ads

Khamis, 6 Mac 2014

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Pejabat Kesihatan Bahagian <b>Sri Aman</b> periksa kebersihan premis <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2014 03:00 PM PST

SRI AMAN; Pejabat Kesihatan (Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan) Bahagian Sri Aman telah melancarkan operasi pemeriksaan kebersihan terhadap premis makanan di daerah Sri Aman dan Lubok Antu baru-baru ini.

Jurucakapnya Sebastian Vincent Majus berkata, menerusi operasi itu 23 premis makanan telah diperiksa dengan  satu daripadanya diarahkan ditutup kerana melanggar peraturan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

"Premis makanan terbabit diarah ditutup bagi tujuan tindakan pembetulan dengan kadar segera dalam tempoh 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Operasi itu disertai Majlis Daerah Sri Aman (MDSA), Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sri Aman.

Operasi pemeriksaan kebersihan terbabit kali ini tertumpu di kawasan perhentian bas pekan Keranggas Gayau @ Lachau, R&R Temudok, Sri Aman dan pusat hentian Jelukong di Engkilili, Lubok Antu.

Menurut Sebastian, tujuan operasi itu adalah bagi memberi kesedaran kepada pengusaha premis makanan supaya mematuhi kehendak-kehendak dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Akta berkenaan memperuntukkan hal penjagaan kebersihan premis makanan bagi memastikan makanan yang disediakan oleh pengusaha berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk pengguna, nya.

"Sekiranya gagal dipatuhi maka pengusaha premis makanan boleh diambil tindakan mengikut undang- undang yang diperuntukkan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved