ads

Sabtu, 2 Februari 2013

11 di subis sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Perpaduan <b>di Sarawak</b> Memang Kelas!!! ~ Sibuti Selamanya™

Posted: 31 Jan 2013 08:20 AM PST

Semangat perpaduan yang jelas dapat dilihat ketika menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad di Miri.  Inilah tali persaudaraan yang sangat dituntut untuk hormat-menghormati dan hidup dalam rukun damai.
Perpaduan di Sarawak terbaik

by Steve Annuar.Utusan Borneo

MIRI: Semangat perpaduan kaum yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak adalah yang terbaik dan harus dijadikan contoh dan teladan oleh semua rakyat di Malaysia.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg amat berbangga dengan keupayaan rakyat Sarawak dan mahu amalan berkenaan terus dihidupkan.

"Kita berharap perpaduan yang ada di Sarawak akan memberi satu keinsafan kepada mereka yang mahu memecahbelahkan masyarakat," tegasnya ketika merasmikan perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri di Dewan Suarah Miri semalam.

Abang Johari turut menyeru umat Islam di negara ini agar mengukuhkan tali persaudaraan sesama mereka selain bekerjasama dengan kaum lain dalam membentuk sebuah negara yang aman, damai, makmur, selesa dan maju.

Mengulas tentang sambutan Maulidur Rasul, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan memberitahu, keperibadian dan corak pentadbiran Rasulullah SAW adalah dua aspek utama yang harus dibanggakan dan dicontohi oleh umat Islam.

Pendekatan wasatiyyah atau jalan tengah yang dipelopori oleh Rasulullah membenarkan Islam diterima di Madinah oleh semua pihak tanpa mengira kaum, suku kaum dan kabilah.

Corak pentadbiran Rasulullah berjaya menegakkan kesatuan ummah dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di Madinah selepas penghijrahan dari Mekah ke Madinah.

"Saya percaya kita (kerajaan) boleh menggunakan dasar berkenaan dengan adanya ilmu dan semangat toleransi yang tinggi (di kalangan rakyat).

"Kerajaan boleh mencapai banyak kemajuan dengan mengamalkan dasar yang dipelopori oleh Rasulullah SAW," jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Residen merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Abdul Aziz Mohd Yusuf memberitahu, sebanyak 98 kontinjen melibatkan lebih 7,000 umat Islam di sini menjayakan perarakan semalam.

Peserta terdiri daripada pelajar, kakitangan kerajaan dan swasta, ahli persatuan, kelab, serta penduduk kampung yang mewakili masjid dan surau di sini.

Beliau memberitahu, pelbagai program keagamaan berupa ceramah dan pertandingan dianjurkan di masjid dan surau bertujuan meningkatkan pemahaman dan kepentingan sambutan Maulidur Rasul.

Turut menyertai perarakan ialah Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Kanak-kanak, Keluarga dan Masyarakat, Rosey Yunus, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Sylvester Entri Muran, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Ripin Lamat, Datuk Bandar Lawrence Lai, Residen Miri Antonio Kahti Galis, Temenggung Abdul Rahman Fadzil dan Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Sebastian Ting.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved