ads

Ahad, 1 Disember 2013

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


12 pasukan berentap saingan bola sepak KRT <b>di Sarikei</b> <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2013 07:21 AM PST

SEPAK MULA: Dirwana menyempurakan sepak mula sebagai perasmian pertandingan bola sepak KRT di Sarikei.

SARIKEI: Sebanyak 12 pasukan bakal berentap memburu gelaran juara merebut Piala Perpaduaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sarikei pada kejohanan bola sepak sembilan sebelah.

Pasukan bertanding dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A ialah KRT Jalan Haji Karim, KRT Jalan Abdul Rahman, Rukun Tetangga (RT) Sarikei dan KRT Kerubong Ilie.

Kumpulan B ialah KRT Taman Susur Jambu Timur, CIM, RASCOM FC dan Real Meradong, manakala Kumpulan C pula KRT Taman Susur Jambu Barat, RELA FC, SAFRA dan Pelados FC.

Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Sarawak, Dirwana Azool berkata kejohanan itu merupakan julung kali dianjurkan melibatkan kerjasama pihak KRT.

"Pihak berbangga kerana penganjuran sulung ini, jumlah penyertaan pasukan menyertainya amat memberangsangkan.

"Kita berharap aktiviti serupa dapat dijadikan sebagai acara tahunan KRT bersama pihak JPNIN.

"Bagi menyokong usaha ini, kita menyedia peruntukan RM5,000 bagi menampung pihak KRT untuk mengelolakan program serupa pada tahun akan datang," jelas Dirwana.

Sementara Pengerusi KRT Jalan Haji Karim, Husin Ghani berkata, pihaknya amat gembira kerana diberi peluang dan kepercayaan mengelolakan aktiviti itu.

"Apatah lagi, pada kali ini JPNIN memberi amanah dan kepercayaan kepada Sarikei tuan rumah bagi mengadakan pertandingan ini.

"Melalui peluang ini, kita merakamkan terima kasih kepada 17 KRT di kawasan ini atas kerjasama dan sumbangan diberikan dalam menjayakan aktiviti ini," katanya.

Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500, piala dan pingat dan naib johan dengan hadiah RM300 berserta piala dan pingat.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved