ads

Khamis, 9 Januari 2014

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Guitarist Nusantara: Gathering GN 2013 <b>di Sibu Sarawak</b>

Posted: 27 Nov 2013 03:34 PM PST

Pada 16 November 2013 lalu, telah berlangsung satu acara gilang gemilang yang dianjurkan oleh Guitarist Nusantara iaitu Majlis Pertemuan/Gathering GN 2013 untuk negeri Sarawak. Pada tahun ini,  Bandar Sibu telah dipilih majority dalam satu undian online yang telah berlangsung sebulan sebelum tarikh Gathering dan dipilih oleh ahli-ahli GN sendiri.
Bertempat di Rafie Cafe, iaitu sebuah kedai makan dan juga pusat jualan barangan dan pertemuan kumpulan motosikal berkuasa tinggi, penulis lihat sebagai satu tempat yang amat sesuai, santai dan tidak ketinggalan cirri-ciri 'rock'nya.
Seramai 50 orang ahli GN telah menghadiri acara ini yang bermula pada jam 2 petang. Seawal jam 11 pagi, ahli-ahli GN yang terlibat telah mula hadir untuk setting peralatan dan juga untuk tujuan soundcheck bagi ahli GN yang bakal beraksi. CEO GN iaitu Yong Joe Black tidak dapat menghadirkan diri pada kali ini walaupun tiket kapalterbang telah beliau book seawall sebulan sebelum majlis. Ini adalah kerana beliau terpaksa pulang ke kampong untuk Ibu beliau yang dimasukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, GNers Sarawak amat bertuah kerana seorang lagi admin GN dan juga salah seorang ikon di dalam kumpulan ini, iaitu Oja Axis turut hadir member sokongan beliau dan juga mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan GNers. Selain itu, beliau juga menawarkan khidmat beliau untuk membuat 'live' recording session di sepanjang majlis itu.
Tepat jam 12 petang, pengerusi majlis iaitu Ajis Projam, telah memulakan majlis dengan ucapan aluan dan seterusnya menjemput semua ahli-ahli yang hadir dan juga rakan/keluarga mereka untuk menjamu selera.  Para GNers nampaknya betul-betul menjiwai sesi makan tengahari sambil beramah mesra antara satu sama lain.
Seterusnya, acara diteruskan dengan satu persembahan dari seorang Master gitar dari Sarawak iaitu Daniel Ading. Beliau menghiburkan dan memperlihatkan penguasaan teknik gitar beliau pada GNers yang hadir dengan menggoreng satu instrumental yang cukup padu dan bertenaga dari 'Liquid Tension Experiment' bertajuk 'Paradigm Shift'.
Sejurus itu, seorang GNer dari Kanowit iaitu, Edward James juga telah mempersembahkan satu instrumental yang tidak asing lagi di kalangan GNers iaitu 'The Loner' dari Mendiang Gary Moore. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan-persembahan hebat dari GNers lain seperti Bonifes Chuyu Barau, Freako Miko dan GN kali ini amat beruntung mendapat sokongan dari band-band tempatan seperti The Crew, One Last Song & kumpulan kugiran yang comel dan rocking (semua anggotanya perempuan), iaitu The Swan Angels.
Kemeriahan majlis makin terasa apabila kumpulan Masterpiece iaitu satu ikon rock di Sarawak hadir member sokongan dan mempersembahkan dua buah lagu yang amat berbisa dan bertenaga. Pihak GN amat beruntung dan terharu di atas sokongan mereka. Begitu juga dengan persembahan dari gabungan beberapa orang musician berpengalaman yang mempersembahkan lagu Pelesit Kota. Aura persembahan mereka dapat dirasai diseluruh blok bangunan tersebut.
Oja Axis kemudiannya dipohon untuk menyanyikan sebuah lagu sebagai penghormatan kepada beliau sendiri atas kesudian beliau untuk datang dari jauh. Vokal beliau yang merdu amat mewarnai mood majlis pada petang itu.

Acara kemuncak adalah pada jam 4 petang diaman acara G5 telah berlangsung yang mempamerkan 5 orang gitaris GNers bersama-sama berkongsi pentas untuk mempersembahkan 2 buah instrumental. Dalam guitar duel secara 5 individu ini, masing-masing telah mempamerkan semangat dan kecintaan mereka dalam muzik, yang mana menghasilkan satu persembahan harmoni gitar yang sangat menghiburkan dan membuka minda semua yang hadir pada petang itu. GNers yang terlibat di dalam G5 adalah Oja Xis, Daniel Ading, Bujang Kesindap, Will Masterpiece dan Freako Miko. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka ketika beraksi dan satu semangat yang kental dan beterusan daoat dirasai dan dikongsi oleh semua GNers yang hadir.

Secara kesimpulan, Majlis Gathering Guitarist Nusantara untuk negeri Sarawak 2013, adalah satu usaha yang amat dibanggakan dan telah Berjaya mencapai objektif untuk menggabungkan, menyatupadukan dan memeriahkan industry dan kegilaan terhadap instrument gitar. Apa yang lebih penting adalah kerjasama, semangat pasukan, dan pengalaman yang ditimba oleh seluruh GNers yang hadir.

Pihak GN amat berterima kasih kepada saudara Ajis dari Projam Studio atas usaha keras beliau dalam menjayakan majlis terutama dari sokongan peralatan muzik dan penat lelah beliau dan krew-krewnya. Begtu juga, setinggi-tinggi terima kasih kepada Rafie Cafe atas kesudian dan sokongan mereka untuk menggunakan premis mereka untuk majlis ini.  Tidak lupa juga untuk merakamkan satu penghargaan kepada band Masterpiece, The Crew, One Last Song, Swan Angels dan satu band rojak (lagu Pelesit Kota) di atas sokongan, kerjasama dan kesudian mereka untuk memeriahkan majlis. Juga terima kasih kepada RNR Music di atas sokongan dan cenderamata yang comel dari mereka untuk pihak GN.

Akhir sekali, jutaan terima kasih buat GNers yang hadir dan memriahkan majlis. Tanpa anda semua, semua ini adalah mustahil dan terima kasih juga untuk persahabatan dan hubungan yang sihat ini. Diharap majlis ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan lebih banyak pembaharuan dan kita harapkan lebih ramai GNers yang hadir dari seluruh pelusuk Nusantara ini.

Sekian, terima kasih.

UnReportedNews™®: GAMBAR: MAYAT WANITA YANG <b>DI</b> KERAT <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2013 02:13 AM PST

-POLIS MENEGASKAN VIDEO & FOTO MAYAT WANITA YANG DIKERAT YANG TERSEBAR LUAS DI HALAMAN FACEBOOK BUKAN KEJADIAN DI SIBU, SARAWAK!-

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Abdullah menafikan kes pembunuhan kejam melibatkan seorang wanita berlaku di Durin, Sibu seperti yang disebarkan oleh pengguna laman sosial Facebook semalam.
Orang ramai, khususnya penduduk Sibu diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh denga penyebaran khabar angin sebegini, malah perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa.
Pemilik akaun Facebook dinasihatkan supaya tidak meletakkan sebarang gambar yang boleh menggusarkan penduduk tempatan. (Sumber) 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved