ads

Sabtu, 17 Mei 2014

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


AeU tubuh pusat pembelajaran <b>di Sibu</b> - The Borneo Post Online

Posted: 06 May 2014 06:24 PM PDT

Oleh Reno Benjamin

SIBU: University e Asia (AeU) akan menubuhkan pusat pembelajarannya di No. 3 dan 5, Tingkat 2, Lorong Chew Siik Hiong 1 di sini pada minggu kedua bulan depan dengan kerjasama Global Pacific Degree (Sarawak) Sdn Bhd (Global Pacific).

Pengarah Urusan Global Pacific Y.K. Tiong berkata, ini akan menjadi permulaan baharu dan kerjasama yang menyeronokkan dalam menubuhkan pusat pembelajaran AeU di Sibu.

"AeU adalah pembekal utama e-pembelajaran dengan pembelajaraan satu kepada satu di Malaysia.

"Dalam beberapa tahun mereka telah mencapai kedudukan yang kukuh dalam menyediakan sokongan untuk orang dewasa yang bekerja untuk memperoleh pendidikan profesional," katanya ketika berucap sempena Pameran AeU di Hotel Kingwood, baru-baru ini.

Sebagai permulaan menurut Tiong, AeU akan memperkenalkan program peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan, pendidikan awal kanak-kanak dan pengurusan perniagaan.

"Syarikat mempunyai pengalaman yang luas dalam industri pembelajaran. Kami telah melakukannya sebelum ini dan amat yakin bahawa kami akan melakukannya sekali lagi dengan jayanya.

"Kami mahu semua pelajar bersama-sama dengan kami sehingga mereka menamatkan pengajian, bukan sahaja sebagai rakan tetapi dalam membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang menawarkan pengajian tinggi," jelas Tiong.

Sementara Ketua Bahagian Perdagangan AeU Mohammad Rahimee Ibrahim dalam satu kenyataan akhbar berkata, AeU adalah sebuah universiti multinasional di Asia.

Penubuhannya adalah inisiatif Kerajaan Malaysia dengan disokong oleh 30 negara anggota Asia Cooperation Dialogue Countries (ACD). Pada masa ini ACD mempunyai 33 negara anggota.

Misinya adalah untuk bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi Asia dalam menyediakan program-program akademik dan latihan bagi memenuhi wawasan AeU.

Untuk merealisasikan visi dan misi, AeU menyasarkan secara khusus untuk menyediakan kursus yang berkualiti tinggi dalam pelbagai mata pelajaran, menyampaikan kursus menggunakan strategi dan teknologi yang sesuai dan terbukti.

AeU telah diluluskan dan disokong oleh Kerajaan Malaysia pada akhir tahun 2006.

Kabinet Malaysia bersetuju bahawa universiti berkenaan ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Akta Universiti Swasta 1996 dan akan diterajui oleh sektor swasta.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved