ads

Sabtu, 2 Februari 2013

11 di daro sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Taman Eko Burung Walit <b>di Daro</b> - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 24 Apr 2012 09:17 PM PDT

Peta menunjukan kawasan yang akan dibangunkan projek ternakan walit di Daerah Daro.

DARO: Pihak  Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES) telah mengenal pasti tanah seluas 63 ekar di sepanjang jalan pesisir Daro bersempadan dengan Batang Lassa  untuk projek ternakan burung walit dan eko-taman.

Justeru itu PPES berhasrat untuk menyedia satu model bagi eko-taman
ternakan burung walit yang terurus dan dibangunkan dengan teratur.

Taman itu akan berfungsi sebagai pembangunan sesuai yang terkawal
serta secara ad hoc, dan sebanyak 37 unit rumah burung walit telah dicadang untuk dibina dalam dua fasa di taman tersebut.

Fasa I dan II projek masing-masing  akan mempunyai 17 unit dan 20 unit, dengan setiap rumah burung walit akan dilengkapi dengan satu lesen untuk pemilikan struktur bangunan, dan satu lesen untuk ternakan hidupan liar komersial.

Menurut jurucakap projek,  PPES juga telah mengambil perunding berpengelaman  bagi memastikan burung walit menginap di dalam bangunan yang disediakan dengan rekabentuk 3-dalam-1 dan sistem suara, di samping memberi nasihat asas dan latihan kepada pemilik.

Dengan adanya projek itu kelak, Daro akan menjadi daerah pertama di bahagian ini yang mempunyai taman burung walit yang sedemikian lengkap namun pada hakikatnya rumah perternakan burung walit   kelihatan bertaburan di mana-mana terutama sekali di sepanjang jalan persisir di bahagian ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved