Ahad, 9 Februari 2014

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Dua pelajar antara tujuh ditahan kerana pecah rumah <b>di Limbang</b> <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2014 02:58 PM PST

LIMBANG: Polis berjaya memberkas dua pelajar sekolah menengah dan lima individu lain yang dipercayai bergiat aktif dalam kegiatan pecah rumah di daerah ini dari bulan November hingga Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, tangkapan dilakukan terhadap tujuh suspek utama yang kesemuanya berbangsa Melayu dan berusia antara 14 dan 28 tahun.

Jelasnya daripada jumlah tersebut, empat suspek turut positif dadah selepas saringan air kencing dilakukan terhadap mereka berikutan penahanan pada 16 Januari lepas.

"Hasil tangkapan terhadap ketujuh-tujuh suspek itu, kita berjaya merungkai kejadian pecah rumah yang berlaku sejak November hingga Disember lepas dengan nilai rampasan berjumlah RM15,000," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Jenayah Komersial Limbang Inspektor Khataruban dan Pegawai Penyiasat Inspektor Hairie Awang Akup. Mohd Bukhori menjelaskan, dengan tertangkapnya kesemua suspek itu, polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes pecah rumah yang berlaku di daerah ini.

Katanya, kesemua suspek kini direman sejak 20 Januari lepas hingga 31 Januari ini.

"Antara barangan yang dirampas ialah kamera digital, telefon bimbit, seutas rantai perak, dua utas jam tangan jenama Timberland, seunit laptop jenama Toshiba, empat bentuk cincin, satu loket jet, tiga biji anting-anting emas, dua unit televisyen LCD, alat permainan video, tiga utas gelang emas dan pelbagai barangan curi lain," katanya.

Kata beliau lagi kebanyakan kes pecah rumah aktif dilakukan pada waktu malam, ketika pemilik rumah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bercuti.

Mengulas lanjut mengenai kes itu, katanya, hasil siasatan awal mendapati empat suspek yang positif dadah itu juga mengaku menggunakan benda terlarang itu untuk menjadi berani ketika melakukan jenayah.

"Malah apa yang lebih mengecewakan ada suspek yang berusia 14 tahun merupakan bekas pelajar yang tercicir dalam persekolahan dan terjebak dengan kes pecah rumah," dedahnya.

Mohd Bukhori berkata, kesemua suspek juga melakukan kegiatan pecah rumah menggunakan motosikal dan kereta secara berkumpulan.

"Kesemua suspek akan ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memohon kerjasama orang ramai agar melaporkan sebarang kes kejadian jenayah bagi memudahkan pihaknya melakukan siasatan dan rondaan bagi mengelak kehadiran penjenayah.

Beliau turut kecewa dengan maklum balas hambar yang ditunjukkan segelintir pihak yang berat mulut melaporkan sebarang kegiatan jenayah kepada polis.

"Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman, diminta menghubungi balai polis untuk memaklumkan ketiadaan mereka sekali gus memudahkan kita melakukan rondaan," katanya lagi.

Beliau menambah, sebarang bentuk peralatan seperti tangga, dan barangan tajam hendaklah disimpan di dalam rumah bagi mengelak penjenayah menggunakan peralatan tersebut untuk tujuan memecah masuk.

Katanya lagi, seramai 150 anggotanya akan bertugas sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina ini dalam operasi trafik, pembanterasan judi, pecah rumah dan aktiviti jenayah lain dengan bantuan Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis (PVR).

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads