11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search |
Penduduk rumah panjang Sungai Delok tidak tunduk <b>...</b> - my <b>Sarawak</b> Posted: 06 Mar 2013 03:57 PM PST LUBOK ANTU: Rakyat yang tinggal di rumah panjang sekitar Sungai Delok tidak akan tunduk dengan pelbagai tawaran yang dijanjikan Parti Pekerja Sarawak (SWP) untuk meraih soko-ngan politik. Tuai Rumah Janggong dari Pala Taong, Nanga Delok Lubok Antu yang mewakili beberapa penduduk rumah panjang sekitar Sungai Delok berkata, mereka tidak akan tunduk kepada janji SWP seperti pemberian insurans dan Tabung Pendidikan Larry sekiranya setuju me-nyokong parti itu. Janggong berkata janji itu hanyalah satu tawaran bagi meraih sokongan politik daripada pengundi Lubok Antu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. "Kami enggan menerima SWP. Begitu juga dengan beberapa rumah panjang sekitar kawasan Nanga Delok yang turut enggan menerima parti itu kerana kami orang Iban bukan 'daun terup' yang digunakan sesuka hati untuk tujuan judi politik mereka. "Nampaknya SWP cuba memecahbelahkan perpaduan politik orang Iban, justeru saya menyeru orang Iban di kawasan Parlimen Lubok Antu berhati-hati dengan helah politik mereka ini," katanya di sini semalam. Selain itu, Janggong men-dakwa SWP tidak mampu menjinakkan pengundi di kawasan Nanga Delok ke-rana Barisan Nasional (BN) menerusi Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak aktif memajukan dan membela hidup mereka selama ini. "Ia sekali gus membukti-kan anak jati dari Lubok Antu dengan pimpinan kerajaan BN mampu memajukan penduduk di kawasan ma-sing-masing pada masa ini. "Orang luar tidak dialu-alukan untuk menjadi wakil rakyat di sini. Ini kerana kami akan tetap menyokong Nyalau pada PRU13 nanti," katanya. Category: Berita Tempatan, Sarawak |
You are subscribed to email updates from di lubok antu sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan