11 di samarahan sarawak - Google Blog Search |   
|    hari terbuka kementerian pertahanan <b>di</b> the summer mall, kota <b>...</b> Posted: 06 Dec 2013 01:44 AM PST   Kementerian Pertahanan Malaysia akan  menganjurkan Hari Terbuka Kementerian Pertahanan Malaysia di The Summer Mall,  Kota Samarahan, Sarawak. Ianya akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 Dis  2013 sehingga 8 Dis 2013. Antara agensi di bawah Kementerian Pertahanan yang  mengadakan pameran sempena hari terbuka tersebut adalah ketiga-tiga komponen  dari Angkatan Tentera Malaysia, Malaysian Institute of Defence and Security  (MiDAS), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Universiti Pertahanan Nasional  Malaysia (UPNM), Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Maktab Tentera Diraja dan  beberapa lagi agensi lain berkonsepkan pameran statik dan interaksi bersama  pengunjung bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang setiap hari.                     Tentera  Darat Malaysia juga ada menyediakan kaunter pemilihan bagi pengunjung remaja  yang ingin menjadi anggota tentera dan khidmat pemeriksaan perubatan ringan  secara percuma.                     Orang  ramai di sekitar Kuching dan Sarawak dijemput hadir bagi memeriahkan acara  berkenaan di samping mendapatkan pendedahan peluang-peluang kerjaya di dalam  Kementerian Pertahanan, membangkitkan semangat patriotisme dan juga mengenali  dengan lebih jelas peranan dan tanggungjawab perkhidmatan Angkatan Tentera  Malaysia dan Agensi di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.       Hari Terbuka Kementerian Pertahanan Malaysia  yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:       a.    Tarikh                :    7 dan 8 hb Disember 2013 (Sabtu dan Ahad).                     b.    Masa                  :    10 pagi sehingga jam 6.00 petang.       c.    Tempat               :     The Summer Mall, Kota Samarahan, Sarawak.    |   
| You are subscribed to email updates from di samarahan sarawak - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan