ads

Jumaat, 18 April 2014

di negeri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


PEKEMA <b>Sarawak</b> terus jalankan CSR <b>di negeri</b> ini – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2014 03:15 PM PDT

KUCHING: Seperti sebelum ini, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak akan terus menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di negeri ini, kata Presidennya Datuk Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki.

Jaminan itu dikeluarkannya pada Majlis Makan Malam Tahunan PEKEMA Sarawak yang dianjurkan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-26 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Sabtu lalu.

"Walaupun industri ini tidak menentu buat masa sekarang, PEKEMA akan terus menjalankan program CSR seperti sebelum ini.

"Kami merancang untuk membantu dan menaja 10,000 pelajar di daerah Kuching supaya mereka dapat menghadiri kelas tuisyen, ceramah serta program pendidikan lain.

"Kami juga akan memberi bantuan kepada pelajar luar bandar termasuk di daerah Simunjan, Kapit, Lundu dan beberapa daerah lain," katanya.

Sehubungan itu, Naib Presiden PEKEMA Datuk Wan Zaid Wan Abdullah berkata pihaknya akan menyokong usaha PEKEMA Sarawak dengan memperuntukkan perbelanjaan besar bagi tahun ini untuk menjalankan program CSR persatuan itu di negeri ini.

"Sebagai naib presiden, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjayakan program CSR di Sarawak.

"Kami mendapati program CSR telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan kejayaan ini memberi faedah kepada masyarakat," katanya.

Pada majlis berkenaan, PEKEMA memberi bantuan kepada dua persatuan dan ia disampaikan oleh tetamu kehormat, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Persatuan Rurun Kelabit Sarawak (Unit Pendidikan) menerima RM15,000 manakala Persatuan Powerboat Daerah Kapit menerima RM25,000.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved