisa kaya yang tinggal, kerana kelaparan.

Di sekolah, saya bukan murid yang pintar. Saya tergolong sebagai pelajar yang paling lemah, tidak pandai membaca sehingga Darjah Lima, dan saya sering meniru kawan-kawan lain membaca, dengan memegang buku terbalik. Jujur, saya memang tidak tahu buku itu terbalik. Ketika itu saya benar-benar bertekad, dan berjanji dengan diri sendiri, jika saya pandai membaca, saya akan baca apa sahaja tulisan di dunia. Setahun kemudian, saya pandai membaca dan sejak itu saya gembar membaca. Surat khabar pembungkus sayur, kalendar, kertas pembungkus ubat, sabun, botol minyak masak, bahkan kandungan baja yang tertera pada guni baja untuk ibu bapa saya berkebun pun dibaca.

Beberapa tahun sejak berpindah ke Niah, ibu bapa saya mengusahakan pelbagai tanaman, padi, lada, koko, pisang dan jagung. Semua saya pernah rasakan. Saya diajar sejak kecil, untuk berjiwa kental, melakukan apa sahaja kerja tanpa sungutan. Keperibadian saya banyak dipengaruhi oleh ibu saya, yang sentiasa berusaha untuk memastikan kehidupan lebih baik. Bagi beliau, tidak selama-lamanya hidup susah jika ada keinginan untuk mengubah nasib. Semangat beliau untuk mencapai apa yang diingini begitu consistent, tidak ambil peduli apa orang lain cakap dan terus berusaha, dari hari ke sehari, tahun demi tahun.

Saya menghabiskan masa kanak-kanak saya di kebun atau sawah. Jika tidak, saya ditugaskan menjemur padi, lada dan koko. Jika ada masa terluang saya, gemar memanjat pokok rambutan atau pokok jambu dan duduk di sana berjam-jam menunggu kapal terbang melintas. Kadang-kadang waktu petang, saya naik ke atas bumbung rumah dan berbaring di sana sambil merenung langit dan menghirup udara. Tiap kali kapal terbang melintas, saya selalu memberi perhatian sehingga objek itu benar-benar hilang dari pandangan. Entah, tapi saya sudah memasang angan-angan yang saya anggap gila dan tidak masuk akal. Saya mahu menjelajah dunia luar dan lihat apa ada di luar sana. Keinginan  itu sudah menjadi darah daging saya sehingga kini.

Berbalik kepada kisah sekolah, saya meneruskan Tingkatan 1 di SMK Subis pada 1989. Kehidupan keluarga semakin sukar, tanggungan keluarga semakin berat. Kedua-dua abang saya melanjutkan pelajaran di bandar Miri manakala dua lagi adik saya masih kecil, menyebabkan kami sekeluarga benar-benar dihimpit kemiskinan. Semua hasil dihantar untuk kedua-dua abang manakala selebihnya digunakan menyara kedua-dua adik saya. sehingga bahagian untuk saya, seolah-olah tiada. Tetapi saya tetap cool dan berdiam, kerana mungkin sudah sifat semulajadi saya.

Saya dilanda kelaparan lagi. Jika sepupu saya membawa wang sebanyak RM50 untuk seminggu, saya pula RM5 pun belum tentu dapat. Saya benar-benar terdesak, sehingga saya mencuri beras dan lada di rumah, yang kemudian saya jual di Batu Niah. Sekilo dua, dapatlah berbelas ringgit. Saya tidak salahkan keluarga, kerana mereka juga tiada wang.

Walaupun asrama menyediakan sarapan, makan tengah hari dan malam, namun ia masih tidak mencukupi, kerana saya selalu lapar. Lantaran terdesak, saya mengambil upah mencari buah kedondong di kebun nenek Cina, upahnya RM1, kebetulan cucu perempuannya yang saya panggil bini popeye, adalah sama kelas. Kadang kala, nenek tersebut membekalkan kedondong yang hampir buruk untuk saya bawa dan makan di asrama. Saya juga mengambil upah mengangkat bateri kereta, bayaran 50 sen.

Saya juga mengambil upah membersihkan sarang burung layang-layang yang diambil di Gua Niah. Jika mood tauke bagus, dapatlah RM1.50 sehari, jika tak bagus 80 sen sehari. Namun saya redha dan pasrah, kerana tauke tersebut menyediakan makan tengah hari dan makan malam.

Saya juga pernah terjebak dalam perhubungan cinta monyet, seawal Tingkatan 1 lagi. Kebetulan budak bernama E tersebut cute dan kelasnya pula bersebelahan. Dia sering mengirimkan surat cinta, siap ditabur dengan bedak jenama Holiday ice warna biru. Budak tu sering hantar bunga, dia selalu kutip belakang dewan makan dan beri dengan saya. Dah nama cinta monyet, dia memutuskan 'hubungan' (itupun jika layak disebut hubungan :D ) selepas habis Tingkatan 3 (1991), sebaik sahaja keputuan SRP keluar. Alasan, sebab saya gagal dan dia pula lulus. Mak oi, tiga tahun bukan main ambil hati saya, tup-tup saya gagal SRP sebab fail subjek Matematik, dia kata, kami tak setaraf dan hubungan harus diputuskan. Hancur berkecai juga hati saya masa tu, ditinggalkan sebab fail SRP.

Dia kemudian sambung Tingkatan 4 di Miri, manakala saya dan dua orang lagi rakan senasib repeat Tingkatan 3 di Subis. Kegagalan itu benar-benar menjadi titik tolak penting dalam hidup saya. Saya dapat terima jika budak E itu meninggalkan saya kerana gagal SRP, tetapi yang kurang enak, bila saudara-mara sendiri mencerca dan menghina bila gagal. Panggilan bodoh, dungu, paloi, dan senyum sinis mereka itu yang benar-benar membuat saya sedar, saya perlu melakukan sesuatu. Situasi ini menyebabkan saya berasa dunia saya terlalu kecil, sehingga berjalan pun saya tidak sanggup mengangkat kepala. Terasa diri terlalu rendah serendahnya.

Setiap kali cuti sekolah, saya menghabiskan masa di rumah kebun, tidak mahu pulang ke rumah panjang kerana takut diejek dan diperli. Sudahlah badan saya kurus kering macam kerengga, hingga pinggang saya yang kecil pun diejek. Sungguh memalukan. Setahun, saya berhempas pulas, saya lulus SRP. Saya meneruskan Tingkatan 4 dan 5 di Subis, namun suara sumbang terus kedengaran, memperlekeh dan merendahkan kebolehan saya.

Saya berdiam. Keputusan SPM pada 1994, saya mendapat keputusan cemerlang. Kemudian sambung Tingkatan 6 di Miri, juga lulus dengan baik. Pada suatu hari, adalah seorang rakan memberitahu, budak E bertanyakan saya. Dengar khabar, SPM dia sangkut. Pada 1997, keputusan STPM keluar, juga dapat keputusan baik. Pada masa itu, saya sudah menyimpan cita-cita untuk menjadi wartawan, mungkin pembawaan masa kecil saya suka baca surat khabar yang dikutip di tepi jalan :D .

Pada tahun yang sama, saya melanjutkan pelajaran ke Unimas dan mengambil jurusan Komunikasi. Pada masa itu, mulut-mulut yang dulu suka mencerca sudah bertukar manis. Tiba-tiba saya ni jadi somebody di mata mereka. Itulah resam manusia. Namun perjalanan hidup sebagai siswi tidaklah semudah zaman sekarang. Dulu, saya minta pinjaman, semua tak dapat. Kawan-kawan lain bukan main hidup mewah, beli handphone, beli kereta, buat rumah dengan duit PTPTN, saya pula di bilik makan sayur paku pakis yang dicari kawasan belukar di Batu Lintang. Nasib ada kawan-kawan yang baik hati, sama-sama kongsi makan mee bungkus, telur ayam, roti dan nasi campur untuk menggalas perut.

Budi baik mereka tetap saya kenang sampai bila-bila. Jika terdesak, saya minum air paip untuk menipu perut. Saya sering tidur dengan perut kosong, sudahlah jauh dari keluarga. Cuti Krismas dan Gawai saya tidak pulang, kerana tiada wang. Saya sambut dengan coklat dan minum air sejuk. Untuk menjimatkan duit, saya selalu masak bubur dan dimakan sehari-harian dengan kacang panggang, dari pagi hingga malam. Ada masa emosi, saya makan bubur tu dengan air mata berlinangan sambil memadat-madatkan bubur dalam mulut agar tidak kebuluran.

Duit tidak cukup, yang ada cukup-cukup bayar yuran pengajian, bayar fotostat dan beli buku. Duit untuk makan tiada. Tapi saya kuatkan semangat untuk belajar dan menghabiskan pengajian. Oleh kerana selalu lapar, saya selalu hilang tumpuan di kelas. Tahun kedua dan ketiga, barulah mendapat biasiswa, itu pun cukup-cukup untuk bayar yuran pengajian selama empat semester. Namun syukurlah, saya lulus juga. Kepayahan yang dilalui benar-benar membakar semangat saya untuk berusaha menjadi yang lebih terbaik, jika bukan kaya, memadailah cukup makan. Sebab itu, saya sensitif jika orang mempertikaikan apa yang saya makan hari ini. Saya sudah terlalu lama berlapar dan menahan perut. Saya juga sensitif dengan orang yang tidak dapat makan, bagi saya tiada salah memberi mereka makan jika kita ada rezeki lebih.

Hari ini, saya masih sedar dan tahu asal usul saya. Walaupun di mana bumi saya pijak, saya tidak pernah lupa akan kesengsaraan yang dilalui. Saya berharap, walaupun apa rintangan dalam hidup kalian, jangan putus asa. Terus mara ke depan, tidak selamanya hidup susah. Lihat kemiskinan dari sudut positif, untuk menjadikan diri sebagai manusia yang kental dan sabar.

Mengenai budak E, kali terakhir saya terserempak dengannya ialah pada 1998 (kalau tak silap) di stesen minyak di Simpang Ngu, semasa dia sibuk mengepam minyak. Saya berharap dia sekarang lebih berjaya dan bukan bekerja di situ sahaja.

Apa yang saya titipkan di sini adalah sebahagian daripada perjalanan berliku yang pernah saya lalui. Sebahagian lagi biarlah menjadi rahsia dalam hidup…

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Public Complaints Bureau: KAB <b>SARATOK</b>, <b>SARAWAK</b>

Posted: 19 Jun 2012 07:09 PM PDT


LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB)
Saratok, Sarawak– Program KAB telah diadakan di  Pasar Saratok pada pada 19 Jun 2012 (Selasa) dari 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Masyarakat setempat berminat untuk mengetahui fungsi dan peranan BPA sebagai agensi pengurusan aduan. Melalui program ini, orang ramai didedahkan tentang kaedah membuat aduan awam untuk mempertingkatkan perkhidmatan jentera Kerajaan. 
Program tersebut telah berjaya menarik perhatian penduduk kampung di sekitar daerah Sarawak. Seramai 115 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program dan sebanyak 22 aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak 9 khidmat nasihat turut diberikan kepada orang ramai dalam program ini. Kebanyakan aduan yang diterima adalah mengenai masalah kenaikan elaun Ketua Masyarakat, kemudahan awam di sekitar Saratok perlu diselenggara dan jalan perlu dinaiktarafkan.

Selasa, 19 Jun 2012

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Percaya Atau Tidak..? Tanda Salib (Cross) Kelihatan <b>Di Simunjan</b> <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 11:56 PM PDT

Balik dari Gawai nanti gua upkan yg lebih jelas bro.. Ni mmg kurang jelas krn diambil dr jarak jauh.. Difahamkan cd tntg perkara ni ada dijual..

Org kampung gua bagitau kisah kejadian salib (cross) ni krn ada seorg ibu yg menangis tak henti2 selepas anaknya meninggal dunia selepas meninggal semasa menjadi betugas sebagai askar.. Selepas tu emaknya mendapat mimpi anaknya bagi nasihat supaya emaknya berhenti menangis krn dia akan kelihatan di pokok kelapa tersebut. Selepas tu lh kejadian tanda cross tu muncul..

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Ikan Keli Gergasi Ditangkap <b>Di Sarawak</b> | BERITA TERBARU!

Posted: 13 Jun 2012 01:00 AM PDT

ikan keli ini Di tangkap oleh nelayan di Mukah sarawak. Kejadian tersebut mengemparkan orang ramai yang meyaksikannya.

Dengan beratnya anggaran 2 tan, ikan keli ini di angkat menggunakan lori kren. wooo Besar gler..Kalau kena pada pancing kita kirim salam la celah gigi jer dia makan dengan sekali pancing dan anda sekali. haha.

rupa ikan keli ini seakan akan ikan paus atau jerung..identitinya tidak dipastikan.
kalau nak tau panggil forensik atau bedah siasat perlu dilakukan ke atasnya.

kemungkinan ikan ini tersangkut di bawah jambatan. Mungkin badan dia besar sangat pastu tersepit.

Joseph Chong adalah seorang pemborong tokey ikan yang termashur di Mukah.beliau menyuruh kulinya mengikat ikan tersebut untuk memudahkan lori kren mengankatnya dan di bawa ke kedai beliau untuk dipotong-potong dan dijual pada orang ramai sekitar kawasan mukah sarawak dengan angaran rm 6.00 sekilo. Orang ramai yang meyaksikan kejadian tersebut didermakan oleh Joseph Chong untuk dibahagikan sekilo setiap seorang.

About The Author

Pemberita Blog merupakan penulis blog 2dayblogger.com. Berkerja 24/7 untuk mencari berita-berita terbaru dan menarik untuk dikongsikan bersama-sama para pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca berita-berita yang di post di blog 2dayblogger.com ini.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Gempar Penemuan Buaya Tembaga <b>Di Miri Sarawak</b> | melvister.com

Posted: 18 Jun 2012 08:10 AM PDT

Share

Gempar Penemuan Buaya Tembaga Di Miri Sarawak. Penduduk Kampung Pujut Corner hidup dalam ketakutan berikutan kemunculan dua ekor buaya tembaga sepanjang dua meter di Sungai Adong.

Walaupun reptilia tersebut setakat ini belum mendatangkan ancaman kepada penduduk, mereka tetap bimbang kerana sungai itu kerap digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Voong, 56, berkata, dua ekor buaya tersebut sering berjemur di tepi pasir landai di tepi sungai berkenaan.

"Kita bimbang dengan keselamatan penduduk kampung khususnya kanak-kanak yang sering bermain dan mandi-manda di sungai tersebut.

"Jika buaya-buaya itu tidak ditangkap, selagi itulah penduduk hidup dalam ketakutan dan dan saya bimbang ada yang menjadi mangsa serangan reptilia itu," katanya di sini kelmarin.

Jelasnya, kemunculan buaya di sungai itu bukanlah kali pertama berlaku kerana ia pernah dilihat tahun lalu.

Teruskan Membaca:

  1. Sinopsis Drama Senario Misteri Bamboo TV3
  2. Gambar Hantu Kanak-Kanak Di Kuburan Tanpa Sengaja Dirakam
  3. Penemuan Kepala Babi Di Depan Masjid Al Hidayah Sentul
  4. Gempar Video Kemaluan Isteri Melekat Akibat Berzina
  5. Video Bunyi Aneh Suara Dari Langit Kota Samarahan Sarawak
  6. Mia Sara Dinobat Pelakon Kanak-Kanak Terbaik My Kids Award

Gempar Penemuan Buaya Tembaga <b>Di Miri Sarawak</b> ~ ScaniaZ

Posted: 18 Jun 2012 09:29 PM PDT

Gempar Penemuan Buaya Tembaga Di Miri Sarawak. Penduduk Kampung Pujut Corner hidup dalam ketakutan berikutan kemunculan dua ekor buaya tembaga sepanjang dua meter di Sungai Adong.
Walaupun reptilia tersebut setakat ini belum mendatangkan ancaman kepada penduduk, mereka tetap bimbang kerana sungai itu kerap digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.
Walaupun reptilia tersebut setakat ini belum mendatangkan ancaman kepada penduduk, mereka tetap bimbang kerana sungai itu kerap digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.
Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Voong, 56, berkata, dua ekor buaya tersebut sering berjemur di tepi pasir landai di tepi sungai berkenaan.
"Kita bimbang dengan keselamatan penduduk kampung khususnya kanak-kanak yang sering bermain dan mandi-manda di sungai tersebut.
"Jika buaya-buaya itu tidak ditangkap, selagi itulah penduduk hidup dalam ketakutan dan dan saya bimbang ada yang menjadi mangsa serangan reptilia itu," katanya di sini kelmarin.
Jelasnya, kemunculan buaya di sungai itu bukanlah kali pertama berlaku kerana ia pernah dilihat tahun lalu.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Kerajaan dengar masalah dihadapi penjaja dan peniaga <b>di</b> negeri <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 06:50 PM PDT

KUCHING: Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga akan menganjurkan sesi dialog bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Sarawak dalam masa terdekat ini.

Menterinya Datuk Fatimah Abdullah berkata tujuan dialog itu adalah untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi penjaja dan peniaga di negeri ini.

Tambahnya, ia juga bagi mencari jalan penyelesaian selain mengetahui perkembangan terutama dari segi aspek kebajikan setiap ahli dalam persatuan itu.

"Satu sesi dialog bersama persatuan ini dengan kementerian saya bagi mengetahui masalah dan perkembangan terutama aspek kebajikan ahlinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri Majlis Makan Malam Hari Ibu Bapa anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan di Dewan Persatuan Gereja-gereja Sarawak di sini malam kelmarin.

Pada masa yang sama, Fatimah turut memberitahu bahawa kementeriannya bukan untuk Bumiputera sahaja tetapi juga untuk semua kaum termasuk Cina.

"Kamu jangan salah faham mengenai kementerian di bawah tanggungjawab saya ini hanya untuk Bumiputera sahaja kerana ia adalah untuk semua kaum di negeri ini kerana kita 1Malaysia.

"Jadi, jika kamu ada masalah tentang kebajikan atau keluarga boleh merujuk ke kementerian saya," katanya.

Sementera itu, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh menyarankan agar rakyat di negeri ini terus mengekalkan keharmonian walaupun memiliki masyarakat majmuk.

"Semangat 1Malaysia harus dikekalkan dan kerajaan Malaysia juga telah mengikhtiraf 18 November sebagai Hari Penjaja yang dirai setiap tahun bagi mengenang jasa setiap penjaja dan peniaga yang ada di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyumbang RM5,000 bagi membantu persatuan itu mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada ahli-ahlinya.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Daerah Padawan Lo Khere Chiang berkata, rakyat di negeri ini terutama komuniti Cina harus mengekalkan 'jambatan' yang menghubungkan kerajaan dengan mereka.

"Jika jambatan ini roboh maka kerajaan akan sukar membantu kita dalam menghulurkan bantuan dan pembangunan di sesebuah kawasan yang terjejas.

"Justeru, saya menasihatkan pengundi agar memilih dengan bijak pada pilihan raya yang akan datang," ujarnya.

Hadir sama Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil, Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak Datuk Patrick Liew dan tetamu kehormat lain.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


SK BAYANG <b>DARO SARAWAK</b>: <b>Di</b> Mana SK Bayang

Posted: 04 May 2012 10:27 PM PDT

Sk Bayang merupakan sekolah kategori Pedalaman 2 dan berada di DAERAH DARO..BAHAGIAN MUKAH.
Untuk pergi ke sini dari Sarikei perlu menggunakan bot laju MAJU STALON 1 dan 2.Bot hanya pergi 2 kali sehari ke Sekolah SK Bayang pada pukul 12 tengah hari dan pada pukul 2 petang..Tambang hanya RM15 sehala.Sekiranya lepas dari masa tersebut kenalah cartar bot dengan bayaran RM300 sekali perjalanan.Perlu di ingat bahawa kena datang awal ke bot dalam 30min lebih awal kerana bot sentiasa penuh..kalau lewat duduk atas bumbung lah jawabnya.
SK Bayang mempunyai staff guru seramai 13 orang termasuk Guru Besar...Staff bukan guru seramai 6 orang.Sk Bayang merupakan sekolah berasrama yang di huni seramai 52 orang pelajar asrama.
Penduduk dan pelajar hampir 100% berbangsa iban.Terdapat 9 buah rumah panjang di sekitar kawasan sekolah..guru dan pelajar menggunakan air hujan sebagai sumber air utama untuk keperluan harian.
Bekalan elektrik menggunakan generator hampir 24jam dan tidak sepenuhnya kerana perlu menjimatkan minyak diesel.Rumah guru tidak mencukupi kerana semua guru yang sudah berkahwin perlu meninggalkan anak isteri dan suami kerana rumah guru agak terhad.guru perlu berkongsi sebuah rumah untuk 3 orang guru.

Kepada guru-guru yang hendak berpindah ke sini boleh lh cuba untuk memohon..or hubungi saya di 0198384492 (cikgu Faizal)untuk pertanyaan..

ads