Khamis, 6 Mac 2014

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Gambar pemandangan malam <b>di</b> bandar <b>Sarikei Sarawak</b> - Yumida

Posted: 25 Feb 2014 06:00 PM PST

Malam tadi, sempat menikmati keindahan bandar Sarikei Sarawak di waktu malam. Mula-mula pergi makan kat medan selera. Then, ke CIMB bank, ke Maybank. Keje ambik duit then masuk balik. Pastinya bukan aku. Tu haaa, orang sebelah.
Sambil-sambil menunggu tu aku snap gambar. Berbekalkan kamera Sony model DSC-W570 yang harganya RM650.00. Ok la kan. Pakai handphone tak berapa nak clear sangat time malam. Nak pakai DSLR takde. Huhuhu… Meh tengok hasil kerja menyenapku semalam.

View malam di bandar Sarikei Sarawak


Gambar diambil menggunakan kamera Samsung Galaxy S4 sekitar jam 6.52 petang

Gambar diambil menggunakan kamera Sony sekitar jam 9.00 malam
Nanas - arca bandar Sarikei









Alhamdulillah. Seronok jenjalan ke tempat orang. Melihat pembangunan, kelainan daripada tempat sendiri. Mission accomplished! Sekarang dah nak balik dah. Bye bye Sarikei.

Jumlah kes denggi <b>di Sarawak</b> menurun kecuali Sibu, <b>Sarikei</b> <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2013 09:00 AM PST

KUCHING: Jumlah kes denggi di Sarawak dilaporkan menurun di kebanyakan tempat kecuali Sibu dan Sarikei yang masih mencatatkan peningkatan.

Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata, berdasarkan statistik semasa sebanyak 26 kes dicatatkan pada minggu ke-48, manakala 32 kes bagi minggu 47.

Bagaimanapun, menurutnya, untuk mengatasi jangkitan wabak itu, masyarakat perlu kembali kepada pendekatan mencegah secara asas termasuk penjagaan kesihatan diri dan persekitaran kediaman.

"Situasi denggi di kebanyakan tempat di negeri ini menurun kecuali Sibu dan Sarikei.

"Saya berharap orang ramai dapat mengamalkan pencegahan asas termasuk membersihkan kawasan kediaman masing-masing terutama takungan air," katanya ketika diminta mengulas situasi terkini denggi di Sarawak, semalam.

Pada masa sama, Dr Jerip menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengambil pelbagai pendekatan untuk mengekang penularan wabak itu.

"PBT perlu guna pelbagai cara untuk mengekang wabak ini termasuk kerap melakukan pembersihan takungan air yang menjadi lokasi nyamuk aedes membiak," ujarnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Dato Sri Wong Soon Koh pada persidangan Dewan Undangan Negeri (ADUN) bulan lepas memberitahu, sejumlah 1,145 kes dicatatkan dari Januari hingga November, berbanding 1,217 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sebanyak 72,512 premis turut diperiksa sehingga Oktober tahun ini, manakala 170 kompaun dan 459 amaran di-keluarkan kepada isi rumah yang didapati mempunyai tempat pembiakan nyamuk aedes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads