Sabtu, 9 Mac 2013

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


Sesi Dialog <b>di</b> Kampung Stungkor <b>Lundu</b> | Urusetia Saudara Kita <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 05:29 PM PDT

Sesi Dialog di Kampung Stungkor Lundu

May 14, 2012 by in Aktiviti / 0 Comments

Pada 13 Mei 2012 yang lalu pihak Urusetia Saudara Kita telah mengadakan sesi dialog bersama saudara-saudara baru di Kampung Stungkor Lundu untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan ummah di sana. Dalam sesi yang sama saudara baru juga menerima sedikit sumbangan berupa keperluan harian dan buku-buku agama.

Pihak USK dan penduduk Kampung Stungkor bergotong-royong menyediakan jamuan.

Did you like this? Share it:

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Pindahkan tapak pelupusan sampah | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 05:21 PM PST

MIRI: "Kami tidak mahu digelar sebagai penduduk sampah," keluh Sabak Isa tentang projek pelupusan sampah di Bekenu, di sini.

Menemui pemberita di sini semalam, Sabak, 65, meminta kerajaan segera memind­ahkan tapak pelupusan itu ke lokasi lain agar masalah bau dan pencemaran sungai dapat diatasi.

Berasal dari Kampung Keluru Jaya Sibuti, Sabak mendakwa masalah berk­enaan semakin serius sejak lima tahun lalu setelah long­gokan sampah harian dika­takan tidak diuruskan dengan sempurna.

"Setiap kali hujan lebat, air sampah ini mengalir ke sungai dan membawa bersama bau busuk," katanya sambil memberitahu bahawa sungai berbau busuk seperti Sungai Kejapil, Buaya, Keluru dan Maritam.

Sabak tidak mahu pence­maran bau dari projek itu akan memberi imej negatif terhadap cara hidup mereka di mata masyarakat lain, kerana mendiami kawasan berdeka­tan sampah sarap.

Beliau memberitahu, kam­pung paling terjejas ialah Kampung Subak yang terletak berhampiran pusat berkenaan termasuk beberapa kampung lain seperti Kampung Keluru Jaya, Satap, Keluru Tengah, Kejapil, Sepurau, Opak dan Beraya.

"Harapan kami agar kera­jaan akan meneliti permasala­han dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah terbabit," jelasnya.

Masalah itu katanya, turut mendapat perhatian wakil-wakil rakyat serta Datuk Bandar Miri Lawrence Lai yang hadir menemui pen­duduk dan mengunjungi pusat berkenaan.

Menurutnya, aduan juga telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Januari lalu.

Dalam pada itu, pusat berk­enaan yang beroperasi sejak 2003 menguruskan sampah dari kawasan di bawah tad­biran Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Daerah Subis (MDS) dan Bakong dengan purata sampah sebanyak 75 tan metrik sehari.

Kerajaan telah membina sebuah sel pelupusan sanitari yang baharu di tapak pelupu­san sisa pepejal di Kampung Subak, Bekenu bernilai RM24 juta dan siap pada penghujung Disember lalu untuk menam­pung tiga sel pelupusan yang hampir penuh.

Pembinaan sel keempat itu mampu menampung bilangan sampah sebanyak 200 tan metrik sehari dalam tempoh lima tahun.

Ia memiliki teknologi efis­ien seperti aplikasi sel pelu­pusan sanitari, kemudahan pengumpulan larut resapan atau air sampah (leachate) dan loji rawatan air sampah.

Teknologi ini diharap da­pat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Subak dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini mengadu bau busuk, lalat, air sampah yang masuk ke Sungai Nibong serta tumpahan air sampah di kawasan kampung mereka.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


BN <b>Lubok Antu</b> tingkatkan persiapan hadapi PRU13 | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 05:10 PM PST

LUBOK ANTU: Barisan Nasional (BN) Parlimen Lubok Antu akan meningkatkan per-siapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Bendahari Parti Rakyat Sarawak (PRS) Baha-gian Batang Ai Kaunselor Enteri Balai, semua parti komponen BN di kawasan Parlimen ini sudah mengenal pasti kempen yang sesuai untuk mendekati pengundi dan ia akan diperkemaskan lagi.

"Kami yakin tiada masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu kerana ia merupakan kubu kuat BN," katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui sebaik sahaja selesai menu-buhkan jawantankuasa Pilihan Raya Lubok Antu yang dike-tuai Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak, di sini baru-baru ini.

Enteri berkata,  mereka tidak gentar untuk berdepan dengan mana-mana calon parti pembangkang atau bebas yang ingin turut ser-ta bertanding di Parlimen Lubok Antu nanti.

"Kami sudah bersedia berhadapan dengan sama ada Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng atau Nicholas Bawin Angat daripada Parti Keadilan Rak-yat (PKR) nanti," katanya.

Menurutnya, empat parti komponen BN di Parlimen Lubok Antu sebulat suara akan menyokong calon BN William Nyalau Badak pada PRU nanti.

"Kami akan berjuang habis-habisan kali ini untuk memastikan Nyalau yang mewakili BN dan juga anak tempatan Lubok Antu terus kekal menjadi wakil rakyat kami.

"Kami tidak memerlukan Larry yang berasal dari Kapit itu menjadi wakil rakyat  kami sekiranya niatnya hendak bertanding di Lubok Antu akan menjadi kenyataan kelak," katanya.

Sehubungan itu untuk me-mastikan Lubok Antu terus kekal milik bangsa sendiri maka mereka bertekad akan berjuang habis-habisan untuk memastikan Parlimen Lubok Antu terus kekal milik BN.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Rumah panjang Kampung Senah Rayang dijadikan <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 25 Nov 2012 03:44 PM PST

INAP DESA CONTOH: Dawos menyampaikan hadiah kepada Penyelaras Inap Desa Kampung Darul Islam Belimbing Raie Omar sambil disaksikan Michael (kanan), Lo (dua kanan) dan Dr Zaeidi (kiri).

KUCHING: Rumah panjang Kampung Senah Rayang yang dihubungkan menggunakan Jalan Link, Padawan dekat sini akan dijadikan sebuah lagi kawasan tarikan pelancongan di daerah Padawan khasnya dan Sarawak amnya iaitu menerusi konsep inap desa (homestay).

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata pemilihan rumah panjang kaum Bidayuh itu dibuat kerana potensinya sebagai kawasan ekopelancongan dan biopelancongan.

"Rumah panjangnya masih asli, maka tarikannya akan lebih tinggi berbanding rumah panjang di tempat-tempat lain.

"15 buah rumah telah dinilai dengan 13 buah didapati sesuai dan akan diluluskan oleh kementerian sebagai homestay," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Padawan Homestay 2012 anjuran bersama Majlis Perbandaran Padawan, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Sarawak di Kampung Darul Islam Belimbing, dekat sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang, Timbalan Pengerusi MPP Mohd Hashim Yap, Setiausaha MPP Michael Saweng dan Pengerusi Penganjur Pertandingan Padawan Homestay 2012 Dr Zaeidi Suhaili.

Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong menjelaskan bahawa kelulusan untuk menjadikan rumah panjang tersebut sebagai inap desa dijangka akan diberi dalam tempoh sebulan akan datang.

"Esok (hari ini) pegawai daripada pejabat Kementerian Pelancongan akan pergi ke situ untuk mengadakan kursus pemasaran homestay kepada penduduk terlibat supaya mereka akan lebih tahu bagaimana menguruskan homestay.

"Apabila rumah panjang ini dijadikan homestay nanti, ia akan menambah bilangan homestay di Sarawak kepada 29 buah," katanya.

Menurut Dawos, selain keunikan warisan, budaya dan keaslian rumah panjang, Kampung Senah Rayang turut mempunyai tarikan dari segi alam semula jadi seperti air terjun, gunung-ganang dan hutan.

"Kampung ini sudah berusia ratusan tahun dan begitu juga dengan rumah panjang mereka… itulah kebaikan kampung ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata beliau telah mempromosikan tentang rumah panjang tersebut di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu walaupun ia belum dijadikan inap desa.

Ini kerana, katanya apabila ia sudah menjadi inap desa, maka akan lebih ramai pengunjung dijangka melawat ke situ.

Dalam pada itu, Dawos berkata beliau juga mahu terus menambahkan lagi bilangan pengusaha inap desa di daerah Padawan.

"Saya cadangkan penduduk-penduduk kampung untuk membuat permohonan bagi mendaftar homestay kerana di daerah kecil ini kebaikannya ialah ia berhampiran Kuching iaitu kira-kira 50 minit perjalanan, 70 peratus kawasannya adalah terdiri daripada hutan rimba, terdapat 242 gua di sekitarnya dan keindahan kawasan pergunungan serta sungainya.

"Kawasan sebeginilah yang digemari pelancong untuk dilawati kerana mereka lebih mahu terlibat dalam aktiviti ekopelancongan dan biopelancongan," katanya.

Menurut Dawos, setakat ini terdapat tiga inap desa berdaftar di kawasan Padawan iaitu di Kampung Benuk, Anah Rais dan Kampung Darul Islam Belimbing.

Sementara itu Pertandingan Padawan Homestay 2012 dimenangi oleh inap desa Kampung Darul Islam Belimbing.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kampung Inap Desa dan Individu Inap Desa.

Bagi kategori Kampung Inap Desa, hadiah pertama ialah berupa wang tunai RM1,000, piala dan sijil manakala tempat kedua ialah RM500, piala dan sijil.

Sementara, hadiah pertama, kedua dan ketiga bagi kategori Individu Inap Desa ialah RM500, RM300, RM200, piala dan sijil.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Jumaat, 8 Mac 2013

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


AR RISALAH الــرســالـة: Nasrudin &#39;berjakuk&#39; Iban <b>di</b> Kota <b>Samarahan</b>

Posted: 03 Mar 2013 03:06 AM PST


Tetamu lain juga tergelak mendengar Nasrudin 'berjakuk' Iban

KOTA SAMARAHAN: Satu lagi sejarah telah tercipta semasa lawatan kerja Ketua Dewa Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasruddin Hassan ke Sarawak malam tadi apabila menyampaikan ucapan dalam bahasa Iban.

Perkara ini ternyata mengejutkan hadirin yang hadir termasuk barisan pimpinan PAS yang menyertai majlis itu.

Di dalam ucapan itu beliau menegaskan bahawa arus perubahan telah berlaku di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak.
Rakyat sudah mula muak dengan berita berat sebelah yang disiarkan di media arus perdana.

Beliau mengajak rakyat Sarawak agar bersatu hati memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada PRU yang ke 13 nanti.

"PAS udah dikerembai bak menua Sarawak ari taun  1996. PAS tuk sitik parti politik enggau dakwah untuk semua rakyat. Maya ke bepilih kunsil negeri Sarawak 2001 mula pertama kali PAS bertanding di menua Sarawak. Mayanyak walaupun baru pertama bertanding enda nyau ilang duit deposit."

(Yang bermaksud PAS melebarkan sayapnya di Sarawak pada tahun 1996. PAS adalah sebuah parti politik dan dakwah untuk semua rakyat. Pilihanraya negeri sarawak pada tahun 2001 merupakan titik tolak dan langkah pertama Pas terlibat di dalam pilihanraya di Sarawak. Walaupun pertama kali bertanding di Sarawak, PAS tidak hilang duit deposit)

Ratusan masyarakat setempat hadir memeriahkan Program Pentas Anak Muda malam tadi.

Turut menyampaikan ucapan Abang Ahmad Kardee dan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohamad Arifiriazul Paijo.

Ucapan kedua-dua anak Sarawak yang menggunakan bahasa Melayu Sarawak ini menarik perhatian masyarakat yang hadir malam tadi.

Respon daripada hadirin jelas menunjukkan keyakinan mereka terhadap kepimpinan Pemuda PAS Sarawak yang terdiri daripada anak tempatan.

Selain ucapan, Program Pentas Anak Muda Sayang Sarawak ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Mel Wings yang dijemput khas PAS Kota Samarahan.

Program yang berlangsung di hadapan perkarangan Pejabat PAS Kota Samarahan ini menyaksikan perasmian kata laungan semangat PAS Sarawak, "Mansang Ngelaban" yang bermaksud mara berjuang.

"Mansang Ngelaban"!!!

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


HFMD <b>di</b> S&#39;wak membimbangkan, kitarannya kini <b>...</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 07 Mar 2013 03:26 PM PST

KUCHING: Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kini menjadi kebimbangan di negeri ini kerana wabak kali ini adalah lebih awal daripada kitarannya iaitu setiap dua tahun.

Menurut Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil, wabak terakhir ialah pada 2011 dan menjangkau sehingga 2012 tetapi kini ia sudah mencapai tahap membimbangkan.

"Kawasan panas ialah di Sarikei, Sibu dan Miri dengan di Sibu dan Miri adalah me-ningkat sekarang. Saya setakat ini belum mendapat angka terbaharu tetapi ia memang meningkat," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan penyerahan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 679 penerima di daerah Padawan, di Pejabat Daerah Kecil Padawan, dekat sini.

Bagi Kuching, Dr Jerip berkata ia ada merekodkan kes tetapi belum mencapai tahap wabak lagi.

"Angkanya belum mencapai 317 kes berbanding Sibu dan Miri di mana ia sudah mencapai tahap wabak kerana melebihi 317 kes," katanya.

Justeru, ADUN Bengoh itu menjelaskan pemantauan sedang dilakukan sekarang iaitu melibatkan semua tadika.

"Pasukan pengawasan kami akan ke semua tadika swasta dan tadika di sekolah," kata-nya.

Menjelaskan puncanya, Dr Jerip berkata ia kemungkinan disebabkan kekerapan perjalanan terutama semasa perayaan serta musim hujan dan buah-buahan.

Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa khususnya anak mereka yang dijangkiti HFMD agar tidak membe-narkan mereka keluar rumah sekurang-kurangnya selama seminggu.

Tambah beliau, tadika juga perlu ditutup selama seminggu jika mereka mempunyai kes HFMD atau terdapat simptom penyakit bagi melindungi pelajar lain.

"Saya mahu orang ramai tahu bahawa kita mempu-nyai potensi wabak di seluruh Sarawak.

"Semua orang perlu sedar tentang situasi ini agar ia tidak menjadi membimbangkan.

"Apabila ini berlaku, semua orang mesti memberi perhatian dengan penjaga keber-sihan sendiri," katanya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

SUPP Bengoh all out to bring victory to BN in Mambong - my <b>Sarawak</b>

Posted: 07 Mar 2013 10:54 AM PST

BN CARES: Dr Jerip (right) presenting the BR1M vouchers to one of the village chiefs.

BN CARES: Dr Jerip (right) presenting the BR1M vouchers to one of the village chiefs.

KUCHING: Sarawak United People's Party (SUPP) Bengoh branch will ensure that Barisan Nasional (BN) retain Mambong parliamentary seat in the coming general election.

For that reason, the party will particularly mobilise young party members to help the BN candidate.

According to the party's branch chairman Dr Jerip Susil, although the party had yet to meet with other BN component parties in the area, the party was now moving around.

"When we talk about the election, we (SUPP) will help and I can tell you now that our (SUPP) election machinery is already moving on the ground.

"And what we are doing is to promote and strengthen BN for the parliamentary election," Dr Jerip told reporters yesterday, after presenting 1Malaysia People's Aid (BR1M) 2.0 at Padawan sub-district office, about 40 kilometres from here along Jalan Puncak Borneo.

Dr Jerip, who is Assistant Minister of Public Health, pointed out that the party was helping to discuss and address pertinent issues in the area.

He, however, did not go into details about the issues.

Bengoh is under Mambong seat, where incumbent Datuk Dr James Dawos, who is Deputy Tourism Minister, is widely tipped to defend the seat for BN.

In his speech, Dr Jerip said BR1M was a testimony that BN government cared for the people and those in need.

In view of this, he urged the people to reciprocate the good deeds of BN by continuing to work with and support the government.

"It is crucial for the people to work with the government to repel both internal and external threats because if we are unstable, nothing can be done by the government to develop us," he pointed out.

He explained that the government was able to give BR1M to the people after having reduced subsidies like for diesel and sugar, among others.

Some 679 eligible recipients from 10 villages in Padawan received the BR1M under the first batch.

Among those present were Padawan sub-district SAO Rangen Jamang and Cr Munded Banat, who represented Dawos.

Category: Local, Sarawak

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat <b>Negeri Sarawak di</b> Betong, 23 <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 04:01 PM PST

BETONG: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Betong pada 23 dan 24 Januari ini melibatkan penyertaan daripada kontinjen dari seluruh negeri Sarawak.

Di samping itu pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan umat Islam dan acara rasmi kerajaan negeri yang dianjurkan pada setiap tahun.

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, sambutan Maulidur Rasul adalah bagi memperingati kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai 'uswah hasanah' iaitu contoh teladan bagi semua umat Islam.

Pada masa yang sama menyampaikan ajaran Islam untuk dihayati dan dicontohi umat Islam masa kini melalui kajian dan penelitian sejarah perjuangan baginda.

"Selain itu ia juga bagi menyemarakkan kasih sayang umat Islam terhadap insan mulia ini sebagai landasan untuk memperkukuhkan perpaduan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mesyuarat akhir jawatankuasa pengelola di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri di sini semalam.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib dijangka akan menghadiri program yang bermula pada 23 Januari ini.

"Program yang akan dimulakan dengan Majlis Ceramah Agama dan Zikir Maulud bertempat di Masjid Jamek Betong akan berlangsung pada jam 5.45 petang.

"Majlis perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul akan dijalankan pada sebelah pagi iaitu bermula jam 8.00 pagi.

"Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan mengetuai perarakan yang bermula dari Kompleks Sukan Betong dan berakhir di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan sejauh 5.7 kilometer," jelasnya.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 100 kontinjen telah mengesahkan penyertaan terdiri daripada pelbagai agensi di Betong dan bahagian lain di negeri ini.

"Sebanyak 100 kontinjen akan terlibat dalam perarakan ini dan penyertaan melebihi 3,000 peserta yang bakal menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut.

"Turut disenaraikan lapan kategori yang akan dinilai dalam perarakan itu nanti iaitu kategori A (jabatan/agensi kerajaan dan badan berkanun), kategori B (firma swasta/syarikat/institusi kewangan) kategori C (masjid/surau), kategori D (persatuan/kelab/pertubuhan) kategori E (institusi pengajian tinggi/pusat kemahiran/sekolah menengah), kategori F (sekolah kebangsaan dan kategori G (kumpulan hadrah).

"Tambah menarik, pelbagai hadiah menarik berdasarkan kategori akan diberikan kepada kontinjen terbaik yang akan dinilai semasa perarakan nanti," ujarnya.

Jelasnya, pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan seperti ceramah, pertandingan membaca ayat-ayat lazim, pertandingan futsal dan sebagainya.

Justeru, beliau turut menyeru orang ramai terutama penduduk di sekitar Betong sama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul nanti.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Abang Shamsuddin Abang Seruji dan Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Khamis, 7 Mac 2013

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


update lahad datu pegawai dan anggota terkorban dalam - kelateloni

Posted: 03 Mar 2013 10:11 PM PST

JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Penduduk rumah panjang Sungai Delok tidak tunduk <b>...</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 06 Mar 2013 03:57 PM PST

LUBOK ANTU: Rakyat yang tinggal di rumah panjang sekitar Sungai Delok tidak akan tunduk dengan pelbagai tawaran yang dijanjikan Parti Pekerja Sarawak (SWP) untuk meraih soko-ngan politik.

Tuai Rumah Janggong dari Pala Taong, Nanga Delok Lubok Antu yang mewakili beberapa penduduk rumah panjang sekitar Sungai Delok berkata, mereka tidak akan tunduk kepada janji SWP seperti pemberian insurans dan Tabung Pendidikan Larry sekiranya setuju me-nyokong parti itu.

Janggong berkata janji itu hanyalah satu tawaran bagi meraih sokongan politik daripada pengundi Lubok Antu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

"Kami enggan menerima SWP. Begitu juga dengan beberapa rumah panjang sekitar kawasan Nanga Delok yang turut enggan menerima parti itu kerana kami orang Iban bukan 'daun terup' yang digunakan sesuka hati untuk tujuan judi politik mereka.

"Nampaknya SWP cuba memecahbelahkan perpaduan politik orang Iban, justeru saya menyeru orang Iban di kawasan Parlimen Lubok Antu berhati-hati dengan helah politik mereka ini," katanya di sini semalam.

Selain itu, Janggong men-dakwa SWP tidak mampu menjinakkan pengundi di kawasan Nanga Delok ke-rana Barisan Nasional (BN) menerusi Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak aktif memajukan dan membela hidup mereka selama ini.

"Ia sekali gus membukti-kan anak jati dari Lubok Antu dengan pimpinan kerajaan BN mampu memajukan penduduk di kawasan ma-sing-masing pada masa ini.

"Orang luar tidak dialu-alukan untuk menjadi wakil rakyat di sini. Ini kerana kami akan tetap menyokong Nyalau pada PRU13 nanti," katanya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Raya <b>di daro</b>,<b>sarawak</b> dan pemandangan sekitarnya | Blog <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2009 09:31 PM PDT

Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu bercuti raya di kampung isteri, banyak pulak kerja yang menanti. Beraya di sarawak ada keunikan yang tersendiri. Antara yang saya dapat perhatikan, setiap rumah wajib dengan "air gas" contohnya cola dan seumpamanya. Berbeza dengan negeri saya iaitu kelantan, kalau bab minum, ikut kemampuan tuan rumah tersebut. Ada teh O, sirap dan sebagainya.

Sekitar Pekan Daro, sarawak

 Dibawah saya kongsikan pemandangan sekitar pekan daro, sarawak. Untuk makluman, daro terletak dalam bahagian mukah. Mengambil masa lebih kurang 3 jam dari mukah melalui jalan darat dan melintasi Oya, Dalat, Igan, Matu seterusnya Daro.. Mengambil masa hampir 2 jam sekiranya menggunakan "sungai" dari sarikei menggunakan ekspress (bot macam nak g langkawi gitu).  

ikan terubok

ikan terubok

pasar basah di pekan daro
pasar basah di pekan daro
jadual perjalan ekspress
jadual perjalan ekspress

ekspress

ekspress

 Untuk menjimatkan ruang hosting cikgumizan dot com, saya telah masukan gambar aktiviti saya di free blog iaitu cikgumizan.blogspot.com 

Segala gambar akitviti akan saya letak blog tersebut.

 kuliah dan ujian 1

Di sebalik kegembiraan perayaan, bagi pelajar semester dua dan keatas, mereka terpaksa pulang ke politeknik (pks) bagi meneruskan kelas dan kuliah mereka. Bagi pelajar yang mengambil kursus matematik 2, mereka pula akan berhadapan dengan ujian 1 kursus tersebut yang akan dijalankan pada 9 Oktober 2009.

Kepada pelajar umumnya yang mengambil kursus ini, di harap dapat melupakan sekejap kuih raya atau ada juga jenis yang tak leh berpisah dengan keluarga, harap dapat lupakan sekejap kesedihan berjauhan dengan mereka. Tumpukan pada ujian yang akan dijalankan kerana majoritinya ( tanpa kajian khusus) kursus ini adalah "killer subject" bagi pelajar yang mengambil matematik 2 mana-mana politeknik.

Kepada pelajar saya khususnya, belajar lah rajin-rajin, pastikan lulus walaupun tidak cemerlang. Kepada yang "ulang kursus" ini, lebihkan usaha dan rajin-rajinlah buat latihan. Sekiraya bermasalah, tanya lah pada yang tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 6 Mac 2013

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Lelaki hilang memancing dipercayai disambar buaya <b>di</b> Benggang <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2013 10:36 PM PST

BETONG: Seorang lelaki dari Rh. George Girrie, Benggang yang hanya dikenali Jerry, 36, dikhuatiri menjadi mangsa serangan buaya apabila tidak pulang ke rumah sejak malam tadi.

Mangsa bersama seorang rakan pergi memancing di sungai berdekatan rumah mereka sekitar jam 4 petang semalam.

Menyedari mangsa tidak pulang, keluarganya memulakan usaha mencari di kawasan sekitar.

Hanya peralatan memancing dan seliparnya sahaja ditemui.

Bapanya membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di IPD Betong pada kira-kira jam 1 malam tadi.

Gerakan mencari sekitar jam 7 pagi tadi dijalankan bersama pasukan polis, JPAM, bomba dan rela bersama penduduk kampung.

Category: Berita Tempatan, News Flash, Sarawak

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Bicara Gades Penang: JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 03:34 AM PST

Inilah Barisan Perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.4
  1. Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun, berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Allahyarhammeninggalkan seorang balu, Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan tiga (3) orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.
  2. Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas Semporna dan meninggalkan seorang balu, Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah dibawa pulang ke Kampung Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.
  3. Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun, berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah disembahyangkan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah pada jam 3.00 petang.
  4. Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporan, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah binti Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.
  5. Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor. Bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Allahyarham yang masih bujang merupakan anak ke-enam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.
  6. Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah bin Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.
PEMERGIAN PERWIRA-PERWIRA NEGARA INI AKAN DIKENANG OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA. 
JASAMU, BAKTIMU, PENGORBANANMU AKAN TEGUH DI SANUBARI RAKAN SEPERJUANGAN DAN MENJADI AZIMAT UNTUK TERUS BERBAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Kadar jenayah <b>di</b> Kota <b>Samarahan</b> masih terkawal | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 04:23 PM PST

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Law Hong Soon mengesahkan kadar jenayah di Kota Samarahan masih berada dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, usaha pencegahan di bandar itu diarah dipertingkatkan bagi membanteras kegiatan jenayah kerap seperti kes curi motosikal, pecah rumah, curi dan masalah sosial daripada terus meningkat.

Justeru beliau mahu strategi dengan lebih interaksi, ceramah, penglibatan persatuan setempat dan sukarela perlu dipergiat bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan terbabit.

"Trend jenayah sekarang kian meningkat dan saya rasa anggota perlu tumpukan perhatian bagi mengurangkan kadaran jenayah dan saya mempunyai harapan yang tinggi atau strategi pencegahan jenayah agar diteruskan dan ditingkatkan bagi mengurangkan kadar jenayah seperti curi motosikal, curi kereta, pecah rumah dan curi.

"Ini merupakan empat kategori jenayah yang sedang meningkat dan saya percaya di bandar kadar ini boleh turun dengan kerjasama anda semua bagi ketenteraman masayarakat.

"Begitu juga halnya dengan masalah sosial di kalangan penuntut universiti lebih kepada pergaulan bebas dengan penyalahgunaan dadah," katanya ketika berucap pada Majlis Serah dan Terima Tugas ASP Mohd Ibrahim Jamaludin kepada Ketua Pegawai Daerah (KPD) Kota Samarahan yang baharu DSP Lee Chong Chern semalam.

Law turut menaruh harapan tinggi keanggotaan seramai 208 orang di IPD Kota Samarahan dapat melaksanakan segala tugas yang telah ditetapkan di bawah pimpinan Lee.

Beliau sebelum itu menyeru agar warga anggota IPD Kota Samarahan menambah ilmu ilmiah daripada aspek perundangan dan kehakiman yakni disiplin yang sentiasa diperhatikan masyarakat umum.

"Ia merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh anggota untuk berurusan dengan masyarakat berpendidikan.

"Bila saya sebutkan mereka ini, mereka adalah golongan bijak yang akan memasukkan benda-benda di dalam Internet dan blog dan satu dunia yang membaca kerana sekarang ini era dunia tanpa sempadan," katanya semalam.

Pemilik motosikal juga dinasihati memberi kerjasama agar tidak meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat yang sunyi.

Lee sebelum ini merupakan seorang pegawai tatatertib di IPK.

Beliau merupakan anggota yang digeruni dan berpengalaman luas dalam setiap aspek pemerintahan sebelum mengambil alih tugas daripada Ibrahim yang telah menyandang tugas tersebut selama 135 hari selepas KPD IPD Kota Samarahan DSP Allahyarham Abdul Rahman Rahmat meninggal dunia baru-baru ini.

KPD BAHARU: Ibrahim (kanan) bertukar perjanjian serah tugas dengan Lee (kiri) sambil disaksikan Law di pejabatnya di Kota Samarahan semalam.

KPD BAHARU: Ibrahim (kanan) bertukar perjanjian serah tugas dengan Lee (kiri) sambil disaksikan Law di pejabatnya di Kota Samarahan semalam.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Tun Salahuddin adakan kunjungan TBC <b>di Miri</b> | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 04:08 PM PST

SELAMAT TAHUN BAHARU: Tun Salahuddin dan isteri menyaksikan tarian singa yang menyambut ketibaan mereka di Hotel Mega, bersama pemilik hotel, Datuk Ting Ong Hua (di sebelah kanan Tun).

SELAMAT TAHUN BAHARU: Tun Salahuddin dan isteri menyaksikan tarian singa yang menyambut ketibaan mereka di Hotel Mega, bersama pemilik hotel, Datuk Ting Ong Hua (di sebelah kanan Tun).

YANG di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah tiba di Miri semalam, untuk lawatan selama dua hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Bagi membuka tirai lawatannya di sini semalam, Tun dan rombongannya meraikan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Datuk Ting Ong Hua di Hotel Mega.

Turut serta mengiringi Tun dan isteri ialah Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) Julaihi Narawi, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat dan ahli perniagaan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Datuk Yusof Sani Wahab.

Tun Salahuddin dan rombongannya kemudian meneruskan lawatan ke kediaman ahli perniagaan terkemuka yang juga pengasas Kumpulan Samling Tan Sri Yaw Teck Seng.

Rombongan tersebut kemudiannya meneruskan lawatan TBC ke kediaman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, diikuti dengan dua lagi tokoh korporat di sini, Tan Sri Jimmy Lau serta Tan Sri Ling Chiong Ho.

Tun Salahuddin dan isteri turut menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Persatuanpersatuan Bersekutu Cina Cawangan Miri di sebuah hotel terkemuka Miri malam kelmarin.

Turut hadir pada majlis yang sama ialah Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Tun dan isteri akan meneruskan lagi kunjungan TBC hari ke kediaman rakan-rakan dan ketua-ketua masyarakat.

PERPADUAN: Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah memotong kek TBC bersama Chin (tiga kiri) dan isteri (tiga kanan) sambil disaksikan tetamu kehormat lain di kediaman Chin.

PERPADUAN: Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah memotong kek TBC bersama Chin (tiga kiri)
dan isteri (tiga kanan) sambil disaksikan tetamu kehormat lain di kediaman Chin.

BERBUAL MESRA: Chin dan Tun Salahuddin berbual mesra sempena kunjungan Tun dan isteri ke kediaman mereka di Luak. Turut kelihatan isteri Chin, Datin Ruby Chin.

BERBUAL MESRA: Chin dan Tun Salahuddin berbual mesra sempena kunjungan Tun dan isteri ke kediaman mereka di Luak. Turut kelihatan isteri Chin, Datin Ruby Chin.

UCAP SELAMAT: Tun Salahuddin memberi ucap selamat kepada Yaw (empat kiri) dan isteri beliau (sebelah Toh Puan Norkiah) selepas acara memotong kek TBC bersama Toh Puan Norkiah.

UCAP SELAMAT: Tun Salahuddin memberi ucap selamat kepada Yaw (empat kiri) dan isteri beliau (sebelah Toh Puan Norkiah) selepas acara memotong kek TBC bersama Toh Puan Norkiah.

DEMI KEMAKMURAN: Tun Salahuddin dan isteri serta Ting (empat kiri) bersama-sama tetamu menggaul 'Yee Sang' sebagai mengalualukan ketibaan tahun baharu dengan kemakmuran.

DEMI KEMAKMURAN: Tun Salahuddin dan isteri serta Ting (empat kiri) bersama-sama tetamu menggaul 'Yee Sang' sebagai mengalualukan ketibaan tahun baharu dengan kemakmuran.

SIMBOLIK TAHUN BAHARU CINA: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah menggaul 'Yee Sang' bersama Penasihat Global Upline Sdn Bhd Tan Sri Ting Pek Khiing sekeluarga sempena kunjungan ke rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Ting Pek Khing di kediamannya di Kuching, kelmarin. —Gambar Mohd Rais Sanusi

SIMBOLIK TAHUN BAHARU CINA: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah menggaul 'Yee Sang' bersama Penasihat Global Upline Sdn Bhd Tan Sri Ting Pek Khiing sekeluarga sempena kunjungan ke rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Ting Pek Khing di kediamannya di Kuching, kelmarin. —Gambar Mohd Rais Sanusi

Category: Berita Tempatan, Sarawak

ads