Ahad, 9 Februari 2014

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Kompleks Islam <b>di Sibu</b> sumber pendapatan jangka panjang TBS <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2014 05:16 PM PST

SIBU: Kompleks Islam Sarawak Sibu merupakan sumber pendapatan jangka panjang Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau berkata, kompleks setinggi sembilan tingkat itu sudah disewa sepenuhnya oleh agensi-agensi kerajaan dan akan siap pada bulan Jun depan.

"Ruang pejabatnya sudah pun habis disewa oleh penyewa kita yang terdiri daripada agensi- agensi kerajaan.

Selain itu, kompleks ini mempunyai sebuah dewan dan ia akan mula beroperasi pada April ini.

"Setakat ini, 50 peratus dewan ini sudah mula ditempah untuk majlis-majlis tertentu.

Ini menunjukkan kompleks ini kelak dapat memberi pendapatan tetap kepada TBS," ujarnya kepada pemberita semasa ditemui selepas melawat Kompleks Islam Sarawak Sibu di Jalan Awang Ramli Amit di sini, petang semalam.

Secara keseluruhannya, kata Daud, projek ini sudah pun siap di bahagian luaran manakala sebilangan kecil di bahagian dalamannya masih belum siap.

"Ini mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan sepenuhnya dan saya difahamkan ia akan siap sepenuhnya Jun ini," jelasnya yang juga Menteri Muda Pembangunan Insfrastruktur.

Mengenai dewan di kompleks tersebut, Daud memberitahu, ia dapat memuatkan seramai 1,000 orang pada satu-satu masa.

"Kita menjemput manamana individu, agensi kerajaan atau swasta, badan bukan kerajaan dan sebagainya yang berminat untuk mengadakan pelbagai majlis sama ada seminar, majlis perkahwinan, majlis, pameran, mesyuarat dan sebagainya bolehlah menempah dewan ini dari sekarang.

"Tempahan masih dibuka untuk mengadakan majlis sehingga hujung tahun ini.

Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah menghubungi pengurusan dewan ini," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads