di negeri sarawak - Google Blog Search |
taib wajib bersara dari apa jua jawatan <b>di negeri sarawak</b>. Posted: 09 Feb 2014 06:45 AM PST 33 tahun berpolitik sudah punya byk kepentingan diri, keluarga & kroni pd hakikatnya tidak semudah itu Taib akan melantik tanpa bersyarat kpd bakal penggantinya. Rakyat Sarawak jgn mudah tertipu dgn mainan sandiwara magik ini. Jawatan Ketua Menteri dilantik penuh oleh Taib. Kenapa tidak undian tertutup dibuat oleh pucuk Pimpinan BN Negeri Sarawak? Secara rasional dan menghormati pimpinan BN negeri Sarawak. Tindakan ini adalah lebih berkhemah jika diberi kepercayaan untuk memilih dgn suara majoriti bkn secara 'pick & choose'. Walaupun diberi mandat oleh BN Negeri tetapi Taib sebagai mantan Ketua Menteri wajar mengambil langkah yang lebih bijak. Ini contoh yang harus diberikan jika Taib tidak mempunyai agenda yang seterusnya. |
<b>Sarawak</b>: Taib Mahmud berundur 28 Februari depan.... Umno akan <b>...</b> Posted: 05 Feb 2014 06:21 AM PST Rabu, 5 Februari 2014 Taib kemungkinan besar akan berundur pada 28 Februari depan dan semenjak itu ia menjadi perbualan awam. KUCHING: Spekulasi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur tidak lama lagi bertiup kencang dan menjadi bualan penduduk Sarawak. Pengganti Taib amat dinantikan sejak dahulu dan sehingga kini calon tersebut belum muncul tetapi ketakutan besar rakyat Sarawak ialah pengunduran Taib menjadi laluan United Malay National Organizations (Umno) bertapak di negeri ini. Pengguna Facebook dan orang awam yang ditemui memberi pelbagai reaksi mengenai hal ini. "Harap-harap orang Sarawak tidak ikut jejak Sabah… Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa harus dihalang habis-habisan," ujar Hafiz Abdullah Adam Patrick pula menambah :"Jika Taib berundur alamatnya Umno akan masuk Sarawak." Akhbar-akhbar tempatan juga memetik bahawa sebelum beliau berundur berkata: "Sebelum saya bersara, kita akan mewujudkan dana supaya dapat disalurkan kepada orang yang memerlukan…" Aktivis awam, Leslley Kalom dari Miri berkata: "Banyak senarai mungkin antaranya Abang Johari, Awang Tengah, Adenan Satem dan Alfred Jabu tetapi kemungkinannya sukar diramal." Lazarus Unang pula berkata: "Jika Abang Johari jadi Ketua Menteri adakah beliau akan memperjuangkan hak Sarawak?" Sementara Saini Kakong menambah: "Tidak mungkin Jabu, walaupun beliau jadi Ketua Menteri, pastinya tidak lama beliau memegang jawatan tersebut." Laporan FMT yang lepas menyatakan bahawa Taib kemungkinan besar akan berundur pada 28 Februari depan dan semenjak itu ia menjadi perbualan awam. Terdapat juga pihak menyifatkan bahawa pengunduran Taib adalah persiapan menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sarawak. Tempoh penggal perkhidmatan Abang Sallahudin Bin Abang Barieng sebagai TYT yang juga dikenal dengan Louis Barieng (panggilan Kristian) akan tamat pada 28 Februari 2014.TMT |
You are subscribed to email updates from di negeri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan