ads

Sabtu, 2 Februari 2013

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Suspek curi kereta Triton ditahan, Pajero hilang berjaya ditemui <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 03:05 PM PST

Posted on January 15, 2013, Tuesday

KERETA CURI: Pajero ini merupakan salah satu daripada dua kereta pacuan empat roda yang dicuri di bandar raya Kuching namun ditemui semula di Sibu minggu lepas.

KUCHING: Seorang lelaki ditahan setelah disyaki terlibat dalam kes mencuri kereta jenis Mitsubishi Triton di sebuah stesen minyak di Matang Jaya, di sini minggu lepas.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditangkap di Sibu beberapa hari lepas.

Menurut sumber polis, kereta curi yang ditukar kepada nombor pendaftaran palsu itu dikesan setelah suspek terlibat dalam sebuah kemalangan membabitkan sebuah kereta mewah.

Triton tersebut dicuri daripada seorang kerani ketika mangsa keluar untuk membuat pembayaran di stesen minyak.

Selain itu, polis turut berjaya menemui semula Mitsubishi Pajero yang dilarikan di Jalan Main Bazaar hujung tahun lepas, juga di bandar Sibu.

Insiden itu merupakan detik cemas bagi seorang wanita berusia 42 tahun memandangkan dia berada di tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut ketika kereta tersebut dilarikan.

Wanita berkenaan yang nekad menyelamatkan diri dengan terjun walaupun kenderaan dipandu penjenayah bergerak laju, dia dilaporkan mengalami kecederaan ringan sahaja.

Kedua-dua pacuan empat roda tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuching dan siasatan masih dijalankan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved