Sabtu, 17 Mei 2014

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Masalah tekanan air <b>di Matu</b> hampir selesai - The Borneo Post Online

Posted: 28 Apr 2014 02:50 PM PDT

by Kepu Sidi. Posted on April 29, 2014, Tuesday

Sebahagian besar kawasan nikmati kemudahan tanpa gangguan sejak tiga bulan lalu

MATU: Masalah tekanan air rendah yang membelenggu penduduk di sini hampir selesai apabila sebahagian besar kawasan terbabit menikmati kemudahan itu tanpa gangguan sejak tiga bulan lalu.

Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati rata-rata penduduk berpuas hati dan berharap keadaan itu semakin baik menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Malikin Ahmad, 30, dari Kampung Alud berkata sebelum ini mereka terpaksa bergantung kepada pam air namun kini tidak lagi.

"Tekanan air begitu kuat. Kami tidak perlu lagi guna pam. Saya boleh katakan macam mimpi," katanya.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie memberitahu bahawa kerajaan memperuntukkan sejumlah RM79 juta bagi tujuan itu.

Pelaksanaan projek bermula sejak Ogos tahun lalu itu kini berjalan lancar dan dijangka siap tidak lama lagi.

Setiausaha Politik Ketua Menteri itu berkata, kerja-kerja menaik taraf bukan hanya untuk penduduk Matu tetapi turut meliputi rumah panjang di Bruan, Nangar Besar dan Daro.

"Kami sedar, masalah tekanan air rendah menghantui penduduk Matu Daro sejak beberapa tahun lalu.

"Malah, ia sering kali menjadi rungutan rakyat. Sebagai wakil rakyat kawasan ini, saya dengar keluhan mereka dan tidak akan membiarkannya berlarutan," katanya.

Loji rawatan air yang terletak di Hulu Kampung Jemoreng berupaya membekal 10.5 juta liter sehari  (MLD).

Abu Seman berkata, projek berkenaan dimulakan setelah kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan khas mengatasi masalah bekalan air khususnya di kawasan pedalaman dan pemantuan giat dilakukan bagi memastikan projek berkenaan siap mengikut perancangan asal.

Beliau menambah, masalah gangguan bekalan air di daerah berkenaan tidak dapat dielakkan ekoran beberapa masalah yang timbul sebelum ini.

Mengenai kebersihan, Abu Seman memberi jaminan bahawa kualiti air di loji di Matu mencapai tahap yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan tidak timbul soal air keruh atau tidak terjamin kebersihannya.

Bagi rumah-rumah panjang di DUN Jemoreng pula, beliau akan berusaha memastikan bekalan air juga dapat disalurkan ke kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads