Jumaat, 18 April 2014

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di betong sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2014 07:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aktivis Pendang Jr : PANAS !! RUSUHAN <b>DI BETONG SARAWAK</b> ???

Posted: 15 Dec 2013 07:52 AM PST

Polis nafi ada rusuhan di Betong

Ketua Polis Daerah Betong. Deputi Superintendan Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata keadaan dan suasana keselamatan di kawasan Betong adalah terkawal serta normal dan tiada rusuhan berlaku seperti yang disebarkan.

"Saya minta tiada lagi pihak yang cuba menyebar khabar angin kononnya ada rusuhan berlaku. Apa yang berlaku hanya andaian semata-mata," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, seorang pekerja warga Indonesia di Ladang Raja Udang, Pusa, kira-kira 300km dari sini, mati ditembak kerana menyerang polis ketika cuba ditenteramkan selepas dia mengamuk dan mencederakan rakannya.

Anggota polis dari Balai Polis Pusa tiba setengah jam selepas menerima laporan, polis cuba mengawal keadaan dan memujuk lelaki berkenaan supaya menyerah diri, bagaimanapun dia bertindak menyerang polis menyebabkan mereka terpaksa melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian dadanya.

Wan Zaizodin berkata anggota polis ditempatkan di kawasan itu untuk memantau keadaan. - Bernama

Apj : tak yah la sebar benda yang mengarut 

BLOG SARAWAK: 11 <b>di betong sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2014 07:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Sarawak</b> &#39;kuasa sukan&#39; <b>di</b> Malaysia - The Borneo Post Online

Posted: 09 Mar 2014 09:28 AM PDT

TAHNIAH: Abdillah bersalaman dengan para atlet yang terpilih mewakili MSS Betong pada kejohanan
MSS Sarawak di Kota Samarahan, April depan.

BETONG: Pengarah Pen­didikan Sarawak, Datu Ab­dillah Adam mahu pengliba­tan semua pihak dalam usaha meneruskan pembangunan sukan di negeri ini akan berkesinambungan seir­ing dengan usaha Jabatan Pendidikan Sarawak (JPS) menjadikan negeri ini kuasa sukan di Malaysia.

Katanya, meskipun beliau tidak lagi bersama menjadi peneraju JPS pada tahun ha­dapan berikutan persaraan, tetapi beliau tetap optimis untuk melihat kejayaan 17 kali MSS Sarawak menjuarai kejohanan MSS Kebangsaan akan berterusan.

"Dalam melahirkan at­let berwibawa, kita harus mempunyai misi yang dapat dijadikan fokus melonjakkan pencapaian seterusnya mela­hirkan kecemerlangan.

"Kita bukan sahaja mempu­nyai minat tetapi perlu meny­erapkan keyakinan dan teknik yang betul dalam menguasai setiap acara yang disertai," katanya pada ketika meras­mikan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Betong Ke-11 di Kompleks Sukan Betong di sini kelmarin.

Tambahnya, beliau amat berpuas hati dengan pengan­juran kejohanan yang terakhir untuk beliau terlibat sebelum persaraannya.

"Meskipun tanpa nakhoda tetapi kejohanan dapat di­jalankan dengan sempurna," katanya bangga berikutan kekosongan jawatan pengetua SMK Ulu Layar yang men­jadi pengelola kejohanan tersebut.

"Dalam pada itu, kejayaan memecahkan 14 rekod ke­johanan membuktikan ba­hawa Betong bakal menjadi kuasa sukan pada kejohanan peringkat lebih tinggi akan tercapai.

"Ini bukan perkara mus­tahil, tetapi kegigihan atlet membuktikan bahawa motto 'Segigih Semangat Rentap' bukan sekadar paparan malah sesuatu yang sebati dalam jiwa setiap atlet yang berjuang mencapai misi.

"Harapan saya untuk MSS Betong menyerlah pada kejo­hanan MSS Sarawak dengan memperbaiki dan memper­tingkat kedudukan pingat dan keputusan dan menjadi pencabar pada kejohanan yang berlangsung pada April nanti," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Betong Sapawi Mahdi berkata peny­ertaan seramai 1,508 atlet yang digabungkan melibatkan penyertaan seramai 511 atlet sekolah rendah daripada la­pan zon manakala 997 atlet sekolah menengah dari 14 sekolah menengah termasuk Kolej Vokasional dan MRSM Betong memburu misi kejuar­aan kali ini.

"Sepanjang kejohanan, at­let-atlet menunjukkan presta­si cemerlang dan bersemangat tinggi memberi saingan ke­pada rakan-rakan atlet lain.

"Ini membolehkan se­banyak 14 rekod kejohanan diperbaharui dan turut mela­hirkan atlet berpotensi untuk diketengahkan pada temasya MSS Sarawak.

"Kejayaan penganjuran ini memberi impak positif dan komitmen tinggi setiap pega­wai terlibat serta kerjasama baik menjadikan kejohanan ini berjaya dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, SMK Sara­tok dan Zon Kabong mas­ing-masing dinobatkan juara manakala SMK St Augus­tine Betong dan Zon Debak muncul naib juara. Tempat ketiga milik SMK Kalaka dan Zon Betong bagi kedua-dua kategori sekolah menengah dan rendah.

Majlis tersebut turut di­adakan penyerahan bendera kejohanan kepada sekolah yang akan menjadi pengelola pada edisi ke-12 tahun depan, SMK (BM) Saratok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads