Kementerian Pertahanan Malaysia akan menganjurkan Hari Terbuka Kementerian Pertahanan Malaysia di The Summer Mall, Kota Samarahan, Sarawak. Ianya akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 Dis 2013 sehingga 8 Dis 2013. Antara agensi di bawah Kementerian Pertahanan yang mengadakan pameran sempena hari terbuka tersebut adalah ketiga-tiga komponen dari Angkatan Tentera Malaysia, Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Maktab Tentera Diraja dan beberapa lagi agensi lain berkonsepkan pameran statik dan interaksi bersama pengunjung bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang setiap hari.
Tentera Darat Malaysia juga ada menyediakan kaunter pemilihan bagi pengunjung remaja yang ingin menjadi anggota tentera dan khidmat pemeriksaan perubatan ringan secara percuma.
Orang ramai di sekitar Kuching dan Sarawak dijemput hadir bagi memeriahkan acara berkenaan di samping mendapatkan pendedahan peluang-peluang kerjaya di dalam Kementerian Pertahanan, membangkitkan semangat patriotisme dan juga mengenali dengan lebih jelas peranan dan tanggungjawab perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.
Hari Terbuka Kementerian Pertahanan Malaysia yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
a. Tarikh : 7 dan 8 hb Disember 2013 (Sabtu dan Ahad).
b. Masa : 10 pagi sehingga jam 6.00 petang.
c. Tempat : The Summer Mall, Kota Samarahan, Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan